LZ 4: Firasat

Drama Completed 177635

KEDIAMAN Cikgu Arsyad malam ini sedang dirundung pilu bercampur cemas. Raungan tangis haru turut terdengar bergema berasal dari bilik utama, di mana lelaki berusia 55 tahun itu terlantar di atas pembaringan akibat komplikasi jantung yang tiba-tiba menyerangnya.

"Limah! Limah bawak bersabar, Limah. Ini dugaan untuk kita. Limah tenang ya. Lagipun Arsyad dah mula stabil selepas doktor beri ubat tadi kan,"  pujuk Jamilah, si kakak ipar.

"Macam mana Limah tak sedih, Kak Long? Ikha masih tak dijumpai sampai sekarang. Abang Syad pula jatuh sakit begini. Belum lagi sakit hati Limah dengan tohmahan keluarga Aydan siang tadi. Nasib baik Limah tak sampai jadi gila ni, kak Long." Halimah mengadu di antara tangisnya. Di sisi suaminya dia berada, tidak mahu meninggalkan lelaki itu walau sesaat.

"Limah tenang dulu. Pasal keluarga Aydan tu biar jelah, tak payah fikir sangat. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Pasal Ikha pun, Limah jangan risau. Panjul sedang cuba cari tahu maklumat di mana terakhir dia pergi. Selepas 24 jam kalau tak jumpa jugak, kita buat laporan polis. Limah usah bimbang ya, biar kak Long dengan Jul tolong uruskan semua. Yang penting Limah kena tengok keadaan Syad. Jangan bagi dia bertambah stress."

Jamilah memujik iparnya agar bertenang. Arsyad yang sudah lena berkat ubat penenang yang dibekalkan oleh doktor tadi ditatap wajahnya. Wanita itu mendesah halus. Sayu bunyinya, sesayu hatinya saat ini.

Sebagai kakak sulung yang tentunya lebih berumur dari si adik, kesihatannya jauh lebih baik berbanding Arsyad yang telah mengidap komplikasi darah tinggi dan juga serangan jantung. Semakin pilu hati melihat adik keduanya sudah terlantar sakit seperti itu kerana memikirkan si anak gadis yang tiba-tiba hilang di hari pertunangan.

"KALAU tak nak katakan tak nak. Jangan dipermainkan hati anak bujang kami. Bersungguh-sungguh kami datang membawa rombongan meminang, bila sampai si perempuan tak ada. Entah-entah dia dah lari dengan jantan lain lepas tu nak play victim." Herdikan seorang wanita siang tadi masih terngiang-ngiang di lubuk minda.

"Ummi, cukup! Kenapa ummi cakap macam tu?" Aydan yang ketika itu ada bersama telah cuba memujuk umminya yang naik meradang.

"Ni semua salah kamu, Aydan. Kamu tu lembik sangat jadi lelaki. Ummi kata tak payah tunang-tunang kalau dah sama suka, nikah aje terus. Kamu ni ikut sangat rentak mereka nak bertunang dulu, kan dah jadi macam ni." Wanita itu tidak berhenti dengan leteran meluah kesalnya. Tidak peduli meski perbuatannya itu sedang diperhatikan oleh tetamu yang hadir untuk turut sama memeriahkan majlis tunang tersebut. Hatinya sudah terlanjur marah, maka disemburkan sahaja apa yang terbuku di dada.

"Sudah! Mari pulang. Tak payah nak menunggu lagi. Ummi yakin dia tak akan muncul. Dan ummi mahu, Aydan tak payah munculkan dia lagi dalam hidup Aydan. Perempuan lain lagi ramai yang lebih cantiklah."

Usai dirasa puas meluah demikian, wanita itu lalu mengajak keluarganya segera mengangkat kaki dari kediaman tersebut. Tidak perlu berpamitan, mereka terus meluru keluar dan enggan bertentang muka lagi dengan keluarga Ikha. Acara pertunangan pun selesai dengan kehampaaan.

PUAN Jamilah sekali lagi mendesah nafas dalam tika terkenang akan peristiwa siang tadi yang membuat Arsyad terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan. Adik keduanya itu tiba-tiba tumbang akibat nafasnya sudah tersekat-sekat.

Nasibnya masih tergolong baik selepas dia diberi pertolongan cemas di hospital dan kemudian dibenarkan pulang pada petang. Memandangkan daya tahan tubuhnya masih mahu bekerjasama dengan ubat-ubatan yang diberikan, maka Arsyad dibenarkan dibawa pulang. Kini, Arsyad perlu dijaga rapi dan cuba dielakkan dari mendapat berita yang kurang enak, kerana dikuatiri jantungnya akan terhenti tiba-tiba.

Meski keadaan Arsyad kini sudah mula stabil, Jamilah masih belum dapat menghirup nafas dengan tenang melihat keadaan adik dan iparnya sedang dirundung kesedihan seperti itu.

Anak gadis satu-satunya menghilang di hari pertunangan. Perhubungan baik yang cuba dijalin juga sudah berantakan. Sebagai seorang kakak, tentu hal itu telah menggamit simpatinya. Kalaulah anak bujangngnya Yazid boleh membantu serba sedikit, mesti akan lebih mudah urusan. Tapi... Hingga saat ini, telifon milik pemuda itu masih gagal dihubungi.

"Apalah dia buat dekat kondo tu seorang diri? Sakit ke haa?" Hatinya mula terbias rasa risau akan keadaan si anak tunggal yang turut senyap sehingga sekarang.

Sibuk memikirkan anak saudara yang hilang, sehinggakan dia hampir terlupa akan anak sendiri. Namun dia tidak menafi akan firasat lain yang mula dia rasa. Firasat seorang ibu yang mula mencurigai akan sesuatu.

***

"YAZ! Lepaskan Ikha, Yaz. Ikha dah tak larat lagi." Gadis itu kembali merayu dalam rintihnya yang semakin perlahan. Tubuh badannya semakin tidak berupaya untuk menampung kesakitan yang dia rasakan.

"Sikit lagi, sayang. Lepas tu cukup untuk malam ini. Tahan sikit ya," pujuk Yazid yang masih enggan menghentikan perbuatannya.

"Tolong hentikan, Yaz. Ikha dah tak larat. Tolong! Lebih baik bunuh je Ikha kalau macam ni. Ikha tak kuat, Yaz."

"Shh! Jangan cakap macam tu. Cubalah Ikha pandang muka Yaz ni. Pandang Yaz sebagai orang yang Ikha cinta. Pasti Ikha akan merasakan nikmat sepertimana yang Yaz rasa. Dan kita akan enjoy sama-sama, sayang."

"Pandang Yaz?" Ikah berdecih.

"Dengan apa yang Yaz buat begini, Yaz masih nak suruh Ikha pandang lagi? Kau bukan saja tak ada otak, tapi kau juga tak tahu malu! Manusia macam kau adalah yang paling jijik, tahu tak? Jangan harap aku nak pandang kau," tengking Ikha yang sudah tidak dapat menyembunyikan perasaannya lagi.

Perbuatan lelaki ini benar-benar telah membunuh perasaan yang mungkin sempat terangkai dalam hati. Tapi kini, musnah sudah tidak tersisa sama sekali.

Ungkapan Ikha barusan mungkin adalah luahan jujur dari hati gadis itu, dan telah membuat Yazid mula naik berang. Raut wajah santai lelaki itu tadi kini telah pudar, dan berganti dengan cerlungan yang menggerunkan.

Ikha yang kini bagai tiada perasaan sudah tidak lagi terkesan dengan perubahan wajah Yazid tersebut. Dia tidak lagi peduli dengan apa yang lelaki itu bakal lakukan padanya selepas ini. Untung-untung dapat memancing kemarahan dia dan selanjutnya membunuhnya. Ikha sudah bersedia akan hal itu.

Namun lain halnya pada Yazid yang kini sedang dirasuk nafsu. Lelaki itu semakin memperlihatkan wajah bengis tanpa belas kasihan. Amarahnya makin membuak seiring dengan nafsu serakah yang bermaharajalela.

"Kau betul-betul nak paksa aku, Ikha. Aku buat dengan cara baik, tapi nampaknya kau sukakan kekerasan," gertak Yazid yang semakin geram.

"Lalu apa kau akan buat pada aku? Kau nak bunuh aku? Bunuhlah! Lagipun untuk apa lagi aku hidup bila sudah macam ni?"

"Tak! Aku takkan lakukan tu. Bunuh kau adalah perkara sia-sia yang merugikan. Lebih baik aku nikmati kau, dengan cara yang aku suka."

Yazid menyeringai jahat usai menyudahi kata-katanya. Wajah Ikha masih ditatap garang sementara dirinya mula menjarakkan tubuh dari menindih badan gadis itu. Beberapa saat kemudian, dia kembali membuat Ikha menjerit pilu menahan kesakitan atas perbuatannya yang semakin brutal.

"Berhenti Yaz, berhenti. Ikha tak larat Yaz. Stop!" Ikha meraung bersama tangisnya.

"Ini yang kau nak kan? Aku buat baik-baik tapi kau nak yang kasar. Sekarang, nikmatilah pengalaman ini, yang kau tak akan lupa seumur hidup, Zulaikha!"

Perbuatan itu terus dilanjutkan tanpa rasa belas kasihan. Tidak peduli meski suara Ikha semakin lirih merayunya untuk menghentikan. Yazid ketawa kepuasan sementara jeritan Ikha dibiarkan sehingga gadis itu akhirnya mengalah pada keletihan. Yazid semakin memperlebar tawa jahatnya.

***

PAGI pun tiba. Suasana di kediaman Cikgu Arsyad bertambah kelam kabut pabila Ikha masih belum diketahui khabarnya. Kak Long Jamilah telah tiba awal pagi lagi untuk melihat keadaan adiknya yang masih belum pulih dari sakitnya.

"Ngah, kau nak pergi mana Ngah?" Puan Jamilah bertanya risau bila Arsyad hendak turun dari pembaringannya.

"Aku nak pergi cari Ikha, Long. Anak aku tu tak tahu bagaimana nasibnya. Aku nak cari dia." Arsyad berkeras hendak keluar untuk mencari Ikha, dan mengabaikan keadaannya yang sungguh memperihatinkan.

"Dari semalam dia kata nak keluar cari Ikha, kak Long. Puas Limah cuba pujuk dia." Halimah menyampuk, sementara dirinya cuba mengimbangi langkah sambil memapah suaminya itu.

"Aduh, kau ni Ngah. Kau tu tengah sakit. Lagipun kau nak pergi cari ke mana? Sabar dulu, Ngah. Jul tengah pergi balai tu buat report. InshaAllah polis akan bantu menjejak keberadaan Ikha."

"Tak boleh, Long. Lambat! Aku nak cari anak aku sekarang jugak," paksanya lagi, tetap berkeras untuk keluar. Malang langkahnya hanya dapat bertahan setakat pintu bilik sahaja. Tubuhnya mula merosot pabila kaki yang menampung terasa longlai kerana tenaga yang tidak cukup kuat. Akhirnya Arsyad dipapah untuk kembali ke pembaringan.

"Ikha! Ikha anak ayah. Mana Ikha pergi nak?" rintihnya haru, sementara dirinya pasrah membiarkan tubuh itu dipimpin untuk berbaring.

Secepatnya Halimah bertindak memberi suaminya ubat supaya keadaan lelaki itu stabil dan tidak diganggu oleh emosi yang berlebihan. Dia faham perasaan Arsyad yang begitu mengkhawatirkan keadaan anak gadis mereka. Kerna sebagai wanita yang melahirkan Ikha, dia sendiri turut merasakan hal yang sama. Tetapi untuk ketika ini, kesihatan suaminya itu sedang memerlukan perhatian khusus yang membuat fokusnya lebih tertumpu ke situ.

"Angah! Kau jangan risau. InshaAllah Ikha akan ditemukan tak lama lagi. Polis akan buat siasatan secepatnya berhubung kes ini. Kau jangan banyak fikir ya." Jamilah membantu memujuk adiknya agar bertenang. Walaupun dia sendiri tidak merasakan akan tenangan itu.

Dalam masa yang sama, dia turut resah bila terkenang akan anak bujangnya yang sehingga kini masih gagal dihubungi. Dia pun berfikir untuk melawat Yazid di kondonya hari ini. Kerana sehingga ke pagi ini, pemuda itu masih lagi gagal untuk dihubungi.

Jamilah akhirnya meminta diri pada adik dan iparnya untuk segera pulang. Setelah itu, dia bersama si adik bongsu secepatnya bergerak menuju kondo di mana Yazid tinggal. Firasat itu kuat menyuruhnya berbuat begitu, sehingga dia tidak menunggu lagi untuk melakukannya.

"Along rasa tak sedap hatilah, Jul. Harap-haraplah Yaz tak kenapa-kenapa. Sebab hari tu dia mengadu sakit kepala. Lepas tu terus tak ada khabar berita," adunya pada si adik bongsu. Cuba menyedapkan hati sendiri dengan bersangka baik. Panjul di sebelah sedang mengawal stereng kereta yang dipandu, melirik sedikit pada kakaknya.

"InshaAllah tak ada apa, Long. Kita doa baik-baik. Yaz tu budaknya kuat." Panjul memujuk si kakak yang keresahan. Sementara dia sendiri tidak dapat mengesan apa yang Jamilah risaukan.

Selanjutnya, pasangan dua beradik tersebut meneruskan perjalanan menuju kondominium tempat tinggal Yazid yang memakan masa lebih kurang 30 minit dari kediaman mereka di kampung. Dalam hati tidak henti berdoa supaya yang baik-baik saja hendaknya. Sudahlah Ikha masih tidak dijumpai, ini Yaz pula menyepikan diri. Sebagai orang tua tentunya mereka amat kuatir dengan keadaan itu.

SEPERTI yang dijangka, 30 minit menempuhi perjalanan, mereka tiba akhirnya di pekarangan apartmen mewah yang dimaksudkan. Panjul segera memarkir kendaraannya di basement, sebelum dia menghentikan kendaraan itu sepenuhnya.

Panjul lalu membantu kakak sulungnya membuka pintu supaya wanita itu lebih mudah keluar dari kereta. Selanjutnya mereka sama-sama bergegas menuju lif untuk naik ke tingkat atas tanpa membuang masa lagi.

"Eh, Jul. Sekejap!" Jamilah tiba-tiba berhenti melangkah. Inderanya seakan mengesan akan sesuatu yang kini sedang dibelakangi olehnya. Segera wanita itu berpusing badan bila rasa penasaran semakin kuat dan memaksa dirinya untuk melihat.

"Jul..." Dia menjerit kecil. Matanya bundar telah melotot menatap Panjul.

"Kenapa Long?" Panjul tidak mengerti.

Jamilah sudah tidak terkata. Hanya jari telunjuk diangkat ke arah petak parkir pabila sebuah kereta yang dia kenal telah dikesan oleh penglihatannya.

"Hah? Kereta Ikha?" Panjul pun perasan akhirnya.

Wajah Jamilah sudah berubah tegang. Dia kini saling berpandangan dengan Panjul seakan saling bertanya sesama sendiri. Adakah yang dia risaukan sedari tadi benar menjadi kenyataan? Jika benar, bagaimana?

"MA! Mama tak kesah kan kalau Yaz, kahwin dengan sepupu?" Jamilah kembali mencungkil memori beberapa hari yang lalu tentang perbualannya dengan Yazid.

"Kahwin dengan sepupu? Siapa yang Yaz maksudkan?"

"Ala, mama ni. Macamlah Yaz ada sepupu lain. Ikha lah."

"Tapi Yaz kan tahu, Ikha akan bertunang dengan orang lain tak lama lagi."

"Yaz akan cuba pujuk Ikha supaya membatalkan pertunangan itu, ma. Selanjutnya, Yaz akan melamar dia."

"Yaz, jangan buat begitu, nak. Tak baik. Orang tu dah terlanjur mengikat tanda dengan Ikha, jangan Yaz rosakkan harapan orang demi kepentingan diri sendiri. Tak elok macam tu."

"Mama tengok jelah nanti. Yaz yakin Ikha pun sebenarnya cintakan Yaz. Kita membesar bersama-sama. Yaz tahu persis siapa Ikha."

"Tapi Yaz! Apa yang Yaz nak buat?"

"Mama tenang ya. Segalanya akan baik-baik saja. Mama jangan risau."

Perbualan mereka mati di situ pabila Yazid terus mengatur langkah berlalu ketika itu. Jamilah masih tercengang ditempatnya pabila bayangan tersebut kembali meniti ingatan. Adakah ini jawapan atas kerungsingan hatinya? Jika benar, apa yang patut dia lakukan sekarang adalah...

"Jul!" Kembali dia memanggil adiknya.

"Kenapa kak Long?"

"Telifon polis, Jul. Sekarang!"

"Hah? Tapi kenapa?" Panjul masih gagal menangkap apa yang kakaknya maksudkan.

"Jangan banyak tanya Jul. Cepat call polis sekarang," bentaknya semakin keras. Panjul tersentak. Sikap kakaknya yang tegas telah membuatnya bertambah penasaran.

Bimbang akan perkara tidak baik sedang terjadi, dia pun terpaksa menuruti kehendak Jamilah untuk menghubungi polis akan penemuan kereta Alza milik Ikha tersebut.

Selesai panggilan dibuat, Puan Jamilah segera mengajak Panjul untuk naik ke tingkat 25 buat memeriksa keadaan di unit tersebut. Dorongan hatinya kuat mengatakan bahwa sesuatu yang tidak baik sedang berlaku di situ. Dan firasat seorang ibu, jarang sekali tanpa alasan.

TBC

terima kasih sudi membaca. semoga enjoy!

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-09-11 17:35:09 

fff nex tgu koin ada hihihi

yuni
2021-12-08 11:12:01 

kenapa next episode lock

yuni
2021-12-07 23:20:06 

Hi


NovelPlus Premium

The best ads free experience