“ Syazlina.” Gadis itu terlebih dahulu memperkenalkan dirinya sambil
menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Aku menyambut salam perkenalan kami yang pertamanya. Mungkin, inilah
hadiah dari Tuhan untukku pada hari ini. Sejurus selepas pertemuan
pertama itu,episod persahabatan kami mula mengorak langkahnya.
Rupa-rupanya Syazlina sangat suka mengarang cerpen serta novel.Dia
sering mencari idea dengan merenung keindahan alam semula jadi.Kini dia
sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah novel untuk dihantar ke
syarikat penerbit buku terkenal.Katanya ini merupakan cita-citanya.
Kebetulan, minatku juga hampir sama dengannya. Cuma jurangnya,aku
masih tidak mampu berusaha sepertinya yang sering mencari idea baharu
untuk karya yang berkualiti. Kadang-kadang Syazlina mengajakku sama-sama
melontarkan idea untuk penghasilan karya baharunya. Namun aku hanya akan
banyak membisu setiap kali diminta memberi pendapat,bagai kehabisan
idea.Siapalah aku hendak dibandingkan dengan dirinya yang sangat
berusaha keras.Dapat ku umpamakan idea Syazlina sentiasa mengalir, bagai
air terjun dari gunung yang jernih.
Hampir setiap hari aku akan bertemu dengan Syazlina untuk mendengar
karya-karya baharunya yang sangat tinggi nilai bahasanya.
Sekurang-kurangnya dapatlah aku menghilangkan kebosanan di sepanjang
hari-hariku. Syazlina juga sedemikian rupa,dia sendiri mengakui sangat
bersyukur dipertemukan denganku kerana belum pernah ada orang yang
sangat menghargai bakatnya sehingga sanggup mengorbankan masa untuk
meneliti karyanya.
Sungguh,aku dapat merasakan orang yang unik sepertinyalah yang
sangat layak untuk diberi peluang bagi mengetengahkan bakat sedia
adanya. Orang seperti Syazlina tidak harus diketepikan,tentu dia
mempunyai peluang yang sangat cerah untuk berjaya dalam bidang sastera
ini. Aku akan sentiasa menyokong dirinya.
Share this novel