Danial terduduk dan memandang surat di tangannnya. Jack dan Jill menyuruh Danial duduk di belakang jip manakala mereka mengisi minyak kereta di dalam beberapa tong. Dua lelaki tadi masuk semula ke dalam kedai serbaneka membuat hal masing-masing. Danial membaca surat itu dan terkejut melihat tulisan di dalam bahasa melayu.
Kepada Adam dan Danial
Maaf jika tulisan pak cik ini agak susah hendak faham. Pak cik cuba sedaya boleh untuk buat kamu berdua faham apa yang nak disampaikan. Pertama sekali maaf kerana tidak dapat teman kamu beradik mencari papa kamu. Memang pak cik sangat terkilan kerana papa kamu sangat baik pada pak cik sekeluarga dan untuk bertemu buat kali terakhir. Tolong sampaikan minta maaf jika pak cik pernah melakukan kesalahan padanya. Pesan pada papa kamu supaya jaga May dan Sarah dan jika boleh bawalah mereka tinggal di Malaysia jauh daripada keluarga Aby terutama atuk.
Kedua
Pak cik tahu papa kamu berdua sangat sayang pada atuk tapi beritahu dia jangan percaya atuk. Sebenarnya ramai ahli saudara kita tidak berlindung pun dengan atuk di kem. Sebahagian telah pergi keluar dari Kyres dan terputus hubungan. Jika papa kamu mampu baliklah ke Malaysia dan tidak berhubung langsung dengan atuk. Pak cik sudah tidak kenal siapa atuk. Dia sungguh berbeza sejak nenek tiada lagi. Yusuf bertuah kerana dia telah menetap di Malaysia sejak nenek tiada. Demi kebaikan kita semua jangan jumpa atuk. Tolong pesan pada papa kamu berdua.
Ketiga
Jika papa kamu mampu, bawa kamu berdua pergi berjumpa rakan baik atuk iaitu Doktor Oliver untuk Bantu wabak ni.
Itu sahaja pesanan pak cik. Nanti ambilah loket pak cik di dalam seluar pak cik pakai dan berikan pada mak cik May. Tolong jaga diri, pak cik sayang semua dan maafkan jika ada silap.
Hathen...
Danial menitis air mata sambil membaca surat itu. Pilu hatinya melihat luahan terakhir Hathen. "Mengapa ubat tu tak berkesan pada pak cik?" dia keliru memikirkannya. Danial menarik nafas panjang dan cuba memahami pesanan panjang Hathen. Lalu Danial turun dari jip. "Abang Jill, saya nak bercakap sebentar dengan mereka." Danial memberitahu. Jill mengangguk dan menemani Danial berjumpa dua lelaki di dalam kedai serbaneka. " Saya nak tanya bagaimana keadaan terakhir pak cik saya?"Danial menyoal. "Kami kurung dia sebab dia memang sudah jadi zombi. Tapi yang peliknya dia tak serang sesiapa pun hanya diam. Jadi selepas abang kamu beredar dari sini keesokannya, dia ni pulih. Dia panggil kami daripada bilik stor minta keluar. Mula-mula ragu juga tapi lepas perhatikan dalam cctv dia nampak normal kami buka pintu. Dia keluar dan bertanya dia masih di stesen minyak serta keberadaan kamu adik-beradik. Kami ceritakan semua dan dia hanya senyap. Lepas dalam beberapa jam dia mula nampak nazak dan minta sehelai kertas daripada kami. Ouh dia juga ada beri loket jam pada kami suruh bagi pada kamu berserta surat ini. Selepas dia mati, kami tanam badannnya di belakang stesen minyak bagi mengelak dia menjadi zombi semula. Kami pun tunggulah ketibaan Harden, Milly dan Adam tapi sesiapa tidak datang." Lelaki yang menyambung makan menerangkan panjang lebar.
Danial mengerutkan dahi dan buntu. Lalu dia mengambil loket jam milik Hathen dan menyimpannya ke dalam kocek seluar. Dia pergi melawat kubur Hathen dan merehatkan diri dengan makan bersama-sama si kembar setelah menenangkan dirinya. " Menurut cerita daripada mereka, abang kamu mungkin masih menuju ke Trek Mall tapi dia masih tidak sampai. Jadi jalan terbaik kita jejak mereka semula. Kalau nak ke Trek Orion Mall boleh guna dua jalan iaitu jalan kita lalu tadi dan jalan highway. Kita tinjau jalan highway dahulu." Jack membuat keputusan dan dipersetujui oleh Jill dan Danial. Jip bergerak dan mereka melalui jalan highway. Mereka menemui sebuah sekolah di bahagian kiri jalan raya itu. Jack memandu dan terlihat sebuah kereta telah rentung terdampar di tengah jalan di bawah jejantas dan timbunan zombi yang sudah mati berkumpul di hadapan kereta itu. "Umm... Nampaknya kereta ni dihalang oleh timbunan zombi lalu orang di dalam telah diserang diikuti letupan mungkin akibat kebocoran minyak. Tidak pasti selamat kah orang di dalam kereta?" Danial meneliti kereta itu seperti pernah nampak. Dia cemas memikirkan jika itu kenderaan yang dinaiki oleh Adam. " Hei, siapa kamu?", jerit seorang lelaki yang datang dari arah jejantas. Mereka bertiga memaling muka dan melihat lelaki tampan berkaca mata itu mendekati mereka dengan senapang. " Kami cari ahli keluarga yang hilang. Pernah nampak pasangan dengan seorang kanak-kanak sekitar umur 10 tahun, lalu di sini?". Jack menyoal lelaki itu. "Ada nampak mereka kemalangan kemudian saya dan dua lagi rakan membantu. Saya tinggal sini kerana mereka berlima berlalu tidak tahu ke mana? ( Dua rakannya , Adam ,Harden dan Milly). Saya tunggu kepulangan dua rakan saya selepas mereka menghantar tiga keluarga itu." Lelaki itu memaklumkan.
" Mengapa rakan-rakan kamu bantu pasangan dan budak tu?" Jill pula menyoal kerana pada waktu begini mustahil untuk membantu seseorang tanpa balasan. Lelaki itu terdiam seketika , "Ouh kerana pasangan itu memberikan kami senjata dan sedikit bekalan. Saya dan rakan yang lain memang berlindung di sekolah ini. Saya selalu intai pada atas bahagian sekolah dan terlihat kereta kalian." Dia memberitahu. Jack berfikir sebentar. " Mungkin Harden, Milly dan Adam ni menumpang mereka menaiki kereta untuk ke pusat membeli belah." Lalu dia masuk ke dalam kereta dan menggunakan walkie talkie untuk bertanya pada Harry. " Harry, ni Jack. Kami ada klu bahawa abang kepada Danial ni telah pergi menuju ke sana ditemani oleh si Harden dan Milly untuk jumpa Danial. Nanti saya cerita kenapa Harden menolong budak itu. Jadi sekarang ni aku terserempak dengan seorang lelaki di mana rakannya ada membantu si Harden untuk ke sana. Boleh percaya ke?" dia meminta pendapat ketuanya. " Bawa lelaki itu ke sini. Nanti aku dan yang lain akan cuba tinjau kawasan sekeliling mall untuk lihat kedatangan sesiapa. Tetapi berhati-hati. Jika perlu rampas dahulu senjata dia jika ada dan biarkan lelaki itu duduk bersama-sama Jill di belakang jip manakala Danial duduk dengan kau untuk langkah berjaga-jaga. " Harry mengarahkan."Ok roger." Jack menutup walkie talkie.
" Kau boleh ikut kami pergi ke tempat kami berlindung. Duduk sebelah aku." Jack menunjukan tempat duduk di sebelahnnya di dalam jip. Lelaki itu terus duduk tanpa berlengah. "Eh, kau tak nak bawa apa-apa barang?" Jill menyoal. "Tak , aku ada senapang ni je yang penting." Lelaki itu memberitahu. Mereka berempat menaiki jip dan melalui hotel semula untuk ke destinasi. Danial termenung mamandang hotel yang diduduki bersama-sama bapanya itu. " Mana abang dan papa? Harap Kita dapat berkumpul dan balik Malaysia jumpa mama dan nenek. Semoga pak cik Hathen dipermudahkan urusan di sana dan saya akan sampaikan loket ni pada mak cik May." Danial berazam. " Ouh, nama saya Jack dan ini adik kembar saya Jill. Maaf kami bukan sekeluarga, yang sebelah Jill tu, Danial. Kami sebenarnya mencari abang kepada Danial ni nama dia Adam umur sepuluh tahun budak kacukan. Kalau menurut cerita kau mungkin Adam dan dua lagi tu nak balik ke kem kami di Orion Trek Mall." Jack memberitahu. " Ouh ramai ke di sana? Kalau tak selesa biarlah aku boleh berlindung di sekolah tadi. " " Tak perlu ikut kami je , boleh sertai kumpulan kami."Jack membantah. Lelaki itu berasa serba salah dan senyum. Dia memandang pula Danial. " Selain kamu, ada kanak-kanak lain ke yang masih selamat? Maklumlah situasi begini jarang nak lihat budak-budak yang masih selamat. " Dia bertanya. "Ada di kem." Jill menjawab. "Nama saya Luke. " dia memberitahu. " Selamat berkenalan semua. " dia berkata sambil melihat cermin hadapan menghadap Danial. " Nampaknya tuah aku. Dapat masuk tempat mereka dengan senang. Mana kau Carly?" lelaki itu berkata sendirian dengan perlahan lalu memandang pula ke luar cermin kereta jip dengan senyuman sinis.
Share this novel