Bab 6: Surprise Meet Up

Romance Series 3092

Seminggu bercuti, Zalika Husna diminta melaporkan diri di Agensi Keselamatan Negara Trigisia. Jabatan Perisikan di tujunya .

“Hi, guys.” Sapa Zalika Husna apabila memasuki pejabat yang beberapa bulan ditinggalnya.

“Puan.”

“Hi, Ika.” Jawab rakan sekerja dan subordinat sambil tunduk hormat.

Tanpa melengahkan masa, Zalika Husna terus menuju ke arah pejabatnya untuk menyiapkan laporan kes risikan Mafia yang baru selesai minggu lepas. Siap sahaja laporan Zalika Husna dipanggil oleh Kolonel Hanafi. Tugasan baru bakal diterimanya.
Setelah tiba di dewan mesyuarat, kelihatan lima orang rakan setugas lain turut dipanggil. Masing-masing melihat antara satu sama lain dengan pandangan ‘apa agaknya tugasan kali ini?’. Pintu dewan mesyuarat di buka. Kolonel Hanafi diiringi beberapa orang lain menuju ke tempat duduk. Tugasan kali ini bagi Zalika Husna agak kurang mencabar kerana dia hanya ditugaskan untuk menjaga keselamatan Putera Mahkota Trigisia. Ini disebabkan oleh ugutan bunuh yang diterima Putera Mahkota pada pagi tadi. Tugasan mula berkuatkuasa tiga hari lagi. Zalika Husna mula tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa Putera Mahkota kerana kali terakhir dia melihat wajah Putera Mahkota pada 3 tahun lepas sebelum beliau melanjutkan pelajaran di luar Negara. Itupun hanya dikaca TV sahaja.

Kediaman Perdana Menteri

Waktu makan malam tiba. Seluruh ahli keluarga berada di meja makan. Kelihatan beberapa jenis lauk terhidang. Kecur air liur Zalika Husna dibuatnya. ‘Rindu sungguh aku dengan masakan mama ni.’ Bicara Zalika Husna dalam hati. Selepas Angah, Zarul Hasym membacakan doa makan, mereka mula makan tanpa satu suara pun berbunyi.

“Oh ya, baru ayah teringat, tomorrow night our King invited us to His Highness palace.” Kata Datuk Seri Paduka Hasnol memecah kesunyian.

“Dijemput ke Istana? Untuk apa Ayah?” Tanya Zatika Hasni ingin tahu.

“Sempena majlis ulang tahun Sultan Kamarul dan kepulangan Putera Mahkota.” Sampuk Along.

“Ooo..” Ucap Zatika Husna.

“Angah tak rasa Angah boleh ikut malam esok ayah.” Ujar Zarul Hasym serius.

“Kenapa pula Angah?” Tanya Datin Seri Paduka Zakiah.

“Angah ada shift malam ma.” Ringkas Zarul Hasym.

“Ish, Angah ni selalu kerja tau. Bila masa entah boleh luangkan masa untuk Kakak. Dah la hari tu orang ajak shopping pon dia tolak sebab kerja.” Ujar Zalika Husna sambil memuncungkan mulut merajuk.

“Amboi, mulut dia... Panjangnya muncung boleh buat sangkut baju.” Usik Lily, isteri Zariel Hussein. Suasana meja makan riuh dengan riang tawa mereka sekeluarga.

Istana Diraja

Dua kereta mewah milik keluarga Perdana Menteri tiba di perkarangan Istana Diraja. Pelayan Istana menyambut mesra kedatangan Datuk Seri Paduka Hasnol, Perdana Menteri Trigisia dan keluarga. Pelayan Istana tersebut terus membawa mereka ke dewan makan Istana. Kelihatan ramai pembesar-pembesar Trigisia dan keluarga mereka berlegar-legar sambil bersosial antara satu sama lain.

Seberapa ketika Sultan Kamarul, Raja Trigisia menyapa Datuk Seri Paduka Hasnol sekeluarga bersama Permaisuri Fatimah. Datuk Seri Paduka Hasnol memperkenalkan anak-anaknya. Bukan tidak pernah beliau membawa anak-anak ke majlis-majlis besar tapi ini kali pertama dia membawa seluruh ahli keluarganya bertemu pemilik sebenar Trigisia.

“Nice to meet all of you. So, this is Husna. Beta banyak dengar tentang kamu dari Datin Seri Paduka Zakiah.” Bicara Permaisuri Fatimah sambil memandang Zalika Husna penuh makna.

Zalika Husna hanya mampu tersenyum manis sambil menunduk malu. Dia tahu mamanya mesti bercerita tentang sesuatu pada Permaisuri sehingga dia dipandang dengan pandangan yang dia sendiri tidak tahu. Zalika Husna juga tahu bahawa mamanya dan Permaisuri Trigisia merupakan teman karib sejak dari sekolah lagi dan diantara mereka tiada rahsia yang disembunyikan. Sedang asyik berbual, sebuah suara menyapa.

“Assalamualaikum.” Suara lelaki memberi salam.

Semua yang berada di situ menjawab salam serentak. Ketika lelaki itu menyapa, Zalika Husna yang membelakangkan lelaki tersebut tiba-tiba terdiam kaku. Zatika Hasni yang sedang berbicara melihat kakaknya terdiam mula pelik. 'Suara tu...macam pernah dengar.’ Ucap Zalika Husna dalam hati. Pada masa yang sama, Zatika Hasni juga perasan perkara yang sama.

“Hah Eijaz, turun juga kamu akhirnya, bonda ingat kamu tak mahu keluar bilik tadi.” Usik Permaisuri Fatimah.

“Tak lah bonda, Eijaz jawab panggilan telefon tadi. Itu yang ambil masa lama tu.” Jelas Tengku Eijaz.

“Tengku.” Sapa Zariel Hussein sambil menghulurkan tangan.

Ketika huluran tangan disambut mesra, Zalika Husna memalingkan badan untuk melihat siapa gerangan pemilik suara yang jelas biasa didengarinya. Pandangan Zalika Husna jatuh pada lelaki yang sedang berjabat tangan Alongnya. Dia terkejut. Rupa-rupanya lelaki yang pernah menolongnya dahulu merupakan Putera Mahkota Trigisia. Hatinya tidak tahu kenapa mula sakit. Mata mula memerah seperti menahan tangis. Dia betul-betul tidak tahu kenapa dia berasa marah kerana lelaki itu merahsiakan identitinya. Adakah ini kerana Zalika Husna sudah menganggap lelaki itu sebagai temannya. Dia buntu.
Eijaz yang sedang bersalaman dengan ahli keluarga Perdana Menteri terasa seperti diperhatikan. Eijaz menoleh ke arah gadis yang berada di sebelah bondanya. Dia kenal gadis itu. Gadis yang sering berada dimindanya. Dia terkejut melihat Zalika Husna. Permaisuri Fatimah yang perasan anakandanya merenung gadis yang berada di sebelahnya tersenyum lalu berkata.

“Eijaz, tenung apa tu? Meet, Zalika Husna, the daughter of our PM.” Permaisuri Fatimah tersengih penuh makna.

Eijaz yang tergamam melihat wajah Zalika Husna yang sedang menahan tangis tanpa sedar memanggil nama gadis itu.

“Ika...” tidak tahu kenapa melihat mata merah Zalika Husna dia diselubungi rasa bersalah kerana merahsiakan identitinya.

Kedua-dua belah keluarga pelik dengan reaksi pasangan yang sedang bertentang mata. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Kerana tidak mahu dilihat reaksi mukanya, dia meminta diri dan cepat-cepat meninggalkan dewan makan.

“Ika!!” Panggil Eijaz kuat apabila melihat Zalika Husna seperti berlari anak meninggalkan dewan makan.

Semua yang berada di situ memandang Eijaz dengan pandangan seperti meminta penjelasan tentang apa yang sedang berlaku.

“Err, I’ll explain this later. Let me talk to her first.” Kata Eijaz sambil meraup wajahnya dengan riak cuak.

Tanpa melengahkan masa, Eijaz terus memgejar Zalika Husna. Ahli keluarga yang berada di situ semakin bingung dengan gelagat dua anak muda mereka. Zatika Hasni masih lagi berdiri kaku cuba mengingat kembali di mana dia pernah mendengar suara Eijaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience