Bab 55

Romance Completed 53836

"Abang suka melukis? Tanya Munirah sambil memeluk leher Azhar yg sedang melukis sebuah lukisan di depannya itu. Sejak dari tadi lagi dia mencari susuk tubuh Azhar tidak kelihatan. Ternyata Azhar berada di dalam studio seni ini. Fokus saja Azhar melukis sebuah permandangan yg hanya terlintas di imaginasinya saja."

"ha'ah suka..Lukis ni macam hobi tau. Boleh hilangkan stress. Kadang-kadang dengan sentuhan lukisanlah kita dapat luahkan segalanya apa yg tersimpan di dalam hati. Ermm..napa sayang tanya abang camtu? Jawab Azhar senang saja Munirah bertanya tentang hobi masa terluangnya ini. Azhar memang gemar melukis. Miskipun pergi ke mana sahaja dia akan membawa lukisan dan juga alatan melukis. Azhar menarik tubuh Munirah duduk di atas ribanya selepas melihat Munirah hanya mengangguk tanda faham saja."

"Napa ni?? sayang ada masalah ke?? Monyok saja muka ni..Cuba beritahu abang..mana tahu abang ada buat Irah terasa hati ke..??" Tanya Azhar sambil mencuit dagu Munirah dengan kesan warna yg masih tersisa di jarinya itu. Geram saja dia melihat wajah polos Munirah ini."

"Abang ni!!! habis kotor muka Irah..Tak adalah..cuma bosan jee. Tak nak bawa Irah pegi ronda-ronda petang ke?? Dah lama tau Irah teringin nak naik moto..Jumlah..Kata Munirah sambil menggentel baju Azhar sedikit. Muncung saja mulutnya memujuk Azhar supaya terima juga ajakannya ini. Di picit wajah Azhar yg sudah berjambang itu."

"Eemm..Camne ehh..Abang malaslah nak menungang. Apa kata Irah yg bawa abang kali ini.. Bolehkan? Cadang Azhar sambil membuat reaksi letih sedikit di depan Munirah. Sengaja dia berbuat demikian supaya Munirah menerima juga pelawaannya itu. Azhar memeluk tubuh Munirah eratnya. Dibiarkan saja jarinya yg kotor kesan warna itu terkena baju t-shirt putih Munirah. "

"Eeeiieee dia ni!! gatal tahu tak! Orang tua lepas gian..Habis kotor baju Irah..yelah-yelah..Irah bawa abang ronda..Now, let me go!! Marah Munirah sambil menepuk bahu Azhar yg masih tidak mahu lepaskan pelukan ini. Tidak semenanya mereka berdua bermandi warna pula kali ini. Azhar dapat mendengar degupan laju jantung Munirah bila telinganya berada betul-betul di dada Munirah. Terus bibirnya mengukirkan senyuman. Azhar melepaskan pelukan itu lalu memandang wajah Munirah kembali."

"Apa???"

"Sayang suka ehh abang buat camni?? Nak lagi tak?? Jum kita ke bilik. Kat sini tak best. Kata Azhar tidak berlapiknya cuba mengangkat tubuh Munirah untuk di bawa ke bilik tidur. Sengaja dia menguji Munirah kerana mahu melihat sejauh mana Munirah menafikan semua ini. Merah padam wajah Munirah menahan malu di depan Azhar. Segera dia meronta-ronta supaya Azhar tidak boleh mengangkat tubuhnya. Azhar cuba menahan daya kekuatan Munirah akhirnya mereka berdua jatuh di atas lukisan Azhar yg belum siap itu."

'Bumm!!'

"Aduhh..sakitnyaaa. Ngadu Azhar apabila dirinya yg jatuh terlebih dahulu di atas lukisan manakala Munirah jatuh selamat mendarat elok di atas badannya. Habis semua warna tumpah dan terkena mereka berdua."

"Haa itulah orang kata..Degil sangat. Tengoklah apa yg abang buat ni...Habis baju kotor baju kita..Ni senang keluar ke tak? Marah Munirah cuba bangun dari pembaringannya di atas badan Azhar. Melekat penuh warna di sekitar baju dan terkena juga pada rambutnya."

"Entohlah..Rasanya ni color akrilik. Rasanya tak keluar..kot.. Mendatar saja suara Azhar menjawab pertanyaan Munirah itu. Di garu kepalanya yg tidak terasa gatal. Satu pandangan tajam terus diberikan kepada Azhar. Pergerakkan Azhar terus mati di situ selepas melihat wajah merah Munirah menahan amarah."

"Abang!!!????!!!!!"

"Jerit Munirah kuatnya terus menerpa ke arah Azhar yg masih terkebil matanya itu. Mereka berdua terus bergelut di situ. Di biarkan saja warna-warni campuran warna itu terkena pada badan mereka. Azhar lah kaki gaduh Munirah sekarang. Apa saja yg mereka berdua lakukan pasti akan berakhir dengan pergelutan sampailah keduanya penat setelah itu semuanya akan selesai. Gelak ketawa riang kedengaran penuh di dalam studio seni itu. Munirah mewarnakan rambut Azhar manakala tangan Azhar Menconteng wajah Munirah. Masing-masing seronok bermain dengan warna itu. Dunia seakan berhenti berputar untuk mereka berdua."

Satu senyuman terus terukir di bibir Munirah. Kenangan itu telah menbangkitkan moodnya kembali. Munirah mengantungkan kembali potret gambarnya di dinding. Sentuhan halus tangan Azhar kemas sekali. Munirah sangat sukakan lukisan ini. Pandangannya redup saja melihat lukisan wajahnya yg tersenyum riang sedang mendukung White dan putih. Baru Munirah perasan studio ini sudah diubah suai. Hanya tinggal karya Azhar dan juga karyanya saja. Semua karya Mira sudah tiada di sini.

Kenapa abang buat semua ini?? Abang mahu buktikan apa lagi?? Betulkah abang telah ceraikan Mira? kenapa abang perlu pergi?? Nguman Munirah sayunya sambil mengusap lembut perutnya. Fikirannya terus memikirkan diri Azhar. Azhar sanggup membawa diri kerana tidak mahu menyakiti hatinya lagi. Padahal semua itu lagi menyakitkan kerana anak yg dikandungnya ini memerlukan Azhar di sisinya. Bukan ini yg Munirah mahukan. Rasa rindu kepada Azhar amat merintihkan jiwanya.
...................................................................................

"Amira Athirah Bt Rizman. Aku ceraikan kau dengan talak 1". Aku halalkan segalanya apa yg telah aku berikan kepada kau. Seperti yg telah dijanjikan. Kau berhak hidup bahagia bersama pilihan kau sendiri. Dan aku..akan bersama dengan Munirah sampai bila-bila. Hanya takdir Allah swt dapat memisahkan kami berdua. Lafaz Azhar sambil menatap dalam anak mata Mira. Sudah lama dia menunggu saat ini. Saat di mana dia akan melepaskan Mira ke tangan Iqbal juga. Azhar sudah tidak mampu bertahan dengan semua ini lagi. Dia hanya mengagap Mira sahabatnya saja dan tidak lebih dari itu. Mereka berdua sudah rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Selaganya mereka berdua akan lakukan bersama tetapi selepas Mira berkahwin dengan Azhar. Semua itu hanyalah tinggal kenangan pahit saja. Azhar sudah mendapat penganti sebaik Munirah. Azhar tidak mahu persiakan peluang yg masih ada ini."

"Baiklah..Terima kasih sebab sanggup menjadi suami saya hanya untuk sebulan saja..Saya terima..saya tak layak berdamping dengan awak..Saya ingatkan selepas kita berkahwin..awak akan pandang saya. Cintakan saya kembali. Kita dapat kongsi hobi masa terluang bersama. Hanya kita berdua saja..tetapi semuanya sudah tidak bermakna lagi. Awak hanya cintakan Munirah saja. Dalam hati awak hanya ada Munirah. Apa yg saya cuba buat..awak hanya nampak Munirah saja. Kalau benarlah awak cintakan dan sayangkan Munirah lebih dari diri saya..Apa kurangnya saya Azhar? Apa kurangnya saya di mata awak?? Saya tahu saya berbeza dengan diri Munirah. Hati dia bersih..Alim..bersopan-santun..malah masih muda lagi jika hendak dibandingkan dengan saya..Sebab itulah awak memilihnya lebih dari saya Azhar?? Beritahu saya adakah disebabkan dia ada segalanya yg kurang dalam diri saya? Awak pandang semua itukan??!! Kenapa Azhar..cepatnya hati awak berubah..Mana janji awak yg dulu..Awak akan tetap tunggu saya. Tapi sekarang awak hanyalah bercakap kosong saja. Ujar Mira sudah pun menangis tersedu-sedan meluahkan semua itu kepada Azhar. Sakit sangat rasa apabila cintanya ini tidak pernah dihargai oleh Azhar. Kejamnya Azhar melayannya seolah-olah dirinya ini tidak ada maruah dan perasaan. Mira juga seorang wanita yg mengidamkan kasih sayang seorang suami. Seorang pelindung untuknya berteduh. Teganya Azhar menilai dirnya dengan Munirah. "

"Sudah Amira!! Enough!! Saya sudah tidak mahu dengar apa lagi. Awak sendiri yg pilih kebahagian awak selepas tinggalkan saya. Buat apa mahu ungkit lagi semua itu. Semuanya takdir Allah swt kita tidak ada jodoh. Boleh tak awak terima kenyataan semua ini Mira..Sejak kita berpisah saya sudah redha dan terima saja yg jodoh kita tak ada. Sejak dari itu juga saya akan terima sesiapa saja yg mendampingi hidup saya. Ternyata Munirah tuhan hantar kepada saya di kala fitnah melanda kami berdua. Munirah seorang isteri yg di amanahkan kepada saya. Maaflah..Saya tak perlu nak bandingkan awak berdua. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kita sebagai manusia hanya mampu menerima semua ini dengan hati yg terbuka..Tolong Mira..Berubahlah.. sudah tiba masanya awak buat keputusan sendiri. " Jelas Azhar lagi sudah redup suaranya. Memang perit semua ini. Bukan saja hati Mira terluka malah perasaannya juga sakit. Azhar cuma mahu Mira faham keadaan ini. Sudah tiba masanya mereka berdua membuat halauan masing-masing. Hidup mesti diteruskan. Selagi nyawa masih panjang, bertaubatlah sebelum terlambat dan bukannya mengejar cinta buta di dunia. Pandangan kosong diberikan kepada Iqbal. Iqbal hanya tersenyum kelat saja. Dia faham sukar Azhar melalui situasi seperti ini. Iqbal mula rasa bersalah jika Munirah akan pergi tinggalkan Azhar. Masih belum terlambat Azhar memberitahu perkara sebenar lagi."

Mira..Mari turun..pengantin lelaki sudah sampai.. Tegur Datin Zubaidah apabila melihat Mira termenung jauh sahaja di tepi balkoni itu sendiri. Hari ini sekali lagi Mira akan diijab kabulkan dengan Iqbal semula. Jika ini adalah pilihan Mira sendiri, Datin Zubaidah sebagai seorang ibu hanya mampu menuruti sahaja keputusan anaknya ini. Mungkin kali ini Iqbal boleh bahagiakan Mira semula. Suci saja wajah Mira hari ini. Sesuai sangat baju kurung songket pahang berwarna putih untuknya. Menjadi suri hati untuk kali kedua buat Iqbal. Datin Zubaidah terus mengesat air mata yg mengalir di pipinya. Melihat anak perempuannya ini sudah banyak lalui pelbagai ujian hidup yg datang. Tabah sungguh diri Mira mengaharungi semua ini.

Mama...shuu..jangan nangis.. Mira tak nak tengok mama nangis lagi. Cukuplah selama ini Mira sudah banyak berbuat masalah. Untuk kali ini, Mira mahu melihat mama dan papa tersenyum di samping Mira. Mira juga akan rasa bahagia..Mama berada di sebelah Mira yee..teman Mira. Kata Mira sambil tangannya mengesat lembut sisa air mata di mata Datin Zubaidah. Datin Zubaidah hanya mengangguk kepala saja. Mereka berdua terus berpelukan antara satu sama lain. Mira benar sudah berubah kali. Dirinya sudah redha dengan segalanya yg telah berlaku. Sudah tiba masanya Mira membuka lebaran buku baru bersama 'Iqbal Basir' semula bersama putri mereka 'Eisya Humaira'.

..................................................................................

Okey..kamu semua boleh berehat dahulu. Kita akan sambung semula taklimat ini pada pukul 2.30 p.m. kamu semua bolehlah solat dahulu..makan apa semua yee..make sure semua jangan miss waktu makan. Korang semua ada 3 jam lagi bersama saya. Siap sedia ehh ada soalan bakal menjemput anda semua. Kata Azhar setelah melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 1.45 p.m. Patutlah dirinya rasa penat saja. Sejak dari tadi lagi tidak berhenti berehat langsung. Tambah pula hanya dirinya saja yg menyampaikan taklimat kepada semua bakal-bakal cikgu praktikal ini.

Alahh..Cikgu Azhar..sekejapnya..camne kitorang nak hafal semua jawapan itu...bersuara salah seorang pelajar perempuan yg berada betul-betul di kerusi bahagian hadapan dewan ini. Lembut saja ton suaranya itu. Pada masa yg sama dia memberikan senyuman manis kepada Azhar. Bergaya saja guru di depannya ini. Pelajar perempuan ini hanya ini mencuba nasib sahaja. Azhar hanya memandang ke arah lain kerana tidak mahu ada 'eye contact' dengan pelajarnya ini. Azhar terus ketawa sendiri di situ. Dia sendiri pun tidak tahu apa yg kelakarnya.

Okey..sorry..Soalan simple je..jangan rumitkan pemikiran anda semua. Okey..semua dah boleh bersurai. Balas Azhar sambil mengemaskan semua bukunya di atas meja itu juga. Perutnya sudah lama berkeroncong. Sekarang, dia hanya mahu mencari santapan buat tengah hari pula. Seorang demi seorang pelajar mula keluar dari dewan itu. Mata Azhar terus terlintas memandang susuk tubuh seorang pelajarnya itu. Tergamam Azhar sendiri di situ. Matanya masih tidak boleh beralih daripada terus melihat wajah pelajar itu. Sama saja wajahnya dengan..

'Munirah....'

Bersuara Azhar perlahannya sehinggalah pelajar itu hilang dari pandangannya. Degupan jantung seakan berhenti berdetik saja. Tubuh Azhar masih lagi berdiri kaku di situ. Pandangannya terus bertukar sayu selepas sedar dari lamunannya ini. Azhar menanggalkan spek matanya lalu di letakkan di atas meja. Dia mengurut perlahan dahinya yg sudah rasa berdeyut sedikit. Sekali lagi dirinya di hantui oleh imaginasi Munirah. Azhar melabuhkan dirinya di atas kerusi sekejap. Cuba untuk bertenang semula. Sampai bila dirinya harus lalui semua ini. Azhar sudah cukup penat dengan semua ini. Ke mana sahaja dia pergi pasti akan keluar imaginasi Munirah. Sekarang, dirinya pula layak digelar 'Gila'.

Cikgu..Cikgu...Cikgu Azhar!!! Cikgu Yusra menghentak kuat failnya di depan Azhar. Dari tadi lagi dia memanggil Azhar di tepi pintu tetapi lelaki ini asyik saja termenung jauh. Mana hendak perasan kewujudannya itu.

Haa!!! nak apa?! Terkejut Azhar sehingga memegang dadanya sekejap. Ingatkan siapalah tadi yg kejutkan dia, rupa-rupanya Cikgu Yusra saja. Azhar memakai cermin matanya semual. Segera dia bangun dan sambung mengemas semula. Di biarkan saja Cikgu Yusra yg sedang memandang hairan ke arahnya.

Uiii...Dah kenapa ni tegang je muka..Pelajar ada buat hal ke??.. Atau pun teringatkan..Mu..Belum sempat Cikgu Yusra habiskan percakapannya, satu pandangan tajam terus diberikan daripada Azhar. Terbantut terus rasa Cikgu Yusra mahu berkata lebih. Siapa dia mahu bertanya tentang Munirah daipada Cikgu Azhar. Mereka hanya kawan sekerja saja. Lebih elok kalau dia sendiri berjumpa dengan anak murid kesayangannya itu. Mesti mereka berdua sudah berbalah sampai Azhar bekerja semula di IPTA. Kalau tidak mana mungkin Azhar akan kerja berat di sini semula. Teka Cikgu Yusra.

Haa..ada bendalah tu nak kata dekat saya. Sudahlah Yusra..Bukan saya tak kenal awak ni. Kaki gossip kan dengan si Amat tu. Haa, eloklah sesuai korang berdua. Bila nak berstatus 'madam' dan 'Sir' entah. Sampai bila nak hidup membujang. Dah jum pergi lunch. Si Amat tu dah lama mereput kat cafe. Berleter Azhar panjang lebarnya di depan Cikgu Yusra. Dia mengambil telefon lalu berjalan mendahului Cikgu Yusra yg masih terkejut dengan leterannya tadi. Bengang saja wajah Azhar berjalan keluar dari dalam dewan itu.

Ehhh...ehhh aku pula yg diceramahnya dah kenapa??!! Bertuah punya kawan. Haa!! Memang patut pun isteri kau makan hati. Eiii. Geramnya aku. Dari dulu sampai sekarang ego tu masih tinggi. Cuba dengar nasihat aku sama...fuhhh. Sabar Yusra..sabar.. Kejap lagi ada Amat sekali. Heee kena ayu sikitlah ni..Marah Yusra sendiri di situ. Geram saja dia rasa dengan perangai Azhar ini. Pada masa yg sama dia membetulkan tudungnya semula. Hatinya berdegup kencang bila berjumpa dengan Amat. Yusra juga berharap Amat memang sudah lama menaruh hati kepadanya. Cukuplah mereka berkawan sekerja selama ini, sudah tiba masanya tukar kepada status suami dan isteri pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience