"YES ?". Jawab Megat Rusydi bila kedengaran pintu bilik tidurnya di ketuk dari luar.
Muncul Megat Haider yang berdiri menapak ke arah ayahnya yang berada di atas katil itu.
"Papa dah makan ubat belum ?"
Album lama berkulit tebal itu di tutup dan di letakkan di atas meja lampu tidur berdekatan.
"Ouh ya, belum lagi. Ambilkan kejap dekat atas meja sana tu." Arah Megat Rusydi kepada anaknya itu.
Air di dalam gelas itu di habiskan setelah menelan ubat-ubatan yang sarat di dalam kotak sederhana kecil itu lalu dia memandang ke arah Megat Haider. "Ada apa ?"
"Erm....Haider nak tanya sikit. pasal album papa tu." Muncung mulutnya terarah kepada album tadi.
"Kenapa ?". Soal Megat Rusydi kehairanan.
"Itu album papa masa muda-muda dulu kan ? kenapa Haider tak pernah nampak sekeping pun gambar yang ada Pakcik Ibrahim ? Bukan ke dia kawan baik papa dari zaman kolej ?".
Mendengarkan pertanyaan itu, jiwa lelaki tuanya berasa tidak nyaman. Persoalan yang seperti ini sangat tidak di gemari.
"Ada je dekat album lain. Lagipun tak tahu dah mana papa simpan. Tak banyak sangat pun gambar dia." Jawab Megat Rusydi tidak senang hendak menatap anaknya.
"Aik ada album lain ke ? rasanya ada satu tu je."
"Kau kenapa tiba-tiba tanya pasal orang yang dah tak ada ni ?" Megat Rusydi berusaha menahan marah.
"Tak ada apa-apa..saja je tanya. Semalam Haider termimpikan arwah Pakcik Ibrahim. Macam tak tenang je gayanya.Macam...."
"Sudah, kau merepek apa waktu malam macam ni ? mainan syaitan je tu. Tak payah kau nak ambil pusing sangat." Pintas Megat Rusydi yang mula menarik selimut tebalnya dan mengiring membelakangi Megat Haider yang sedang tergamam menerima jawapan seperti itu.
"Okay papa, sorry for disturbing. good night."
Pintu bilik itu di tutup perlahan. Fikirannya saat itu betul-betul penuh dengan keraguan. Perkara sebenarnya perlu di kenal pasti.
Kad nama usang seorang peguam yang tertulis Mr. Azzam di tangannya itu di belek lama. Orang ini perlu di cari. Hanya dia yang mengetahui segala hal yang terjadi.
"GOOD MORNING..." Sapaan ceria dari wanita ini di pagi hari memeranjatkan Syed Iqwal.
"Morning Qisya. Apa mimpi you pagi-pagi datang office i ?". Soal Tuan Syed Iqwal yang sedang sibuk menyemak butiran file yang menimbun di atas mejanya itu.
"Saja, i ingat nak ajak you lunch tengah hari nanti. I nak booked you awal-awal." Matanya di kedipkan ke arah Tuan Syed Iqwal.
"Memang awal you datang booked i, but no.. sorry i banyak sangat kerja hari ni." Tolakkan perlawaan dari Puteri Qisya itu lantas menarik muncung panjang wanita itu.
"Hmmm sekejap aje kot takkan tak boleh ? you kan bos...takkan semua kerja-kerja ni you nak buat sorang? mana assistant you ?".
Kepalanya di gelengkan sekilas.
"I'm sorry... truly sorry. I can't. Assistant i pun banyak kerja." Tuan Syed Iqwal menolak lagi.
Lantas Puteri Qisya bangun dan bergerak ke arah kerusi Tuan Syed Iqwal dan duduk di atas tempat letak tangan di sebelah kirinya itu. Tanpa segan silu tangannya di lingkarkan di atas tengkuk tunangnya cuba untuk bermanja.
"Come on Syed Iqwal...jom la spend kan masa you untuk tunang sendiri. Tak kesian dekat i ke penat-penat datang sini....hmm ?".
Terpanggung kepalanya sebentar. Apa yang wanita ini inginkan ?
"I thought relationship kita hanya dalam kontrak right ? ini dah macam bukan dalam kontrak je Qisya ?".
Jujur dirinya sangat rimas. Tidak suka kerjanya di ganggu.
Terkesima Puteri Qisya di tegur secara langsung seperti itu.
Ah ! aku tak kisah la perigi cari timba pun. Muka tak malu ke apa, asalkan aku dapat kau Syed Iqwal !
"Err, kenapa tak boleh ke kalau i nak rapatkan hubungan kita ? nanti orang fikir lain pulak bila i dengan tunang i macam strangers right ?".
Alasan cuba di cipta untuk hilangkan malu. Just try Qisya. It's okay !
Kakinya terus di panjangkan dan di letakkan di atas peha Tuan Syed Iqwal. Cuba untuk menggoda tangannya menyentuh wajah tampan itu.. Sungguh dia tidak jemu menatap sepasang mata yang galak dan ukiran kening terletak kemas memantapkan lagi permandangannya itu.
Ah, dia lemas ! lalu di tepis tangan yang bebas bermain di wajahnya itu.
"Stop it Qisya ! i tak suka you macam ni. i banyak kerja. Please respect i ."
Terkejut ! tergamam ! saat matanya terlihat ke arah muka pintu bila melihatkan Karlisa yang berdiri di situ.
Oh man !
Lantas dia bangun dan menolak kasar Puteri Qisya menjauh darinya.
"Ouch ! Syed ! " Jerit Puteri Qisya mengadu kesakitan dan melihat Kelibat Karlisa di situ.
"Ermm, i can explain." Kata Tuan Syed Iqwal cuba untuk mengawalkan emosi Karlisa yang hanya membisu di situ.
"Oppsie.., my mistake. I masuk salah waktu. I should ketuk pintu dulu tadi. Sorry guys. Just continue. bye." Kata Karlisa saat itu lantas dia kembali menutup pintu bilik pejabat tersebut.
"Qisya look what have you done? !." Jerkah Tuan Syed Iqwal sambil meraup rambutnya. Baru hendak lembut hati si isteri kini kembali panas. Sungguh dia tidak menyangka ini bakal terjadi.
"What ? apa yang i dah buat ? Lisa je kot. Bukan staf you yang lain. Lisa tu pun bakal jadi sepupu i jugak nanti kan ? chill okay ?". Lantas Puteri Qisya mengambil beg tangannya dan bergerak melangkah ke arah pintu.
"Oh ya, tak jadi la hari ni. Mood you tak baik, hmmm too bad. Sorry lain kali i behave okay babe ?". Matanya di kenyitkan ke arah Tuan Syed Iqwal dan berlalu pergi.
Pfffftttt ! Arghh ! Kaki meja itu di tendangnya melepaskan geram. Dasar perempuan tak tahu malu.
******
"Jihan good girl...Jihan strong...yes ! strong girl. Sabar....sabar....Allahumasolli ala saiyidina Muhammad !"
" astagfirullahaladzim....astagfirullahaladzim.."
Berulang-ulang kata-kata itu meniti di bibirnya memujuk untuk kuatkan hati dengan apa yang di lihat sebentar tadi. Ada wanita lain duduk di pangku suaminya ? Panas hatinya saat ini.
Puteri Qisya ? Nama yang menjadi titik bahaya saat ini. Nurjihan mengigit jari menahan gigilan kemarahan yang meluap-luap sehinggakan dia tidak peduli pada bunyi keadaan sekelilingnya.
"Sayang don't believe that please."
Terkejut Nurjihan dengan suara yang menerpa di telinga kanannya. Terasa erat dakapan Tuan Syed Iqwal dari arah belakang dan menggapai jari jemarinya serta di cium bertalu-talu dengan tekun.
Nurjihan tergamam.
"Dalam kontrak korang ada tulis ke boleh bermanja macam yang saya nampak tadi tu ?".
Soalan dari Nurjihan itu di sambut dengan gelengan yang laju dari Tuan Syed Iqwal.
"Tak ! tak ada langsung. Saya sendiri terkejut yang Qisya yang seberani itu."
Nurjihan meleraikan pelukan Tuan Syed Iqwal padanya dan berpusing menghadap lelaki itu.
"Dia berani la sebab Tuan Syed ni tunang dia. Dia kira dah claim yang Tuan Syed ni hak dia. Jadi tak hairan kan kalau..."
"No ! saya tak suka awak nak cakap macam ni. She's nobody ! tak ada makna langsung dalam hidup saya...Jangan fikir bukan-bukan please Jihan." Bersungguh-sungguh dia menjelaskan semua yang terjadi. Berharap gadis kesayangannya ini tidak menjauh hati dan memahami.
"Tak ..tadi tu dia kan..."
Terpintas segala kata-katanya bila kini bibirnya di kunci rapat oleh ciuman Tuan Syed Iqwal.
"Emmph !" Desih bunyi rungutan yang di hela oleh Nurjihan menolak wajah suaminya itu dari menciumnya.
Beberapa minit mereka bergelut dalam keadaan itu Nurjihan tiada daya untuk melawan tandingan kudrat seorang lelaki. Di biarkan sahaja lelaki itu berbuat sesuka hati.
"I love you. More than you know."
Suara lembut itu bergema di tepi telinganya. Nurjihan hanya menunduk. Tiada air mata yang keluar. Hanya pandangan kosong.
"Jangan ignore saya lagi di sebabkan hal tadi please ?".
Di kuak rambut Nurjihan yang menutupi separuh wajahnya. Di kuak seluasnya untuk melihat keaggunan wajah yang membuat jiwanya berkocak hebat.
Nurjihan menggeleng. Terpujuk hatinya sedikit. Bukan kerana lelaki ini pandai merayu tetapi pada saat dia melihat kemarahan Tuan Syed Iqwal pada Puteri Qisya sebelum mereka sedar akan kehadirannya di sana tadi.
"Saya nampak Tuan Syed tak suka dengan cara Puteri Qisya tadi." Jawab Nurjihan.
Tuan Syed Iqwal melepaskan nafas lega. Di pusingkan badan Nurjihan membelakanginya kembali agar dia boleh memeluk seerat-eratnya Nurjihan.
"Of course saya marah. Bukan awak yang duduk dekat situ. tapi kalau awak yang goda saya macam tu tadi... I'll never let you go that time." Sengihan nakal terbit di wajah Tuan Syed Iqwal saat membisikkan kata-kata itu.
"Naughty." Sindir Nurjihan.
"Dengan awak...takkan la saya nak lepaskan peluang."
"Gatal !."
"Sikit je tak cukup lagi gatal tu."
Nurjihan pelik. Lalu di kerling sedikit ke belakang melihat wajah suaminya.
"Apa maksudnya tu ?".
"Balik rumah nanti saya bagitahu okey. Overload gatal yang saya akan bagi dekat awak." Kata Tuan Syed Iqwal lalu sebelah tangannya mula menjalar masuk ke dalam celah ruang butang kemeja blouse milik Karlisa di bahagian perutnya.
Membuntang matanya Nurjihan saat itu. Lalu tangan itu di tepuk kuat menghentikan perbuatan lelaki itu.
"Itu miang keladi !". Kata Nurjihan lantas menerbitkan ketawa antara mereka.
"I love you." Kata Tuan Syed Iqwal.
"I love you too." Jawab Nurjihan.
"Ah...no...no. i don't like that." Potong Tuan Syed Iqwal.
"Huh ? kenapa ?".
"Say, i love you too hubby."
Tergamam Nurjihan. Aik ?
"Dah sampai masa untuk sayang tukar, sakit telinga hubby dengar hari-hari panggil Tuan Syed... kadang tu potong mood tau. Hubby tu manja sikit." Jawab Tuan Syed Iqwal lalu di cium hidung Nurjihan sedikit.
Merah membahang wajah Nurjihan saat ini. lalu di gosok hidungnya yang di cium tadi.
"Say again." Arah Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan menggeleng.
"Aip ! say it. let me do first." Tuan Syed tersenyum.
"I love you sayang."
..........
"I love you too.........hub... hubby."
Jika hendak di ceritakan keindahan bunga di taman, lebih indah lagi cerita cinta mereka saat ini.
"TOLONG LA JUJUR uncle, Haider dah ada bukti tu di tangan. Cuma pengakuan dari papa je Haider tak dengar lagi. Uncle kan peguam papa orang kuat papa, takkan uncle tak tahu ? mustahil ."
"Bekas peguam !". Jawab Azzam membetulkan kata-kata lelaki muda itu.
"Ya... sorry."
Rayuan dari Megat Haider itu meresahkan keadaan Azzam saat ini. Memang cerita tentang Megat Rusydi dan Tuan Syed Ibrahim ada di dalam poketnya, tetapi dia tidak mampu untuk memikul rasa bersalah yang bertandang pada Tuan Syed Ibrahim.
"Uncle tak tahu pasal itu. Uncle tak nak masuk campur. Papa Haider pun tak ceritakan apa-apa pada uncle."
"Uncle jangan la macam tu. Haider yakin uncle tahu. Help me please. Uncle jangan risau, Papa tak akan tahu kalau uncle cerita dekat Haider. Trust me."
Azzam memberanikan diri menatap mata Megat Haider dan mindanya kembali merantau kepada peristiwa yang berlalu beberapa tahun yang sudah....
"Kau tipu aku Rusydi ?".
Bahu Megat Rusydi yang di goncang kuat oleh Azzam itu langsung tidak menyasarkan keteguhan kaki yang sedang berdiri. Sakit hatinya bila di tipu oleh Megat Rusydi tentang menyuruhnya menyediakan surat pertukaran 'Hak pengendali projek syarikat' itu di tukar dengan perkara lain iaitu penukaran 'Hak Milik' syarikat. Rupanya tidak di ketahui oleh Tuan Syed Ibrahim.
"Tak baik kau buat macam tu Rusydi. Tuan Syed Ibrahim tu banyak sangat tolong kau. Kau tak reti kenang jasa dia ke ?"
"Ah, kau ikut je cakap aku. Kau tak payah sibuk fikir hal yang lain tu." Jawab Megat Rusydi tidak acuh. Bangga dia melihat dokumen rasmi yang berada di tangannya saat itu. Hanya tinggal tanda tangan dari Syed Ibrahim sahaja untuk merealisasikan impiannya itu.
"Sini bagi aku dokumen tu."
Kata Azzam lantas ingin merebut surat tersebut. Dia risau, dalam keadaan kesihatan Syed Ibrahim yang merosot itu pasti lelaki itu dengan sewenang-wenangnya akan menandatangani pertukaran hak milik tanpa di ketahui.
Lantas Megat Rusydi menumbuk Azzam hingga jatuh tersungkur.
"Kau jangan masuk campur. Kerja kau dah selesai. Kalau kau berani-berani lawan..kau tahu nasib kau !".
Ugutan dari Megat Rusydi itu hanya di biarkan..Bernanah matanya melihat kegembiraan lelaki itu.
"Tak ada hati perut kau Rusydi."
*******
Azzam berlari mencari bilik Syed Ibrahim. Dia harus menghentikan rancangan jahat Megat Rusydi. Jika tidak, dia akan di pukul dengan penyesalan bila membiarkan Tuan Syed Ibrahim teraniaya.
Pintu itu di buka kasar.. dia terlambat ! di lihat Megat Rusydi yang sedang duduk melutut di tepi Tuan Syed Ibrahim yang sudah rebah di lantai. Tuan Syed Ibrahim kelihatan tersiksa memegang dadanya.
"Kau buat apa ni Rusydi ?! Dia kena heart attack tu ! Doctor ! Nurse !". Jerit Azzam cuba untuk memanggil petugas-petugas yang ada di hospital itu.
Seketika dia terdiam melihat acuan pistol yang ada di tangan Megat Rusydi saat itu tepat terkena di atas dahinya.
"Kau jangan memekak dekat sini boleh tak ?. Kalau dia nak mati, biarkan....kita senangkan dia. Tak payah nak panggil-panggil doctor dan nurse semua tu..buang masa. Biarkan."
"Ka.....kau jangan Rusydi." Kedua-dua tangannya di angkat naik kerisuan dengan tindakan Megat Rusydi itu.
"Apa kata kau diam dan berambus dengan aman dari sini.. Jangan cuba-cuba nak laporkan dekat polis kalau kau tak nak keturunan kau tak sempat tengok dunia ni. hahahah !".
Azzam terdiam.. Teringatkan isterinya yang sedang sarat hamil anak pertama di rumah. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada keluarganya.
Dengan perlahan-lahan dia berundur setapak demi setapak..Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata penyesalannya saat dia menatap mata bening dari Tuan Syed Ibrahim saat itu yang seperti merayu meminta pertolongannya.
"Maafkan saya Tuan Syed....Maafkan saya."
Tamat imbasan semula.
"Uncle terpaksa jadi pengecut masa tu. Kamu tak tahu, ayah kamu tu seperti apa jahat dia. Kalau ada yang menghalang urusan dia. segala keturunan akan menjadi mangsa."
Megat Haider terdiam. Matanya takut untuk berkedip saat hati bergumpal dengan perasaan kecewa.
"Jadi uncle tak hairan kalau anak Tuan Syed Ibrahim tu hidup lagi dan sedang menuntut bela atas kematian ayahnya."
Megat Haider menunduk. Tidak di sangka sekejam itu sifat ayahnya. Demi kekayaan dunia ini dia sanggup mengkhianati kawan baiknya.
Dokumen penyerah syarikat itu di tenung lama...
"Haider nak buat apa dengan dokumen tu ? Serahkan balik pada anak Tuan Syed Ibrahim ke?" Soal Azzam melihatkan riaksi wajah Megat Haider itu.
"Haider akan serahkan semula dokumen tu. tapi...bukan sekarang. Kalau bagi sekarang, ada orang lain yang akan menjadi mangsa." Balas Megat Haider perlahan.
Antara haluan kanan dan kiri, dia tersekat di persimpangan. Mengapa hal ini terjadi setragis ini ? Sungguh ini adalah di luar dugaannya.
Share this novel