empat puluh empat

Romance Series 207093

"Ishhh.. bosan betullah. Kalau macam ni baik kerja je. Tak payah cuti. Tak adalah duduk tercongok je kat sini. Haihh.."

Mulut Shira mengomel tidak puas hati seorang diri. Sudah beberapa hari dia perlu mengikut Khalish ke pejabat walaupun dia masih bercuti.

Alasan lelaki itu sama saja,

'Bahaya duduk sorang rumah. Anything can happen.'

Sudahlah lelaki itu sibuk memanjang, ada saja mesyuarat atau perbincangan yang perlu dihadirinya.

Dan bukan sejam dua mesyuaratnya, mahu hingga tiga jam Shira ditinggalkan seorang diri di dalam pejabatnya.

Mahu keluar? Tak dibenarkan kecuali jika bersama PA lelaki itu saja, Sidiq. Entah mengapa sikap protective Khalish semakin menjadi-jadi semenjak hubungan mereka semakin rapat.

Shira semestinya suka dengan perubahan itu. Cuma hanya beberapa ketika dia mula merasa terkongkong di bawah pengawasan ketat Khalish padanya.

Nasiblah di dalam pejabat Khalish punya sofa dan ruangan membaca, tambahan ruangan perbincangan juga turut tersedia dan agak luas.

Tak adalah Shira rasa lemas dan sesak pula di dalam pejabat kecil.

Jam tangan di tilik,

'Ni mesti pukul 11 pon tak tentu lagi habis ni.' fikirnya.

Laptop yang terpasang dihentikan dan Shira melangkah keluar. Dia hendak ke tandas.

Meja Sidiq dilihat, kosong.

'Aduh.. mana pulak mamat ni? Aku nak buang air ni..' sekeliling koridor itu dipandang hingga ke hujung sambil mencekak pinggang.

Kekangan dari Khalish adalah jangan sesekali bersendirian. Mahu ke tandas pun perlu berteman, jadi Siddiq lah mangsanya.

'Pergi jela..abang bukan tahu pon.'

Tak mendengar kata, Shira berjalan seorang diri menuju ke bilik air. Pejabat Khalish berada di hujung sekali, jadi agak jauh tandasnya.

Dia melintasi deretan staff bahagian Khalish sambil melemparkan senyuman manis menuju ke tandas.

Selesai dengan urusannya, Shira menilik wajah dan tudungnya sesekali di dalam cermin sebelum melangkah keluar.

'See? Nothing happened pun. Abang ni over je..' omelnya dalam hati.

Tapi sebelum itu, satu pucuk surat putih yang di lekatkan di dinding berhadapan laluan keluar tandas menarik perhatiannya.

'Siapa punya pulak ni?' tak berfikir lama, surat tersebut di ambil dan dibuka serta-merta kerana ingin tahu.

Mahu pitam Shira tiba-tiba apabila membaca kandungannya.

'YOU LOOKS MORE SEDUCTIVE THAN I REMEMBER. BEING CARZY MISSING YOU,

YOUR LOVE.'

Sekeliling pantas ditoleh, melihat jika ada sesiapa yang berada di sana. Panik.

'Lelaki tu.. ada dekat sini ke? Tapi.. macan mana?' Shira masih statik di dirinya. Berfikir panjang sebelum suara seseorang menegurnya.

"Excuse me?" Shira menoleh pantas pula pada seorang lelaki di sebelahnya akibat terkejut.

"Relax.. Sorry for bothering you but are you okay? Awak ada masalah ke? You doesn't looks fine." si dia menegur lembut. Sepertinya baru saja keluar dari tandas lelaki di sebelah.

Wajah polos dan lembut lelaki itu membuatkan Shira mula mengingati sesuatu. Dia pernah bertemu lelaki ini, tapi di mana ya?

Hmm..

"Awak ni... Oh ye! Nichole! Maaflah saya tak ingat awak tadi. Lama tak jumpa." Shira terus lega apabila dia tak lagi berseorangan di situ.

"Ye.. saya agak sibuk sekarang. Awak betul ni okay? Surat apa tu?" tanyanya lagi, prihatin.

Shira yang hendak menjawab terdiam sebentar begitu juga Nichole apabila seorang lelaki muda keluar dari bilik air lelaki.

Dia melemparkan senyuman kepada keduanya sebelum mula melangkah pergi tanpa berkata apa-apa.

"Saya okay je. Surat ni.. Tak ada apa-apalah. Tak penting pun. Saya tak sangka pula boleh jumpa awak dekat sini. Haha. By the way.. Boleh awak tolong saya?"
Surat tersebut pantas di sumbat ke dalam poketnya. Tak mahu berbicara mengenai hal itu lagi. Shira meminta bantuan pula dan lelaki itu dengan senyuman manisnya rela membantu.

Shira ditemani Nichole kembali ke pejabat Khalish. Dari kejauhan sudah dapat dilihat Sidiq yang bagaikan punggung kepanasan. Bagai serba tak kena saja.

Tak senang duduknya. Baru saja Shira berjalan di ruangan itu bersama Nichole, suara Sidiq menyapanya kalut.

"Woi gile! Kau pergi mana do?! Sini kau." geram saja intornasinya memanggil Shira sambil berjalan laju ke arah wanita itu.

Berkerut kening Shira manatapnya. Kemudian dia alih pandang pada Nichole yang turut bereaksi sama.

"Kenapa ni? Ada masalah ke.?" Shira bertanya bingung. Entah apa yang dirisaukan lelaki itu.

"Ish! Kau pergi mana? Bos cari kau tadi.. Dia ada dekat dalam. Cepatlah!" Sidiq menarik lengan Shira yang berlapis sedikit, agar mengikuti langkahnya pantas.

"Eh- Abang Sidiq kejap la!" agak terdorong Shira apabila ditarik begitu. Hampir-hampir saja dia berjatuh ke hadapan akibat ketidakseimbangan.

"Hey! Watch out!" Nichole cuba membantu Shira yang hampir terjatuh.

Pandangan tak puas hati ditayangkan pada Sidiq tanda tak menyukai tindakan yang agak tidak sopan lelaki itu pada Shira.

"Ish! Maaf ye En. Tapi saya rasa baik En pergi sekarang sebelum apa-apa berlaku. Kami ada perkara penting sangat sekarang ni. Cepatlah Shira."

Sidiq cuba berlaku formal pada staff itu dan sekali lagi cuba menarik Shira mengikutinya. Kalut.

"Ikut aku. Sekarang." tegas saja suaranya pada Shira.

Bingung wanita itu terkial-kial cuba mengikuti langkah Sidiq tetapi tiba-tiba pandangan mereka bertiga tertancap pada seorang lelaki yang baru saja keluar dari pejabat tersebut.

Umar Khalish.

Terhenti langkah Sidiq dari menarik lengan Shira, serta-merta tangan tersebut dilepaskan. Shira juga terpaku melihat pandangan Khalish padanya tika itu.

Bagaikan dia baru saja melakukan suatu kesalahan yang amat besar..

Kot dan tie pada tubuh sudah tiada. Dua butang teratas kemeja itu sudah terbuka memperlihatkan tulang dada bidang dan leher jinjang itu. Lengan baju sudah disinsing sedikit bawah paras siku

Rambutnya sudah tidak kemas bersikat seperti biasa. Bagai dikusutkan, hampir-hampir saja menutupi anak mata gelap.

Dada lelaki itu jelas naik turun bagai menahan marah. Wajah cerah itu sedikit merah.

"Kau masuk!" terhinjut bahu-bahu mereka apabila Umar Khalish, lelaki yang tidak pernah meninggikan suara di syarikat itu mula naik angin.

Serasanya suara garau Khalish mampu didengari seluruh tingkat itu. Kuat yang amat.

Shira tak mampu bergerak, takut dengan Khalish. Dia tak berasa selamat dengan keadaan itu. Tak pernah lagi dia melihat Khalish marah.

Dengan perasaan yang sebenar-benarnya.

Tak menunggu lama, Khalish merapati mereka dan lengan Shira ditariknya kasar sebelum ditolak ke belakang.

"Aku kata masuk." keras suaranya memberi arahan. Bahu Shira ditolak ke belakang sebelum berpaling semula menatap Nichole yang juga kecut dengan amarah lelaki itu.

Siapa tidak kenal En Schizo di syarikat JVXX itu. Tidak pernah memaparkan sebarang perasaan dan ekspresi kerana menghidapi penyakit tersebut.

Tetapi, sekali dia menggila, mungkin saja akan ada yang tidur di hospital. Lagipula, peristiwa begitu bukanlah kes pertama bagi Khalish.

CEO, En Muaz juga sedia maklum dengan kondisi rakannya itu.

Shira teragak-agak mahu menuruti arahan Khalish tetapi apabila Sidiq juga memberi isyarat tegas agar dia masuk ke dalam pejabat, Shira akur.

Pintu kaca berat itu ditolak dan dia masuk ke dalam. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat pejabat si suami yang sebelum ini amat elegant dan kemas, kini bagaikan baru saja ditimpa bencana.

Bersepah dan hancur segalanya termasuklah laptop dan phone miliknya. Sepertinya suaminya itu baru saja mengamuk-sakan.

'Kenapa dengan abang? Aku ada buat salah ke?' risau yang amat dirinya memikirkan hal itu.

Shira duduk di sofa apabila terasa lemah lututnya.

Tiba-tiba dia teringatkan surat tadi, pantas dibuka. Barisan ayat tersebut dibaca sekilas sebelum mula berfikir lagi.

'Mungkin sebab... orang ni.'

Tulisan cantik berfon Aurella itu dibaca pengirimnya.

YOUR LOVE.

Share this novel

EmaIra
2020-09-05 21:20:21 

next please best la


NovelPlus Premium

The best ads free experience