Danin kesat air matanya. Makin dia cuba tahan tangisan, makin payah dia menahan diri. Esakannya jelas kedengaran. Kuat.
Kereta yang dipandu laju itu dihentikan di bahu jalan. Sungguh pandangannya kabur diselaputi dengan air mata yang banyak.
Kedua telapak tangan ditekap ke muka. Menghambur tangisan kuatnya.
Hati Danin hancur mendengar pengakuan jujur dari seorang suami. Lelaki yang duduki carta satu di hati.
Danin hampir sesak nafas. Payah untuk dia telan sebuah hakikat. Suaminya sendiri terseksa hidup bersamanya.
Teruk sangat ke Danin ni bie? Sampai hati bie buat Danin macam ni. Tangisnya lagi hebat.
Kata-kata dari seorang suami, menghinanya dengan sangat dahsyat hingga Danin terasa hati hingga ke lubuk yang paling dalam.
"Kau mesti happy dapat wife macam Danin. You are so lucky bro.."
Danin yang baru sahaja ingin panggil suami dan si teman untuk minum petang, terhenti di pintu bilik bacaan itu. Dia ingin mendengar kata balas si suami. Senyuman terukir indah di bibir Danin. Dia mengharapkan sesuatu yang baik dan indah.
"Apa yang tuahnya? Serabut otak ada lah.." Jawab Tahir bersahaja.
"She's so happy go lucky. Aku selalu tersengih tengok gelagat dia. She truely love you. Kau patut bersyukur. I believe she is a good wife to you."
"Unfortunately. Not." Lelaki itu berkata lagi senada sambil menyelak halaman terakhir yang perlu diturunkan tandatangan sebelum dokumen itu diserahkan kembali kepada si teman.
Melihat wajah itu tercengang dan sangsi dengan responnya, Tengku Tahir mula bicara yang jujur. Tengku Adam rapat dengannya. Tiada perlu dia merahsiakan isi hatinya lagi. Dia penat berpura-pura di hadapan orang. Hakikatnya.. hatinya tak pernah ada sebaris nama itu. Danin Sefiyya? Tiada ruang untuk wanita itu.
"Kau bergurau kan? "
"Nope. I don't love her. And will never love her. Dalam ni..kosong untuk dia." Dadanya ditunjuk tepat kepada si teman.
"Why? Apa yang kurang pada Danin? She's almost perfect! "
"Kurang dia satu. Dia tak mampu buat hati aku ada rasa. Sepanjang aku kahwin dengan dia, hati aku kosong. Aku terseksa jalani perkhawinan tanpa rasa.
Kau bayangkan macam mana meluatnya aku nak melayan gedik dia, manja dia yang tak bertempat sedangkan hati aku ni tak ada rasa untuk dia. Sumpah sebal. Sumpah meluat. Aku penat nak hadap dia. Aku terseksa hidup dengan dia. I am not happy. So please.. jangan memandai cakap i am the luckiest person for marrying her. I am so sick to hear that."
"Jangan lah cakap macam tu. Kesian Danin. Kau cakap macam dia tu teruk sangat." Adam bersuara.
"Memang dia teruk pun. Kalau dia tak teruk, dia takkan terhegeh-hegeh pada orang yang tak nakkan dia. Dia takkan buat mummy aku sayangkan dia dan paksa aku kahwin dengan dia. Dan kalau betul dia tak teruk, dia takkan butakan hati dia untuk nampak yang aku terseksa, aku tak ikhlas pun jadikan dia isteri aku. Kau ingat aku suka ke sentuh dia? Aku geli tapi sebab dia macam minah kemaruk sangat, aku tunaikan jugak nafkah batin dia."
"Kenapa kau luahkan dekat aku? Apa pun perasaan kau, kau tak patut cakap dengan orang luar. Itu maruah isteri kau."
"Sebab aku stress! Aku sakit hati bila orang cakap aku bertuah. Sedangkan aku lah manusia malang yang kena hadap muka tak tahu malu dia setiap hari." Tahir buang muka bengang.
"Dah lah beb. Jangan terlalu ikut emosi. Adakala apa yang kita tak suka tu lah yang terbaik untuk kita. Cuba kau lapangkan hati, buka jalan untuk Danin bertapak di sini. InsyaAllah baik-baik je jiwa dan raga kau lepas ini." Dada bidang Tengku Tahir ditepuk perlahan.
"Jangan buat Danin macam ni. Kesian Danin. Dia betul-betul cintakan kau." Sambung lelaki itu lagi.
"Aku tak cintakan dia!"
"Orang laki-laki macam kita tak luak dengan cinta. Tanggungjawab yang utama. Sekarang, dia isteri kau. Hormat dia sebagai seorang isteri. Jaga maruah dia. Itu tugas kau. Hati dan perasaan kau tu, tolak tepi."
"Aku cintakan perempuan lain. Aku nak kahwin dengan dia."
"Astaghfirullah al-azim.. Tahir.."
"Dia dah dapat apa yang dia nak. Dia dapat kahwin dengan lelaki yang dia cinta. Sekarang dia perlu beri pula ruang untuk aku bersama dengan orang yang aku cinta."
"Tahir.. siapa perempuan tu? Kau tak pernah jatuh cinta. Masa kau nak kahwin haritu lagi aku tanya, kau cakap hati kau belum dimiliki. Sekarang kenapa dah jadi lain?"
"Aku baru jumpa dia."
"Hasutan syaitan je tu Tahir."
"Aku pasti dengan perasaan aku."
"Tak adil untuk Danin."
"Habis tu? Adil untuk aku? " Tengku Tahir membalas bengang.
"Korang menikah tak sampai setahun pun lagi. Danin takkan boleh terima semua ini."
"Kalau dia tak terima, dia boleh berambus. Aku pun tak ingin simpan isteri macam dia. Setakat perempuan macam Danin tu.. aku boleh petik jari saja, tapi perempuan yang dah ambil hati aku ni sangat limited edition."
"Tahir.. Jangan.."
******
Danin terkaku di luar. Dia bertahan pada dinding. Tahir.. Kenapa aku perlu cintakan lelaki sekejam kau?
Air mata yang membanjiri pipi tidak dikesa. Danin pantas bawa langkah ke dapur kembali. Tangannya masih terketar akibat mendengar sendiri kejujuran si suami.
Kudapan untuk minum petang yang sudah siap , dipandang sepi. Alang-alang Tengku Adam datang tadi, Danin buat lah lebih cucur udang itu. Tak sangka pula lain pula yang dikudap terlebih dahulu oleh Danin. Telinganya terlebih dulu mengkudap isi hati Tengku Tahir.
Danin cuba beriak tiada apa. Air yang sudah siap diletakkan di dulang, Danin angkat ingin diletakkan di atas meja.
Tapi hatinya seakan gagal beriak biasa. Serba tak kena, dulang itu terlepas dari pegangannya dan jug berisi air dan gelas itu jatuh menghempas lantai. Danin kaku.
Pecah gelas itu sama pecahnya dengan hati Danin. Air mata makin hebat jatuh ke pipi bahkan ada menitik ke lantai. Danin tak kuat! Danin tak mampu beriak biasa!
Tengku Adam yang mendengar bunyi kaca pecah itu segera mendapatkan Danin.
"Ya Allah Danin. Don't move." Kalut Adam membantu Danin. Kaca yang selerak di sekitar Danin, ditolak dengan penyapu oleh Adam. Wanita itu hanya kaku di situ memandang Tahir yang baru tiba dengan mata yang penuh berkaca air mata. Bertakung lama sebelum jatuh dengan deras. Wajah Tahir dipandang tunak.
Tengku Tahir hanya diam melihat kejadian itu dan wajah bersedih isterinya. Mengada! Cengeng! Sendiri buat jatuh, nak menangis bagai. Menyampah aku!
Dia bawa langkah ke depan. Meninggalkan temannya yang menguruskan isteri tak dihadapnya itu.
Danin pandang belakang tubuh suaminya yang menapak pergi. Mata terpejam seketika menelan peritnya sebuah realiti. Air matanya tumpah lagi dan lagi seakan tidak mahu berhenti. Jemari dikepal tanpa sedar, seakan mengumpul kekuatan yang tipis berbaki. Sakit. Terlalu sakit bila tak diingini.
Tengku Tahir...
*****
My new baby.. Enjoy !
Share this novel
Wahhh story baru! Congrats author