Rate

BAB 2 - AYKPS - SAHABAT

Romance Completed 140221

"Qaseh ada dua orang abang dan seorang kakak yang langsung tak sama wajah dengan Qaseh. Abang Qalif, Kak Qasha dan Abang Qabil... Ada mama dan papa... Tapi, Qaseh tak pernah rasa kasih sayang dari dorang semua... Orang lain semua cakap, anak bongsu ni manja... Tapi, sayang... Qaseh tak pernah rasa diri dibelai, dimanja macam yang sering kita dengar..." Berkerut dahi Icha mendengar keluhan hati sahabat baiknya.

"Qaseh sering diherdik, dimaki, dipukul... Pantang ada sedikit kesilapan, Qaseh takkan dapat terlepas dari pukulan dan libasan. Badan-badan Qaseh ni sampai dah lali kena pukul. Sebab itu... Parut-parut ni membuatkan Qaseh tekad nak keluar dari rumah jahanam tu..." Parut di tangan, kaki ditunjukkan pada Icha.
"Allahuakhbar... Takkan seorang pun takde perasaan simpati pada Qaseh?"

"Ada... Abang Qalif... Abang Qalif selalu manjakan Qaseh... Dia seorang je yang sayangkan Qaseh, tak macam abang Qabil dan Kak Qasha yang selalu buat Qaseh dipukul mama... Itu belum lagi kerja dalam rumah tu... Semua Qaseh kena buat... Tak ubah macam orang gaji di rumah sendiri."

"Kesiannya Qaseh..."

"Kan? Tapi apa boleh buat... Abang Qalif tak selalu ada di rumah tu... Sebab dia kerja offshore... 2 bulan sekali abang Qalif baru balik... Dan dalam waktu tu, baru Qaseh dapat bermanja dengan abang Qalif."

"Kenapa kena tunggu abang Qalif?"

"Sebab abang Qalif je yang akan backing Qaseh. Dorang takkan berani nak marah, apatah lagi pukul Qaseh kalau abang Qalif ada..."

"Oh..."

"Tapi, pelik juga bila Qaseh kata dorang takde langsung sama dengan muka Qaseh...? Ke Qaseh anak angkat?"

"Anak angkat?"

"Ya, mana tahu... Tu sebab dorang buat Qaseh macam tu..." Terdiam Qaseh mendengar kata-kata Icha.

"Macamana nak tahu yang Qaseh bukan anak kandung mama, papa?"

"Kita buat ujian DNA... Dengan cara ni aje, kita dapat tahu, betul atau tidak Qaseh anak kandung dalam keluarga tu..."

"Tapi, macamana nak buat? Qaseh dah lama tak balik sana... Dah setahun lebih... Raya pun, Qaseh raya sorang-sorang kat sini..."

"Kesiannya awak Qaseh... Kenapa tak cakap dengan Icha... Kan boleh ikut Icha balik kampung Icha..."

"Takpelah Icha... Qaseh tak nak susahkan sesiapa... Qaseh dah biasa hidup sendirian."

"Jangan begitu Qaseh... Kita kawan baik... Tak salah kalau Icha nak tolong Qaseh... Lagipun, kat kampung tu, Icha ada ibu dan ayah dan abang sepupu Icha yang duduk bersebelahan dengan rumah Icha di rumah nenek."

"Abang sepupu?"

"Ya... Abang sepupu Icha tu, dulu kerja kat laut... Lepas tu, berhenti kerja... Bawak diri balik rumah nenek... Merajuk hati dengan keluarga kandung sendiri..."

"Kenapa?"

"Entahlah... Icha pun tak tahu. Lagipun Icha tak kenal sangat dengan abang sepupu tu... Icha dengan keluarga, baru 3 tahun duduk kat rumah pusaka nenek tu..."

"Oh..."

"Takpelah Icha... Biarlah... Terima kasih atas bantuan Icha... In shaa Allah, next time, Qaseh ikut Icha balik kampung Icha ya... Eh, Icha..."

"Ya...?"

"Emm..."

"Icha tahu, Qaseh nak tanya apa... Come... Kita duduk sini... Nanti Icha tutup pintu bilik. Nanti banyak telinga dengar... Jadi bahan pulak nanti..." Riak wajah Qaseh berubah.

"Icha tahu, Qaseh nak tanya apa... Ya, Icha akui... Icha anak orang susah... Tapi, apa yang Icha ceritakan ini, harap Qaseh simpan ya... Icha tak nak Qaseh malu berkawan dengan Icha..."

"In shaa Allah, Qaseh janji akan tutup mulut. Lagipun, Qaseh takkan campur tangan hal orang... Qaseh tahu siapa diri Qaseh..."

"Dah! Tak payah nak berlakon sedih... Actually... Qaseh bekerja sebagai sugar baby..." Ternganga mulut Qaseh mendengar jawapan jujur dari Icha.

"Sugar baby? Kerja macam sugar mummy tu ke?"

"Yap!"

"Tapi, Icha tak sampai atas katil. Icha cuma akan temankan VIP ni kalau ada function, majlis keramaian atau apa jua majlis yang dorang kehendaki. Icha akan dibayar oleh mereka seperti yang ditetapkan. Maksudnya, Icha hanya peneman sahaja...'

'Sorry Qaseh... Icha tak boleh ceritakan hal sebenar. Icha lebih dari sugar baby...'

"Err, banyak ke dapat...?"

"Boleh tahan... Kalau kita bijak melayan, kita akan dapat lebih..."

"Oh..."

"Dah! Jangan berangan nak buat macam tu. Cukup! Icha takkan benarkan Qaseh jadi macam Icha... Qaseh orang baik... Pelajar yang bijak... Qaseh ada wawasan, ada benda penting yang perlu Qaseh buat. Icha ni dah tak belajar... Tapi, Icha cakap Icha bekerja kilang."

"Icha..."

"Icha tahu... Apa yang Icha buat ni salah... Tapi, Icha takde pendidikan... Icha belajar tak pandai... Icha tak sanggup nak tengok mak dan ayah susah sebab Icha... Hanya ini sahaja pertolongan yang mampu Icha bagi... Icha harap, Qaseh tak benci Icha..."

"Hey, jangan macam tu... Qaseh tak pernah memilih kawan. Qaseh percaya... Setiap orang dari kita, tentu ada masalah mereka sendiri... Qaseh percaya takdir yang telah diaturkan... Cuma, Qaseh nak Icha sentiasa berhati-hati. Qaseh sayangkan Icha. Kita dah macam adik-beradik... Bukan baru sebulan dua kita berkawan..."

"Icha pun sayangkan Qaseh. Terima kasih sebab memahami."

"Terima kasih juga sebab sudi menjadi pendengar setia Qaseh... Tempat untuk Qaseh menumpang kasih. Terima kasih Icha..." Tubuh rakan baiknya, dipeluk erat.

"Terima kasih juga buat Qaseh... Sudi berkawan dengan Icha yang dah jauh tersasar dari landasan."

"In shaa Allah...Kita sama-sama jaga kita..."

"In shaa Allah..."

"Dah, dah nak buat drama air mata... Dah solat belum...?"

"Err... Eh, Qaseh dah makan?"

"Sukakan, nak tukar topik... Belum... Kejap lagi kot..."

"Dah... Jom kita makan dulu. Ni... Icha ada beli nasi bungkus dua..."

"Ni yang sayang lebih ni... Thanks Icha..."

"Your welcome... Eh, malam ni takde kerja ke...?"

"Tak... Hari ni Icha dapat pelepasan..."

"Oh, patutlah... Oh, ya... Sekejap... Qaseh nak buat bayaran dulu... Kang, marah pula tuan rumah ni... Dah janji nak bayar hari ni.... Lupa pulak..."

"Qaseh... Dah tu... Tak payah... Icha dah bayarkan untuk Qaseh..."

"Hah? Kenapa? Qaseh ada duit sendiri..."

"Qaseh... Hari ni, icha tolong Qaseh. Mana tahu nanti, Qaseh pulak yang kena tolong Icha..."

"Allahuakhbar... Terima kasih sahabat... Icha memang rakan sejati..."

"Don't mention... Icha ada dapat duit lebih sikit. Icha dah masukkan ke akaun ibu ayah. So, ada lebih sikit... Icha beli barang dapur kita, beli baju sikit... Pastu bayar duit bilik kita..."

"Banyak tu..."

"Alhamdulillah... Don't worry... Masih ada balance untuk simpanan lagi..."

"Icha jangan boros sangat..."

"Icha tahu. Takkan selamanya Icha nak jadi sugar baby... Jadi, Icha simpan sikit-sikit duit belanja tu... Tiba masanya nanti... Icha akan berhenti dari semua benda ni dan Icha akan balik kampung..."

"Baiklah, kalau itu yang Icha dah rancang. Qaseh bukan apa... Qaseh risaukan Icha..."

"Terima kasih sebab risaukan Icha... Icha terharu sangat. Qaseh tak perlu risaukan Icha... Icha tau jaga diri... Icha tahu apa yang Icha buat..."

"Baiklah kalau Icha dah cakap macam tu... Qaseh tahu, Icha pandai jaga diri..."

"Dah, jom makan! Penat pulak asyik nak sedih macam ni..."

"Hihihi... Yelah, makcik..." Mereka mula menjamu selera. Walaupun sekadar nasi bungkus, ianya tetap kelihatan berselera andai makan bersama dengan insan yang tersayang.

Qaseh bersyukur, walaupun tidak punya keluarga, Qaseh masih punya sahabat yang cukup memahami dirinya. Nikmat mana yang kamu dustakan...

***************************

"Qalif... Qalif..."

"Ya... Ya, pak su..."

"Ni hah... Ada surat untuk Qalif..."

"Oh... Terima kasih pak su... Qalif kat dapur tadi. Tolong nenek masak..."

"Rajin kamu, Qalif. Emm... Qalif... Paksu tanya sikit, boleh?"

"Paksu nak tanya apa, tanyalah?"

"Err, ternakan kamu tu, dah ada orang jaga ke?"

"Alhamdulillah... Ada paksu... Tapi, Qalif masih cari orang lagi. Tak cukup kalau dua orang je yang jaga. Sebab, dorang jaga kambing dengan lembu... Ikan kolam tu takde orang tengokkan. Kadang-kadang, Qalif bergilir-gilir dengan dorang tengokkan ikan-ikan tu... Kenapa paksu tanya?"

"Err, sebenarnya, paksu tengah cari kerja ni... Kot-kot kalau Qalif nak pakai pekerja ke, perlukan bantuan paksu ke..."

"Pak su dah tak kerja kat kilang baja tu lagi...?"

"Nak buat macamana Qalif. Orang susah macam paksu ni senang sangat dikenakan orang."

"Qalif tak faham... Apa maksud paksu?"

"Paksu difitnah Qalif... Paksu dituduh mencuri wang pekerja lain... Sedangkan paksu tak buat pun. Bila paksu suruh tengok cctv, dorang enggan. Jadi, di mana keadilan untuk paksu... Paksu nak guna duit untuk sekolah adik kamu, si Ija... Nasib baik, Icha dah kerja... Setiap bulan tak pernah lepas masukkan duit untuk paksu dan maksu kamu. Tapi, kamu tahu jelah Qalif... Nak bayar api air... Makan minum lagi... Gaji Icha pun berapa sangat..."

"Kenapa paksu tak cakap dengan Qalif... Biar Qalif pergi kilang tu..."

"Sudahlah Qalif. Paksu halalkan apa yang dorang dah buat pada paksu. Mungkin rezeki paksu kat kilang tu setakat itu je... Paksu redha Qalif..."

"Kalau paksu dah cakap macam tu, Qalif tak boleh nak buat apa... Takpelah... Paksu kerjalah dengan Qalif. In shaa Allah, berapa yang dorang dapat, itulah yang paksu dapat... Ada rezeki lebih nanti, pak su dan pekerja yang lain dapat lebih."

"Terima kasih Qalif... Terima kasih banyak-banyak... Malu paksu..."

"Takde apa yang nak dimalukan paksu... Paksu bukan orang lain... Tapi, paksu darah daging Qalif juga... Siapa lagi nak bantu kita kalau bukan darah daging kita sendiri kan...?"

"Tapi, mama papa Qalif..."

"Tak payahlah paksu nak sebut pasal mama papa tu... Biarkan dorang... Qalif dah bosan nak fikir pasal keluarga Qalif. Dorang pun dah lama anggap Qalif mati..."

"Tak baik, Qalif... Macamana dorang tetap mama papa Qalif sendiri..."

"Entahlah paksu... Selagi Qalif tak jumpa Qaseh... Tak dapat kahwin denagn Qaseh... Qalif takkan berganjak dari keputusan Qalif. Biarkanlah... Paksu datang kerja esok ya... Pagi esok terus pergi ke kolam ikan tu... Nanti Qalif jumpa paksu kat sana..."

"Terima kasih, Lif... Paksu datang esok... In shaa Allah..."

"Sama-sama paksu... Qalif minta diri dulu. Qalif nak ke pekan... Ada urusan dengan pegawai tanah kat sana..."

"Yelah... Terima kasih, Lif..." Qalif mengangguk lalu beredar... Paksu memerhatikan Qalif pergi sehingga hilang dari pandangannya.

"Alhamdulillah... Nasib baik perangai Qalif tak macam kakak dan abang ipar aku... Kalau tak... Nauzubillah... Tak tahu nak cakap apa lagi..."

****************************

"Awak ni kenapa?"

"Saya rindu Qalif."

"Mama ni... Lantaklah abang Qalif tu... Dia dah besarkan. Pandailah dia nak nak hidup..."

"Habis kamu? Dah tua bangka... Masih nak mengharapkan duit mama... Pergilah cari kerja... Nak goyang kaki je..."

"Kenapa mama nak marah...?"

"Mama tak larat nak layan kehendak Qabil dan Qasha lagi... Pergilah cari kerja. Dah sepatutnya jadi tanggungjawab kamu jaga mama papa, cari rezeki..."

"Mama ni... Asyik nak bebel je... Bosanlah!"

"Kurang ajar kamukan? Siapa yang ajar kamu macam ni?"

"Mama yang ajar!"

Pang! Terteleng kepala Qasha menerima tamparan dari mama.

"Biadap!" Papa sendiri tergamam melihat perangai mama yang berubah setelah pemergian Qalif. Pada awal pemergian Qalif, mama ok... Masih sihat... Minggu kedua, pemergian Qalif... Mama mula demam-demam... Sebulan, mama benar-benar berubah laku.

Dan sehingga kini, sudah hampir setahun pemergian Qalif, mama benar-benar berubah. Dari seorang yang penyayang, mama menjadi pemarah. Kalau dulunya, mama takkan sesekali mengarah Qaseh melakukan semua kerja rumah, kini mama akan memaksa Qasha melakukan kerja-kerja rumah sehingga pembantu rumah mereka diberhentikan kerana mahu Qasha berubah.

"Mama tampar Qasha? Mama tak pernah tampar Qash, sebab abang Qalif, mama tampar Qash?"

"Kenapa? Kamu ingat mama tak berani nak lempang kau...? Mama tak larat nak layan kemahuan kamu... Mama dah letih... Duit kita semakin susut. Kamu kerja tak mahu, asyik nak menghabiskan duit je... Pergilah cari kerja ke? Ini tidak... Asyik nak goyang kaki je... Betullah apa yang Qalif cakap..."

"Balik-balik Qalif! Balik-balik Qalif! Qalif dah takdelah ma! Entah-entah dah mati!"

Pang! Sekali lagi, pipi Qasha dilempang. Qasha menggosok pipinya yang ditampar mama. Perasaan marah dan benci mula menebal.

"Kamu Qabil! Cari kerja sendiri! Mama dah tak nak lagi tanggung korang adik-beradik. Setiap hari duit, duit, duit... Kerja malas! Belajar separuh jalan! patutlah hidup kamu macam ni! Pemalas!"

"Aik! Qabil pun kena? Mama ni kenapa? Buang tebiat ke?"

Pang! Kali ini, giliran Qabil menerima habuan. Pipi yang ditampar, digosok perlahan. Hati mula rasa sakit... Belum pernah mama menaikkan tangan pada mereka adik-beradik.

"Anak tak sedar dek untung. Hidup menyusahkan orang! Ingat! Mulai hari ini, mama takkan bagi korang berdua duit, walaupun seringgit! Mama dah tak larat nak melayan kemahuan dan kehendak kamu yang mengalahkan orang kaya... Mama tekad! Mama takkan tolong korang berdua lagi. Nak duit, pergi kerja! Cari duit sendiri...! Dah tua bangka, menyusahkan orang... Pemalas! Huh!" Mama berlalu meninggalkan kedua mereka...

Qabil dan Qasha berpandangan...

"Kenapa mama tu? Buang tabiat ke?"

"Mana aku tahu? Asyik sebut nama Qabil je... Bosan aku!"

"Agak-agaknya, mama nak mati tak? Tu yang buang tabiat tu..."

"Jaga mulut kamu! Itu mama kandung kamu, bukan orang gaji...!"

"Ala papa ni... Takkan papapun dah berubah jadi mama... Annoyinglah...!"

"Tak payah nak mengada, menggedik Qasha... Papa setuju dengan mama... Kamu dan Qabil pergi cari kerja sendiri... Nak duit, usaha sendiri. Kami takkan bantu kamu berdua lagi. Pemalas! Hidup nak goyang kaki je... Sikitpun taknak usaha... Sampai bila kamu nak macam ni?"

"Papa ni kenapa? Sama je dengan mama..."

"Jangan sampai tangan papa pula yang naik ke muka kamu. Ingat tu!"

"Ah, sudah! Kenapa mama papa ni?"

"Bang, kau rasa mama papa ni serius ke nak suruh kita cari kerja?"

"Mana aku tahu? Tapi, nampak macam serius je... Seram pulak aku! Ah, lantaklah...!"

"Kan? Aku pun ingat macam tu. Lantaklah! Selagi kita tak kena halau dari rumah ni, kita duduk diam-diam... Eh, bang.... Tak sakit ke muka kau kena lempang tadi?"

"Ala, sikit je tu... Kau? Tak sakit ke... Dua kali kan kau kena lempang...."

"Taklah! Rasa macam kena gigit semut je..."

"Hahaha!" Kedua beradik bodoh itu, tergelak besar. Nampak sangat mereka memang tak percaya mama papa mereka dah berubah...

Kesian Qaseh... Keakraban Qaseh dan Icha, mengisi kekosongan hati Qaseh. Walaupun, diakui... Icha luarannya agak 'bebas', tapi... Qaseh tetap percayai... Icha, sahabat sejatinya... Nantikan episod akan datang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience