13

Romance Completed 95763

Tit! tit!

Jam penggera telefon berbunyi. Lenanya diganggu. Kelopak matanya dibuka sedikit. Kemudian, dia terkebil-kebil memandang siling. Dia memaksa saraf-saraf otaknya berfungsi. Memori malam tadi menererjah kotak ingatannya. Dia menoleh ke sebelah. Tidak lama, bibirnya melakar segaris senyuman taktala pamdangan matanya terarah pada figura disebelahnya.

"Selamat pagi, bidadari abang." Kening Anggun Dahlia dicium lembut. Raut lembut itu dipandang lama. Pandangannya jatuh pada bibir merah itu. Tiba-tiba dia tersengih malu. Kepala digeleng perlahan menghalau rasa yang sedang bertamu dibenaknya. Badan diarah bangun dari baringnya. Rambut yang terjatuh didahi diselak ke atas.

Tangannya mengurut leher yang terasa sengal disetiap sendinya. Ikram Benjamin bangun menuju ke bilik air. Dia membersihkan diri. Tidak lama kemudian, dia menapak keluar dari bilik air. Dia menunaikan solat Subuh .
-----
(Satu jam kemudian)

Jarum jam bergerak ke angka 7.30 pagi. Kicauan burung-burung mula kedengaran diluar. Sesekali dia mencuri pandang ke langit. Pagi itu cerah. Ikram Benjamin sedang duduk dibalkoni bertemankan tablet ditangan. Tangannya ligat menari diatas skrin gajet itu. Didepannya terhidang dua set sarapan yang dipesannya tadi. Tangannya mencapai secawan teh panas yang masih berasap diatas meja. Lalu dicicip perlahan minumannya. Setelah letih dengan pancainderanya, tablet diletak ke meja.

Dia menoleh ke arah Anggun Dahlia yang masih lena dibuai mimpi. Dia mengangkat punggung dan mengarahkan kaki menapak ke arah perempuan itu. Lalu, dia duduk disisinya. Raut bersih itu ditatap sayang. Tanpa sedar bibirnya melorek senyuman yang semakin melebar. Ah, rasanya dia sedang dilamun cinta untuk kali yang ke berapa entah. Indah! Ya, perasaan itu indah dirasakan.

"Sayang." Dia mendekatkan dirinya dan berbisik disebelah telinga Anggun Dahlia. Dia mengelus lembut pipi perempuan itu.

"Sudah pagi. Tak nak bangun ke, bidadari abang? Burung dekat luar pun dah keluar cari makan." Rambut itu diusap lembut. Dia mendaratkan sebuah ciuman pada puncak hidung Anggun Dahlia. Ada pergerakan kecil. Matanya dibuka sedikit.

"Bangunlah. Pergi mandi, lepas tu kita sarapan sama-sama. Abang dah pesan makanan." Dia masih belum puas merenung muka itu. Anggun Dahlia membuka kelopak matanya. Kelat rasanya. Dia masih mengantuk. Selimut ditarik menutupi separuh mukanya.

Ikram Benjamin sedar perlakuan itu. Dia menyembunyikan senyumnya.

"Dah, bangun. Tak payah nak malu sangat tentang malam tadi." Kini semakin melebar dia mengusik Anggun Dahlia.

Dibawah selimut, Anggun Dahlia sudah tidak tahu bagaimana harus menahan malunya. Bibir bawah digigit. Dia berkira-kira mahu bangun. Jika diikutkan hati, mahu saja dia menutup mulut lelaki itu dengan kain selimutnya. Ada saja akalnya mahu mengusik dipagi hari.

"Cepat mandi. Bangun. Abang tunggu." Ikram Benjamin menapak ke balkoni. Bibirnya tersengih. Sempat dia mencuri pandang ke katil. Taktala pandangan mereka bertembung, dia mengenyitkan mata buat perempuan itu. Gelaknya terlepas juga.

Bzzz!

Telefonnya berbunyi. Ada sebuah panggilan masuk. Dia melihat nama yang tertera pada kaca skrin telefon. Louis. Dia berdecit. Kacau saja mood berbulan madu bos besar.

"Hello. Hm kau nak apa?" Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu.

"Hello, bos. Bila nak habis berbulan madu? You jangan lupa tiga hari event kita." Dia sekadar memberi peringatan.

"Aku ingat. Event kita lagi tiga hari. Bukannya hari ini. Jadi, aku ada masa lagi dua hari untuk habiskan mood berbulan madu rasanya." Jawabnya sinis.

"Ugh! Yalah. Macamlah dia seorang saja yang baru kahwin. Okeylah kalau macam itu, I got to go. Chow!" Panggilan ditamatkan begitu saja.

Hujung bibir menarik sengih. Telefon diletak ke meja. Dia bangun dan berdiri dibalkoni. Menyedut udara segar. Bukan selalu dapat menghayati pemandangan waktu pagi ditempat orang.

Klak!

Pintu bilik air dibuka. Terus saja badannya dipusing ke belakang. Nampaknya Anggun Dahlia sudah siap berpakain lengkap. Cuma kepalanya saja masih berbungkus tuala. Dia memeluk tubuh. Badannya disandar pada besi balkoni sambil memerhati gerak geri perempuan itu. Perlahan saja kerusi ditarik. Sedikit pun perempuan itu tidak memandang ke arahnya. Mahu saja dia menghamburkan gelaknya melihat reaksi itu.

"Anggun Dahlia." Sebaris nama itu meniti dibibir Ikram Benjamin. Dia mendekati perempuan itu. Kini, dia berdiri bersebelahan Anggun Dahlia. Dia membongkokkan badannya sedikit. Tangannya juga turut ditongkat pada tepi meja. Membuatkan perempuan itu terkepung ditengah-tengah.

"Kenapa tak nak pandang abang dari tadi? Tak nak bercakap dengan abang lagi?" Dia berbisik ditepi telinga. Rambut panjang itu diselit ke celah telinga. Sebuah ciuman lembut hinggap dicuping telinganya. Dia kemudiannya memandang tepat anak mata Anngun Dahlia. Namun, pandangan tersebut cepat saja dielak.

"Hahaha. Okeyyyy. Abang minta maaf tentang malam tadi. Terima kasih juga untuk malam tadi sebab...." Keningnya dimainkan. Sengaja dia merenung lama anak mata itu.

"Ishh! Cepatlah makan. Dahlia lapar." Tubuh Ikram Benjamin ditolak menjauh. Rimas.

"Makan?" Ikram Benjamin tersengih nakal dengan ayat itu.

"Ma...err..makan sarapan ni dah...dah sejuk." Laju saja tangannya menyuap makanan ke dalam mulut. Tidak mahu menghadap lelaki itu. Suka benar mengusiknya!

"Ohhh. Makan yang ini. Ok, jom kita makan." Mata dikerdip sambil tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience