Afiq Raihan tersenyum lebar. Berbunga-bunga hatinya apabila Anis Raihanna memanggilnya
abang. Terpancar sinar kebahagiaan pada wajahnya.
“Turunkanlah cepat, kan dah panggil tadi.” pinta Anis Raihanna.
Afiq Raihan langsung tak mengendahkan permintaan isterinya. Dia masih mengukir senyuman. Langkah diatur ke bilik mereka sambil tubuh Anis Raihanna dicempung oleh Afiq Raihan.
“Tak nak. Buwerkk!” balas Afiq Raihan selamba.
Anis Raihanna menarik muka. Bibirnya dimuncungkan sedepa. Kalau boleh, nak je pukul suami dia ni tau. Tapi tangannya sedang berpaut pada batang leher suaminya.
Semakin lama, semakin ramai mata yang mula memandang mereka berdua. Gegendang telinganya sedang cuba menangkap kata-kata yang keluar dari mulut mereka.
“Awak, tengok tu sweetnya!”
“Aduh, hormat orang single, please...”
Anis Raihanna tergelak kecil. Terhibur dengan reaksi orang ramai. Tiba-tiba, dia rasa kasihan pulak pada Afiq Raihan yang tadi letih memandu tetapi sekarang perlu mengangkat dirinya.
“Afiq, turunkanlah aku.” pinta Anis Raihanna lagi.
“Tak nak. Kenapa susah sangat nak faham ni, sayang?” balas Afiq Raihan lembut.
Muka Anis Raihanna mula membahang. Aduhai, ni yang lemah ni. Afiq Raihan tersenyum nakal apabila terlihat perubahan warna pada muka isterinya.
“Turunkan jelah. Mesti kau penat kan? Kalau tak, aku panggil kau anjing lagi nak?” ugut Anis Raihanna.
Afiq Raihan langsung tak terkesan dengan ugutan isterinya. Dia hanya mempamerkan riak muka tak berperasaan.
“Kalau kau panggil lagi aku macam tu, aku campak kau dalam laut lagi nak?” ugut Afiq Raihan pula.
Anis Raihanna mengetap bibir. Geram dengan sikap keras kepala Afiq Raihan. Mintak kena siku betul lah dia ni.
“Fine, tak nak turunkan aku kan. Anj-”
Chup!
Sekelip mata bibir merah milik Anis Raihanna dicium sekilas. Afiq Raihan hanya beriak selamba. Tingkahnya seperti tiada apa yang terjadi.
“Ha cakaplah. Tahu pun diam. Kalau mulut tu bising lagi, aku buat lagi. Nak?” kata Afiq Raihan sambil tersengih nakal.
Anis Raihanna menyorokkan muka. Sekarang dia tak kisah kalau Afiq Raihan nak dukung dia lagi ke tak. Sebab yang penting dia nak balik bilik sekarang jugak. Ah malu!
Tidak lama kemudian, mereka tiba di bilik. Afiq Raihan segera menurunkan isterinya. Anis Raihanna pula terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
“Sayang, sayang marah abang ke?” soal Afiq Raihan yang tak selesa dengan sikap isterinya yang hanya mendiamkan diri dari tadi.
Sengaja dia menggunakan panggilan sebegitu untuk cuba memujuk isterinya. Anis Raihanna tersengih nakal. Tahu pun takut!
“Sayang tak suka abang. Kenapa buat macam tu hah? Malu tau.” marah Anis Raihanna yang penuh dengan kepuraan.
Afiq Raihan mengeluh kecil. Dia cuba menghampiri isterinya. Namun, Anis Raihanna semakin menjauh daripadanya.
“Tak apalah, kalau sayang dah tak suka abang. Sayang boleh pergi tinggalkan abang. Cuma satu je abang mintak.” pinta Afiq Raihan sayu.
Anis Raihanna terkejut dengan kata-kata suaminya. Niat dia cuma nak bergurau. Tetapi lain jadinya. Dia bergegas mendapatkan Afiq Raihan.
“Abang, sayang bergurau je. Janganlah macam ni. Abang nak mintak apa?” pujuk Anis Raihanna bersungguh-sungguh.
Afiq Raihan merenung wajah isterinya dengan sayu. Tangannya mula memegang erat tangan Anis Raihanna.
“Nak ikut, please?” kata Afiq Raihan sebelum menghamburkan tawa.
Dia tak gila lagi nak lepaskan isterinya begitu saja. Macam yang dia kata, tak kira Anis Raihanna tak suka diri dia lagi, dia tetap akan ikut isterinya. Sebab hanya Anis Raihanna seorang yang dicintainya sepenuh hati.
“Jahat! Ingat kau betul-betul nak tinggalkan aku tadi.” marah Anis Raihanna tak puas hati.
Afiq Raihan masih galak mentertawakan isterinya. Dari tadi dia menahan tawa apabila melihat riak muka Anis Raihanna yang terkejut itu.
“Eh, Hana. Tadi kau panggil aku apa? Tak dengarlah. Sebut lah lagi. Abang?” usik Afiq Raihan pula.
Anis Raihanna menyilangkan tangan ke dada. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Afiq Raihan. Matanya dikecilkan.
“Eh, mana ada aku panggil abang. Aku panggil anj-” kata-kata Anis Raihanna segera dipotong oleh Afiq Raihan.
“Aipp! Sebut lagi, aku buat macam tadi. Nak?” kata Afiq Raihan yang berbaur amaran.
Dengan pantas, Anis Raihanna menutup mulutnya menggunakan tangan. Takut sekiranya kejadian tadi berulang kembali. Dia segera melarikan diri ke dalam bilik air.
Afiq Raihan mengeleng kepala. Bibirnya mengukir senyuman. Dia merebahkan diri ke atas katil. Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat dirinya dan Anis Raihanna.
I love you, Anis Raihanna!
??????
Usai membersihkan diri, Anis Raihanna keluar daripada bilik air. Dia melirik ke arah Afiq Raihan yang sedang berehat di katil mereka. Kelihatan suaminya sedang ralit bermain telefon pintar.
“Afiq, aku dah siap mandi. Kau pergilah mandi boleh sambung rehat.” tegur Anis Raihanna sambil mengeringkan rambut.
Afiq Raihan menutup telefon pintarnya lalu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil mereka. Dia mendekati isterinya yang sedang menyisir rambut.
“Okay, sayang.” bisik Afiq Raihan di telinga Anis Raihanna.
Bibirnya melakar senyuman sebelum menuju ke bilik air. Pipi isterinya dicium sekilas.
Anis Raihanna tersenyum bahagia. Dia menghantar pemergian suaminya melalui pantulan cermin. Tangannya pula naik menyentuh pipi yang dicium oleh Afiq Raihan tadi.Terasa hangat lagi ciuman tersebut.
Lalu, pandangannya dialihkan pula ke arah sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. Sekali lagi, bibirnya mengherotkan senyuman.
Akhirnya, harapannya menjadi kenyataan. Usahanya dulu membuahkan hasil. Segala rasa syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Indah sungguh perancangan Tuhan.
Afiq Raihan yang baru keluar dari bilik air menyedarkan Anis Raihanna daripada lamunannya. Dia mengerling ke arah suaminya yang telah selesai memakai pakaian.
“Afiq...” panggil Anis Raihanna.
Afiq Raihan tak menyahut. Dia terus merebahkan diri ke atas katil. Dia kembali bermain telefon pintarnya semula.
Tindakan Afiq Raihan mengundang amarah Anis Raihanna. Dia cuba menyabarkan hati. Sabar, Anis. Suami kau memang macam tu.
Dasar pekak badak! Sempat lagi dikutuk suaminya.
“Afiq...” panggil Anis Raihanna lagi dengan nada yang lebih keras dan kuat.
Seraya itu, Afiq Raihan menoleh ke arah isterinya buat seketika. Lalu, pandangan dialihkan semula ke arah telefon pintar miliknya.
“Abang.” panggil Anis Raihanna lagi tetapi dengan nada yang lembut.
“Ya sayang.” pantas Afiq Raihan membalas.
Anis Raihanna menjulingkan mata ke atas. Dah agak dah. Suami dia memang sengaja nak dia panggil dengan panggilan itu. Dia melangkah ke arah Afiq Raihan.
“Abang dah cakapkan, panggil abang bukan Afiq lagi.” kata Afiq Raihan cuba mengingatkan.
Anis Raihanna mengangguk tanda faham sambil tersengih. Dia melabuhkan punggung bersebelahan suaminya.
“Abang, sayang nak cakap something boleh?” soal Anis Raihanna meminta izin.
Afiq Raihan mengerutkan dahi. Sejak bila isterinya pandai minta izin? Selalunya ikut suka hati dia saja buat keputusan. Pipi putih isterinya dicubit geram.
“Auch, sakitlah abang!” marah Anis Raihanna tak puas hati.
Dia menggosok pipinya yang mula memerah dek kerana cubitan suaminya sebentar tadi. Wajah cemberutnya mula kelihatan.
“Sejak bila sayang reti mintak izin hah? Cakaplah apa yang sayang nak cakap tu, abang izinkan.” balas Afiq Raihan.
Anis Raihanna tersenyum nipis. Dia menarik tangan suaminya sebelum digenggam erat. Lalu, mencium sekilas tangan itu. Wajahnya diangkat merenung Afiq Raihan.
“Abang, sayang nak mintak maaf kalau selama sayang jadi isteri abang, sayang ada sakitkan hati abang. Sayang tahu sayang banyak buat salah dekat abang.
Sayang bersyukur dapat abang sebagai suami sayang. Tak pernah sekali pun sayang menyesal kahwin dengan abang dulu. Terima kasih abang sebab terima sayang sebagai isteri abang.
Walaupun, sayang tahu sayang serba kekurangan tapi abang terima sayang adanya.
Sayang janji akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang. Sayang cintakan abang sepenuh hati sayang.” ucap Anis Raihanna sehingga mengalirkan air mata.
Afiq Raihan menyeka air mata yang berlinangan di pipi isterinya. Dia mengucup dahi isterinya lama. Lalu, memeluk erat tubuh isterinya. Bibirnya mengulum senyuman.
“Abang pun cintakan sayang sepenuh hati abang.” balas Afiq Raihan separuh berbisik kepada Anis Raihanna.
Anis Raihanna membalas pelukan suaminya. Bibirnya mengukir senyuman. Dia telah membuat keputusan.
“Abang, sayang dah bersedia untuk jadi isteri dan ibu kepada anak-anak kita.” kata Anis Raihanna serius.
Afiq Raihan meleraikan pelukan. Dia segera merenung wajah isterinya. Takut sekiranya isterinya sekadar bergurau.
“Sayang, abang akan tunggu sayang sampai betul-betul bersedia. Abang tak nak sayang rasa terpaksa. Fikir betul-betul, boleh?” pinta Afiq Raihan.
Dia betul-betul tak nak Anis Raihanna rasa terpaksa. Risau sekiranya keadaan mereka kini telah memaksa isterinya untuk mereka bersama.
“Abang, sayang dah lama sedia untuk abang. Ni memang tanggungjawab sayang kan? ” balas Anis Raihanna meyakinkan suaminya.
Afiq Raihan hanya mengangguk tanda faham.
“Be mine tonight for now and forever?” soal Afiq Raihan mahukan kepastian.
Anis Raihanna yang mengangguk sebagai balasan. Malam itu menjadi bukti cinta mereka berdua setelah lebih dua bulan dinikahkan.
Semoga hubungan ini kekal selamanya.
??????
“Lelaki tu dah mampus ke belum? Dia dapat tahu ke rancangan kita?” tegas saja seorang lelaki tua itu menyoal kepada Aria.
“Belum, Tuan. Tapi tuan jangan risau sebab tak ada sesiapa pun yang tahu rancangan kita yang seterusnya.” balas Aria yakin.
“Teruskan lagi ikut dia orang. Pastikan semuanya maklumkan pada aku. Jangan sampai satu pun tertinggal! ” arah lelaki itu sebelum meninggalkan Aria bersendirian.
Aria tersenyum mengejek. Bosan dengan arahan yang diberikan oleh majikannya iaitu ayah angkatnya sejak kecil lagi. Dia makin tertanya-tanya sehingga bila dia perlu melakukan kerja ayahnya supaya lelaki itu sayang akan dirinya.
Gambar yang terpamer pada skrin telefon pintarnya membuatkannya tersenyum lebar.
Mangsa dia yang seterusnya. Bibirnya mula menyebut nama mangsanya.
Haiqal Iskandar.
??????
“Dah puas mandi laut? Dah dapat ke belum hadiah untuk Aidil?” soal Afiq Raihan kepada Anis Raihanna.
“Dah, best gila mandi tadi abang. Tu lah sayang ajak tak nak ikutkan. Padan muka!” bidas Anis Raihanna geram.
“Tengok ni. Hadiah untuk Aidil. Sayang beli baju untuk hadiah hari jadi dia.” sambung Anis Raihanna.
Dia menunjukkan sepasang baju renang yang dibelinya tadi kepada Afiq Raihan. Boleh la anak buah dia nanti pakai untuk berenang di kolam rumah ibu mertuanya.
“Oh, patutlah lama sangat. Pilih baju rupanya. Penat tau abang tunggu.” rungut Afiq Raihan.
“Mestilah lama. Penat cari. Nasib baik, jumpa.” balas Anis Raihanna.
Dia masih membelek baju renang tersebut. Bibirnya mengukir senyuman. Tak sabar mahu melihat Aidil memakai baju itu.
“Sayang, abang mintak maaf tapi boleh tak kalau kita balik hari ni? Adam call abang tadi. Dia cakap ada klien nak jumpa abang hari ni.” ucap Afiq Raihan.
Dia sendiri tak tahu mengapa klien tersebut mahu berjumpanya juga. Padahal, Adam sendiri boleh mewakilkan dirinya. Mereka pernah berjumpa sebelum ini kata Adam. Tetapi, dia masih tak tahu siapakah gerangan tersebut.
“Eh, sayang okay. Lagipun boleh jumpa Fiqa dengan Aidil lagi.” kata Anis Raihanna.
Dia segera pergi mengemas barang mereka berdua. Afiq Raihan menghela nafas lega. Nasib baik isterinya tak marah atau apa.
??????
Sebaik tiba di pekarangan rumah, Afiq Raihan memberhentikan kereta. Dia membantu isterinya mengeluarkan barangan dari bonet kereta.
“Abang balik awal tau. Jangan duduk dekat office lama-lama. Kalau sayang tahu, abang mengorat perempuan lain masa sayang tak ada dekat office, siap abang!” pesan Anis Raihanna.
“Ya. Abang pergi dulu. Take care. Tunggu abang balik tau. Jangan lupa minum air.” pesan Afiq Raihan pula.
“Air?” soal Anis Raihanna semula.
“Air love you.” jawab Afiq Raihan selamba.
Anis Raihanna mengeleng kepala. Mereka bersalaman sebelum berpisah. Tak lama kemudian, kereta milik Afiq Raihan laju keluar dari pekarangan rumah tersebut.
Hati Afiq Raihan mula tak tenteram. Dia merasakan seperti sesuatu yang buruk akan berlaku. Tangannya mula memegang stereng kereta dengan lebih kuat.
Sebaik tiba di pejabat, hatinya semakin berdebar-debar. Walaupun dengan berat hati, dia tetap melangkah menuju ke bilik kerjanya.
“Adam, klien tu mana?” tegur Afiq Raihan kepada Adam Syahmi.
“Ha sampai pun kau. Lama dah dia tunggu kau. Pergi masuk bilik tu. Ada apa-apa panggil aku dekat luar, dia kata ada benda nak bincangkan dengan kau.” terang Adam Syahmi panjang lebar.
Afiq Raihan mengangguk kecil. Langkahnya diatur ke bilik tersebut. Dia mengambil nafas panjang sebelum masuk ke dalamnya.
Kelihatan seorang lelaki berkot hitam sedang duduk membelakanginya. Lelaki itu sedang membelek beberapa majalah yang disediakan. Afiq Raihan mula mendekati lelaki itu.
“Afiq, sampai pun kau. Kau pergi mana? Lama tahu tak aku tunggu kau.” sapa Haiqal Iskandar mesra.
Afiq Raihan mengawal riak mukanya. Terkejut bukan kepalang apabila Haiqal Iskandar telah pulang.
“Is, bila kau balik? Kenapa tak bagitahu aku pun?” balas Afiq Raihan.
Dia mengambil tempat di hadapan Haiqal Iskandar. Perasaan bersalah kembali menguasai dirinya.
“Aku saja tak nak bagitahu kau. Lagipun, aku nak bagitahu berita gembira ni.” ucap Haiqal Iskandar teruja.
Afiq Raihan melemparkan senyuman. Tekaknya terasa kesat untuk menelan air liur pada ketika itu.
“Apa dia? Cakaplah.” balas Afiq Raihan.
Haiqal Iskandar mengukir senyuman. Sengaja dia pulang awal ke sini untuk mengkhabarkan berita gembira itu kepada Afiq Raihan.
“Aku dah dipindahkan balik dekat sini. Boleh tak kau bawak aku jumpa Anis? Aku rindukan dia.” pinta Haiqal Iskandar.
Afiq Raihan kehilangan kata-kata. Pandangan daripada Haiqal Iskandar sarat dengan pengharapan. Dia semakin bersalah.
“Is, ada satu benda yang kau perlu tahu sekarang ni. Aku...harap kau boleh terima.” kata Afiq Raihan dengan perasaan bersalah yang semakin menebal.
“Aku...cintakan Anis. Maafkan aku, Is. Tapi aku betul-betul cintakan dia. Aku tak boleh lepaskan dia, Is.” sambung Afiq Raihan lagi.
Haiqal Iskandar terkedu. Tak sangka orang yang paling dipercayainya telah mengkhianati perjanjian mereka sebelum ini. Dia mula diselubungi rasa amarah.
“Afiq, apa kau cakap ni? Anis Raihanna milik aku! Bukan kau! Kenapa kau khianat perjanjian kita sebelum ni? Aku tak kira, Anis Raihanna tetap akan jadi milik aku! Kita bukan kawan lagi.” marah Haiqal Iskandar.
Dia berjalan meninggalkan Afiq Raihan. Tangannya mengepal penumbuk. Rasa benci amarah terhadap Afiq Raihan semakin meluap-luap.
“Is, tolonglah. Aku tak kisah kalau kau nak benci aku atau tak. Terpulang pada kau. Tapi satu je yang aku nak cakap. Aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak nak bermusuhan dengan kau, Is. Maafkan aku, tapi aku takkan lepaskan Anis sampai bila-bila.” ucap Afiq Raihan.
Haiqal Iskandar menoleh ke belakang. Dia berjalan semula ke arah Afiq Raihan. Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia rasa kecewa dengan tindakan Afiq Raihan.
“Aku kecewa dengan kau, Afiq. Kecewa yang teramat. Sampai hati kau rampas Anis Raihanna daripada aku kan? Kau sendiri tahu aku cintakan dia sepenuh hati aku. Sehinggakan aku sanggup korbankan cinta aku dengan kahwinkan kau dengan tunang aku sendiri. Aku suruh kau jagakan dia untuk aku, Afiq. Tapi kau, kau khianat aku Afiq. Kau ambik dia dari aku. Kenapa? Apa salah aku dekat kau sampai kau buat aku macam ni? ” soal Haiqal Iskandar kecewa.
Afiq Raihan diam tak membalas. Dia tahu dia bersalah dalam hal ini. Tetapi, dia langsung tiada niat untuk merampas Anis Raihanna daripada Haiqal Iskandar. Dia cuma cintakan Anis Raihanna sepenuh hatinya.
“Aku boleh maafkan kau, Afiq. Tapi dengan syarat.”
Kata-kata Haiqal Iskandar menarik perhatian Afiq Raihan. Dia mula berminat untuk mendengar kata-kata lelaki itu yang seterusnya.
“Dengan berbaki masa sebulan lagi ni, aku akan dapatkan Anis Raihanna daripada kau. Kalau aku berjaya, kau kena lepaskan dia. Tapi kalau sebaliknya yang terjadi, aku akan terima kenyataan yang Anis Raihanna bukan milik aku.
Biar Anis Raihanna sendiri yang pilih antara aku dan kau. Setuju?” kata Haiqal Iskandar yang cuba mengadakan sebuah perjanjian lagi. Tetapi kali ini, Anis Raihanna menjadi taruhan.
Afiq Raihan berfikir sebentar. Satu keluhan kecil terbit dari bibirnya. Dia telah membuat keputusan.
“Aku setuju.”
Stay tune!
Don't forget to comment!
Share this novel