Part 13.

Romance Completed 15511

" Mak..." .

Puan Suraya yang sedang menyidai baju, terkejut melihat anak tunggalnya itu.

" Luna. Kenapa ni? " soalnya. Langkah laju diatur menuju ke arah Luna.

" Mak, Luna benci Riz " tubuh Puan Suraya terus dipeluk erat.

Tangisannya dilepaskan.

" Luna bagi tahu mak apa yang dah jadi sebenarnya " bahu Luna diusap perlahan.

Setelah puas dipujuk barulah Luna menceritakan semua yang terjadi.

" Luna, Luna kan ada mak. Jangan sedih. Anak mak ni kuat kan " .

" Mak, Riz tu jahat. Dia cakap dia sayang Luna. Tapi dia dah nak kahwin dengan perempuan tu. Dia tak beritahu Lunapun mak. Luna benci dia " .

" Luna dah mula sayang dia? " soal Puan Suraya.

Luna mengangguk perlahan.

" Luna kena faham mencintai tak bermaksud memiliki. Mungkin dia ditakdirkan sebagai kawan Luna jer. Tak lebih daripada tu. Luna kena terima " .

" Tapi dia yang buat Luna sayang kat dia. Luna tak pernah mintak pun perasaan ni mak " .

" Iya mak tahu. Kadang-kadang kita perlu melepaskan orang yang penting dalam hidup kita selama ni. Sebab sesetengah manusia hanya hadir bukan untuk bersama tetapi hanya sekadar untuk berkenalan " .

" Mak.. " Luna terus memeluk Puan Suraya.

Tidak pernah dia merasa perasaan sebegini. Semuanya kerana cinta. Dan dia benci dengan perasaan itu.

" Assalamualaikum makcik " .

" Eh Riz. Waalaikumsalam " .

" Makcik sihat? " soal Rizqin.

Puan Suraya mengangguk.

" Makcik, boleh saya jumpa Luna? Saya tahu saya salah. Ada benda penting saya nak beritahu dia " pinta Rizqin.

" Makcik izinkan. Tapi kalau Luna yang tak nak jumpa Riz, maaf lah ya. Makcik tak boleh paksa " .

Rizqin mengangguk faham.

" Sekejap makcik panggilkan dia " Puan Suraya masuk ke dalam rumah.

" Luna, Riz datang. Dia nak jumpa Luna " .

" Taknak. Luna taknak jumpa dia. Mak tahu kan Luna benci dia. Dia jahat " .

" Luna, mak tahu. Tapi Luna kena lah dengar penjelasan dia dulu ya " .

Luna berfikir seketika.

" Luna nak pulangkan balik semua barang yang dia pernah bagi dekat Luna " Luna terus masuk ke dalam biliknya.

Puan Suraya hanya memerhati gerak geri anaknya itu.

" Ambil ni lepastu kau boleh balik. Jangan datang sini lagi " Luna terus memberikan sebuah beg kertas besar yang berisi baju-baju yang pernah dihadiahkan oleh Rizqin.

" Luna apa ni? Aku datang bukan nak ambil balik semua ni. Luna dengar aku jelaskan dulu " .

" Jelaskan apa lagi? Aku tak nak orang tuduh aku perampas. Kau ingat aku miskin, aku takda maruah. Aku sedar lah diri aku ni siapa " .

" Luna tolonglah. Janganlah buat aku macam ni. Iya aku tahu aku salah sebab tak beritahu aku nak kahwin. Tolonglah Luna bagi aku explain dulu " .

" Tak payah! Aku dah tak nak dengar apa-apa daripada kau. Aku sedar lah diri aku siapa. Kau jangan ganggu hidup aku lagi dan aku takkan ganggu hidup kau pun. Kau pergi balik. Aku dah taknak tengok muka kau kat sini! " .

Untuk pertama kalinya Rizqin melihat Luna sebegitu. Tidak pernah dia melihat Luna mengamuk sehingga begitu sekali.

Rizqin akur. Dia mengatur perlahan langkahnya.

" Nanti " .

Rizqin berpaling semula ke arah Luna.

" Ambil balik telefon kau ni " Luna terus mencampak iPhone 6s itu pada Rizqin.

Mujur sahaja Rizqin sempat menyambut kalau tidak pasti berderai telefon pintar itu. Luna terus masuk ke dalam rumah. Pintu rumahnya sengaja dihentak kuat.

Rizqin memandang seketika. Lalu dia melangkah perlahan pulang ke rumah.

Masuk sahaja di dalam bilik, Luna terus membaringkan badannya di atas katil.

Air matanya mengalir lagi. Entah kenapa dia rasa tertipu dengan kelakuan Rizqin. Dia tidak pernah minta pun untuk dicintai atau mencintai. Perasaan itu yang hadir dengan sendiri.

Kenangan-kenangan dia bersama Rizqin dari pertama kali mereka bertemu bermain di layar fikirannya.

" Luna, mak nak cakap sikit ni " .

" Apa dia mak? " Luna melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Suraya.

" Tadi Rizqin datang. Dia jemput kita datang majlis pernikahan dia jumaat ni. Luna nak pergi? Mak nampak dia berharap sangat kita dapat datang " .

" Tak nak. Luna tak nak pergi. Luna tak hadap lah. Mak tahu kan Luna benci bakal isteri dia tu. Memang tak lah Lunanak pergi. Ada yang Luna bergaduh dengan dia pulak nanti " .

" Takpalah. Mak tak paksa pun. Tadi Cik Ina ada telefon mak. Dia tak berapa sihat sekarang " .

" Oh yeke? Takpalah nanti kita pergi jenguk dia " .

" Luna sebenarnya Cik Ina nak kita tinggal dengan dia sekali. Dia cakap kalau ada apa-apa jadi pada dia, sekurang-kurangnya ada yang teman " .

Cik Ina ialah kakak angkat Puan Suraya ketika di rumah anak yatim dahulu. Dia mempunyai suami dan seorang anak lelaki tetapi Allah lebih menyanyangi mereka. Mereka meninggal kerana kemalangan. Sejak itu Cik Ina tinggal sendirian.

" Mak nak ke tinggal dengan dia? " soal Luna.

" Mak memang nak. Lagi pun Cik Ina dah banyak sangat bantu mak. Apa lah salah kalau mak bantu dia pulak kan. Luna setuju kalau kita pindah? Kalau Luna tak setuju, takpa. Mak takkan paksa. Mak hormat keputusan Luna " .

" Kita pindah. Luna tak nak lah duduk sini. Mana tahu kalau kita pindah perak, ada peluang Luna nak kerja kat sana " .

" Betul ni Luna? " soal Puan Suraya teruja.

Luna mengangguk laju. Dia terus memeluk Puan Suraya. Walaupun rumah yang dibeli dari hasil titik peluh arwah abahnya ini sayang untuk ditinggalkan, Luna terpaksa akur. Dia tidak sanggup melihat kebahagiaan Rizqin bersama Hana. Dia tidak cukup kuat. Berita pernikahan Rizqin pun sudah cukup membuatkan hatinya bagai dicucuk duri.

Rizqin merenung dirinya di dalam cermin. Baju melayu berwarna putih tersarung kemas di tubuhnya. Ditambah dengan samping songket.

" Betul ke aku nak nikah ni? " Rizqin berkata sendirian.

Hatinya seakan berat untuk bernikah. Padahal dahulu dia separuh mati apabila Hana meninggalkan nya ketika hari pernikahan mereka.

Rizqin mengeluh panjang. Dia masih memikirkan Luna.

" Riz, dah siap? Jom semua dah ready tu " panggil Datin Marziah.

Rizqin mengangguk lemah. Bagaikan pernikahan paksa sahaja lagaknya.

" Jom. Luna dah tak sabar nak pergi Perak " kata Luna teruja.

Bagasi mereka sudah pun dimasukkan ke dalam bonet teksi.

" Luna, betul ke tak nak jumpa Riz dulu? " soal Puan Suraya.

Luna terdiam seketika. Mati terus senyumannya tadi.

" Buat apa? Takda kepentingan pun untuk Luna jumpa dia mak. Dia pun tengah bernikah sekarang kan " .

" Mak tak nak Luna menyesal di kemudian hari. Takpalah kalau Luna dah cakap macam tu. Jom kita gerak " Puan Suraya terus masuk ke dalam perut kereta.

Luna memandang rumah yang akan ditinggalkannya itu. Terlalu banyak kenangan.

" Abah, Luna janji akan jaga mak. Luna akan sentiasa doakan abah ya " .

" Luna! " .

Luna yang baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta terkejut. Rizqin terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Luna.

" Luna, jangan pergi. Jangan tinggalkan aku " .

" Kau nak apa lagi? Pergilah balik. Nanti orang tuduh aku punca kau tak jadi nikah " .

" Luna aku dah batalkan. Aku tak jadi nikah dengan Hana. Sebab aku sedar yang aku dah tak cintakan dia. Ya dulu aku separuh mati bila dia tinggalkan aku. Tapi tu dulu Luna. Sekarang ni aku sedar yang aku cintakan kau. Bukan Hana. Hana cuma masa silam aku. Tapi kau, masa depan aku. Jangan tinggalkan aku Luna. Aku tahu kau pun cintakan aku kan " .

Luna terpempan mendengar kata-kata Rizqin. Seakan mimpi baginya.

" Kau sudi kahwin dengan aku? " .

Luna mengangguk perlahan. Senyumannya disorokkan.

" Alhamdulillah. Terima kasih Luna. Aku sayang kau. Jangan tinggalkan aku tau " .

Puan Suraya keluar daripada teksi setelah terlalu lama dia melihat drama hindustan anaknya itu.

" Tak jadi lah ni nak pergi Perak? " soalnya.

" Tak! " jawab Rizqin dan Luna serentak.

Puan Suraya menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja karenah anaknya itu. Rizqin dan Luna ketawa besar.

Kadang-kadang jodoh kita tak semestinya dengan orang yang bertahun-tahun kita kenal. Ada yang baru sahaja kenal, sudah ditakdirkan menjadi jodoh kita. Tulang rusuk tidak akan pernah tertukar.

TAMAT

Share this novel

rinarin
2019-11-17 10:07:39 

jodoh ditetapkan Allah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience