57

Romance Series 93218

Tiga bulan kemudian..

Tukk.. Tukk..

“Masuk!" Laung Harraz dari dalam. Duduknya dikemaskan sebelum perhatiannya tertumpu ke arah dua orang gadis tinggi lampai yang sedang menghampiri mejanya.

“Selamat pagi, Encik Harraz!" Sapa Nuril dengan senyuman yang mekar dibibir.

“Selamat pagi, Nuril. Happy nampak pagi ni? Cik abang dah balik ke?" Usik Harraz nakal.

Nuril tertawa kecil. Tahu saja Harraz yang suaminya sudah pulang dari outstation. Sudah hampir 6 bulan mereka terpisah. Perasaan rindu yang mencengkam di hati itu hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi saat suaminya pulang, sudah pasti dialah insan yang paling teruja dan gembira. Setiap saat dia hanya ingin berada di sisi suaminya.

“Tahu - tahu aje kan Encik Harraz ni. Obvious sangat ke nampak muka saya ni?" Soal Nuril tersipu malu.

Harraz tidak menjawab sebaliknya dia hanya tertawa melihat telatah Nuril. Entah mengapa tiba - tiba hatinya berasa sedikit sayu saat mengingatkan tempoh Nuril akan bekerja dengannya hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Selepas dari itu, akan ada pekerja baru yang akan menggantikan tempat Nuril sebagai pembantunya. Hal ini telah pun dibincangkan oleh mereka tiga bulan yang lalu. Saat itu Nuril telah datang menemuinya untuk menyerahkan surat perletakan jawatannya. Alasan yang diberikan Nuril adalah kerana dia ingin mengikuti suaminya bertugas ke luar negara. Jadi antara rela dan tidak, Harraz harus melepaskan Nuril jua.

“Oh ya, Encik Harraz. Lupa pula saya nak kenalkan Trisya ni kepada Encik Harraz. By the way Trisya, ini Encik Harraz merangkap bos awak di sini nanti. Dan Encik Harraz, ini Trisya Dahlia selaku pembantu peribadi encik yang baru." Ujar Nuril ramah.

Harraz bangun dari kerusinya lalu huluran tangan Trisya disambut dengan penuh hormat. Gadis itu kelihatan tersenyum manis ke arahnya.

“Welcome to ZE Corporation Sdn Bhd, Trisya! Nice to meet and know you. Hopefully we can work together well." Ucap Harraz lembut.

“Thank you, Encik Harraz. Nice to meet you and know you too. In shaa Allah, I will do my best." Balas Trisya dengan penuh keyakinan.

Jauh di sudut hati Trisya, dia berasa sangat gembira kerana telah dipertemukan dengan Harraz yang selama ini cukup diminatinya dalam diam. Selama ini, Trisya sering membaca keratan - keratan akhbar dan majalah mengenai diri Harraz. Segala latar belakang lelaki itu telah dikajinya sebelum ini termasuklah hal perkahwinan Harraz dan Aayra. Namun bagi Trisya itu semua tidak menghalang dirinya dari menyukai lelaki di hadapannya itu.

Harraz menghadiahkan senyuman buat Trisya. Namun entah mengapa, dia berasa agak kurang selesa saat berhadapan dengan gadis di hadapannya itu. Penampilan Trisya yang agak seksi di matanya itu sudah cukup membuatkan dia berasa janggal. Apatah lagi saat melihatkan senyuman menggoda Trisya sejak dari tadi.

“Don't worry, Trisya. Encik Harraz ni baik tau orangnya. Dia jarang nak marah - marah kita orang kat sini. Keje di bawah Encik Harraz ni mudah sangat bagi Kak Nuril. Sebab tu Kak Nuril suka sangat kerja dekat sini. Dahla dapat bos yang baik, handsome pulak tu. Tapi ingat, jangan sesekali nak main mata dengan Encik Harraz tau. Suami orang ni." Pesan Nuril bersahaja.

Trisya tersenyum penuh makna. Segala pesanan Nuril itu diambil tanpa banyak bicara. Sebolehnya dia tidak mahu niatnya asalnya itu dapat dihidu oleh Nuril. Biarlah ianya terus menjadi rahsianya.

“Amboi, Nuril. Bukan main melambung lagi awak puji saya? Awak nak minta saya belanja lunch ke macam mana ni?" Seloroh Harraz tanpa mempedulikan renungan menggoda Trisya.

“Eh, takdela encik. Saya betul - betul ikhlas puji encik ni. Tapi kalau encik nak belanja pun apa salahnya kan? Lepas ni entah bila pula nak dapat merasa encik belanja saya." Balas Nuril selamba.

Harraz membutangkan matanya. Sejurus selepas itu tawa mereka bersatu. Begitulah rutin mereka yang tidak oernah lekang dengan gelak tawa. Bagi Harraz, Nuril memang seorang pekerja yang baik dan outspoken. Malah sikapnya yang sangat menjaga statusnya sebagai seorang isteri itu juga sangat dikagumi Harraz. Jadi tidak hairanlah mengapa Harraz begitu selesa bekerja dengannya.

“Ok faham. Kalau macam tu, time lunch nanti awak ajak semua staff kita pergi lunch di tempat biasa ok? Saya akan menyusul kemudian. Mungkin saya bawa Encik Ezmal sekali. Lagipun dah lama kita tak lunch sama - sama dengan Encik Ezmal kan?" Harraz memberi cadangan.

“Eh, janganlah macam tu encik. Saya bergurau jelah." Nuril menolak dengan perasaan serba salah.

Harraz tersenyum. Faham benar dia dengan sikap Nuril yang satu itu. Nuril memang gemar bergurau. Adakalanya dia langsung tidak memaksudkan apa yang telah diperkatannya. Namun jika ada yang salah faham, pasti akan tersinggung dengan gurauannya.

“It's ok, Nuril. Saya ikhlas nak belanja awak semua. So, jumpa awak semua time lunch nanti ya? Dan awak Trisya, awak pun boleh join sekali tau. Nanti bolehlah saya kenalkan awak dengan our CEO ZE Corporation ni. Mana tahu kot - kot awak berminat dengan dia pula. Single lagi tu." Sindir Harraz bersahaja.

Trisya tersentak saat disindir Harraz. Wajah tenang lelaki itu ditatap dengan seribu tanda tanya. Apakah Harraz dapat membaca tentang isi hatinya? Mengapa lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang sinis? Memikirkan hal itu, tiba - tiba hati Trisya dihantui dengan perasaan bimbang. Namun dia berpura - pura seakan tidak mengerti akan maksud sindiran Harraz itu tadi.

*************************************

Harraz dan Ezmal sama - sama melangkah masuk ke dalam restoran itu dengan senyuman. Mereka mengatur langkah
mendekati meja yang telah ditempah khas oleh Nuril dan staffs yang lain. Harraz sengaja mengambil tempat duduk bersebelahan Nuril manakala Ezmal pula duduk bersebelahan Trisya memandangkan hanya kerusi itu sahaja yang masih kosong pada ketika ini.

Nuril mengerling wajah Harraz dari ekor matanya. Entah mengapa dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan ketuanya itu. Dari awal pertemuannya bersama Trisya, Harraz kelihatan sedikit resah. Malah seboleh mungkin lelaki itu cuba untuk mengelak dari mendekati Trisya. Nuril mula penasaran. Dalam diam - diam, dia cuba mencuri pandang ke arah Trisya dan tidak semena - mena Nuril mula menyedari akan renungan menggoda Trisya terhadap Harraz. Malah tanpa segan silu, Trisya terus menunjukkan minatnya terhadap Harraz dengan menatap wajah lelaki itu tanpa jemu. Kini fahamlah Nuril mengapa Harraz menunjukkan sikap yang pelik saat berdepan dengan gadis itu.

Sementara menantikan pesanan mereka tiba, Harraz mengambil kesempatan itu dengan memperkenalkan Trisya kepada Ezmal.

“Ok, Trisya. Let me introduce you with our CEO, Mr Ezmal Falique. He is single, young and rich. And I'm sure, every single ladies will fall in love with him on the first sight. Maybe awak pun akan jatuh cinta lepas tengok dia secara depan - depan macam ni kan?" Usik Harraz nakal. Atau dalam erti kata lain, dia sengaja mencetuskan suasana seperti itu bagi menghilangkan rasa resahnya apabila ditenung oleh seseorang.

“Don't worry Trisya. Encik Ezmal ni pun baik sangat orangnya. Selama Kak Nuril keje dekat sini, tak pernah lagi Kak Nuril dengar apa - apa complaint berkenaan Encik Ezmal. Mostly staffs kat sini semua suka bekerja under Encik Ezmal tau. Yang penting dia SINGLE AVAILABLE." Tambah Nuril. Dia sengaja menekankan ayat single available itu bagi membuatkan Trisya memahami akan status seseorang.

Trisya dan Ezmal saling berpandangan sebelum masing - masing tersenyum.

“Amboi Nuril!! Bukan main tinggi melambung you puji I eh? Tahulah Harraz nak belanja you makan hari ni. Puji Harraz cukupla. Ke you ada maksud lain puji - puji I ni?" Usik Ezmal pula.

“Eh, taklah Encik Ezmal. I betul - betul ikhlas puji you ni. Lagipun bukan selalu kan you nak dengar I puji you? So, ni kira bonuslah sebab I puji you depan staff - staff yang lain." Balas Nuril bersama tawa kecilnya.

Suasana di situ menjadi riuh rendah dengan tawa mereka. Masing - masing seakan bersetuju dengan apa yang diperkatakan Nuril sebentar tadi. Namun tidak bagi Trisya. Sejujurnya dia lebih tertarik dengan ketampanan Harraz. Baginya penampilan serta rupa paras Harraz yang kacak itu lebih menggetarkan jiwanya. Setiap kali mereka bertentang mata, Trisya dapt merasakan ada aura yang bergolara di dalam jiwanya. Semakin dia memikirkan hal itu, semakin kuat keinginannya untuk memiliki Harraz. Akhirnya satu senyuman kecil terukir di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience