BAB 2 TEMPAT BARU

Thriller Series 2495

“Tak sangka kan dapat jugak merasa tinggal kat apartment nanti” Ana begitu teruja untuk tinggal di tempat baru mereka.

“Yelah. Aku sanggup ulang alik dari tempat kuliah daripada berhimpit dengan banyak student dalam satu bilik” sambung Elly yang turut tidak sabar untuk tinggal di sana.

“Jom pergi ambil kunci bilik. Takut nanti lambat ambil, kang pak cik guard tu tak de situ pulak”kata Ana.

“Ok jom”

Lalu bagasi diturunkan daripada bonet teksi Uncle Sam. Uncle Sam turut membantu mereka berdua mengangkat barang daripada kereta. Barang mereka taklah banyak dan agak ringan. Setelah selesai mengeluarkan barang daripada kereta, Ana dan Elly maju ke hadapan teksi dan mengucapkan terima kasih kepada Uncle Sam kerana sudi menumpangkan mereka dan menghantar mereka. Bukannya singkat masa perjalanan yang diambil. Mahu 5 jam baru sampai ke apartment ni.

Beberapa minit selepas itu, Uncle Sam meminta izin untuk beredar. Katanya dia perlu menjemput beberapa orang penumpang di tempat lain. Elly dan Ana hanya mengangguk sahaja dan mereka berdua sempat melambai kea rah Uncle Sam lalu mengingatkannya untuk berhati-hati semasa memandu.

“Dah jom angkat barang. Cuaca pun mendung. Nak hujan kot” Elly mendongakkan kepalanya, melihat awan hitam di atas langit yang berarak tersusun. Barang diangkat dengan cepat. Di belakangnya turut mengikut si Ana yang agak sukar untuk melangkah memandangkan baju kurungnya terlalu labuh. Mereka berdua kemudiannya terus masuk ke dalam lif dan mereka sangat bernasib baik kerana pada masa yang sama pak cik guard lalu kat situ.

“Eh? Nak tunggu nak” pak cik guard cepat-cepat berlari ke arah Ana dan Elly.

“Oh pak cik. Nasib baik pak cik jumpa kita orang. Kalau tak, naye berdiri berjam-jam” kata Ana.

“Pak cik baru balik ronda-ronda kawasan apartment ni. Pak cik nak pergi ronda dalam apartment pulak, tu yang terjumpa anak berdua ni kat sini”

“Baiklah pak cik. Terima kasih sebab sudi tolong hantarkan kunci bilik kepada kami” Elly melemparkan senyuman manis kepada pak cik tersebut.

“Tak apa. Ha…kalau ada apa-apa masalah, boleh hubungi pak cik. Nah ini nombor pak cik. Kalau ada kelapangan, boleh borak-borak dengan pak cik dan mak cik kat pondok sana tu ha..” Pak cik tersebut menghulurkan sekeping nota yang di atasnya tertulis nombor telefon. Kemudian pak cik tersebut berlalu dari situ dan membiarkan Ana dan Elly masuk semula ke dalam lif.

Tinggggg!..[bunyi pintu lif terbuka]

Ana dan Elly keluar daripada lif dalam keadaan yang lesu dan kelaparan. Muka mereka berdua pucat dan berpeluh. Perlahan-lahan mereka berjalan, tak ubah seperti kura-kura. Beg yang tadinya ringan terasa berat. Ingin saja mereka berdua hendak mencampakkan beg tersebut ke luar tingkap. Kepala mereka berdua pula tidak jenuh. Dipusingkan kira dan kanan, tekun mencari bilik sewa mereka.

“Tu dia! Bilik 106! Cepatlah Ly. Aku dah tak sabra nak baring ni” Ana akhirnya berjaya menemukan bilik mereka. Elly pula cepat-cepat mengeluarkan kunci daripada poket seluarnya dan terus membuka pintu.

Tik! [bunyi kunci pintu dibuka]

Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik sebaik sahaja pintu dibuka. Beg diletakkan di atas lantai lalu punggung mereka serentak dilabuhkan di atas sofa yang berasingan. Berasa lega dua orang sahabat itu kerana dapat membuang penat kaki mereka.

“Panaslah. Kau tak panas ke?” Ana mengambil sekeping kertas yang berada di dalam begnya. Dia terus mengipas dirinya menggunakan kertas tersebut. Elly hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia lantas bangun daripada sofa dan menutup pintu. Kemudian dia menekan suis kipas siling serta semua suis lampu yang ada di dalam biik itu.

“Hmm. Not bad. Besar jugak bilik tidur dan ruang tamu bilik ni. Bilik tidur dia satu je tapi katil ada dua. Single bad be like” Elly yang tadinya sibuk memeriksa semua bilik tadi berjalan ke arah Ana yang longlai di atas sofa.

“Wake up. Kita perlu kemas bilik and then need to buy something to eat” Elly segera mengangkat beggnya sejurus selepas membangunkan Ana.

“Esok boleh? Letihlah. Dahlah panas” Ana merungut dan badannya terasa berat hendak bangun.

“Kau nak berlapar? Nak duduk dalam bilik yang berdebu? Nak tidur dengan baju kurung kau tu? Kau pergi mandi kat bilik air kat dapur tu cepat. Aku pergi settlekan bilik. Kau lambat, aku tak tunggu. Perut aku dah nazak ni” Elly kelihatan serius kali ni, mungkin disebabkan kelaparan yang teramat menyeksa batinnya.

“Ok fine. Relak la. Tunggu kejap’ Ana cuba menenangkan Elly yang seperti ‘singa lapar’ itu. Dia kemudiannya bergegas membawa begnya masuk ke bilik dan mengeluarkan tualanya. Setelah itu cepat-cepat dia pergi ke bilik air untuk mandi.

10 minit kemudian…

Kelihatan Ana menyikat rambutnya yang masih basah itu di hadapan cermin di dalam bilik. Elly pula tidak memunculkan dirinya. Ana terasa pelik. Dia menjenguk ke luar bilik. Ana berjalan menuju ke ruang tamu, manalah tahu mungkin Elly di situ. Tapi Elly masih tidak kelihatan. Kemudian Ana pergi memeriksa di bilik air, di dapur, di balkoni belakang tetapi masih tidak berjumpa.

“Kakak cari siapa?” tiba-tiba suara tersebut menerpa Ana daripada belakang. Ana pelik sebab bila dia menoleh ke belakang, tidak ada sesiapun di sana.

“Kau jangan main-main dengan aku Ly” suara Ana kedengaran agak takut. Nafas dihembus laju. Jantungnya berdegup kencang. Sekali lagi dia menoleh kiri dan kanan balkoni tersebut. Sunyi. Sangat sepi. Mana mungkin ada anak kecil yang berkeliaran di situ. Habis tadinya suara siapa?

Ana kemudian bergegas menutup pintu dapur dan terus menguncinya. Tangannya bergetar. Kakinya seakan kaku, sukar untuk bergerak. Fikirannya terbantut. Dia cuba untuk menenangkan diri. Perlahan-lahan kakinya melangkah meninggalkan dapur dan menuju ke ruang tamu. Dia duduk diam sahaja. Tangannya digenggam erat. Dia tetap disitu sehinggalah beberapa minit kemudian, kedengaran pintu bilik dibuka daripada luar.

“Elly!”Ana terus berlari ke arah Elly dan memeluknya erat. Elly berasa pelik melihat kelakuan sahabatnya itu.

“Kau dah kenape? Kena sampuk? Itu lah kau. Hari dah senja kau tak tutup pintu belakang. Mandi lama sangat. Kau baiki pili air ke dalam tu?” Elly sempat menyindir Ana yang masih dalam ketakutan. Dia tahu bahawa Ana masih keliru.

“Kau tinggalkan aku kenape?” Ana kemudian melepaskan pelukan dan mengikut Elly ke dapur dari arah belakang.

“Kau lambat sangat. Aku dah lapar. So aku pergilah sorang. Tak de beza pon kau ikut ke tak”

“Eleh. Lain kali kau jangan tinggal aku sorang-sorang. Nak kena histeria aku dibuatnya”

“Kau tadi kenape beb? Jumpe toyol erk? Haha” Elly masih lagi menyakat Ana. Tak henti-henti dia mengenakan Ana.

“Aku..tadi aku ada dengar suara budak tegur aku dari belakang masa aku tengah cari kau kat balkoni belakang tu. Bila aku toleh, tak de orang pun. So aku jadi takut dan aku lari” Ana menjelaskan hal yang berlaku kepadanya tadi kepada Elly. Elly hanya diam. Seperti memikirkan sesuatu. Mukanya kelihtan bingung.

“Ala…anak mak cik sebelah kot. Tadi masa aku nak pergi sini, aku ada Nampak budak perempuan kecil bermain kat luar bilik sebelah tu” Elly cuba menenangkan Ana agar dia tidak banyak berfikir.

“Oh ye ke? Kalau macam tu mungkin dia tadi yang tegur aku kat balkoni sebab aku ada juga nampak budak perempuan angkat jemuran kat ampaian tadi. Tapi bila aku toleh sekejap, dah hilang. Cepatnye dia”

“Ah…biarlah. Dah cepat simpan sayur ni ke dalam peti sejuk. Malam ni kita makan luar. Aku malas nak masak. Aku tahu kau pun malas” Elly kemudian bangun dan pergi meninggalkan Ana sendirian di dapur.
“Ok. Kau mandi cepat. Aku tunggu kat ruang tamu nanti”Ana yang masih duduk di situ kemudiannya bingkas bangun dan menyimpan sayuran yang dibeli oleh Elly tadi ke dalam peti sejuk. Selesai sahaja kerjanya, dia langsung pergi mencuci muka di sinki dan sejurus selepas itu dia pergi menunggu Elly di ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, Elly pergi ke ruang tamu dan melihat Ana sedang berbaring di atas sofa. Dia kemudian mengejutkan Ana yang tertidur. Ana bangun dan menggeliat sepuas-puasnya. Bahunya dipicit-picit. Muka Ana memang menunjukkan keletihan tahap gaban. Elly hanya tersenyum melihatnya.

“Pergi cuci muka lagi. Kesian aku tengok kau” Elly menyuruh Ana untuk mencuci muka, sempat lagi dia menyakat si Ana tu. Ana pula terus pergi ke dapur dan mencuci mukanya. Kemudian dia kembali semula ke ruang tamu dan melihat Elly sedang menunggunya di luar. Ana cepat-cepat mengelap mukanya dengan baju dan memasukkan seliparnnya. Elly terus menutup dan mengunci pintu. Sejurus selepas itu, mereka berdua pun berjalan menuju ke lif. Dalam perjalanan mereka berdua ke sana, tiba-tiba Ana ternampak sesuatu.

“Eh? Ape bende tu?” kata Ana sambil menunjuk ke arah luar cermin yang berdekatan dengan tangga.

“Tanglung kot. Mungkin budak-budak terbangkan” Elly mulai gelisah melihat Ana yang semakin banyak menemui sesuatu yang aneh.

“Takkanlah tanglung. Bukannye Chinese New Year. Kau ni Ly…tapi aku rasa benda tu macam,,,macam…pol…”

“Ah. Biarlah. Peduli ape. Cepat lah jalan, penuh lif tu nanti. Aku malas nak turun pakai tangga” belum sempat Ana menghabiskan ayatnya, Elly sudah mencelah. Elly semakin tak keruan. Wajahnya yang jelas menunjukkan kerisauan itu berjaya ditangkap oleh Ana. Ana tahu bahawa dia memang ada sesuatu yang perlu dijelaskan kepada Ana. Tapi Ana tak nak membuatnya lebih risau, jadi Ana bercadang untuk mencari masa yang sesuai untuk meminta penjelasan daripada Elly. Mereka kemudiannya masuk ke dalam lif yang agak sepi itu. Kedua-dua mereka tidak bersuara, malah melakukan hal masing-masing.

Ting! [bunyi pintu lif terbuka]

Kelihatan Ana dan Elly keluar daripada lif. Elly tiba-tiba menarik tangan Ana dengan cepat. Dia kemudian memberikan isyarat supaya senyap. Ana hanya menurut sahaja. Mereka berjalan perlahan, hampir tidak kedengaran bunyi tapak kaki mereka. Kedua-dua orang sahabat itu bersembunyi di sebalik dinding konkrit.

“Kenapa kita bersembunyi?” tanya Ana yang curiga.

“Kau tengok tu” kata Elly.

“Mana?”

“Di sebalik dinding ni. Cepat”

Ana perlahan menjengukkan kepalanya ke belakang. Dia seakan tidak percaya. Terpaku dan tergamam di situ sahaja. Elly kemudian bingkas menarik tangannya semula dan membawa Ana pergi dari situ. Mereka berlari sekuat hati keluar dari apartment tersebut. sebaik sahaja sampai di hadapan pondok pengawal, mereka berdua berhenti. Nafas ditarik dan dihembus serentak. Mata Ana digosoknya berkali-kali.

“Beb. Aku rasa macam nak butakan je mata ni” kata Ana sambil mengesat peluhnya,

“Ish kau ni. Sekarang kau dah tahu kan kenapa aku tak suka layan pak cik tu?” kata Elly.

“Tahu. Sebab dia suka bunuh kucing dan makan kucing tu mentah-mentah kan?” Ana hampir termuntah apabila dia mengingatkan hal apa yang dlihatnya tadi.

“Yup. Bukan tu je. Dia suka hiris tangannya sendiri dan hisap darah tu. Sebab tu tangan dia selalu berbalut”

“Kenape?”

“Kau rase?”

“Mental?”

“Salah”

“Habis tu?”

“Sebab dia dah kena sampuk”

Elly terus berjalan tanpa rasa bersalah. Ana masih terkebil-kebil. Dia masih tak percaya. Nampak baik saja pak cik tu pagi tadi fikirnya. Sejenak selepas berfikir, dia pergi mengikut jejak Elly di hadapan. Mereka berdua berjalan seiringan. Langkah kaki dipercepatkan kerana perut mereka semakin tersiksa akibat kelaparan. Elly yang asyik diam sahaja daripada tadi kini bersuara.

“Kita makan kat warung Uncle Muthu depan tu. Makanannya tak menghampakan” Elly menunjukkan kepada Ana sebuah warung yang berada di seberang apartment itu.

“Ye ke? Aku ikut je. Kau belanje erk?” kata Ana kepada Elly.

“Tak jadi masalah. Malam ni kita sembang sampai pagi pun tak pe kat warung tu sebab warung tu buka sampai 12 malam” Elly sempat melihat jam tangannya dan mendongak ssemula ke arah Ana.

“Sekarang baru pukul 7.30 Ly. Kita relak je sane nanti, sambil makan sambil bercerita”

“Ok”

Elly dan Ana terus melabuhkan punggung mereka ke atas kerusi plastik di warung itu. Mereka duduk saling berhadapan. Kepala Elly ditoleh kiri dan kanan. Tercari-cari pekerja di situ, tapi tak jumpa. Ana turut terikut-ikut akan Elly. Hampir 5 minit mereka berdua seperti ibu mencari anak. Akhirnya kelihatan seorang lelaki yang memakai apron, membawa bersama buku nota kecil dan sebatang pen hitam ke sana ke mari.

“Uncle Muthu! “ Elly berteriak memanggil Uncle Muthu dan sempat melambainya.

“Elly…sudah lama tak jumpa a…datang sini dengan siapa?” Uncle Muthu datang ke meja Ana dan Elly lalu melemparkan senyuman.

“Datang dengan kawanlah uncle. Ni ha…kenalkan Ana. Dia bestfriend Elly. Kita orang sewa bilik kat apartment seberang tu’

“Oh ya ka…datang sebab kerja ka?”

“Taklah uncle. Kami ni sambung study. Esok nak pergi daftar. Jadi student katakan” Elly menjelaskan sebab kehadiran mereka ke sini dengan lebih jelas lagi.

“Oh…baiklah..er…adik berdua mau pesan apa?harini pekerja uncle cuti sebab tak ramai sangat pelanggan”

“Habis tu siapa tolong uncle?” Ana mula mesra dengan Uncle Muthu. Senyuman manis terpahat di bibirnya.

“Ada isteri, anak perempuan dan menantu lelaki uncle yang datang tolong. Ringan sikit kerja…”Uncle Muthu turut membalas senyuman Ana dan turut menunjukkan ke arah ahli keluarganya.

“Em. Kalau macam tu uncle. Kita orang nak pesan ni” Kata Elly sambil menggosok perutnya yang lapar itu.

“Ok. Makan apa? Minum apa?”

“Nasi goreng sosej dan air milo suam” kata Ana.

“Hmm…mee goreng dan teh suam please…”sambung Elly.

“Ok. Sila tunggu sebentar ya”

Uncle Muthu kemudiannya pergi meninggalkan Ana dan Elly. Ana tiba-tiba diam. Wajahnya dikerutkan. Nampak sangat dia sedang memikirkan sesuatu. Elly perasan dan tahu apa yang si Ana sedang fikir. Tapi dia buat endah tak endah sahaja. Tunggu masa saja dia nak jelaskan segalanya kepada temannya itu.

Beberapa minit kemudian, pesanan mereka pun sampai. Elly dan Ana terus menjamah makanan mereka dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan orang yang lalu lalang di situ. Mungkin disebabkan mereka sangat lapar. Sudu diletakkan di atas meja. Mereka berdua terbiasa makan tanpa sudu. Air ditelan perlahan, walaupun suam tapi masih ada terasa bahang panasnya. Makanan dihabiskan dengan cepat dan mereka berdua terasa puas. Sangat kenyang sampaikan sukar untuk menyandar di kerusi. Ana dan Elly kemudian pergi mencuci tangan dan Elly terus pergi ke kaunter pembayaran.

Sejurus selepas itu, mereka berdua menuju ke arah tempat mereka tadi semula. Mereka berdua duduk santai, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang membuat bulu roma merinding. Elly memandang Ana dengan wajah yang serba salah. Mungkin itulah masa yang sesuai untuk buat penjelasan, fikirnya. Namun hati kecilnya brkata tidak. Jadi dia mengambil keputusan untuk menyimpan dahulu ceritanya.

Ana memandang wajah Elly yang agak bingung itu. Tapi pandangannya terganggu apabila dia teringat bahawa esok mereka berdua harus pergi mendaftar sebagai student U. mereka berdua mesti tidur awal, takut nanti bangun lambat. Ana bingkas bangun dan mengajak Elly pulang. Elly mengangguk saja dan mereka berdua lantas pulang ke apartmen dengan cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience