"Emma.. petang nanti kau duduk dalam bilik je ye,tak payah keluar"
"Kenapa pulak"
Emma pelik dengan arahan Adam pada hari ini.Setahunya dia tidak membuat apa-apa kesalahan,tetapi arahan Adam seperti denda kepadanya.
"Dah.. jangan banyak tanya"
Emma mencebik.
"Alaa.. Adam,cakap lah.. Saya ada buat apa-apa kesilapan ke? "
Emma memegang lengan Adam dan mengoncang-goncang seperti kanak-kanak kecil.
"Hurmm.. Kawan aku nak datang nanti.. kau tak payah nak sibuk sangat ye.. duduk dalam bilik diam-diam"
"Hurm.. ye la"
Emma membuat muka sedih.. bukannya dia betul-betul sedih,tetapi sengaja menunjukkan reaksi begitu.
Adam langsung tidak membenarkan Emma berjumpa dengan kawan-kawan lelakinya.Bukannya dia malu untuk memperkenalkan Emma.Emma bukannya ada cacat cela.Muka Emma ada juga rupa.Tetapi Adam tetap berkeras tidak mahu mengenalkan Emma kepada mana-mana kawan lelakinya.Hatta kawan baik Adam sekalipun.Emma sendiri tidak mengenalinya.Cuma Emma kerap mendengar perbualan Adam dengan seseorang.Razif.
"Assalamualaikum, bro.. lama tak jumpa.. kau sekarang makin busy ea.. dah jarang melepak,call pun susah nak angkat.. bahagia sangat le tu.. hehe"
Razif membuat muka nakal.
"Haha.. kau ni ada-ada je.. taklah aku dah malas nak lepak semua tu, baik duduk rumah rehat"
Adam mempelawa Razif untuk masuk ke dalam. Mata Razif meliar seperti mencari sesuatu.
"Hurmm.. ye la.. dah kau dapat apa yang kau nak.. mana isteri kau? aku tak nampak pon! "
"Ada kat... "
Belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya ada suara menyampuk.
"Abang.. abang nak minum apa? biar Emma buatkan.. "
Emma tersenyum manis
"Ermm.. buatlah air apa-apa pon"
Haish degil betul si Emma ni.. aku dah bagi amaran jangan keluar, dia keluar jugak!! Hishh.. memang nak kena ni!!
"Okay.. Emma ke dapur dulu ye"
Adam senyum pahit.
"Weyh Bro.. tu ke bini kau?? patutlah taknak keluar lepak.. dah ada yang sedap memandang.. hahaha.. "
Adam menunduk.Tangannya dikepal.
"Patutlah kau beria-ria sangat nak kat dia, macam orang gila.. kau dah terkena panahan cinta dia rupanya.. Haha..
Kau buat ku terpaku..
Sepertinya diriku..
Yang mahu..
Diri kamu...
Dan bila kau hadir bagai satu misteri..
"Woii.. diamlah.. "
"Hahahahaha... "
Razif ketawa terbahak-bahak.Seronok dia mengenakan Adam.Merah muka Adam menahan malu.Ingat jugak Si Razif ni..
"Macam mana weh? best tak kau kahwin dengan dia?? "
"Ntahlah.. aku rasa macam aku kahwin dengan 'kanak-kanak Ribena...
"Emma.. kamu buat apa ni? "
"Nak hidangkan air untuk Abang Adam dan kawannya. "
Emma mengangkat sudu dan jug sambil tersenyum manis kepada Mak Esah.
"Emma.. tak payah lah.. biar Mak Esah yang buat, kamu pergilah berehat. "
"Takpe Mak Esah, Emma bosan lah asyik berehat je.. biarlah Emma buat kerja ni, tak susah pun.. hehe.. "
Puas Mak Esah memujuk Emma. Tetapi Emma tetap dengan perangai degilnya.Akhirnya,Mak Esah terpaksa mengalah,mana tak nya,dari awal Mak Esah meminta untuk membancuh air tersebut, Sekejap lagi, sikit lagi, jap ea Mak Esah.. Macam-macam alasan Emma.Akhirnya air tersebut siap dibancuh.
"Mak Esah, biar Emma yang tolong hantarkan ke depan. "
"Tak payah la Emma, biar Mak Esah yang hantarkan.. "
"Takpe biar Emma.. "
"Biar Mak Esah.. "
Mereka saling tarik-menarik dulang tersebut.Emma tetap dengan keputusannya.Mak Esah tidak mahu mengalah kerana itu adalah kerjanya, sebagai orang gaji di rumah tersebut.
"Okay Mak Esah, kalau macam tu kita Osom.. siapa menang dia hantarkan"
"Baiklah.. tapi Mak Esah tak reti nak main Osom.. nanti kalah"
Emma tergelak kecil.
"Okay, jom kita mulakan.. 1..2..3..Osomm.. "
Emma melompat-lompat keriangan.
"Yess.. Emma menang.. Emma hantarkan.."
Emma terus membawa dulang tersebut dan meluru kearah ruang tamu.
"Aku rasa macam aku kahwin dengan kanak-kanak Ribena.."
Pang!!
Emma terdiam.Kaku.Dulang yang dibawanya tadi terlepas dari pegangan tangannya.Tidak sangka selama ini pandangan Adam terhadapnya hanyalah seorang kanak-kanak Ribena.Patutlah selama ini Adam tidak pernah menghiraukannya.Hati Emma bagai dikoyak rabak.Tergamak Adam berkata sedemikian rupa..dihadapan kawan baiknya Razif.. Selama ini Adam selalu marahkan Emma kerana sifat Emma yang periang? air mata Emma mengalir laju.. Kenapa Adam tidak pernah memberitahu kepadanya? kenapa tidak berterus-terang sahaja yang Adam tidak menyukainya? kenapa membiarkan dia terseksa? Pelbagai soalan timbul di fikiran Emma.. Tiba-tiba telefon bimbit Emma berdering. Emma mengangkat panggilan tersebut dan terus berjalan keluar rumah.
Adam terdiam.Tiada sebarang kata yang mampu keluar dari mulutnya sekarang kecuali..
"Emma.. "
Beberapa minit kemudian.
"!!!!!!!! Bangg !!!! "
Adam duduk di ruang menunggu sambil matanya tidak lepas memerhatikan pintu wad ICU yang tidak putus-putus doktor keluar masuk.Keadaan nampak begitu cemas.Air mata Adam mula mengalir.
""Ya Allah.. janganlah kau ambil dia dari aku, Aku tak mampu Ya Allah.. Aku tahu,selama ini Aku berbuat salah dekat dia,Aku menangkan Ego,Aku tak pernah tunjukkan yang aku sayangkan dia, Aku berjanji pada diri aku sendiri yang aku takkan tunjukkan sayang aku dekat dia selagi dia tak lupakan Ammar, tapi sekarang.. Aku betul-betul tak kuat Ya Allah.. Janganlah Kau ambil dia Ya Allah...""
Adam berbisik di dalam hati kecilnya.
"Adam.. Mummy tahu semua ni sangat berat untuk Adam, tapi Adam kena kuat.. Selalu doakan untuk Emma, Semoga kecederaan Emma tak teruk.. ye.. "
Mummy mengusap lembut pipi Adam.Adam tidak membalas apa-apa.Dia terlalu sebak untuk bercakap.Teringat Puan Aisyah ketika dia mendapat panggilan daripada Adam, Suara Adam jelas seperti orang yang panik bercampur dengan suara menahan sebak.Sewaktu Mummy sampai ke hospital,Adam mundar-mandir di hadapan pintu wad ICU.Adam yang kusut masai, dengan darah yang berlumuran di baju,muka yang kelihatan begitu risau sekali. Membuatkan hati Puan Aisyah tersentuh.Begitu sayang sekali Adam kepada Emma,walhal dia tidak mengetahui layanan Adam terhadap Emma selama ini.
"Adam.. Mummy rasa ada eloknya kamu balik dulu.Bersihkan diri ,tukar pakaian lepastu baru kamu datang balik.Kamu tak payah risau, Mummy ada dekat sini. Mummy akan tunggu sehingga Emma selesai.Ye Adam? "
Adam memandang wajah Puan Aisyah.Hatinya berat untuk melangkah pergi.Kalau boleh dia mahu menjadi orang yang pertama berjumpa Emma.Dia mahu menunggu Emma sehingga selesai.Tetapi,bila difikirkan semula lebih baik dia bersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum berjumpa Emma.Adam bangun dan perlahan-lahan dia mengorak langkah meninggalkan Mummy, Papa dan Mak Esah.Ibu Emma masih dalam perjalanan menuju ke Hospital Putrajaya.
Share this novel