Bab 4

Short Story Completed 6180

Pada pagi keesokan harinya, Aiman pergi ke tanah perkuburan ayahnya. Dia menanyakan tukang penjaga kubur Pak Hassan di mana terletaknya kubur arwah ayah.

"Pak Hassan, mana kubur ayah saya?" - Aiman

"Dekat hujung sana tu." - Pak Hassan

"Terima kasih." - Aiman

"Aiman, betul ke ayah kamu mati kena bunuh samseng?" - Pak Hassan

Aiman hanya tidak mempedulikan kata-kata Pak Hassan itu. Dia terus pergi ke kubur ayahnya.

"Ayah, Man ni. Ayah, Man minta maaf sangat-sangat. Semua ni berlaku puncanya daripada Man. Man kesal sangat, ayah." - Aiman

Aiman menangis di samping kubur arwah ayahnya. Dia membaca Surah Yasin untuk disedekahkan kepada arwah ayahnya.

Setelah selesai menziarahi kubur arwah ayahnya, dia pulang mengikut satu jalan. Semasa dia berjalan, dia ternampak Fatihah yang sedang bermanja-manja dengan Shazril.

"Fatihah!" - Aiman

Aiman memanggil Fatihah dan terus menarik tangan Fatihah untuk dibawa pulang. Fatihah menepis tarikan Aiman.

"Abang ni dah kenapa? Buang terbiat ke apa?" - Fatihah

"Abang tak nak adik berkawan dengan orang tak guna ni! Abang tak nak adik susah nanti!" - Aiman

"Abang tu yang tak guna! Abang dah bunuh ayah! Shazril tak pernah susahkan adik lah! Dia selalu bagi apa yang adik nak! Dia orang kaya lah bang!" - Fatihah

Setelah itu, Shazril pula mencelah. Dia mengingatkan Aiman tentang satu benda.

"Bro, kau dah tak ingat apa yang berlaku dulu? Cuba kau ingat balik." - Shazril

Aiman teringat akan perkara yang lalu. Sebenarnya, Shazril yang mencadangkan supaya Aiman berhutang dengan Tiger. Pada ketika itu juga, Aiman memang perlukan wang. Dia bersetuju dengan cadangan Shazril tersebut. Tetapi, dengan apa yang dia buat, segala kebahagiaan musnah kerana perkara itu.

"Adik, abang tahu abang salah. Tapi, abang tak nak adik berkawan dengan dia ni! Dia ni orang tak guna dik! Adik tolonglah percaya cakap abang." - Aiman

"Sudahlah, bang! Abang tu yang tak guna! Baik abang balik, buat baik dengan mak supaya mak tu dapat maafkan salah abang yang besar tu!" - Fatihah

Aiman tak sangka Fatihah bersikap kasar seperti itu. Aiman terus pulang dengan rasa kecewa. Sesungguhnya, Aiman kenal Shazril tu jenis macam mana.

Aiman mengambil ubat ibunya dan segelas air masak dan diletakkan di atas dulang untuk diberikan kepada ibunya.

"Mak, ni ubat mak. Aiman letak kat atas meja ya, mak?" - Aiman
Puan Khadijah hanya terdiam. Aiman hanya mampu senyum sahaja lalu diletakkan ubat itu di atas meja.

"Mak, mak jangan lupa makan ubat, tau? Nanti kalau mak dah sihat, macam-macam mak boleh buat. Aiman teringin sangat nak makan ayam masak cili padi yang mak masak tu." - Aiman

Puan Khadijah berasa sebak dengan kata-kata Aiman dan terus mengelap matanya supaya air mata tidak jatuh. Aiman terus keluar dari bilik. Aiman pergi ke bilik Fatihah dan kelihatan Fatihah tiada di dalam biliknya.

"Adik... Manalah adik pergi. Dah sebulan adik tak pulang. Adik tak rindu mak ke?" - Aiman
Tiba-tiba telefon pintar Aiman berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Eh, Wahida telefon?" - Aiman

Aiman terus menjawab panggilan Wahida.

"Assalamualaikum, Wahida." - Aiman

"Waalaikumussalam, Abang Aiman. Bang, Ida ada benda nak bagitahu abang ni." - Wahida

"Benda apa tu? Bunyi macam serius je?" - Aiman

"Memang serius, bang. First, Ida nak cakap abang jangan risau fasal Tihah, dia tinggal kat rumah Wahida ni." - Aiman

"Oh... Alhamdulillah... Jadi, Wahida nak bagitahu abang tu je ke?" - Aiman

"Eh, tak bang. Ada lagi satu. Sebenarnya, Tihah dah mengandung 3 minggu bang. Sebab tu dia tak balik rumah. Dia malu." - Wahida

"Astaghfirullahal'azim. Anak siapa yang dia kandungkan tu?" - Aiman

"Anak Shazril, bang." - Wahida

"Allahu akhbar!" - Aiman

"Ha, bang. Ida sebenarnya ada benda nak dibuat ni. Ida pergi dulu, ya? Assalamualaikum." - Wahida

"Ha, yalah. Waalaikumussalam." - Aiman

Aiman berat hati untuk menyampaikan berita ini kepada ibunya. Tetapi, dia perlu memberitahu ibunya agar ibunya tidak bertanyakan tentang Fatihah. Aiman terus masuk ke dalam bilik ibunya lalu memberitahu hal yang sebenar.

"Mak dah makan ubat?" - Aiman

Puan Khadijah hanya duduk terdiam. Aiman melihat ubat ibunya sudah tiada di atas dulang. Ini bermakna, ibunya telah memakan ubat tersebut. Dia tersenyum.

"Hmm, mak. Aiman ada benda nak bagitahu mak. Mak, Aiman tahu Aiman jahat dengan mak. Tapi, Aiman kena bagitahu fasal benda ni juga. Mak, adik mengandung anak luar nikah. Sebab tu dah sebulan dia tak balik rumah mak. Aiman bukan reka cerita, Aiman bagitahu hal yang sebenar mak. Dia kandungkan anak Shazril. Sebelum ni, Man ada juga halang adik dari kawan dengan Shazril. Tapi, adik yang degil mak." - Aiman

Betapa remuknya hati seorang ibu apabila mendapati anaknya kandungkan anak luar nikah. Tetapi, apakan daya? Hanya air mata yang menitis menjadi luahan Puan Khadijah yang menandakan betapa remuk hatinya. Aiman terus keluar dari bilik ibunya kerana tidak mahu mengganggu ibunya yang sedang sedih.

Pada malam itu, Aiman mengambil ubat dan pergi ke bilik ibunya. Semasa di luar bilik, Aiman mendengar kata-kata Puan Khadijah di mana kata-kata itu merupakan luahan hati Puan Khadijah.

"Ya Allah... Betapa besarnya ujian yang telah Kau berikan kepada hambaMu yang lemah ini. Abang, kenapa anak-anak kita macam ni? Semua anak-anak kita jadi beban untuk Jah, bang. Jah tak tahu Jah boleh lalui semua ni ke tak. Ya Allah, jika anak-anak aku Kau jadikan sebagai ujian untukku hambaMu yang lemah ini, sesungguhnya aku reda Ya Allah. Sesungguhnya, Kau uji hamba-hambaMu kerana Kau sayangkan mereka." - Puan Khadijah

Aiman yang mendengar kata-kata itu, hatinya menjadi sayu dan sedih. Air matanya mengalir ke pipi. Dia terus mengelap air mata tersebut lalu masuk ke dalam bilik ibunya.

"Mak, mak makanlah ubat ni. Aiman letak kat atas meja ya, mak? Mak habiskan tau?" - Aiman

Setelah meletakkan ubat di atas meja, Aiman terus berjalan keluar dari bilik ibunya. Tetapi, jejaknya terhenti apabila ibunya memanggil namanya.

"Man..." - Puan Khadijah

"Ya, mak?" - Aiman

"Meh, duduk sini sekejap." - Puan Khadijah

Aiman terus duduk di sebelah ibunya.
"Ada apa mak? Ada benda yang mak nak bagitahu Man ke?" - Aiman

"Mak sebenarnya dah lama pendam benda ni. Hari ni mak nak bagitahu kamu semuanya." - Puan Khadijah

"Apa dia, mak?" - Aiman

"Sebenarnya, masa Man minta maaf dekat mak hari tu, mak masih susah nak terima Man. Tapi, bila adik cakap yang mak ada bagitahu yang manusia ni tak ada yang sempurna, mak terus benarkan Man tinggal di sini." - Puan Khadijah

"Jadi, apa yang mak nak cakap sebenarnya?" - Aiman

"Mak teringat bila dia cakap tak ada manusia yang sempurna. Man, semasa Man tak ada, adik selalu seksa mak. ((Ketika itu, Tihah menyuruh ibunya melakukan segala kerja rumah. Pada satu masa, Puan Khadijah sedang mengelap lantai. Tiba-tiba, Fatihah datang ke arahnya lalu menumpahkan segelas air minuman dengan sengaja.
"Oppsss, sorry!" - Fatihah
"Ya, Allah, Tihah!" - Puan Khadijah "Dahlah, mak. Tihah nak keluar! Dengar mak membebel buat sakit hati je." - Fatihah
Lalu Fatihah terus keluar dari rumah. Puan Khadijah kecewa melihat kelakuan Fatihah seperti itu.))terpaksa jual sarapan pagi-pagi sebab dia nak pakai duit. Tapi, duit tu dia buat untuk berseronok dengan kawan-kawan dia. ((Pada ketika itu, Puan Khadijah bertungkus lumus bangun pada setiap pagi untuk membuat makanan untuk dijual. Fatihah menggunakan duit hasil jualan sarapan ibunya dengan membeli-belah barang solek serta pergi berkaraoke bersama kawan-kawannya)) Dan ada satu masa mak nak minta adik urut badan mak sebab mak sakit waktu tu. Tapi, dia tak nak. Mak terus cakap sanggup Tihah buat mak macam ni. Lepas tu, dia cakap bukankah mak dulu cakap tak ada manusia yang sempurna? Dah orang dijadikan macam ni, terima jelah! Man, selama mak duduk dengan Tihah, mak cuma makan sisa makanan dia, Man. Dia langsung tak hiraukan mak." - Puan Khadijah

Menitis air mata Aiman bila mendengar ibunya berkata tentang Fatihah.

"Astaghfirullahal'azim... Macam mana adik boleh jadi macam tu mak?" - Aiman

"Sejak ayah kena bunuh dengan samseng. Dia ingat mak yang hutang dengan samseng tu dan mak jadi punca kematian arwah ayah. Sejak ayah dah tak ada, Fatihah tak macam dulu." - Puan Khadijah

Aiman terus melutut depan ibunya lalu meminta maaf.

"Mak... Aiman minta maaf. Semua ni berlaku sebab salah Man. Man minta maaf mak. Maafkan Man, mak?" - Aiman

"Mak dah lama maafkan Man. Cuma, bila Man bagitahu yang adik mengandung anak luar nikah, mak anggap, ni kifarah untuk dia." - Puan Khadijah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience