BAB 8

Romance Completed 2110

Matahari melabuhkan tirainya dan malam mula menyapa namun sehingga jam 7 malam ini.

Alan masih belum mengirim sebarang mesej kepadaku.

Akhirnya aku memutuskan untuk menghubunginya saja.

Suara gadis mulai kedengaran di hujung talian.

Aku memeriksa nombor telefon kalau-kalau aku tersalah dail namun benar ia nombor Alan.

Siapa gadis itu? Kekasihnya?

“Assalammualaikum” sapanya.

“Waalikumsalam.

Saya Shahila kawan Alan, boleh berakap dengan Alan?”

“Oh.

Awak mesti belum tahu lagi kan, maaf Alan sudah meninggal dunia pagi tadi.”

Aku tersentak mendengar jawaban gadis itu.

Dia mengatakan yang Alan sudah meninggal, aku sama sekali tak percaya.

Setahu aku semalam Alan baik-baik sahaja, dia kelihatan begitu sihat dan ceria.

Gadis itu turut memaklumkan padaku yang Alan memang tak sakit tapi meninggal secara mengejut dan mereka juga masih terkejut dengan pemergian Alan.

Aku duduk terjelupuk di kepala katil.

Talian ku matikan lalu mataku mentaap tajam ke arah halaman rumah lewat jendela bilikku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience