Bab 12

Romance Series 113896

"Mak minah, marilah makan sekali. Ramai-ramai berselera sikit nak makan" ajak Yus sambil mengambil pinggan dan disusun di atas meja.

"Alah... Ramai-ramai baru selera konon, orang tengok akak makan sorang-sorang pun selera je... Siap tambah nasi lagi. Tu, badan pun dan kembang macam belon" usik Amy sambil mengembungkan pipi mengusik kakaknya.

"Ee... Kau ni kan.. Mak pesan apa? Lupa ek. Suka kau kan sakitkan hati akak. Mana ada gemuk la, akak hari-hari work-out kat bilik gym bawah tu. Kau je yang balik kerja dengan tak mandi terus membuta" balas aku sambil buat muka pada Amy.

"Hm... Korang ni betul la. Pak Hamid dari luar pun boleh dengar suara korang berdua ni. Cuba la pakat elok-elok. Yang Amy ni pun suka sangat menyakat kakaknya." geleng kepala Pak Hamid dengan ulah dua beradik ni.

"Padan muka kena marah" jawab Yus sambil menjelir lidah pada Amy.

"Tarik lidah tu karang baru tau" Amy mengacah seakan mahu menarik lidah Yus. Nyaring jeritan Yus.

"Dah, dah.. Mari kita makan. Kejap lagi kita solat jemaah sama-sama. Lagi dua tiga hari lagi Tuan Syed, Puan Tini, Tuan Haidar dan isteri nak balik. Kita doakan semoga mereka semua selamat kembali ke tanah air. Dah, tadah tangan. Pak Hamid nak baca doa makan". Doa makan dibaca dan makan malam berjalan dengan baik.

Seronok aku tengok mak, abah, along dengan Kak Ida. Banyak gambar-gambar yang dikongsikan dalam gropu whatsapp family. Macam-macam gambar kenangan ada. Rugi pula rasanya tak ikut mereka hari tu.

Mak beritahu bungkusan ole-ole telah dipos untuk dihantar ke Malaysia. Kebiasaannya begitulah, barang dihantar dahulu dan kemudian baru tuan punya balik.

Aku tak kisah sangat dengan ole-ole tu yang penting mak, abah, along dengan Kak Ida selamat sampai. Rindu sangat pada diaorang. Tak sabar nak jumpa.

Malam itu kami solat berjemaah dan mendoakan semoga ahli keluarga selamat sampai di tanah air dan dikurniakan umrah yang mabrur.

****

"Tak guna! Macam mana dia boleh tau kita nak serbu malam ni? Rumah pun kosong tak ada orang" geram Aniq apabila serbuan yang dilakukan tiada hasil.

Syam yang duduk di tepi Aniq nak tegur pun tak berani. Kedua-dua tangan Aniq digenggam. Timbul urat-urat pada lengan. Semua anggota team diam tak berkutik dalam Bilik Mesyuarat tu.

"Faizal, macam mana rumah suspek boleh kosong. Kamu ditugaskan menjadi pointer, patutnya kamu boleh kesan samada ada pergerakan atau pun tidak dalam rumah tu?" meninggi suara Aniq. Kalau Aniq dah mengamuk, siapa pun tak berani jawab. Bukan tidak tahu, Aniq kalau dah marah, orang nak berak pun boleh postpond.

"Kamu, Kamal macam mana boleh kamu jumpa motorsikal suspek tapi suspek tak ada?" soal Aniq dengan muka yang merah padam. Telinga usah dikata la, macam keluar asap dah.

"Errr.. Motorsikal tu minyak habis Tuan, saya rasa suspek tinggalkan motorsikal di tengah jalan bila sedari minyak dah habis" takut-takut Kamal nak menjawab. Serba salah jadinya, tak jawab nanti dikata tidak buat kerja, jawab nanti takut salah pula.

"Saya nak setiap ketua team hantar laporan 30 minit dari sekarang. Kalau tak siap, siapa pun jangan balik" arah Aniq lalu bangun meninggalkan Bilik Mesyuarat.

Syam mengekori dari belakang. Kalau dah Aniq naik angin, dia pun risau nak tegur takut tempias pada dirinya pula.

Tombol pintu pejabat dipulas. Tubuh Aniq dihenyak di atas kerusi manakala kepala disandarkan pada penyandar kepala. Sakit kepalanya. Puas pulak nak taklimat pada Tuan Yunus esok. Aniq pun tak pasti di mana silapnya. Macam mana suspek boleh lari, rumah pulak ditinggalkan kosong.

"Aniq, jangan la stress sangat. Bukan kita tak cuba, mungkin malam ni nasib dia baik. Tapi bukan sentiasa baik. Aku yakin dengan anggota team kita, diaorang akan dapat jugak suspek tu nanti." ujar Syam. Harap-harap sedikit sebanyak dapat meredakan kemarahan sahabatnya itu.

"Aku bukan apa, minggu lepas ada bangkai anak kucing diletakkan di dalam kotak dan ditinggalkan di hadapan rumah Tuan Syed. Nasib baik kebetulan anggota kita yang jumpa dulu masa buat rondaan, buatnya kalau Afya yang jumpa, tak ke takut dibuatnya nanti." makin berdenyut kepala Aniq dibuatnya.

"Aku rasa baik kau balik dulu, rehat. Esok nak kena mengadap Tuan Yunus pulak. Pasal laporan tu, biar aku yang uruskan. Esok pagi-pagi aku hantar pada kau dan aku ikut sekali kau jumpa Tuan Yunus. Ni pun tanggung jawab aku juga" ujar Syam lalu menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.

"Thanks bro, bertuah aku ada sahabat macam kau" ucap Aniq dengan mata yang masih terpejam. Aniq perlahan mencapai jaket yang digantung, disarungkan pada tubuhnya yang bidang. Muka diraup perlahan. Kunci kereta diambil.

"Aku balik dulu, thanks sekali lagi" ucap Aniq lalu keluar dari pejabat diikuti Syam.

Syam keluar dari pejabat Aniq dan menuju ke Bilik Operasi.

"Laporan dah siap ke?" soal Syam pada anggota team.

"Dah Tuan. Maaflah mungkin ada berlaku kesilapan di mana-mana" ucap Koperal Azman bagi pihak anggota team yang lain.

"Jangan kecewa, suspek tu bukan boleh selamanya sembunyi dari kita. Gunakan segala kepakaran yang ada untuk kesan dan tangkap. In sha Allah boleh. Kena yakin. Kalau laporan dah siap, kamu semua boleh balik dan rehat, tentu kamu semua pun penat. Esok jam 1000hrs saya nak kamu semua dah ada di sini. Boleh?" soal Syam.

"Boleh Tuan" jawab anggota serentak.

"Kalau macam tu, laporan letak atas meja saya dan kamu semua boleh balik. Saya pun nak balik juga ni. Melekit dah badan" ujar Syam lalu meninggalkan Bilik Operasi dan bersiap untuk pulang. Terbit keluhan dari bibir berkumis itu.

Share this novel

liyana
2021-02-11 12:44:42 

mcm ada polis yg ada bersubahat


NovelPlus Premium

The best ads free experience