Bab 11 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Don't ruin a good today by thinking about a bad yesterday. Let it go.~

29 September 2017.

"Assalamualaikum bie. Sayang minta maaf baru berpeluang call bie. Bie, rupanya susah untuk sayang balik tinggal di KL semula. Abang pun tak benarkan sayang balik ke sana lagi buat masa sekarang. Dia baru je dapat berita yang musuh kita tengah cari kami. Mungkin kami kena tinggal dekat sini dulu untuk sementara waktu..."

"Bie... kadang-kadang sayang takut nak berdepan dengan kenyataan. Takut nak mulakan hidup baru tanpa bie. Kadang-kadang sayang rasa tak kuat. Betul-betul tak kuat." Dihujungnya berlagu sebuah tangisan.

Eshan pejam mata. Pedih dengar tangisan itu berlalu di cuping telinganya. Dia tidak suka dengar 'si dia' menangis hiba begini.

"Isk... Isk... Isk.. bie... Kalau sayang tak jumpa dia, bie marah sayang ke?"

Eshan ketap bibir. Siapa 'dia' yang dimaksudkan tu?

"Bie, sayang tak rasa sayang mampu bersama dia lagi. Dia mesti dah benci sayang, kan bie?" Senyap seketika dan voice mail itu dimatikan.

Eshan sekali lagi ketap bibir. Sakit hati pula dia sebab dia tidak jumpa sebarang jawapan kepada setiap persoalannya. Tak lama jarinya bergerak kepada ruangan voice mail yang bertarikh lain pula.

1 November 2017.

"Bie, sekali lagi sayang rasa sakit. Sakit sangat. Dada sayang rasa macam nak pecah. Kepala sayang rasa berat sangat. Sayang rindu bie. Sayang rindu ibu dan ayah. Dan... sayang rindu dia. Sayang rindu anak-anak. Macam mana sayang nak jadi kuat bila semua orang yang Sayang sayang dah tiada? Apa yang patut sayang buat bie untuk hilang rasa sakit ni? Makin hari sayang rasa sakit ni makin dalam. Sayang rasa sesak nafas setiap kali fikirkan semua ni..."

Kali ini suara itu berselang seli dengan tangisan yang lebih kuat dari kebiasaannya. Dan ada raungan dihujungnya. Seolah-olah dia sedang menghemburkan segala yang terbuku di hatinya.

Eshan yang duduk bersandar di kepala katilnya mula tegakkan badan, baiki duduknya. Tangisan dan raungan itu betul-betul mengundang rasa sesuatu dihatinya.

5 November 2017.

"Bie, hari ni kecoh satu rumah bila sayang buat kerja gila. Sayang tak sedar bila masanya sayang keluar dari rumah. Sayang minta maaf sebab sayang dah macam orang tak betul. Merayau panggil bie, cari ibu dan ayah dalam semak, cari anak-anak... Tapi... Tapi... Tak jumpa..."

"Bila sayang sedar, sayang dah ada di hospital. Abang bawa sayang ke hospital. Sayang pengsan dekat pokok rambutan, kepala sayang berdarah. Rupanya ada orang kampung caci sayang, baling anak batu kena kepala sayang. Diorang hina sayang sebab rupa sayang yang cacat ni bie."

Sekali lagi Eshan terpampam. Cacat? Dia cacat? Cacat yang macam mana? Berdebar sungguh dia mahu tahu macam mana rupa si dia yang dikatakan cacat itu. Rasa macam mahu saja dia cari siapa yang berani perlakuan sedemikian rupa kepada 'si dia' ini. Langsung tidak ada rasa belas kasihan sesama manusia.

"Tapi sayang dah maafkan diorang sebab sayang tahu diorang semua tak tahu apa yang berlaku pada sayang. Diorang tak rasa apa yang sayang rasa. Diorang tak rasa macam mana jadi hampir gila bila orang-orang yang kita sayang hilang sekali gus depan mata."

Dalam diam, Eshan mengangguk. Bersetuju dengan pendapat si misteri di hujung sana. Sungguh sakit bila orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita.

6 November 2017.

"Bie, hari ni tiba-tiba mama datang dengan Ayah. Dia datang nak bawa sayang balik Sarawak semula, tapi sayang tak nak. Macam mana sayang nak ikut mama sedangkan dekat sini sayang ada semua. Anak-anak kita dekat sini. Abang pun dekat sini. Mak, abang... semua dekat sini. Mama rasa bersalah dengan sayang dan juga bie tapi sayang dah bagitahu mama yang bie sudah pun maafkan dia. Dia menangis bie. Teruk mama menangis. Dalam mata tu sayang tahu dia terkilan Bie. Dia sangat berharap dapat bertemu dengan bie untuk betulkan semuanya tapi semuanya sudah terlambat. Bie sudah pun tinggalkan kami..."

7 November 2017.

"Kedatangan mama semalam sedikit sebanyak buat keadaan sayang makin teruk bie. Sayang rasa makin sakit. Makin pedih hati ni. Sayang rasa, sayang dah lukakan hati orang-orang yang sayangkan sayang. Sayang ni teruk, kan?"

"Bie, abang cakap kalau keadaan sayang tetap macam ni, dia mungkin terpaksa bawa sayang jumpa pakar psikiatri balik. Sayang tak nak bie.. Sayang rasa biarlah sayang macam ni. Baik macam ni, sayang boleh fikirkan tentang anak-anak. Tentang bie. Sayang tak nak sesiapa pun rasa apa yang sayang rasa sekarang. Sakit yang teramat sangat bie... Rasanya kalau sayang mati, itu lebih baik untuk semua orang, kan?" Voice mail ditamatkan.

Ringkas sahaja tapi cukup menyentapkan hati Eshan. Eshan tergemap sendiri.

'Mati? Dia sebut mati? Apa yang jadi selepas itu?' Eshan turunkan jarinya ke bawah, mahu tahu jawapan. Kosong. Tiada lagi voice mail pada tahun 2017. Itulah yang terakhir dan Eshan gelisah. Dia mahu tahu, apa yang terjadi selepas voice mail yang terakhir itu. Puas Eshan scroll dari atas turun bawah, semuanya sama. Semua voice mail yang ada telah pun dibuka dan dibaca. Eshan melepaskan keluhan. Marah dengan diri sendiri.

Tepat jam 12 tengah malam, tiba-tiba ada satu panggilan masuk dari nombor yang sama. Nombor yang selalu tinggalkan voice mail. Seingatnya sudah hampir sebulan rasanya telefon ini tidak terima sebarang panggilan. Nampak sangat yang nombor telefon ini dijadikan nombor rahsia antara pemilik asal telefon ini dengan si dia yang berada di hujung sana.

Eshan berkira-kira mahu menekan ruangan hijau ataupun biarkan sahaja. Tak betah menunggu, Eshan pilih untuk menyahut panggilan itu.

"Assalamualaikum bie... Lamanya nak pick up phone... Lama sayang tunggu. Bie, tahu tak? Hari ni hari apa? Hari birthday kita! Kitakan kongsi tarikh yang sama. Tadi sayang dapat hadiah dari abang. Abang belikan sayang baju kebaya merah. Cantik sangat baju tu!"

Nada yang sangat gembira dan teruja. Tiada lagi tangisan yang berlagu seperti di voice mail setahun yang lalu. Eshan menggenggam kuat telefonnya. Terasa bagaikan si dia sedang berbicara dengannya. Mulut ini rasa gatal saja mahu membalas bicaranya. Tapi dia sedar andai kata dia bersuara, pasti segala-galanya akan ditamatkan.

"Bie.. ingat tak dulu bie suka sangat bila sayang pakai baju kebaya merah ni? Ni baju kita kahwin kan, bie? Bie yang hadiahkan sayang baju ni.." sambung si dia lagi.

Tanpa sedar, Eshan mengukir seulas senyuman. Kebaya merah? Mesti cantik...

"Bie, terima kasih tau pernah muncul dalam hidup sayang. Walaupun sayang sedar perasaan sayang terhadap bie tu lambat tapi bie masih boleh terima sayang. Sayang tak menyesal pilih bie. Sayang bahagia selama jadi wife bie walaupun kita hidup tak ubah macam pelarian. Sayang bahagia bie. Insha-Allah andai kata suatu hari nanti sayang sudah ada pengganti bie, tetap tak sama dengan bie. Sayang doakan bie bahagia disana. Tunggu sayang ya? Assalamualaikum bie. Selamat malam."

Talian ditamatkan. Eshan jauhkan telefon itu dari cuping telinganya. Menatap skrin yang sudah kosong. Birthday dia? Eshan larikan matanya kepada tarikh dipenjuru atas skrin telefon. 10 oktober 2018. Hari lahir si dia. Eshan baca dalam hati seraya kulum senyuman kecil. Tangannya capai IPhonenya lalu dibuka bahagian Kalendar. Dia tulis sesuatu di ruangan itu.

'Mystery girl's birthday.'

'Eh, sekejap... Tarikh ni? Bukan ke hari ni hari lahir aku juga?' terbersit Eshan tiba-tiba. Teringat sesuatu. Ya, ini tarikh lahir dia juga! Ini bermakna mereka berkongsi satu tarikh lahir! Wah, Eshan sudah teruja lain macam!

* * *

Adham Sulaiman menghulurkan satu sampul putih bersaiz A4 kepada majikannya. Eshan menjongket kening, bertanya. Tangannya masih memegang pen, sedang memeriksa kerjanya.

"Maklumat yang boss mahu saya cari. Saya sudah dapatkan."

Terus laju tangan Eshan sambut huluran Adham.

"Amboi terus excited. Tadi jual mahal."

Eshan cerlung mata kepada Adham. Adham menyengih. Eshan segera membuka sampul surat itu lalu dikeluarkan segala isi dalamnya. Satu persatu dibaca dan diteliti. Serius saja mukanya.

Gambar Datuk Waazin ditenung. Datuk Waazin ini salah seorang usahawan berjaya dan terkenal di serata Kuala Lumpur. Tapi disebalik nama gahnya, ada sesuatu yang di sembunyikan dari pandangan mata masyarakat. Dia seorang ketua kepada beberapa rakan kongsi gelap.

"Tapi aku masih lagi tak faham kenapa Waazin tu macam tak puas hati dengan aku?"

"Dia bukan setakat tak puas hati dengan boss saja, dengan Sarah pun sama."

"Sarah? Kenapa pula?"

"Dia marahkan Sarah sebab Sarah ada hubungan dengan anak dia dan Datuk Waazin juga marah dengan boss, kes boss larikan Sarah dulu. Sehingga sekarang dia masih lagi tidak puas hati." Adham menerangkan.

Eshan angkat muka, pandang Adham. Minta penjelasan selanjutnya.

"Saya sebenarnya tak tahu sangat pasal kisah boss dengan Sarah dulu. Saya rasa Baariq lebih banyak tahu. Cuma melalui cerita ayah saya, Saya dapat sedikit info. Boss dengan Sarah agak rapat juga. Boss selalu jadi penyelamat Sarah dan boss pernah bawa Sarah lari dari orang-orang Waazin."

Eshan terlopong, itukah peranganya di zaman muda mudinya dulu? Bawa lari anak dara orang?

"Aku bawa lari Sarah? Aku bawa dia pergi mana?" Berlapis-lapis dahi Eshan berkerut. Geram pula dia bila semua benda dia tidak ingat. Cuma mengharapkan sebuah perkongsian cerita dari orang lain saja.

"Tak lari jauh pun boss. Boss bawa lari balik villa suci je. Mengamuk habis uncle dengan aunty bila tahu boss bawa balik perempuan."

Eshan menggeleng sambil gosok belakang lehernya. Dapat dia bayangkan betapa teruknya kedua orangnya mengamuk.

"Lepas tu apa jadi?"

"Emm.. lepas tu diorang jadi sayang dengan Sarah tu. Selalu minta ayah saya bawa balik Sarah ke rumah boss."

Eshan jadi lega bila tahu itu respon dari kedua orang tuanya terhadap Sarah. Dia cukup yakin yang sebenarnya hubungan dia dengan Sarah dulu direstui oleh umi dan walidnya.

"Apa yang jadi pada hubungan aku dengan Sarah lepas tu?" tanyanya kemudian, kalau hubungan dia dengan Sarah baik-baik sahaja kenapa perlu ada perpisahan?

"Waeez balik dari Amsterdam, bawa Sarah ke sana. Ketika tu boss ke Turki. Nenda boss tak sihat. Masa boss balik sini, Sarah dah tak ada."

Eshan tergamam. Jadi dalam mimpinya seorang lelaki menangis meratap tepi katil itu, dia?

"Boss okay tak?" Adham bertanya bila perasan muka bossnya sudah lain macam.

Eshan tenung gambar yang lain pula. Kali ini gambar seorang lelaki yang dikenali sebagai Waeez Haikal bin Datuk Waazin, suami kepada Sarah.

"Okay." Eshan jawab sepatah. Matanya masih tidak terlepas dari merenung gambar itu. Sedang mencerna maklumat yang diterima hari ini.

"Jadi... ini Waeez? Suami Sarah?"

Adham mengangguk. Mengikut maklumat yang diperolehi, itulah kebenarannya.

Eshan hela nafas panjang kemudiannya. Patutlah Evan dan Eman boleh tersalah anggap yang dia itu 'daddy' mereka. Sebab utamanya adalah kerana rupa dia dengan Waeez Haikal itu sama. Macam fotostat.

* * *

2006. Pangsapuri Cempaka.

Eshan toleh seketika kepada Sarah. Gadis itu sedang mendongak, merenung bintang di langit. Jauh mengelamun. Walaupun matanya di situ tapi dia tahu fikiran gadis itu tidak berada di sana. Fikiran gadis itu merewang entah ke mana.

"Sarah..."

Diam. Tiada respon.

"Sarah?" Eshan cuit sedikit bahu Sarah.

Sarah sedikit tersentak, terus dia kalih matanya dari terus menatap bintang yang sedang menghiasi dada langit kepada Eshan. Eshan sedang merenungnya.

"Fikir apa?" tanya Eshan kemudian lalu berpeluk tubuh, bersandar pada keretanya.

Sarah senyum nipis sebelum menjawab.

"Fikir masa depan."

"Kenapa?"

Sarah cuma diam. Eshan masih menanti. Sarah mengeluh kemudiannya. Eshan angkat sedikit hujung alisnya.

"Entah. Sarah rasa macam Sarah dah susahkan Han."

"Kenapa pula?"

"Sebab Sarah, tangan Han luka." Sarah menunjukkan balutan luka di lengan Eshan akibat terkena torehan pisau selepas bertarung dengan lelaki bertopeng siang tadi. Eshan turut pandang bekas lukanya.

"Tak ada apa lah Sarah. Sikit je ni. Esok lusa baik lah ni."

Jawapan Eshan, Sarah mencebik. Menipu sangat jawapan tu. Esok luka tu boleh baik? Menipu sangat! Eshan gelak dengan reaksi Sarah.

"Kenapa Han pakai mask?" Baru teringat mahu bertanya. Seingat Sarah, Eshan selalu pakai pelitup muka bila dia berada di khalayak ramai. Baariq pun pernah memberitahunya tentang itu. Tapi serius dia cakap, muka Eshan ini seiras dengan Waeez. Kalau berdiri sebelah-sebelah, orang boleh cakap mereka berdua itu kembar. Dia yang tengok kali pertama dulu pun, terkejut beruk!

"Pakai mask? Ni?'' Eshan tuning jari ke muka sendiri.

Sarah mengangguk.

"Emm.. Sebab Han tak suka diserbu kot. Han kan handsome."

Sarah jelir lidah. Mengada gila kot jawapan tu. Eshan tergelak lagi.

"Tapi... Han tahu tak? Muka Han sama dengan seseorang yang Sarah kenal."

"Ye? Siapa?" Bersahaja Eshan bertanya, teruja juga dia mahu tahu jawapan Sarah.

"Abang Pilot Sarah."

Senyuman Eshan perlahan-lahan memudar.

"Ya?"

Sarah beriya mengangguk.

"Siapa lagi handsome? Dia ke Han?"

"Han rasa?"

"Mesti Han kan?"

"Perasan." Sarah menjeling Eshan.

"One day, Sarah bawa Han jumpa dia ya? Tapi serius Sarah cakap, korang dah macam kembar."

Eshan cuma mengangguk.

Han yg selalu mengalah tp betul ke mengalah?? Tq to all the readers. HV

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience