Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab Terakhir

Humor Completed 61915

Kuantan

Fazira masih berseragam sekolah, dia melihat jam di tangan menunjuk waktu 03.30 petang selepas membeli barangan yang di pesan kakaknya dia terus bergegas ke stesen bas

"Hari jumaat?,"
Bisik Fazira baru sahaja membaca Whatsapp dari Bob selepas mentopup telefonnya
"Hari jumaat kakak kerja, aduhh.., macam mana nie,"

Taman sepakat

Fazura begitu sibuk di dapur menyediakan lauk berbuka puasa untuk ibu dan adiknya sebelum dia pergi berkerja, Puan Marbiah duduk di ruang tamu kerana dapur di rumah itu terlalu kecil, bilik pun hanya ada satu

"Mana Zira nie,"
Fazura merungut, dia mengelap-ngelap tangan sebelum duduk di sisi ibunya

"Kejap lagi baliklah tu?,"

Fazura tersenyum, kaki ibunya di urut-urut lembut

Puan marbiah mengeluh pelan, bola matanya memerhati ruang tamu

"Kenapa mak?,"

"Apa kata kita cari rumah besar sikit, dekat dengan bandar lagi bagus,"

"Tak usahlah mak, rumah macam nie pun sebulan 350 ringgit,"

"Duit rumah dengan tanah tu kan ada, mak guna jelah,"

"Mak.., duit tu kalau kita guna selalu, lama-lama akan habis, elok kalau mak guna duit tu untuk Zira sambung berlajar nanti,"

Puan marbiah mengangguk
"Yelah, mak faham,"

"Zura minta maaf ya mak,"

Puan marbiah tersenyum, tangan anak sulungnya di gosok-gosok

"Mak tengok Cikgu khairul tu tampan juga, tapi mak hairan tak akanlah takde Cikgu perempuan kat sekolah dia suka dekat dia,"

Fazura tegelak pelan
"Kalau mak hairan, Zura lagilah hairan,"

"Zura suka tak dengan Cikgu khairul tu?,"

Fazura menarik nafas
"Entahlah mak, bagi Zura, Cikgu khairul tu memang baik, cara dia layan Zura pun ikhlas, tapi Zura kenalah fikir masak-masak dulu sebab semua tu melibatkan masa depan ahli keluarga Zura,"

"Yelah Zura fikirlah masak-masak dulu, apa saja keputusan Zura mak terima,"

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"
Jawab Fazura dengan ibunya serentak

"Lambat ya Zira,"
Tegur Fazura bila Fazira masuk ke dalam rumah

"Hiss kak nie, bukan adik yang lambat, bas tu yang lambat,"
Balas Fazira bersahaja sambil menghulur barang yang di pesan kakaknya

Fazura menyeget bibir sambil berdiri, kedua kakinya di ayun masuk ke dalam dapur

"Kak? jumaat nie kak kerja tak?,"
Tanya Fazira selepas duduk di depan ibunya

"Kerja, kenapa?,"

"Zira nak buka puasa kat luar?,"

"Dengan siapa?,"
Puan Marbiah bertanya pula

"Dengan Bob,"

Mendengar sahaja nama Bob, Fazura terus ke ruang tamu, dia berdiri memandang adiknya

"Bob nak datang dengan siapa?,"

"Dengan mak dia, katanya nak melawat keluarga dia kat sini, itu yang dia ajak adik buka puasa,"

"Pergi jelah, mak boleh buka puasa sendiri,"

"Boleh ke mak?,"

"Hiss boleh, pergi je,"

"Kakak tak tahu pulak kalau Zira masih berhubung dengan Bob,"

"Setiap hari, dari waktu kita pindah lagi,"

Bola mata Fazura melirik-lirik, riak wajahnya serba tidak kena, dia ingin menanyakan adiknya jika Bob ada memberitahu tentang bekas suaminya

Separuh Wajah Fazira berkerut, dia tahu apa yang sedang di fikirkan kakaknya

"Kak jangan risau, Bob cakap abang Farid sekarang bahagia dengan kak Sha,"
Ujar Fazira, dia sengaja menipu hakikatnya dia tidak tahu keadaan sebenar bekas abang iparnya

Fazura berpura-pura tersenyum, wajahnya terketar-ketar, sebelum air matanya menitis, dia cepat-cepat masuk semula ke dalam dapur

Fazura tersendu-sendu sambil mengesat-ngesat air matanya yang mengalir ketika dia sedang memotong sayur, hatinya benar-benar terluka kini barulah dia sedar, Farid Husin sudah melupakannya

"Abang dah janji dengan zura, abang tak akan lupakan Zura tapi sampai hati abang lupakan Zura,"
Bisik Fazura pelan dengan tangisan esak

**

Bukit Antarabangsa

Lepas sahaja Solat jumaat, Dato sri Hassan kamarudin, Datin Sri Sahara, Farhan, fuad sobri, fadil Fitri dengan Isterinya menaiki kereta Mpv Toyota vellfire manakala Farid Husin, Awaisha Laila, Farah, Datin Dibah dengan Bob menaiki kereta Toyota Alphard

Kedua kereta bergerak serentak menuju ke arah lebuh raya karak menghala ke kuantan

Sepanjang perjalanan Farid Husin hanya diam, begitu juga dengan Awaisha Laila, akan tetapi Awaisha Laila tahu mood suaminya sedang senang, sejak malam semalam dia melihat suaminya asyik tersenyum-senyum

"Abang Farid, Fazira cakap dia tunggu kat masjid besar kuantan,"

"Masjid besar kuantan,"

"Ah.. ah,"

"Bob ada tanya tak, kakak dia berbuka kat mana?,"
Tanya Awaisha Laila pula

Bob diam seketika,
"Kak zura kerja, tukang masak restoran,"

Awaisha Laila memusingkan badannya separuh untuk melihat Bob
"Zura kerja tukang masak,"

Bob mengangguk
"Zira cakap dah dua bulan kakak dia kerja tukang masak, balik pun tak menentu,"

Farid Husin mengeleng-geleng kepalanya

"Diorang semua duduk mana?,"
Tanya Datin Dibah pula

"Rumah sewa,"
Bob tegelak
"Zira cakap, rumah tu ada satu bilik je,"

Datin Dibah terus menepuk kepala anaknya

"Aduhhh.., sakitlah Mama,"

Bob memandang Awaisha Laila, masih lagi memandang padanya

"Zira cakap, rumah dia dengan jalan besar jauh, so setiap pagi atau time balik diorang kena berjalan 1 setengah kilometer, kesihankan,"

Awaisha Laila mengalih pandangan memandang suaminya sedang mengaru-garu kepala, dia tahu suaminya sedang bimbangkan Fazura

"Sabar Bang, nanti bila abang jumpa Fazura, abang minta maaf betul-betul dengan dia,"

Farid Husin terangguk-angguk

**

Bandar Kuantan

Jam di Tablet kereta menunjukkan waktu 05.30 petang, dua buah kereta Toyota jenis Mpv bergerak laju ke arah Bandar Kuantan, Tidak beberapa lama kemudian kedua kereta tersebut memasuki bandar kuantan menghala ke arah padang mpk dan ketika itu jalan bergitu sesak kerena banyak kenderaan turut menghala ke arah yang sama untuk pergi membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadan

Bola mata Farid Husin merayau-rayau di luar untuk mencari parking

"Ramainya?,"
Kata Awaisha Laila

"Sini kawasan top kalau berbuka,"
Balas Datin Dibah

Farid Husin berdegus kuat membuatkan Awaisha Laila menoleh memandang suaminya

"Sabar Bang,"
Pujuk Awaisha Laila bila melihat wajah suaminya berkerut

Farid Husin menarik nafas panjang cuba menenangkan dirinya dan pada masa yang sama bola matanya melihat ada tempat kosong untuk memarkir kereta, farid Husin mengucapkan syukur dalam hatinya, bibirnya tersenyum

Farid Husin memarkir kereta tidak jauh dari masjid besar kuantan, selang beberapa baris, kereta di pandu Fuad Sobri memarkirkan keretanya di situ, mereka semua keluar dari kereta sambil memerhati Kawasan sekeliling

"Fazira dah tunggu Bob depan Masjid,"
Ujar Bob sambil melihat skrin telefon pintarnya

Fazilah berjalan ke arah Farid Husin
"Angah risaulah Farid, Angah risau kalau Fazira tu lari bila nampak Farid,"

"Kenapa pulak dia nak lari, selama nie Farid elok je layan dia, tak akanlah dia tak boleh nak maafkan farid,"
Datin Sri Sahara menyampuk

Fazilah terdiam sambil mengaru-garu dahinya, memandangkan ibunya tidak tahu apa yang belaku antara fazira dengan Farid Husin

Farid Husin mengeluh berat

"Kita pergi jelah dulu, kalau Fazira nak lari pandai-pandailah Alang halang dia nanti,"
Kata Fadil Fitri pula

"Jomlah kita pergi,"
Arah Fuad sobri

Farid Husin berjalan di hadapan, Bob berjalan di sebelahnya, Awaisha Laila berjalan bersama Datin Sri Sahara, Farah mendukung Farhan, Datin Dibah, dengan Anita manakala Dato sri Hassan kamarudin berjalan bersama Fuad sobri Fadil Fitri dengan Fazilah

Sesampai saja mereka semua di masjid besar kuantan, Farid Husin menyuruh Bob pergi ke depan Masjid untuk bertemu dengan Fazira

"Lepas Bob jumpa Fazira, mesej Mama ya,"
Pinta Datin Dibah

Bob mengangguk, sebelum mengayunkan langkah untuk pergi berjumpa Fazira

Jantung Farid Husin berdebar-debar, wajahnya Tampak gelisah, dia berjalan mundar-mandir seperti orang hilang arah,

berkerut dahi Awaisha Laila memerhati tingkah suaminya tapi saat itu Datin Sri Sahara, Dato sri Hassan kamarudin, Datin Dibah turut kelihatan gelisah bila melihat kelakuan Farid Husin

"Ingat Farid, kalau Fazira tu tiba-tiba mengamuk, Farid kena bersabar, jangan paksa dia, ingat tu,"
Tegas Fuad sobri memandangkan Fazira sangat bencikan adik bongsunya

Farid Husin terangguk-angguk, wajahnya tampak semakin cemas

"Tenang je Abang,"
Tegur Awaisha Laila, dia pula merasa cemas dengan tingkah suaminya.

"Ya.. Sh.. sha jangan bimbang,"
Terketar-ketar Farid Husin menjawab

"Ha!.., Bob dah mesej, dia tengah berbual dengan Fazira,"
Kata Datin Dibah Selepas menerima mesej dari anaknya

Farid Husin menarik nafas panjang sebelum melepaskan nafasnya pelan-pelan

"Jomlah Bob, kita pergi bazaar Ramadan nanti orang ramai,"

Bob mengeluh, dia mengankat muka tetapi terus melarikan matanya dari ditenung fazira kerana merasa bersalah menipu kawan baiknya itu

Fazira menyenget bibir
"Zira tahu Bob nak berbuka kat hotelkan, nak makan mewah-mewah, lain kali berkawanlah dengan orang setaraf dengan Bob bukan dengan saya, saya nie miskin,"

Fazira seakan merajuk, dia berdiri sambil memeluk tubuh

"Hiss kau nie Zira, aku tak pernah pun pikir macam tu,"

"Habis tu kenapa duduk je, jomlah kita pergi beli makanan, atau Bob tak puasa,"

"Heyyy... mulut tu jaga sikit, aku puasa tahu tak,"

"Betul ke,"

"Of courselah,"
Jawab Bob dengan bibir tersengih-sengih namun dia berdiri serta-merta bila melihat ibunya bersama ahli keluarga Farid Husin sedang berjalan ke arahnya

"Fazira?,"
Panggil Datin Sri Sahara

Fazira cepat-cepat menoleh, alangkah terperanjatnya dia bila melihat Datin Sri Sahara bersama ahli keluarga yang lain namum wajahnya berkerut geram bila melihat Farid Husin

"Bob!,"
Fazira menoleh memandang Bob
"Sampai hati Bob tipu Zira,"

"eh.. eh, Zira"
Bob terpinga-pinga serba salah,

"Zira, maafkan abang Zira,"
Mohon Farid Husin sambil melangkah mendekati Fazira

Fazira mengetap giginya, air matanya terus menitis

"Maaf? untuk apa, abang sedar tak, apa abang dah buat pada kakak Zira,"

"Abang sedar, abang salah Zira, sebab tu abang datang nak minta maaf,"

"Ah!! sudahlah bang, lebih baik abang balik jelah!, kak zura dah orang lain lebih baik daripada abang,"

"Zira, sebenarnya abang sangat cintakan Zura, tapi abang tetap sedar perbuatan abang tu salah, abang berdosa, abang mohon pada Zira tolonglah maafkan abang,"

Fazira menjengkil matanya memandang Farid Husin,

"Abang nak Zira maafkan abang,"
Fazira tergeleng-geleng
"Abang dah lupa ke, apa yang abang dah buat pada kakak, abang ceraikan dia macam sampah, dia kejar abang, dia menjerit, dia merayu tapi abang langsung tak berhenti walaupun dia jatuh sampai tangan dia kena gilis, abang biarkan saja, abang tetap tak berhenti, apa salah kak zura bang, abang tahu tak seminggu tangan kak zura bengkak tapi dia tak pernah mengadu sakit, setiap malam dia menangis kerana perbuatan abang,"

"Apa yang Fazira cakapkan nie, Auntie tak faham,"
Soal Datin Sri Sahara sambil memandang Fazira sebelum mengalih pandangannya memandang Farid Husin

Fazira tidak menjawab, tangannya mengesat-ngesat air matanya yang mengalir sambil memandang Farid Husin, Bob senyap-senyap mendekatinya sambil menghulurkan sapu tangan

Farid Husin hanya menundukkan wajahnya, air matanya menitis kerana dia sedar perbuatannya pada fazura terlalu berat dan dia juga sedar tidak mudah bagi Fazura, puan marbiah ataupun Fazira akan memaafkan perbuatannya itu

Tanpa berfikir panjang, Farid Husin terus berlutut di hadapan Fazira, sehingga menarik perhatian orang ramai yang berada di tempat itu

"Zira, abang sedar, abang dah lakukan kesalahan yang berat pada Zura, tapi abang mohon, abang merayu pada Zira, bagilah perluang pada abang untuk meminta maaf pada Zura, abang janji lepas abang minta maaf, abang tak akan ganggu lagi hidup Zura, pecayalah,"

"Abang?, kenapa cakap macam tu?, abang kan..,?
Awaisha Laila mencelah namun Fazilah memegang lengannya sambil mengeleng memberi isyarat supaya dia tidak menganggu

Fazira mendongak, memandang dada langit, sejujurnya dia sangat terkejut dengan perubahan fizikal bekas abang iparnya tidak lagi seperti dulu

Keluhan di lepaskan pelan, akhirnya Fazira mengalah, dia memandang Farid Husin

"Baiklah abang, Zira benarkan abang berjumpa dengan kak zura tapi hanya abang saja yang boleh jumpa dengan dia, yang lain Zira minta maaf sangat Zira tak boleh benarkan bukan Zira mahu bersikap biadap, tapi ada sebab Zira tak benarkan,"

Fazira menangis teresak-esak namun tubuhnya di rangkul Datin sri Sahara, Datin Dibah, Awaisha Laila, Fazilah, Farah dan Anita silih berganti memeluk tubuh Fazira

**

Restoran Puan Ruby

"Aduh!,"
Fazura mengerang, bila pisau mengenai ibu jarinya,

"Kenapa Zura?,"
Tanya puan Ruby

"Kena pisau puan,"

"Hiss kau nie Zura, hati-hati, tengok tu dah berdarah, kejap, saya pergi ambilkan Hansaplast,"

Fazura mengangguk, dia memerhati ibu jarinya tapi entah kenapa dia merasakan jantungnya berdebar-debar seperti ada perkara buruk akan belaku

Jam di dinding restoran menunjukkan waktu 06.30 petang, Fazira menaruh lauk terakhir di atas meja tanpa perasan Cikgu khairul sedang berdiri di belakangnya

"Allah!, cikguuu.., terkejut saya,"
Kata Fazura bila melihat Cikgu khairul di belakangnya

Cikgu khairul tersengih-sengih

"Cikgu datang sorang je ke, mana kawan-kawan Cikgu?,"

"Hari nie saya sorang je, sabab saya nak berbuka dengan Zura,"

"Tak boleh Cikgu, Zura kerja, mana boleh makan dengan pelanggan,"

"Oh ya ke, kalau gitu saya berbuka soranglah hari nie,"

Fazura menghela nafas tenang, bibirnya tersenyum,

"lain kali tanyalah dulu,"

Cikgu khairul mengeluh pelan, wajahnya tampak kecewa
"Macam mana saya nak tanya, nombor telefon pun Zura tak nak bagi,"

Fazura tergelak pelan

"Eh, kenapa dengan jari Zura?,"

Fazura mengankat ibu jarinya yang sudah di balut,

"Kena pisau tadi,"

"Laa.., macam mana boleh kena?,"
Cikgu khairul terus memegang tangan kiri Fazura sambil menyentuh ibu jari yang telah di balut

Bibir Fazura tersenyum, dia membiarkan Cikgu khairul melihat ibu jarinya, namun di saat itu bola matanya teralih ke arah susuk tubuh seorang lelaki berambut panjang, berjambang dengan janggut yang lebat berdiri di luar restoran memandang ke arahnya seperti sedang tersenyum

Fazura membalas senyuman kemudian lelaki itu melambai padanya seakan-akan mengucapkan selamat tinggal, Fazura menjadi hairan, dia langsung tidak mengenali lelaki itu

"Sekejap ya cikgu,"

Cikgu khairul cepat-cepat melepaskan tangan Fazura

Fazura terus mengayun langkah ke arah pintu depan restoran, dia memandang arah lelaki tadi itu pergi namun lelaki itu tidak lagi kelihatan

"Kakak!,"
Fazira melambai dari jauh

Dahi fazura berkerut, dia hairan memandang adiknya
"Bukan ke Zira cakap Zira nak berbuka dengan Bob?,"

Fazira menyenget bibirnya
"Tak jadi, Bob tipu Adik,"

Fazura tersengih
"Kenapa, dia tak jadi datang ke?,"

Fazira berdengus kuat, dia memandang wajah kakaknya
"Kakak dah jumpa dengan abang Farid,"

Fazura terkejut, terkebil-kebil matanya memandang adiknya
"Jum.. jumpa abang Farid?,"

Fazira mengangguk,
"Bob sebenarnya tipu Zira, dia datang sini semata-mata nak bawa abang Farid jumpa dengan kita,"

Dan saat itu juga Jantung Fazura terus berdetak laju, air matanya tiba-tiba mengalir, bibirnya terketar-ketar

"Ta.. tapi Ka.. kakak tak.. tak.. jum.. jumpa pun dia,"

"Tentulah kakak tak kenal, sebab rupa abang Farid tu dah macam penge...,?"

Belum pun habis Fazura mendengar kata-kata adiknya, dia sudah dapat mengagak lelaki yang melambainya tadi adalah bekas suaminya, Fazura bergegas belari dengan sekuat hati ke arah laluan bekas suaminya tadi pergi, bola matanya merayau melihat kiri dan kanannya

"Abang Farid!.., Abang Farid!,"

Fazura menjerit-jerit memanggil nama bekas suaminya, dia mencari-cari di setiap laluan, setiap lorong walaupun ketika itu dia sedang menjadi tumpuan orang yang sedang lalu lalang di kawasan itu

"Abang Farid!, Abang Farid!,"

Fazura menangis teresak-esak semakin lama semakin sayu panggilannya dan di saat Fazura sedang keluar dari sebuah lorong berdekatan dengan jalan besar dua buah kereta Mpv berwarna hitam sedang menyusur laju meninggalkan kawasan itu

"Kakak, kakak,"
Panggil Fazira sambil berlari ke arah kakaknya

Fazura tercungap-cungap, dia merasakan badannya sudah kehabisan tenaga, dia berjalan lemah tanpa menghiraukan Fazira memanggilnya,

"Cukuplah kak, abang Farid datang cuma nak minta maaf je, lepas tu dia tak akan ganggu kakak lagi,"

"Aarhh!!... Aargh!!.!,"
Fazura meraung, sehingga terduduk di jalan, bayangan Farid Husin melambai padanya tadi terbayang-bayang di ingatannya dan dia yakin pada saat itu Farid Husin telah melihat Cikgu khairul memegang tangannya

"Kenapa Zira tak beritahu kakak, kenapa Zira kejam sangat, apa salahnya Zira beritahu kakak,"
Saat itu hati Fazura benar-benar hancur

"Untuk apa kakak, susah sangat ke kakak nak lupakan dia, lepas dia dah buang kakak macam sampah,"
Jawab Fazira dengan tegas

"Kau tak faham Zira, kakak cintakan dia, kakak tak boleh lupakan dia,"

"Sudahlah kak!, dia dah tak nak kan kakak, dia cuma nak jumpa kakak untuk kali terakhir untuk minta maaf, bukannya dia nak minta kakak kembali semula pada dia,"
Balas Fazira, dia tetap berkeras ingin memisahkan kakaknya dari Farid Husin, entah kenapa dia begitu bencikan bekas abang iparnya itu

**

SEMINGGU TELAH BERLALU

Teguh Holding

Farid Husin masih kelihatan seperti biasa, berambut panjang, berjambang lebat, dia berjalan ke arah Lif Vip, bibirnya tersenyum memandang staf-staf yang menegurnya namun para Staf yang melihatnya agak terkejut dengan fizikal Farid Husin

Awaisha Laila berkerja seperti biasa, membantu Said bohkari dalam tugasannya sebagai seorang peguam,

Tingkap 5

Selepas sahaja selesai meeting dengan para Stafnya, Farid Husin terus masuk ke dalam pejabat, wajahnya tampak tenang ketika membelek-belek Fail di atas meja, tidak beberapa lama kemudian pintu pejabatnya di ketuk

"Masuk,"

Pintu pejabat di buka, Awaisha Laila tersenyum memandang suaminya

"Assalamualaikum,"

Farid Husin tersenyum
"Waalaikummusalam,"

Awaisha Laila terus melangkah kemudian berdiri memandang suaminya

Farid Husin mengankat muka
"Kenapa Sha berdiri, duduklah,"

Awaisha Laila mengangguk pelan sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Abang okay tak?,"

"Tentulah abang okay,,"

Awaisha Laila mengeluh pelan
"Abang, apa kata kita pergi hospital,"

Farid Husin menjadi cemas
"Kenapa? Sha tak sihat ke?,"

"Bukan saya yang tak sihat bang, tapi abang,"

"Apa Sha merepek nie, abang nie sihat je, kenapa pulak cakap abang sakit,"

Air mata Awaisha Laila mengalir
"Abang, abang cubalah tengok badan abang, dah terlalu kurus, dah seminggu abang tak makan tahu tak,"

"inikan bulan puasa, tentulah abang tak makan, Sha nie dah kenapa, nak ajak abang tak puasa ke,"
Seloroh Farid Husin, bibirnya tersenyum memandang isterinya

Awaisha Laila tersenyum tawar, wajah suaminya di renung seketika

"Abang, Saya tahu abang masih tak boleh lupakan Zura, tapi bang Saya mohon pada abang, janganlah seksa diri abang, saya tak sanggup tengok keadaan abang macam nie,"

Kata-kata Awaisha Laila menyentakkan Farid Husin, dia sudah tidak sedap hati
"Apa yang Sha cakapkan nie, abang sihat je, abang tak sakit pun, sha janganlah risau ya,"

Awaisha Laila mengangguk lemah walaupun hakikatnya dia tahu perubahan fizikal suaminya itu kerana telalu rindukan Fazura

**

Kuantan

Taman sepakat

Puan Marbiah duduk sambil memerhati tingkah Fazura dengan Fazira, sudah seminggu dia tidak melihat kedua anak gadisnya bertegur sapa seakan-akan sedang membuat haluan masing-masing, setiap kali berbuka puasa, Fazura akan masuk ke dalam bilik setelah menghidangkan juadah, dan hari ini pula dia melihat Fazira menarik muka setiap kali bertembung dengan fazura

"Mak.., Zura dah masak, nanti mak jangan lupa ingatkan Zira supaya panaskan lauk sebelum berbuka,"

Puan Marbiah mengangguk sambil tersenyum

"Zura pergi kerja dulu ya mak,"

"Zura hati-hati ya,"

Fazura mengangguk, tangan dan pipi ibunya di cium sebelum Keluar dari rumah dan setiap kali dia pergi berkerja fazira akan mengekorinya dari belakang sehingga dia sampai ke hentian bas, Fazira akan menunggu sehingga dia naik ke dalam bas

Fazira berjalan lemah selepas memastikan kakaknya selamat menaiki bas, bola matanya merenung kosong laluan di hadapannya, suara tangisan kakaknya setiap malam tergiang-ngiang di fikirannya,

Fazira sudah lama merasa bersalah kerana selalu memarahi kakaknya, padahal dia tahu selama ini kakaknya dah banyak berkorban, berhenti sekolah semata-mata memberi perluang untuknya bersekolah, di hina di maki namun kakaknya tetap bersabar

Setelah di ceraikan, kakaknya masih lagi menjalankan tanggungjawab, berkerja siang dan malam, kakaknya masih mampu menjaga makan minum ibu dan dia, kakaknya tidak pernah mengeluh walaupun sedang mengandung,

Fazira mendongak sambil mengeluh
"Apalah yang aku buat nie, kakak aku yang bersusah payah siang dan malam, aku pulak cuma tahu merungut je,"


Waktu terus berlalu, Fazura dengan lemah naik ke atas jejantas untuk menyeberang ke laluan sebelah, Kala itu laluan agak sunyi, selepas dia menuruni anak tangga, dia berhenti sebentar, entah kenapa tubuhnya terasa terlalu letih,

Setelah berehat sebentar, Fazura teruskan langkah. Dan di saat itu dia merasakan lutut di kaki kiri terasa lemah namun dia tetap gagahkan diri untuk terus berjalan walaupun semakin lama semakin terhincut hincut dia berjalan

Fazura berhenti lagi, dia membongkokkan badan, lutut kiri di urut pelan, air matanya menitis memandangkan rumahnya masih lagi jauh

"Kenapa kak?,"

Terguran Fazira mengejutkan Fazura, dia segera menaikkan badan,

Fazura tersenyum bila melihat Fazira menaiki basikal tua milik jiran sebelahnya

"Adik pinjam ke basikal tu,"

Fazira mengangguk
"Ah.. ah tadi lepas berbuka makcik sebelah datang berborak dengan mak, waktu tu lah adik pinjam basikal nie, naiklah kak,"

Selepas Fazira memusingkan basikal, Fazura duduk menyamping di belakang, Fazira terus mengayuh, mereka berdua sering ketawa bila setiap kali basikal di tunggang hampir-hampir terjatuh

"Kak?,"

"Ya Zira,"

"Adik minta maaf ya,"

Fazura tersenyum, badan adiknya di rangkul dari belakang

"Zira tak pernah buat salah dengan kakak,"

"Adik dan bincang dengan mak,"

"Bincang apa?,"

Fazira menghentikan kayuhan
"Mari kita balik kuala lumpur,"

"Zira?,"

Fazira turun dari basikal, begitu juga dengan Fazura, selepas Fazira menongkat basikal, dia memandang wajah kakaknya

"Boleh adik tanya?,"

Fazura mengangguk-angguk

"Kakak sanggup ke hidup bermadu,"

Fazura mengangguk lagi

"Kalau gitu, jom kita balik semula kuala lumpur,"

"Betul ke Zira?,"

"Betul kak, lagi pun adik tahu, abang Farid masih perlukan kakak,"

Air mata fazura mengalir ketika merenung wajah adiknya, kata-kata adiknya itu bagaikan mimpi menjadi kenyataan

"Terima kasih Zira, terima kasih sangat,"
Ucap Fazura, dia merangkul badan adiknya dengan erat sambil menangis teresak-esak

**

Bukit Antarabangsa

Takbir Raya mula berkumandang, suasana banglo Dato Sri Hassan kamarudin begitu riuh, Dato Sri Hassan kamarudin bersama-sama anak lelaki dan cucunya Fuad Sobri, Fadil Fitri, farid Husin bersama Farhan menaiki kereta Toyota Mpv untuk solat hari raya

Di dalam banglo pula, Datin Sri Sahara, Awaisha Laila, Fazilah, Farah, Irene dan Anita hanya termenung di ruang tamu

"Kenapa mak tak masak?,"
Fazilah tiba-tiba merungut

"Mak letihlah, korang bukannya nak tolong,"

"Habis tu mak tak suruh,"

"Amboi, tak akan setiap kali mak nak memasak, mak nak kena suruh, korang dah tahu esok nak raya ringan-ringanlah tangan tu kat dapur, ini tidak, duduk je dalam bilik,"

"Apalah kita nak makan nie mak, tak akan makan kat hotel kot,"

Datin sri Sahara menyenget bibirnya
"Apa salahnya,"

"Mana suami Angah?,"
Tanya Farah pula

"Macam biasa, beraya kat rumah orang tua dia, kat mana lagi,"

"Kenapa Angah tak ikut,"

"Kau nie Farah, rumah bapak mertua Angahkan selang berapa baris je, tak akanlah Angah nak tidur kat sana, adik beradik dia kan ramai,"

"Alasan je Angah tu, padahal tak sanggup nak tidur kat ruang tamu,"

Kata-kata Datin Sri Sahara membuatkan Farah, Awaisha Laila, Irene dan Anita ketawa

"Ting.. Tong.. Ting.. Tong..,"

"Siapa pulak tu, pagi-pagi dah datang beraya,"
Kata Datin Sri Sahara

"Ada sapa-sapa call Foodpanda?,"

"Mengarut je Angah nie, jap biar Farah gie tengok,"

Farah terus berdiri, kedua kakinya di ayun ke arah pintu, selepas menyarung sandal, dia terus pergi ke arah pagar rumah namun sesaat kemudian dia kembali semula dengan raut wajah teruja

"Keluar cepat! keluar cepat!,"
Jerit Farah di muka pintu

"Kenapa Farah?,"
Datin Sri Sahara serta-merta bangun agak terkejut dengan jeritan Farah

Awaisha Laila, Fazilah, Irene dan Anita bergegas bangun

"Kenapa, ada pencuri ke?,"
Tanya Fazilah pula dengan wajah cemas

"Keluarlah cepat!,"

Datin Sri Sahara, Fazilah, Awaisha Laila, Irene dan Anita bergegas keluar, masing-masing kelam kabut menyarung kasut

"Ya Allah ya tuhan ku!!, Fazura!!,"
Jerit Datin Sri Sahara begitu terkejut bila melihat Fazura, Fazira dengan puan Marbiah sedang berdiri di luar pagar

Awaisha Laila, Fazilah, Irene dan Anita berlari-lari anak ke arah pagar mengekori Datin Sri Sahara manakala Farah pula masuk ke dalam ruang tamu untuk membuka pagar

Fazura dan Fazira melambai

Selepas pagar rumah terbuka secara Automatik, Datin Sri Sahara terus memeluk Fazura sambil menangis teresak-esak

Awaisha Laila, Fazilah, Irene dan Anita memeluk Fazira dengan Puan Marbiah

"Ya Allah, mak tengah mimpi ke nie?,"
Kata Datin Sri Sahara tersendu-sendu, riak wajahnya benar-benar teruja sambil mengosok-gosok kedua pipi Fazura

Fazura tersenyum riang
"Ini Zura mak,"

Datin sri Sahara terangguk-angguk, bola matanya memerhati perut Fazura

"Cucu nenek dalam nie sihat ke?,"
Ucap Datin Sri Sahara sambil mengusap perut Fazura

Awaisha Laila, Fazilah, Farah dan Anita turut menangis bila mengingat kembali apa yang belaku pada Fazura, mereka berempat terus memeluk Fazura, Selepas Datin Sri Sahara menyapa Puan Marbiah, membuatkan Irene terpinga-pinga kerana dia tidak menonton rakaman itu

"Kak Sha minta maaf Zura, kerana kata-kata kak sha, abang Farid salah faham, sebenarnya kak shalah yang bersalah,"
Ujar Awaisha Laila dengan tangisan esak

Fazura mengeleng pelan, tangannya mengesat air mata Awaisha Laila

"Tak, kak sha tak pernah bersalah, kak sha menderita lebih teruk dari Zura, Zura bersyukur sangat semua tu dah berakhir,"
Jawab Fazura, dia memeluk Awaisha Laila, mereka berdua menangis bersama-sama

"Dah cukup-cukup, jom masuk rumah,"
Arah Datin Sri Sahara sambil memegang tangan kiri Puan Marbiah

"Mak masak apa pagi raya?,"
Tanya Fazura sambil memandang Datin sri Sahara ketika berjalan bersama Awaisha Laila

Datin sri Sahara tersengih-sengih
"Mak tak masak apa-apa Zura,"

"Betul ke mak,"

Datin sri Sahara mengangguk

"Bahan-bahan ada tak?,"
Tanya Fazura

"Semua dah ada, orang yang memasaknya tiada,"

"Kalau gitu biar Zura je yang masak,"

"ITULAH KITA ORANG NAK DERGAR!,"
Awaisha Laila, Fazilah, Farah, Irene dan Anita bersuara serentak kemudian tergelak ketawa

"Jahatnya,"
Balas Fazura sebelum ikut sekali tergelak

Setelah selesai solat hari Raya, kereta Toyota jenis Mpv kelihatan memasuki ke dalam pekarangan banglo Dato Sri Hassan kamarudin, selepas Fuad Sobri memarkir kereta di sebelah kereta milik Fadil Fitri, Dato Sri Hassan kamarudin, Fadil Fitri, keluar dari pintu belakang, Farid Husin pula keluar sambil mendukung Farhan

Kedengaran suara riuh di ruang tamu membuatkan Dato Sri Hassan kamarudin menjadi hairan

"Diorang karaoke ke?,"

"Hiss ayah nie, ada pulak karaoke,"
Jawab Fadil Fitri

"Riuh je, dahlah tak masak apa-apa,"

"Alaaa.., tak apalah yah, nanti kita makan kat hotel je,"
Jawab Fuad Sobri pula

Dato sri Hassan kamarudin tersengih
"eloklah tu, raya pertama makan kat hotel,"

Farid Husin berbaju melayu kuning sedondon dengan Farhan tidak terus masuk ke dalam rumah, dia membawa Farhan bermain-main di pekarangan tepi Banglo yang luas

Wajah Farid Husin terlihat sangat cengkung namun di tutup dengan jambangnya yang lebat, badannya pula kelihatan kurus, bibirnya mengukir senyuman lemah bila melihat Farhan berlari-lari ke sana sini,

"Perlahan-lahan Farhan,"
Tegur Farid Husin bila melihat anak lelakinya berlari sehingga terjatuh

"Baik ayah,"

Farid Husin tersenyum mendengar sahutan Farhan lalu dia mendongak memerhati langit nan luas dan di saat itu fikirannya teringatkan Fazura

"Selamat hari Raya Zura, abang mohon ampun atas segala dosa-dosa yang abang dah buat pada zura, abang akan selalu berdoa semoga Zura bahagia,"
Ucap Farid Husin, air matanya menitis sambil membayangkan wajah bekas isterinya

"Selamat hari Raya abang, Zura mohon ampun jika Zura ada buat salah pada abang,"

Farid Husin tersentak bila mendengar suara yang sangat dia rindukan, Fazura merangkul badan farid Husin dari belakang sambil menangis teresak-esak

"Ya Allah, Zura ke?,"

Fazura mengangguk, ketika di merebahkan wajahnya di belakang badan suaminya

"Abang, Zura masih ada perluang ke untuk rujuk dengan abang semula,"

Farid Husin terangguk-angguk sehingga air matanya menitis di tangan Fazura

"Abang cintakan Zura, selama-lamanya Zura tetap menjadi isteri abang,"

"Terima kasih abang, kerana sudi terima Zura semula,"

Farid Husin memusingkan badan perlahan-lahan, setelah dia melihat wajah isterinya, bibirnya terus mengukir senyuman penuh kesyukuran, dahi isterinya di kucup penuh kasih sebelum mengusap-ngusap perut isterinya

Awaisha Laila tersenyum bahagia, selepas sahaja dia mendukung Farhan, dia berjalan menghampiri Farid Husin dan Fazura,

Mereka bertiga memandang satu sama lain, sebelum sama-sama mengukir senyuman sebagai tanda berakhirnya segala penderitaan

pergilah derita pergilah, semoga kasih yang telah bersimpul mati tidak akan terlerai hingga ke akhir hayat mereka

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience