Bab 42

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Hari ni, korang nak pergi mana?" Soalku memandang Syafiq dan Firdaus.
"Sebenarnya, hari ni, kitorang dah plan nak pergi Disneyland." Kata Firdaus.
"Disneyland? Haha! Tak sangka pula aku korang minat cerita-cerita kartun macam tu." Balasku sekadar menyakat. Ryoga pula hanya mendiamkan diri di sebelahku dari tadi.
"Alah, better dari Ultraman kan, Syafiq?" Giliran Firdaus pula untuk mengusik aku. Mereka berdua ketawa.
"Eh, aku bukannya minat Ultraman pun. Aku minat pelakon dia. Pelakon dia handsome apa. Lagi handsome dari korang." Aku pula ketawa. Ryoga memandangku tidak puas hati. Dah kenapa? Aku biarkan sahaja. Syafiq dan Firdaus pula hanya mengiakan sahaja. Haha.
"Okeylah, kitorang gerak dulu. Apa-apa call kitorang. Bye!" Mereka melambai.
"Bye!" Aku melambai kembali. Mereka berlalu hilang dari pandanganku. Aku memandang ke arah Ryoga.
"So, Ryoga-san, where are we going now?" Soalku.
"Erm, I want to bring you to Nogeyama Zoo." Katanya. Zoo? Zoo Nogeyama? Zoo yang sama? Bolehlah daripada tiada.
"O..okey, but, why Nogeyama Zoo and not Ueno Zoo or other zoo?" Soalku pelik.
"You will know after we arrive there." Balasnya tersenyum. Dari tadi aku melihat dia asyik tersengih sahaja. Entah kenapa.
"Hmm, okay." Balasku. Dia masih menyengih sendiri. Apa yang aku terlepas? Kenapa dia seperti terlalu gembira?
"Kenapa awak ni? Senyum sendiri je dari tadi." Soalku. Nak juga tahu.
"Ha? Tak ada apa-apa. Cuma saya teringat seseorang yang saya suka tu." Katanya.
"Awak kata awak nak beritahu saya. Siapa? Bagilah tahu saya." Pintaku.
"Belum. Nanti." Jawabnya ringkas.
Setibanya kami di zoo, dia membeli tiket dan menghulurkannya pada aku. Aduhai, teringat aku sewaktu masuk zoo ini beramai-ramai hari tu.
"Kali ni, kita berdua je, tak apa kan?" Soalnya. Aku hanya mengangguk sambil membuat muka pelik. Kali ini? Apa maksud dia dengan kali ini?
Kami berjalan memasuki pintu utama zoo tersebut. Aku memandang sekeliling. Teringat segala-galanya waktu pergi awal tahun hari tu.
"Jangan berlari. Nanti jatuh." Pesannya tiba-tiba. Aku tidak menjawab. Aku hanya pelik. Terlalu pelik.
"Eh, wait. I want to go there first. Wait here. Don't go anywhere." Katanya menunjuk ke arah sebuah kedai. Aku mengangguk. Dia terus menuju ke sana.
Lama aku menunggu dia di situ. Dia masih tidak muncul.
"Mana dia ni?" Soalku sendiri.
"Oi!" Panggil seseorang. Panggil aku ke? Aku hanya menoleh. Alamak! Haruka! Haruka menarik aku ke tempat yang agak sunyi di zoo itu.
"Ha-Haruka." Aku hanya menunduk. Takut, weh! Syafiq dan Firdaus pula dah selamat main di Disneyland.
"Girls!" Panggilnya. Dia bawa geng lagi!
Mereka menabur tepung padaku. Apa korang fikir aku ini adunan kek yang tak cukup tepung?
"How many times I have to tell you.. don't ever get close to him! He's mine! But, it seems like you didn't understand about what I said." Katanya marah sambil menolak-nolak aku.
"He-He wants me to come with him." Balasku membela diri.
"You're lying!" Marahnya lalu mengangkat tangannya.
"Haruka!"
Suara itu menusuk ke dalam telinga kami tatkala aku sedang ketakutan sambil memejamkan mata. Aku membuka mataku. Aku melihat tangan Haruka ditahan. Dia melepaskan tangan Haruka dengan kasar.
"Haruka, you are too much!" Marahnya.
"Ry-Ryoga-kun, it's not like what you see." Katanya.
"Enough. I don't want to hear anything from you. Nothing between us now. Thanks for being my friend." Kata Ryoga. Haruka terkejut. Sampai begitu sekali? Aku ini siapa sehingga dia buat Haruka macam tu sekali?
"Sakina-chan, let's go." Katanya.
"Bu-but.." Aku teragak-agak mahu berganjak dari situ.
"Baby, ikuza." Katanya lagi. Aku terkejut. Baby?! Dia fikir aku ini budak lagi? Tapi, bukan dia tahu pun aku ini Baby. Bukan aku sahaja yang melopong, semua di situ turut terkejut termasuklah Haruka. Muka Haruka berubah merah. Marah sangat tu. Takut pula aku kalau dia meletup. Aku cepat-cepat mengekori Ryoga.
Kami keluar dari zoo itu. Hilang mood nak tengok haiwan.
"Ahh, habis tudung saya kena tepung. Diorang ingat saya ni kek ke?" Ujarku sambil menyapu baju dan tudungku yang bertepung.
"Muka saya ada tepung lagi tak?" Soalku menunjukkan dia mukaku.
Dia ketawa lalu berkata, "Stop." Aku pun berhenti.
Dia pergi ke hadapanku. Dia mengeluarkan sapu tangan lalu menyapu bahagian atas kepalaku dan mukaku.
"Kesian awak. Haruka itu memang dah melampau. Saya tak sangka dia macam tu. Saya patut dengar cakap Koichi. Tak boleh tinggalkan awak seorang diri walaupun sekejap. Bahaya." Ujarnya.
"Thanks." Ucapku sepatah.
"Jomlah, sekarang, saya nak bawa awak pergi Ueno Park." Katanya. Ueno Park? Dah kenapa ke sana?
"Okey." Balasku.
Kami menaiki keretapi lalu menuju ke Ueno.
"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Soalku setibanya kami di Ueno Park.
"Awak nampak kerusi tu?" Soalnya.
Aku mengangguk, "Nampak. Saya selalu duduk kat kerusi tu." Balasku.
"Saya pernah nampak seorang perempuan duduk kat situ. Dia duduk sambil makan aiskrim coklat lepas tu, membebel seorang diri." Katanya. Aku berfikir. Kenapa bunyinya macam aku sahaja?
"Dia bebel panjang sebab marahkan seseorang sampailah, seseorang itu datang dan duduk di sebelah dia. Mulalah sesi pujuk-memujuk." Katanya lagi sambil berjalan lalu duduk di kerusi itu. Aku mengekori dia. Aku duduk di sebelahnya.
"Lepas tu?" Soalku ingin tahu.
Dia mengeluarkan sebuah kotak dari dalam plastik.
"Lepas tu, lelaki tu ada beri hadiah pada perempuan tu, tapi, dia lupa nak buka hadiah tu." Ceritanya sambil membuka kotak itu.
"Bila dia buka je kotak tu, mata dia bercahaya sebab dalam kotak tu ada sebuah glob salji yang terlalu cantik." Katanya sambil menghulurkan aku sebuah glob salji. Manalah dia dapat cerita ni? Aku agak terkejut.
"Snow globe?" Soalku.
Dia mengangguk, "It's yours." Katanya.
"O..oh, th-thanks. Tapi, kenapa? Tiba-tiba sahaja." Soalku sambil membelek glob salji itu. Mataku kembali bersinar. Haha! Suka betul aku main goncang glob ni. Sebiji dengan yang dia beli dulu.
"Tiba-tiba apanya. Glob yang saya buat pecah hari tu siapa punya, Baby?" Soalnya.
Aku menyengih, "Hehe, saya punya." Balasku.
"Anyway, stop calling me Baby. I'm not a baby." Kataku.
"No, I like to call you Baby. I will call you Baby whenever I want." Katanya.
"Ugh, whatever." Balasku. Nak halang pun macam mana? Mulut dia, bukan mulut aku.
"So, do you like it?" Soalnya.
"Yes! It's really same like the one that you-.. I mean someone gave me." Jawabku.
"Oo, is it? Who is that someone?" Soalnya ingin tahu.
"Maybe you shouldn't have to know." Balasku.
"Erm, I have something to tell you." Ujarku menyimpan glob itu ke dalam beg.
"Hm, what is it?" Soalnya.
"I.. I mean we. We have to go back to Malaysia on 14th May." Ujarku.
Dia terkejut, "Ha?! Why?" Soalnya.
"Saya dah ada kat sini lama sangat dah. Dan.. tak ada keperluan untuk saya duduk sini lama-lama. Jadi 14 Mei itu, hari raya puasa yang kedua, kami akan balik ke Malaysia. Mama bagi kebenaran untuk saya rasa raya pertama di Jepun. Sebab itu, saya masih kat sini." Terangku.
"Awak masih ada kat sini sebab nak rasa raya pertama di Jepun? Seriously? Bukan sebab lain?" Soalnya.
Aku menggeleng laju, "Saya saje nak rasa raya di negara orang dengan kawan saya dua orang itu." Balasku. Sebab lain sebab apa? Apa maksud dia? Dia ni peliklah hari ni.
"You can't lie to me." Katanya.
"Apa yang saya tipu awak?" Soalku.
"It's okay, if you don't want to tell the truth." Katanya. Aku sebelah menjongketkan keningku.
"Sekarang dah pukul berapa?" Soalku. Aku memang ada jam, tapi aku kalau orang tak tanya aku sekarang pukul berapa, aku akan tanya orang lain. Kalau orang lain itu tak ada jam, barulah aku tengok jam sendiri. Memang, aku sendiri pelik dengan perangai aku.
"Pukul 2 petang." Jawabnya.
"Ha? Ya ke? Dah pukul 2?" Soalku sedikit panik.
"Yup, kenapa?" Soalnya.
"Jom, teman saya pergi airport." Ajakku.
"Pergi airport? Nak buat apa?" Soalnya.
"Ikut je lah. Awak akan tahu nanti." Balasku riang.
"Tapi, saya.. ada interview pukul 2.30 petang nanti." Katanya. Ish, susah betul berkawan dengan orang yang terlalu terkenal macam dia ini lah. Mukaku terus berubah.
"Hm, is it? It's okay, then. Jumpa kat rumah." Ujarku. Aku berdiri dengan lemah. Tanda mogok dengan kebetulan itu.
"Wait!" Katanya. Aku berhenti. Aku menoleh memandang dia. Dia berdiri.
"I'll accompany you. But, just for a while. Saya takut Haruka jumpa awak tanpa pengetahuan saya." Katanya tersenyum.
Aku mengukir senyuman, "Okay! Terima kasih!" Balasku gembira.
"Haha, kawaii. Okay, let's go." Balasnya. Kami menuju ke lapangan terbang bersama-sama.
Setibanya kami di lapangan terbang, kami terserempak dengan Yuki dan Takuya.
"Eh? Takuya-kun, Yuki-kun. What are you two doing here?" Soalku. Mereka hanya menyengih.
"Oh, I know. Eca and Hana told you two, right?" Soalku lagi. Mereka mengangguk.
"Are they coming?" Soal Ryoga tiba-tiba.
"Ha? What do you mean by they?" Soalku pelik.
"Eca and Hana." Jawabnya. Kami bertiga pelik.
"Do-Do you know them?" Soalku pelik.
"Yes, they are your friends, right?" Soalnya.
"How can you remember them but, you can't remember me?" Soalku lagi. Dia hanya mengangkat bahu.
"Do you know Dini and Alyn?" Soalku.
"Yes, I also know them." Jawabnya selamba. Aku terkejut. Baru sahaja aku hendak bertanya soalan lagi, Hannah dan Eca muncul di hadapan kami.
"Sakinah!" Jerit Hannah. Hannah teruja berjumpa dengan aku. Tidak lama kami berpelukan, dia melepaskan pelukannya lalu memukul aku.
"Lain kali, jangan buat orang yang jauh nun di sana risau bagai nak gila." Katanya. Aku menyengih.
"Entah, kau tahu tak, semua orang risaukan kau. Kau ni, nak buat kerja gila tu, lain kali fikir orang lain juga." Kata Eca pula.
"Okey, okey, aku minta maaf." Kataku.
"So, what do you have for me?" Soalku pada Eca.
"Ni, kau punya kiriman. Untuk dia dan abang kau." Kata Eca menghulurkan aku dua beg kertas yang agak besar. Aku mengambilnya lalu membelek isi kandungan dia dalamnya.
"Wah, betul-betul kau ikut warna yukata tu, eh? Cantiklah. Samping pun. Good job." Kataku memuji Eca.
"Eh, of course lah aku ikut apa yang kau suruh." Balas Eca.
"Hihi, dahlah. Jom, balik. Korang tak pernah rasa lagi kan tarawih kat masjid Jepun? Meriah, beb. Jom, jom." Ujarku.
Yuki, Takuya, Eca dan Hannah jalan dahulu manakala langkah kakiku diberhentikan oleh Ryoga.
"Sakina-chan, it's already 2.30 p.m. I have to go now. Is it okay if I left you with them?" Soalnya. Aku menuju ke arahnya yang sudah beberapa langkah aku tinggalkan. Aku berhadapan dengan dia.
"It's okay, I'm fine. Just go." Aku tersenyum kelat. Alah, baru ingat nak luangkan masa dengan dia lagi. 14 Mei tak sampai berapa hari je lagi.
Dia menunduk memandang mukaku yang menunduk.
"Are you really fine?" Soalnya lembut.
Aku teragak-agak untuk mengangguk, "Hm, I'm fine." Balasku mengangguk.
"You don't look fine. Are you sick?" Soalnya lagi.
Aku menggeleng.
"Then, apa yang buat awak resah semacam ni?" Soalnya mahu juga tahu.
"Nothing. I'm fine. Your interview will start soon, right? Cepat pergi. Nanti lewat semua orang tertunggu-tunggu." Kataku tersenyum.
"Okay, I'll see you at home, okay?" Ujarnya. Aku mengangguk.
"Take care." Kataku.
"You too." Balasnya. Aku mengangguk. Aku cepat-cepat mengekori Yuki, Takuya, Eca dan Hannah.
Aku mengeluh. Haih, kenapa dia boleh ingat kawan-kawan aku, tapi, bukan aku?
"Weh, kau okey tak? Kenapa ni?" Soal Hannah.
"Ha? Ta-Tak ada apalah. Jom cepat balik. Nak kejar waktu berbuka ni. Takut tak sempat pula." Kataku. Kami segera pulang.
*******
"Hei, awak buat apa kat sini? Malam gelap macam ni, sorang-sorang kat luar." Sapa seseorang. Aku menoleh. Dia duduk di sebelahku.
"Hm, nothing. Tengok bintang. Banyak betul bintang malam ni." Ujarku sambil kembali memandang langit yang luas yang dihiasi dengan cahaya bintang.
"Hm, awak tak pergi tarawih pula malam ni." Ujarnya. Aku pelik.
"Tarawih?" Soalku.
Dia mengangguk, "Ya, tarawih. Tak nampak pula awak di masjid tadi."
"Masjid? Aik, awak pergi masjid pula dah ke sekarang? Siap tahu solat tarawih bagai ni." Soalku.
"T-Tak, ka-kawan saya. Ha, kawan saya. He's a Muslim. Dia kata dia tak ada nampak awak pun di masjid tadi. Cuma ada Eca, Hannah, Alyn dan Dini sahaja." Balasnya gugup. Mencurigakan.
"Oo, I just want to spend time together with obaa-san. Just two of us. So, saya tarawih kat rumah je. She will go for a holiday tomorrow, right?" Ujarku. Dia mengangguk.
"Dan obaa-san akan balik lepas saya balik ke Malaysia, kan?" Kataku lagi. Dia mengangguk lagi. Kami mendiam seketika.
"Saya takut. Saya takut sangat saya takkan dapat jumpa obaa-san lagi. Mungkin saya dah tak boleh nak pulang ke sini lagi. Malaysia dan Jepun bukannya dekat, bukannya senang nak datang banyak kali ke sini. Dan saya paling takut kalau saya dah tak dapat nak jumpa awak." Ujarku. Dia tersentak terus memandang aku.
"Haha, mungkin awak nak kata saya ni merepek ke apa tiba-tiba sahaja kata macam tu, terpulang. Tapi, itulah hakikatnya. Hati memainkan peranan penting dalam setiap kehidupan manusia." Kataku lagi.
"So, can we be friends?" Soalku memandang dia.
"Always." Jawabnya. Mataku sudah berkaca. Huhu, sedihnya menganggap dia di sebelahku hanya kawan sahaja.
"Hey, don't cry." Pujuknya. Aku tertawa lalu mengesat air mataku sendiri.
"Haih, saya ni cepat betul emosi kalau bab-bab ni." Kataku.
"Haha, itu yang membuatkan awak sama dengan Baby." Balasnya. Kami kembali mendiam. Memandang langit yang pada malam itu begitu indah.
"Apa cerita interview awak tadi?" Soalku memeluk lutut.
"Semua dah tahu yang itu cuma salah faham sahaja. Saya cakap akaun Instagram saya kena hack." Balasnya.
"Awak betul-betul tak nak maafkan Haruka?" Soalku lagi.
"Saya bukan tak nak maafkan dia, tapi, dia dah melampau sangat sampai buat awak macam tu. Itu waktu saya nampak. Waktu saya tak nampak?" Balasnya.
"Tapi, hati orang yang memaafkan lebih baik. Maafkan sahajalah dia itu. Mungkin dia tak sengaja untuk bertindak macam tu." Kataku.
Dia mengeluh, "I'll try." Balasnya. Aku tersenyum.
"Dahlah, jom, masuk. Dah lewat malam ni. Esok nak sahur pula." Katanya. Aku pelik. Mana dia tahu semua benda itu? Oh, mungkin dari kawannya itu.
Aku memandang dia berjalan menuju ke pintu. Dia berhenti lalu menoleh ke arahku.
"Hei, termenung apa lagi tu? Jom, masuk." Ajaknya. Aku berdiri. Tak sanggup nak meninggalkan langit yang begitu indah malam ini. Bukan selalu langit macam ni.
Aku mengekori dia masuk ke dalam rumah.
*******
__2 hari kemudian__
"Haa, rindunya dengan obaa-san." Kataku.
"Haha, oka-san baru pergi semalam. Cepat betul awak rindu." Balas Ryoga mentertawakan aku.
"Kalau nak tahu, saya dah rindu obaa-san waktu kita perjalan pulang dari airport lagi." Balasku.
"Alah, obaa-san tak ada. Tapi, saya kan ada." Katanya lalu mengeluarkan telefon pintarnya.
"Kenapa pula dengan awak?" Soalku lalu menggeleng-geleng kepala. Aku pelik dengan dia. Dia ini dah betul-betul sihat ke belum?
"Eh? Telefon baru ke?" Soalku.
Dia mengangguk, "Obaa-san kata telefon saya pecah habis waktu accident hari tu. Lambatnya awak perasan." Balasnya.
"Manalah saya tahu." Balasku pula.
Tiba-tiba sahaja, telefonku di dalam poket bergetar. Mesti ada orang telefon.
"Helo?" Aku terus menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa yang berada di talian.
"Aby!" Sergah mama teruja.
"Oh, mama. Kenapa, ma?" Soalku.
"I have a very good news for you." Kata mama.
"Ha? Apa dia, ma? Cepat, ma." Aku turut merasai aura keterujaan mamaku itu.
"Ada orang meminang anak mama!" Kata mama dengan nada teruja.
Aku terus berdiri, "Ha?! Ya ke? Siapa? Ohh, mesti abang ipar baru ni!" Aku lebih teruja dari mama. Aku duduk semula sebab aku lihat Ryoga dah ketawa melihat aku begitu. Aku menyengih ke arahnya.
"Taklah, dia datang untuk meminang Aby." Kata mama.
"Apa?!" Soalku terkejut.
"Yalah, mama dan ayah terima sahaja. Mama dan ayah tahu aby akan suka." Kata mama dengan yakin. Aku terkejut.
"Maa, no, ma. No. I have to know who is that guy first." Kataku.
"You have no choice. I have accepted their proposal for you." Kata mama.
"Ma, mana boleh macam ni. It's not fair." Balasku.
"Just agree with it, sayang. Kalau tak, aby yang akan menyesal nanti. Percayalah cakap mama." Kata mama. Aku menunduk. Hah, mulalah ni, drama air mata aku.
"I'll think about it first." Balasku.
"Okay. Bye. Assalamualaikum" Kata mama. Mama mematikan talian.
"Waalaikumussalam." Jawabku perlahan. Aku menangis di situ.
"Hey, what's wrong?" Soalnya. Aku hanya menggeleng. Tidak mahu menjawab.
Dini keluar dari bilik. Dia melihat aku menangis sambil dipujuk oleh Ryoga.
"Weh, kenapa ni?" Soal Dini.
"Aku tak tahu. Tiba-tiba sahaja lepas dia cakap dengan mak dia, dia menangis." Kata Ryoga.
Aku berdiri lalu menarik Dini masuk ke dalam bilik.
"Korang~" Ha, merekalah tempat aku mengadu.
Mereka semua datang ke arahku yang sudah terduduk di lantai bilik itu. Dini menutup pintu bilik itu dengan rapi.
"Kenapa, weh?" Soal Hannah.
"Ada orang meminang aku dan mak aku nak aku terima pinangan tu." Kataku.
Mereka semua terkejut, "APA?!"
"Seriuslah? Takkanlah." Kata Dini.
"Aku sendiri cakap dengan mak aku tadi." Kataku.
Mereka mendiam seketika.
"Weh, macam mana ni, weh? Kalau aku terima pinangan itu, apa yang aku buat kat sini selama ni dengan dia?" Soalku. Mereka semua buntu. Soalan itu hanya dibiarkan sepi. Mereka semua menenangkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience