Episode 2

Adventure Series 25935

EPISODE 2

Cahaya tersebut mengeluarkan sesuatu permata kecil berwarna hitam..

"Apa benda ni?" Terdetik hati Arsh.

"Tak akan Batu Pahlawan? Atau Batu Kelahiran Senjata?" Hati Arsh terus berbisik.

"Batu Kelahiran Senjata? Maksudnya?" Tegur seorang lelaki yang duduk disebelah Arsh.

Arsh terperanjat dengan pertanyaan lelaki tersebut terus memaling wajahnya ke kiri. Seorang lelaki berpakaian seperti kot musim hujan yang separa berwarna putih, mukanya tertutup dengan kain hitam, hanya kelihatan mata berwarna hitam silver, rambutnya yang berwarna hitam berkilat yang menutup sebelah matanya kanannya. Pelajar tersebut memakai baju yang sama dengan Arsh pakai tetapi berwarna hitam.

"Kau siapa?" Tanya Arsh. Tiada balasan.

"Kau ada sihir pembaca memori? Sihir larangan tu?" Tanya Arsh dalam separa bisik.

"Bukan sihir pembaca memori tapi sihir mendengar bisikan hati. Aku dari keluarga Roum. Kau kenalkan siapa keluarga Roum?" Tanya lelaki tersebut tanpa memandang Arsh.

"Roum? Aku tak kenal. Maaf. " kata Arsh sambil mengusap telur putih tadi. Lelaki tersebut nampak sedikit terperanjat dan memaling pandangannya ke arah Arsh. Terdengar lelaki tersebut ketawa kecil.

"Aku Las. Selamat berkenalan." Lelaki tersebut memperkenalkan diri.

"Aku Arsh." Mereka berjabat tangan dan senyum satu sama lain sebelum menumpu perhatian semula ke Cashen.

"Semua yang korang dapat. Akan korang belajar di dalam kelas. Semua pelajar boleh bersurai!" Kata Cashen.

Semua pelajar bersurai dan kembali ke kelas masing-masing.

Di dalam bangunan..

"Kelas A001. Jumpa pun kelas." Sambil membuka pintu jenis sliding.

Bilik yang Arsh seperti bilik kuliah, kerusinya disusun menaik dan mejanya diasingkan. Bila dilihat dengan teliti kelasnya seperti papan kekunci komputer. Arsh bergerak ke tempat duduknya.

"1...2...3...4.. jadi ni meja aku." Arsh berbisik.

"Arsh." Arsh beralih badannya ke belakang. Las memandang Arsh sambil menongkatkan dagu dengan tangan kanan.

"Oh! Kita sama kelas.. Meja 12." Kata Arsh dengan perasaan gembira.

"Hahaha... nampaknya begitulah. Arsh kau perasan sesuatu?" Tanya Las.

"Ermm?" Arsh mengangkat kening sedikit.

"Kelas kita."

"Ya.. aku perasan gak.. kelas kita disusun seperti komputer.. maksud aku papan kekunci komputer. Malah ada huruf kecil di kerusi setiap tempat kita duduk. Tempat duduk aku berhuruf V... kalau betul apa jangkaan aku huruf kerusi kau mesti berhuruf G." Terang Arsh. Sebaik sahaja Arsh berkata begitu terus Las memandang kiri dan kanan kerusinya.

"Mata kau tajam. Aku sendiri pun tak perasan ada huruf kecil. Malah huruf ni agak pudar." Kata Las sambil membuat posisi yang sama.

"Bilik darjah ni macam ada sesuatu.." Belum sempat Arsh sambung ayatnya cikgu sudah masuk. Terpaksa Arsh beralih ke depan.

"Arsh.. Engkau siapa sebenarnya?" Hati Las bermonolog sambil memandang Arsh dari belakang.

"Selamat pagi semua. Nama saya Cikgu Bess. Saya adalah guru kelas korang semua tahun ni.. Jadi salam perkenalan buat kali pertama." Lelaki yang berpakaian serabai dan tak terurus memperkenalkan diri.

"Kenapa kita dapat cikgu teruk macam ni? Dahlah siap pakai spek mata besar berputar-putar, tak pening ke?"

"Yelah.. Selekeh giler.. aduhh tak ada cikgu yang lebih baik ke?"

Suara pelajar kelas A001 mula berbisik meluahkan perasaan tidak puas hati.

Arsh dengan Las tenang sahaja menerima guru baru tersebut sambil duduk bersandar dan memasukkan tangan kiri ke dalam poket seluar.

"Puas tak puas korang semua kena terima saya.. Tak ada guna simpan perasaan tak puas hati dalam diri.. Hanya menyusahkan hidup sahaja." Kata-kata daripada cikgu Bess berjaya menyepikan keriuhan.

Pelajar kelas A001 mula senyapkan diri walaupun ada wajah kerut seribu.

"Saya akan ambil kehadiran semua." Muncul data komputer di wajah cikgu Bess.

Komputer tersebut scan setiap wajah didalam kelas dan memasukkan rekod kehadiran dengan automatik.

"Baiklah kita mulakan pelajaran. Keluarkan Batu Pengenal pasti yang Ketua PP berikan." Cikgu Bess mengarah.

Semua pelajar mengeluarkan batu tersebut dan meletakkannya di atas meja.

"Macam semua telah diberitahu tadi, batu ni akan kenalpasti kuasa korang. Warna biru adalah warna elemen air, warna merah elemen api, warna coklat elemen tanah, warna hijau perubatan, warna ungu perubatan, warna merah jambu elemen cinta, warna kuning elemen cahaya." Cikgu Bess berhenti sekejap dan mengambil nafas.

"Setiap pelajar mungkin akan ada lebih dari 1 kuasa.. Setiap corak yang terdapat di atas permukaan akan menunjukkan elemen tambahan di dalam tubuh korang semua. Contohnya, corak putar atau pusaran menandakan seseorang tu mempunyai elemen angin sebagai elemen tambahan." Sambung Cikgu Bess.

"Baiklah semua pelajar sila berikan fokus 100% ke atas batu tu sambil menggengam batu tu." Semua pelajar mengikut arahan cikgu Bess dan mereka masih menumpu perhatian kearah cikgu Bess.

"Korang kena fokus sehingga korang merasa diri korang dan elemen dalam badan korang bersatu menjadi cahaya dan korang akan merasai kekuatan kuasa korang mengawal tubuh korang. Korang kena kawal kuasa tersebut sehingga korang boleh fokus kuasa tersebut ke tangan korang." Terang cikgu Bess sambil melukis lakaran orang lidi dan beberapa lukisan lain. Semua pelajar memberi perhatian penuh ke lukisan tersebut.

"Baiklah saya akan menunjukkan caranya."

Cikgu Bess memejam matanya dan mengengam batu tersebut sehingga badannya bercahaya berwarna biru dan cahaya itu beralih ke tangannya. Sebaik sahaja dia membuka tangan batu tu sudah bertukar bentuk dan warna. Bentuknya bulat dan tajam-tajam manakala warnanya pula berwarna kelabu.

"Bentuk batu ni menunjukkan saya pengguna elemen angin dan elemen tambahan saya adalah petir." Terang cikgu Bess sambil mengampungkan batu tersebut ditapak tangannya.

"Baiklah pelajar. Kamu boleh mula sekarang!"

Semua pelajar mula mengfokuskan diri.

Pelbagai aura dikeluarkan oleh setiap pelajar.

Cikgu Bess menulis sesuatu di papan kenyataan. Semasa menulis cikgu Bess merasakan tenaganya dipanggil keluar, badannya pula terasa hangat dan bercahaya. Terus cikgu beralih mengadap pelajarnya dan matanya tertumpu ke Arsh. Badan Arsh tiada aura yang bercahaya yang dikeluarkan dari dalam badannya dan pandangannya beralih ke Las yang duduk di belakang Arsh.

"Keluarga Roum. Tak sangka disini pun boleh ada mereka. Nampak gayanya aku dapat anak murid dari keluarga Roum. Pasti sesuatu buruk akan berlaku.... Hurmmm... Menarik!" Bisik hati cikgu Bess.

"Keluarga Roum mempunyai sihir Mendengar Bisikan Hati. Agak mustahil baginya untuk mendengar suara hati aku dalam keadaan sekarang kerana dia perlu fokus pada pengawalan elemennya. Selain itu, pendengarannya akan terganggu atas sebab elemennya sedang mengawal diri dia dan keadaan sekelilingnya bising. Melainkan dia mempunyai sihir tu beraras tinggi, kemungkinan dia boleh dengar suara bisikan aku sekarang." Sambung bisikan hati cikgu Bess.

"Baiklah pelajar. Kamu sudah boleh buka mata dan tapak tangan masing-masing sekarang." Semua pelajar membuka mata. Ada yang menjerit kegembiraan ada yang merunggut.

"Baiklah bentuk yang kamu dapat telah saya tulis dihadapan ni. Sila kenalpasti jenis dan letak batu korang diatas meja. Korang boleh jadikannya cincin, rantai, anting-anting atau sebagainya. Sila pastikan ia rapat dengan korang semua."

"Sampai disini sahaja kelas kamu dengan saya." Ujar Cikgu Bess sebelum keluar dari kelas.

Arsh mengejar cikgu Bess dan diikuti oleh Las.

"Cikgu!!!" Jerit Arsh. Jeritan Arsh berjaya membuat pergerakan guru kelasnya berhenti dan beralih ke Arsh.

"Saya nak tanya..." Arsh mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya.

"Batu tadi yang cikgu suruh kami fokus tak menghasilkan apa-apa. Tengok batu ni kosong dan jernih malah tiada kesan cela pada batu ni. Apa maksudnya cikgu?" Tanya Arsh. Las sedikit terkejut dengan kenyataan Arsh. Batu Arsh diambil oleh cikgu Bess.

"Las keluarkan batu kamu." Pinta cikgu Bess. Las mengeluarkannya dan memberi kepada cikgu. Dua-dua batu ada didalam gengaman cikgu Bess.

"Saya pinjam batu korang. Saya nak periksa bila ada masa. Nak tengok sama ada batu ni rosak atau palsu. Cikgu pinjam eh?" Cikgu Bess mula berbicara selepas diam seketika.

"Baik!" Serentak Las dan Arsh memberi jawapan.

Mereka pulang ke kelas. Cikgu Bess kembali ke biliknya.

Dibilik persendirian cikgu Bess.

Rambut kusut milik cikgu Bess yang menutup matanya diramas oleh cikgu Bess dan serta merta rambut depannya keatas dan menjadi terurus dan bergaya. Menampakkan wajah cikgu Bess yang hensem. Mata cikgu Bess berwarna kelabu belah kanan dan biru belah kiri. Wajahnya bujur sirih dan bibirnya yang tadi warna sedikit gelap tadi tiba-tiba bertukar warna merah dan menampakkan bibirnya yang sempurna dan giginya cantik tersusun rapi.

Batu milik Arsh dan Las dikeluarkan dari poket kot labuh miliknya.

"Hurmmm.." cikgu Bess merapatkan batu milik Arsh dan Las bersama.

Batu mereka memberi reaksi. Batunya mengeluarkan cahaya warna pelangi dan bunga layu yang terdapat di bilik cikgu Bess menjadi segar, daunnya lebat dan mengeluarkan bunga.

"Nampaknya kelahiran lagenda baru..." Bisik cikgu Bess.

"Zum.. siasat latar belakang Arsh.." cikgu Bess memberi arahan kepada orang suruhannya tanpa melihatnya.

Lelaki yang terlindung dengan bayang dan hanya menampakkan separuh wajah lelaki sahaja.

"Jujung perintah, tuanku" sekelip mata Zum hilang dari pandangan.

"Arsh.." tersenyum kecil cikgu Bess sambil melambung batu milik Arsh ke udara.

Tok-tok-tok. Pintu bilik cikgu Bess diketuk. Terus cikgu Bess menyimpan batu milik Arsh dan Las dengan sihirnya dan meramas rambutnya kembali berserabai.

Di dalam kelas A001..

"Kenapa cikgu Bess nak pinjam batu kita?" Tanya Las.

"Siapa tahu." Arsh mengangkat bahu dan membaca buku manual yang cikgu Bess edarkan.

"Errr...korang...." kehadiran seorang gadis di tepi meja mereka berjaya memberhentikan topik perbincangan mereka.

Mata mereka berdua tertumpu kepada gadis tersebut.

"Ya? Kenapa?" Tanya Arsh dengan melemparkan senyuman.

Terdengar suara jeritan daripada para gadis yang duduk tidak jauh dari situ. Las mengiring kepalanya ke tepi sedikit.

"Errrr.... errrr.... sa...sa...ya... nak tanya....." Gadis bertocang ekor kuda dan agak comel tergagap.

Las dan Arsh membalas pandangan seketika dan terus menumpu ke arah gadis tersebut.

"NAMA KORANG SIAPA??? TOLONG BAGITAHU!!" Tiba-tiba suara gadis tersebut kuat dan lantang sehingga seluruh kelas menumpu perhatian kepada mereka bertiga.

Terberhenti seketika jantung Arsh dan Las kerana terkejut. Terus mereka memegang jantung masing-masing dan mengusap dada perlahan-lahan.

"Aaaaaa...errr... maafkan saya!!" Gadis tersebut sudah mengelabah setelah melihat reaksi gadis tersebut.

"Saya Arsh."

"Saya Las."

"Nama awak?" Tanya Arsh sambil mengurut jantungnya begitu juga Las.

"Aaaa..na...nama saya?" Kata gadis itu dalam keadaan terkejut dan teruja.

Serentak Las dan Arsh mengangguk.

"Nama saya Sabrina. Sabrina Kolershid!" Jawab gadis tersebut dengan semangat.

"Kolershid? Dia dari keluarga beranda.." bisik hati Las.

"Selamat berkenalan." Kata Arsh sambil tersenyum riang.

"Se... la...mat berkenalan!!!" Terus Sabrina memengang tangan Arsh. Tindakan Sabrina memeranjatkan Arsh. Terbeliak kecil mata Las.

"Uishh.. berani betul.." bisik hati Las.

"Nak jadi kawan kitaorang?" Tanya Las.

"Ehhh?? Boleh ke??" Suara Sabrina sedikit terperanjat.

"Tentu boleh!" Balas Arsh dengan ceria.

"Saya Sabrina! Akan ada dibawah jagaan korang berdua! Tolong beri tunjuk ajar!" Sabrina membongkok 90°.

"Baiklah." Jawab Arsh. Sabrina berlari kearah kumpulannya yang dari tadi menunggunya. Ntah bagaimana Sabrina boleh terjelumpok ketika berlari ke sana dan diangkat oleh kawannya.

"Hahahaha.. comel betul minah ni.." Terburai ketawa Las.

"Ya.. hahahaha.. terasa nak melindungi dia sahaja.. tak begitu Arsh?"

"Hahahaha.. aku setuju cakap kau." Sambil menepuk bahu Las.

Pandangan mereka tertumpu kearah Sabrina yang sudah merah padam.

"Comel." Terdetik Arsh dan Las serentak.

"Apa subjek seterusnya?" Tanya Las.

"Subjek matematik." Balas Arsh sambil menekan data komputer yang muncul di wajah Arsh.

"Lagi berapa minit sebelum cikgu masuk?"

"Mengikut jadual ni. Sepatutnya sekarang."

Ditengah-tengah meja guru keluar cahaya berputar dan ada dua gelung sebelum sesuatu makhluk keluar dari gelung tersebut. Seorang wanita agak berusia. Ketinggiannya hanya 149cm, rambutnya berwarna merah dan memakai kot tenaga pengajar.

"Selamat pagi semua. Saya cikgu Ros akan mengajar kamu semua subjek matematik. Saya akan ambil ke hadiran semua." Sambil menekan data yang akan mencatat kehadiran pelajar dalam bilik darjah.

"Saya bagi amaran! Saya tak suka pelajar pemalas! Kaki ponteng! Saya tak peduli kalau awak semua tidur dalam kelas saya. Saya nak semua pelajar berada dalam kelas saya dan siapkan tugasan saya beri walaupon hari kiamat sekali pon! Faham?!" Suara lantang cikgu ros sangatlah mengerunkan para pelajar kelas A001.

"Faham, cikgu ros!" Semua pelajar beri jawapan serentak.

Sesi pelajaran berlangsung seperti biasa.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience