Gaduh

Romance Completed 28079

"Woi" jerit seseorang.

Adam yang melihat aksi yang tidak menyenangkan itu terus menumbuk muka Ilyas. Sesampai sahaja di sekolah, dia terus mencari Nadia dan terlihat Ilyas sedang memeluk Nadia. Adam yang panas hati terus menumbuk kuat muka Ilyas. Bibir Ilyas pecah dan berdarah.

"Apa ni!" marah Nadia.

Nadia terus mengangkat Ilyas. Dilihat bibir Ilyas pecah.

"Kau ok? Jom aku rawat luka kau" kata Nadia prihatin.

Adam yang berang terus menarik tangan Nadia lalu mengheretnya ke arah keretanya. Nadia cuba melepaskan diri.

"Tepilahh...saya nak rawat luka Ilyas tu" kata Nadia cuba meronta-ronta.

"Eh perempuan kau diam boleh? Diam lahh...kau suka la jantan tu peluk kau?" kata Adam sudah tidak sedar apa yang di katanya.

"Astagfirullah apa ni? Tadi saya terjatuh dan dia selamatkan saya!" kata Nadia membela diri.

"Alasan ja eh" kata Adam malas melayan.

Nadia berang dengan sikap Adam. Terus dia meronta-ronta dan akhirnya terlepas juga dari pegangan Adam. Adam berang! Terus dia menampar pipi Nadia.

Nadia tergamam. Tubir matanya penuh dengan air mata. Tunggu sedikit sahaja lagi bakal pecah empangan air matanya.

"How dare you. Awak lelaki dayus! Awak ni sukakan tak dengar dulu penjelasan orang. Sampaikan Ilyas, kawan baik awak pun awak tak nak dengar penjelasan...kalau awak nak tahu, Ilyas tak bersalah dalam kematian Atikah!" jerit Nadia. Pipinya sudah terasa panas akibat tamparan yang agak kuat.

Adam serabut! Terus diraup rambutnya ke belakang.

"Ah tak payah tipulah! Sebab jantan tu Atikah bunuh diri! Dia tu buaya darat!" kata Adam.

"Adam...awak dah kenapa? Boleh tak jangan berperangai budak-budak. Fikir la macam orang dewasa sikit! Dah matang kan!" marah Nadia.

Adam menghembuskan nafasnya.

"Sa...sayang...biy minta maaf...maaf" kata Adam sayu.

"No until awak dengar dulu penjelasan Ilyas!" kata Nadia tegas.

Kemudian waktu itu, rakan-rakan mereka yang lain tiba.

"Nadia...jauhi Ilyas! Dia tu buaya darat!" kata Alya terus menuduh.

"Dan korang juga! Dengar penjelasan dua pihak bukan satu pihak! Jangan sesekali tuduh kawan aku!" kata Nadia dengan nada sedikit tinggi.

"Ta-" Alya yang baru ingin bersuara dipintas oleh Nadia

"Dengar ja la!" kata Nadia sedikit kuat

"Ilyas...cerita dekat diorang! And Adam! Dengar cerita ni baik-baik! Buka telinga luas-luas!" kata Nadia memaksa Ilyas untuk membuka mulut.

Ilyas pun menceritakan satu persatu peristiwa yang telah berlaku. Riak Adam berubah dari masa ke masa. Adam meraup kasar rambutnya ke belakang! Benarkah apa yang dikatakan oleh Ilyas?

"Now terserlah dekat korang nak percaya atau tidak. Bagi aku...aku percayakan kawan baik aku. Dah sekarang tepi aku nak rawat luka Ilyas" kata Nadia memapah Ilyas.

"Sa...sayang tunggu. Biy min...ta maaf atas apa yang berlaku dan maaf sebab tampar sayang...maafkan biy" kata Adam ikhlas. Dia betul-betul buntu dan tertekan tadi!

"Tepilah. Saya nak rawat luka Ilyas. Tepii" jerit Nadia menolak Adam yang menghalang jalannya.

Adam hanya membiarkan Nadia pergi. Salahnya juga!

"So how? Kau percaya?" tanya Awie was-was.

Adam hanya mengangguk. Dengan bukti yang ada...dia percaya. Benar beberapa sekumpulan pelajar ditangkap ketika waktu itu cuma dia tidak pasti kenapa. Sekarang semua sudah jelas. Sekarang dia hilang dua insan kesayangan. Nadia dan Ilyas. Ya Allah...apa yang aku buat!

"Dah...sekarang kau pergi pujuk Nadia. Aku tahu Nadia tu sekejap ja marah. Dia tu hati lembut. Aku pasti dia akan maafkan kau. Now pujuk dia" kata Alya.

Adam hanya mengangguk. Segera dia mengikut langkah Nadia. Apabila dia melihat betapa susah Nadia memapah Ilyas dia terus membantu. Ilyas tidak menolak. Mungkin ini masanya mereka berbaik. Nadia pula tidak langsung memandang wajah Adam. Barangkali masih marah.

Sampai sahaja di bilik rawatan, Nadia terus mengambil ubat dan plaster. Diletak dengan perlahan dan dilekatkan plaster. Adam sedikit cemburu apabila kulit tangan Nadia bersentuh dengan kulit pipi Ilyas namun dicuba dia menepis perasaan itu.

"Erm Yas...ak...aku mi...minta...maaf atas apa...yang berlaku." kata Adam menyesal.

"Sokay. Aku maafkan. Aku juga minta maaf atas semua ni." kata Ilyas.

"So friends?" kata Adam menghulurkan tangannya.

"Ya bestfriend!" ucap Ilyas gembira sambil menyambut huluran tangan Adam.Alhamdulillah sekarang mereka sudah berbaik

"Ahem...erm korang berborak lah. Aku pergi balik dorm dulu. Bye" kata Nadia mencelah perbualan mereka.

Nadia terus berjalan ke arah pintu bilik rawatan.

"Pergi la pujuk. Aku tahu dia sedih. kata Ilyas memberi pandangan.

" Okay. Terima kasih sebab jaga dia selama ni" kata Adam ikhlas.

"Sama-sama" kata Ilyas tersenyum.

Adam terus mengejar langkah Nadia. Apabila Nadia di depannya, terus dia memegang lengan Nadia. Berlapik okay!

Nadia yang rimas terus meronta!

"Apa pegang-pegang! Rimas lah! Awak nak apa?" kata Nadia.

"Maafkan biy please." Adam berkata lalu tunduk melutut.

"Haih bangun lah. Malulah kalau orang nampak! Berdiri" kata Nadia menggesa Adam untuk berdiri.

"Selagi sayang tak maafkan biy...selagi tu biy tak akan berdiri. Biar lah biy berdiri sampai esok pun! Sampai mati pun!" kata Adam degil. Anak siapa ni?

"Ish. Haih ya la. Orang maafkan!" kata Nadia malas hendak melayan.

"No. Sayang tak ikhlas" kata Adam masih melutut! Ish degil!

"Haih ya laa...sayang maafkan...puas?" kata Nadia tidak puas hati.

"Alhamdulillah. Yeay...terima kasih sayang! Biy minta maaf tau sebab tertampar sayang" kata Adam cuba melihat pipi Nadia. Pipinya merah akibat tamparan itu. Sekali lagi hatinya serba salah.

"Hm ye la. Sakit tauu dak" kata Nadia merintih.

Adam serba salah. Ya Allah! Ampunilah dosaku.

"Haha takdalahh... Sayang okay...dah laa sayang nak gerak balik dorm dulu...bye" kata Nadia

"Sure? Biy betul-betul minta maaf!" kata Adam masih serba salah.

"Ye...sayang dah maafkan...esok kita jumpa okay?" kata Nadia tersenyum.

"Okay. Terima kasih sayang " kata Adam.

"Sama-sama" kata Nadia lalu bergerak ke dormnya.

??????
Keesokkan harinya

"Hai sayang...morningg" kata Adam.

Nadia mendiamkan diri. Adam pelik? Aik? Kata semalam dah maafkan tapi kenapa diam ja...

"Sayanggg" kata Adam sedikit kuat.

Nadia tersentak. Ditoleh ke tepi Adam sudah berada di sebelahnya.

"A...apa? Sorry" kata Nadia.

"Why? Kenapa ni...mengelamun ja...any problem?" tanya Adam.

Nadia masih mendiamkan diri. Haih ada masalah la ni!

"Sayangg, Heyy " kata Adam sedikit kuat.

"Ye...ha kenapa?" tanya Nadia.

"Any problem? Cerita lah...maybe biy boleh tolong" kata Adam prihatin.

"Nothing. Takdak apa-apa" kata Nadia.

"Tipu. Cerita sekarang!" gesa Adam.

Nadia mengeluh.

"Sokay. Takpe...masalah family sikit. Tak perlu risau" kata Nadia menyedapkan hati Adam.

"Cerita lah. Ala nanti family sayang jadi family biy jugaaaaa" sempat lagi Adam membuat jenaka.

"Hm...sokay takpe" kata Nadia tegas.

"Cerita or biy merajuk" kata Adam mengada.

"Haih. Ye la...erm sayang malu lah nak cerita...erm sebenarnya mak sayang berhutang dengan Ah Long. Banyak juga...disebabkan sekolah ni tawarkan biasiswa dekat sayang sebab tu la sayang terima tawaran berpindah ke sini. Sayang nak bayar balik hutang mak. Lepas kumpul duit dan bilang duit biasiswa...bukan tak cukup cuma tak sempat habiskan hutang sebab dalam masa 5 bulan ja kena fullkan payment...semua hutang dalam Rm12k dan sekarang sayang dah kumpul Rm10K...tinggal lagi Rm2K ja. Sayang buntu sebab masa dah nak dekat..." kata Nadia.

"Oh tu je? Alahh takpa sekarang sayang tak perlu fikir. Nanti biy tolong. Jap." kata Adam lalu terus menghubungi pekerjanya.

"Hello. Tolong bank in kat saya Rm12k dengan segera." kata Adam bercakap dengan seseorang. Telefon di sekolah? Hm anak owner sekolah kan. Buat lek dah la.

Adam terus mematikan talian.

"Okay...sekarang sayang simpan rm10K tu untuk kegunaan sayang. Sayang tak perlu risau. Biy akan settlekan" kata Adam.

"Apa...no...sayang taknak. Banyak kot rm12K tu. No sayang tak suka kacau duit orang." kata Nadia menggeleng kepalanya.

"Takpa...biy percayakan sayang...sayang bukan jenis perempuan kikis. Sayang tak pernah minta duit atau hadiah dekat biy. Sokay...anggap ja ni wang hantaran biy. Hehehe" kata Adam tersenyum miang.

Nadia terus menampar bahu Adam. Gatal! Galak!

"Hm...tapi" kata Nadia tetapi dipintas oleh Adam.

"Sokay...biy ikhlas tolong" kata Adam tersenyum. Untuk perempuan yang dicintainya apa-apa boleh.

"Terima kasih...tapi kalau biy nak tolonggg bayarkan...bayar rm2000 ja. Tak payah lah sampai rm12K...segan lah. Nanti apa kata Uncle..." kata Nadia.

"Tak payah risau. Tu duit biy la...dahh tak perlu risau...biy ikhlas tolong sayangg..." kata Adam tersenyum.

"Hm thanks...nanti sayang bayar balik okayyy...kalau biy taknak terima jangan cakap dengan sayang dahh" kata Nadia muktamad!

"Ye lah" Adam bersetuju kerana Nadia telah menggugutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience