Bab 49: Ujian

Romance Series 20095

SEJAK dia mendapat khabar bahawa isterinya tu menerima pelantikan kerja secara tetap, Syafiq banyak jugalah makan hati. Tapi dia simpan sendiri.

Entahlah, masa untuk dirinya dan isterinya tu dah macam makin menipis aje. Kadang-kadang, Si Damia tu pulang lambat. Lepas tu pulang pun, siap berdriver bagai.

Special sangat ke bini aku tu kat VeoBay Group tu? Dah macam dia pulak yang bos kat sana. Syafiq sering tertanya-tanya.

Rasa macam, tak berbaloi pulak isterinya tu dapat kerja tetap. Buat apa dapat kerja tetap, tapi hubungan mereka sebagai suami isteri menjadi sedikit renggang? Buat sakit hati adalah.

Tapi mujurlah mereka tak bergaduh.

Damia masih lagi ingat akan tanggungjawabnya. Setiap kali dia pulang lewat, selalu dia hantar gambar makan malam bersama kawan-kawannya tu kepada Syafiq. Jadi tak adalah Syafiq rasa terpinggir sangat.

Kerja, kerja juga. Tanggungjawab sebagai seorang isteri tu jangan lupa. Asalkan Damia masih pikul tanggungjawabnya, Syafiq terima dan akan sedia memahami isterinya tu.

Lagipun, Syafiq sendiri yang sudah sedia maklum dan akan menelan semua apabila Damia dah menempuh alam pekerjaan ni. Suami isteri berpisah seketika tu, perkara biasa. Takkan nak berkepit 24 jam aje, kan?

Ah! Daripada membiarkan dirinya kusut memikirkan semua tu, baik dia pergi ke rumah Pak Ya sekarang. Ya, rumah Pak Ya.

Tadi adalah Syafiq goreng cucur jagung, sekadar suka-suka. Nama pun duduk seorang diri siang-siang ni, memang bosanlah.

Jadi, memasak ajelah yang dia mampu buat.

Lepas je buat cucur jagung tu, ingat nak hantar sedikit kat Pak Ya dan Najihah. Dah lama Syafiq tak jumpa dia orang lagi-lagi Pak Ya tu.

Rasanya dah dekat tiga minggu dia tak jumpa Pak Ya!

Haih, Syafiqlah. Lelaki tua tu dah banyak tolong kau, takkan kau nak lupakan dia, kut. Sekali-sekala, jenguklah dia tu kat rumah. Nanti dicop kacang lupakan kulit pulak.

Tupperware yang berisi cucur itu dibalut dengan plastik. Lalu motosikal pinjamannya dihidupkan dan segera memacu jalan menuju ke rumah Pak Ya.

"Assalamualaikum!" ucap Syafiq setibanya dia ke sana.

Tiada jawapan. Syafiq kerutkan dahi.

Aik? Takkanlah tak ada orang? Padahal kereta Najihah ada aje kat sini. Syafiq berasa pelik sambil kepalanya terteleng-teleng memandang kereta Avanza di pekarangan rumah tu.

"Assalamualaikum." Lagi sekali Syafiq memberi salam. Tetapi tiada sahutan.

Baru sahaja Syafiq mahu berputus asa, kedengaran bunyi kunci rumah yang dibuka. Pintu dikuak dan terpampang wajah Najihah yang agak terkejut tu.

"Waalaikumussalam ..." Nampak Najihah telan liurnya. "Syafiq ..." gumamnya.

"Oh, Najihah. Maaflah sebab saya datang tak bagitahu ni. Ingat nak jumpak Pak Ya, nak tanya khabar. Dia ada tak?"

Spontan wajah Najihah terasa kebas. Liur ditelan. Fikirannya sudah menerawang untuk mencari 'alasan'.

Tapi belum sempat lagi dia berbuat begitu, suara Pak Ya dari dalam rumah sudah pun bergema.

"Siapa tu, Jihah?"

Najihah nampak makin tak tentu arah. Ya Allah ... dia berasa bersalah sangat sekarang ni kat Syafiq. Bukan niat dia mahu berahsia.

"Err ... Syafiq, abi." Najihah menjawab. Suasana terus senyap.

Syafiq pun dah berasa lain macam. Selalunya kalau dia yang datang sini, Pak Ya la beria mahu menyapa. Kadang, belum masuk ke dalam rumah lagi pun, Pak Ya dah ada kat depan pintu.

Kali ni, lain pula jadinya. Dan ... suara Pak Ya pun kedengaran lemah semacam.

Apa yang dah jadi?

Tengah bergelut dengan bermacam-macam sangkaan, Pak Ya kembali bersuara, "Suruh dia masuk."

Najihah ikut permintaan ayahnya tu. Dia jemput Syafiq masuk ke dalam. Dalam hatinya, dia sudah bersedia menerima reaksi dari lelaki itu.

Marah, sedih, terkejut ... semua dia sedia hadam.

Kalau dah Najihah pun sudah bersedia, apatah lagi Pak Ya. Pak Ya sendiri yang suruh Syafiq masuk, jadi pasti Pak Ya sudah memikirkan masak-masak tentang hal ni.

Syafiq mengatur langkah membuntuti langkah Najihah. Setelah melepasi bahagian ruang tamu, kelibat Pak Ya kelihatan di sana.

Secara spontan, air muka Syafiq semakin mengeruh.

Terkejut, terkedu, tergamam. Itu apa yang dia rasa sekarang ni apabila dia melihat Pak Ya.

Lelaki tua itu kini sedang duduk bersandar di kerusi roda. Bersandar lemah.

Tapi masih lagi Pak Ya mahu tersenyum kepada Syafiq. Seperti tak berlaku apa-apa langsung kepada dirinya tu.

Langkah Syafiq makin mendekati Pak Ya, lalu dia tatap dalam kaki Pak Ya tu. Kaki bengkak!

Allahuakbar! Apa yang dah berlaku kat Pak Ya? Tiga minggu aku tak bersemuka dengan Pak Ya, kenapa kau uji dia Ya Allah?

"Apa ni, Pak Ya? Kenapa dengan kaki Pak Ya tu?" Syafiq mahukan penjelasan. Nadanya penuh berharap. 

Wajah Pak Ya dan Najihah dia pandang bersilih ganti. Jadi mereka dua beranak ni rahsiakan hal ni dari aku? Tapi kenapa? Dada Syafiq terasa sesak.

"Abi ... kena kencing manis." Najihah menjawab bagi pihak Pak Ya.

Syafiq menahan hiba yang menikam diri. Matanya bertakungan dengan air.

Sedih. Pilu. Sayu

Ya, rasa itu berkumpul dalam tangkal hati kerana Pak Ya ditimpa sakit yang sebegitu. Dan juga, sedih kerana perkara ini dirahsiakan oleh Najihah dan Pak Ya sendiri.

Patutlah tiga minggu kebelakangan ni, Syafiq nak berjumpa dengan Pak Ya pun susah semacam. Kalau nak jumpa pun, ada aje alasan yang Pak Ya berikan. 

"Ke ... kenapa Pak Ya sorokkan benda ni dari Syafiq? Syafiq dah anggap Pak Ya macam ayah Syafiq sendiri, jadi Syafiq berhak tahu segala benda yang berlaku kat Pak Ya," ucap Syafiq dengan nada suara tertahan-tahan.

Pak Ya masih setia dengan senyumannya. Tapi, hanyalah senyuman kelat. Senyuman yang sekadar menjadi topeng untuk menutup kepahitan yang dirasa.

"Syafiq jangan risaukan Pak Ya. Lagipun, Pak Ya sakit, bukannya teruk mana. Sikit je ni. Nanti baiklah tu." Pak Ya masih lagi berdalih dengan penuh tenang.

Air mata semakin galak turun di pipi Syafiq. Pak Ya masih lagi nak menipu? Masih lagi berpura-pura kuat?

Syafiq tak bodoh. Dia tahu, penyakit kencing manis Pak Ya tu pasti sudah menghampiri tahap kritikal. 

Kalau tidak, macam mana kaki Pak Ya boleh menjadi bengkak sebegitu. Kalau lama-lama nanti, boleh mendorong ke arah ... pemotongan kaki.

Ya Allah ... dada Syafiq terasa sesak memikirkan itu. Mintak simpanglah apa yang difikirkannya tadi.

Pak Ya boleh sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya. Insya-Allah. 

"Pak Ya tak boleh macam ni. Sampai bila Pak Ya nak rahsiakan semua ni daripada Syafiq? Pak Ya sekarang ni tengah sakit. Pak Ya sepatutnya beritahu Syafiq awal-awal lagi tentang hal ni. Insya-Allah Syafiq boleh bantu Pak Ya dan Najihah selagi mampu."

"Pak Ya tak nak susahkan Syafiq. Syafiq fokuslah kat kehidupan Syafiq dan isteri. Jihah pun ada bagitahu Pak Ya, yang Syafiq sekarang tengah belajar memandu kereta. Syafiq sekarang dah busy, jadi janganlah disebabkan Pak Ya, habis Syafiq tinggalkan semua tu." Pak Ya berkeras menghalang.

"Pak Ya dah banyak tolong Syafiq ... jadi tolonglah bagi Syafiq peluang untuk jaga dan uruskan Pak Ya. Syafiq tak mintak Pak Ya duduk serumah dengan Syafiq, tapi Syafiq hanya harap Syafiq boleh tolong Najihah untuk uruskan apa yang patut. Najihah tak boleh lakukan semua kerja sorang-sorang." Syafiq tekan bait-bait bicaranya. Tetapi nada suaranya masih dikawal rendah. Tak nak sesekali dia tertinggikan suaranya tu.

Pak Ya tertunduk dan membisu. Tangan berkedutnya diusap-usap cuba menelan kata-kata Syafiq tadi.

Syafiq pula terus memandang Najihah yang masih setia berdiri di belakangnya. Matanya sudah pun sembap dengan curahan air mata yang tak henti mengalir. 

Sungguh berat ujian yang kau beri kepada Pak Ya dan keluarga. Pak Ya dan Najihah dah banyak tolong aku, jadi aku sanggup bantu ringankan beban mereka, Ya Allah. Tolong permudahkan segalanya. Doa Syafiq dalam hati.

*****

Hidangan makan malam untuk hari ni, hanyalah gulai udang dan ikan goreng. Itu sajalah yang Syafiq sempat beli sewaktu menyinggah kat warung tadi. Nak masak, memang tak sempat.

Syafiq pun tak berniaga hari ni. Eloklah hari ni isterinya tu pulang awal, jadi tak adalah isterinya tu bertandang kat rumah Mak Siti macam selalu.

Jadi sedikit sebanyak, dapatlah mereka berdua tu makan malam bersama pada hari bekerja.

Tadi Syafiq menziarah di rumah Pak Ya agak lama juga sebelum dia berpamit. Dia tolong tukarkan pakaian, suapkan makanan dan bantu apa yang patut. Sekadar mahu biasakan diri dengan tugas-tugas macam tu.

Walaupun dah banyak kali ditegah oleh Najihah dan Pak Ya sendiri, Syafiq tetap berkeras. Memanglah Najihah tu anak Pak Ya, tapi takkanlah Syafiq mahu biarkan gadis tu uruskan ayahnya seorang diri, kan?

Lagipun bukannya salah pun. Dirinya dan keluarga Pak Ya, dah macam keluarga sebenar.

Nasi disuapkan masuk ke dalam mulut. Seleranya hari ni agak merosot dengan berita tadi. Sungguh, dia masih terkejut dengan apa yang terjadi kepada Pak Ya.

Sebelum ni, lelaki tu nampak sihat je. Tak sangka, dia ditimpa sakit dalam sekelip mata sahaja. Dan sanggup Pak Ya sembunyikan itu dari pengetahuan Syafiq pula tu.

"Abang tak nak tambah nasi ke? Selalu abang rancak makan, tapi hari ni tak luak pun nasi kat pinggan tu." Suara Damia yang menerjah ke telinga membantutkan pemikiran Syafiq.

Syafiq segera menggeleng-gelengkan kepalanya. Fikirkan pasal Pak Ya sampaikan dia tak sedar yang dia dah termenung lama depan rezeki. Isterinya pun pelik dengan perangainya tu.

"Sayang tambahlah nasi tu. Abang tak nak dah."

Damia jongketkan keningnya. Naluri wanitanya mulai membisik sesuatu. Memang benar, ada yang tak kena berlaku kat suaminya tu.

"Abang ada masalah ke?" tanyanya.

Spontan Syafiq kaku. Hmm ... tentang Pak Ya tu, baik dia beritahu kepada isterinya. Isterinya berhak tahu tentang apa yang terjadi. 

Lagipun buat apa nak rahsiakan? Pak Ya dengan Damia tu, bukannya saling tak kenal.

"Tadi ... abang pergi rumah Pak Ya." Syafiq telan liurnya.

Jeda, Itu membuatkan Damia menjadi gusar. Tengok reaksi Syafiq yang maju mundur mahu berbicara tu, buatkan hatinya tak tenang.

"Kenapa abang?"

Syafiq ambil masa untuk menyambung semula. Disulami keluh. "Pak Ya ... hidap diabetes."

Langsung Damia kaku. Kunyahan terhenti. Terasa tali seleranya yang menebal tadi seperti serta-merta putus. 

"Bila? Sejak bila Pak Ya kena kencing manis tu?" tanya Damia terkejut.

"Tiga minggu lepas. Sejak tu, Pak Ya pakai kerusi roda je untuk berjalan. Tapi yang buat abang terkilan, Pak Ya rahsiakan semua benda ni dari kita. Dia tak nak kita terlalu risaukan dia," jawab Syafiq.

Sebak pula mendengar berita yang disampaikan suaminya tu. Rasa kesian kat Pak Ya tu padahal lelaki itulah yang paling banyak tolong mereka suami isteri. 

"Allah ... habis tu? Pak Ya macam mana, bang? Dia okey ke?"

Syafiq hela nafasnya sebelum membalas, "Alhamdulillah, Pak Ya sihat je. Bersembang pun, rancak macam biasa. Makan pun berselera tapi tu la, abang tahu badan dia lemah. Abang tahu dia berlakon kuat depan abang sebab tak nak abang terlalu kesiankan dia."

"Abang lama singgah kat rumah Pak Ya tadi, sebab nak bantu Najihah tolong itu ini. Abang pun bertanggungjawab jugak kat Pak Ya tu, sebab tu abang takkan biarkan Najihah uruskan Pak Ya sorang diri. Lagipun Najihah tu perempuan. Nak kerja dan buat kerja rumah lagi, memang penat," tambah Syafiq.

Damia angguk. Setuju dengan kata suaminya. 

Perbualan di meja makan menjadi sendu. Insan yang mereka anggap sebagai ayah kini ditimpa sakit, siapa yang tak sedih? 

"Erm ... sayang. Rasa kalau kita lawat Pak Ya nak tak? Abang nak bawak sayang sekali ziarah dia."

Damia yang sedikit tertunduk tadi angkat wajahnya. "Bila tu nak ziarah dia?

"Hari Sabtu ni."

"Sabtu ni saya ada kelas Bahasa Inggeris tu," jawab Damia.

Betul juga! Syafiq boleh terlupa pulak tentang kelas isterinya tu. Bayar sampai beratus ringgit, kalau tak hadir satu sesi, nanti rugilah.

"Kalau macam tu, Ahad?" cadang Syafiq lagi.

Damia pandang lama ke arah dinding kosong. Hari Ahad? Tiba-tiba janjinya dengan Zaid Zaffran sewaktu di tempat kerja tadi menerpa di fikiran. 

Ya! Tentang majlis di VeoBay Group Ahad ni. Baru tadi je Encik Zaffran cakap pasal tu. Damia mula ingat.

"Ahad ni? Saya rasa tak bolehlah, bang ..." Damia leretkan nada suaranya. 

"Sebab?"

"Ahad ni ... ada majlis anniversary VeoBay Group. Semua pekerja kena hadir untuk raikan majlis tu. Saya pun dah janji dengan Encik Zaffran nak datang Ahad ni. Jadi saya rasa Ahad ni memang tak free," Damia  kemukakan alasannya.

Bukannya dia tak nak melawat Pak Ya, tapi dia kenalah utamakan alasan kerja. Dia pun dahlah baru lagi kat VeoBay Group tu.

Lagipun tentang Pak Ya, bila-bila waktu cuti nanti boleh melawat dia, kan? Bukannya minggu ni aje yang boleh untuk melawat pun.

Telinga Syafiq rasa panas aje. Cakap tentang Pak Ya, nak menziarah Pak Ya, tiba-tiba VeoBay Group tu menjadi topik bualan. Lagi membara rasa meluatnya apabila nama 'Encik Zaffran' itu keluar dari mulut isterinya.

Kenapa tempat kerja isterinya tu selalu sangat jadi punca utama eh? Punca isterinya balik lambat, punca isterinya letih lain macam. Rasanya macam-macamlah yang buatkan Syafiq tu tak puas hati. 

Semuanya sebab VeoBay Group dan Zaid Zaffran!

"Habis, bila lagi sayang free? Minggu depan?" Syafiq cuba buang rasa menyampahnya. 

Tak naklah marah isterinya tu. Insya-Allah kalau bukan minggu ni, minggu depan boleh melawat Pak Ya tu.

"Hmm ... minggu depan? Entahlah." Damia takut-takut nak menjawab soalan suaminya tu.

"Takkanlah minggu depan pun sayang tak free?"

Okey, nampak dah yang Syafiq tak mampu menahan rasa sabarnya. Kalau setakat hari cuti minggu ni isterinya tu ada hal, Syafiq boleh terima lagi. 

Tapi kalau sampai ke minggu depan isterinya tu ada hal, cuti isterinya tu terbazir disebabkan VeoBay Group tu ... Syafiq tak boleh terima. Damia tu bukan robot nak suruh buat semua benda! Syafiq bukukan kegeraman.

"Bukan ... tapi saya rasa macam ada hal lagi la next week tu. Tapi bukan pasal kerjalah, cuma hal dengan kawan-kawan. Diorang ajak keluar. Minggu ni kan, semua dapat gaji."

Rahang Syafiq terasa kebas. Rasa sayu kepada Pak Ya tadi bertukar kepada rasa berang kerana alasan isterinya tu. Disebabkan kerja, habis punah semuanya.

"Asyik pasal VeoBay Group tu je. Kalau tak pasal bos, pasal kawan-kawan sayang pulak. Habis tu, bila sayang free? Bulan depan? Tahun depan? Padahal nak ziarah Pak Ya je." Syafiq tekan nada bicaranya. Penuh tegas. Malah, sempat tu dia perli isterinya dengan wajah dingin yang mencengkam rasa.

"Abang nak salahkan saya?  Bukan saya nak pun saya busy macam ni, bang. Saya pun nak ada free time, nak luangkan masa dengan abang tapi bukan untuk masa yang terdekat. Maybe next time."

"Lagipun saya bukannya tak nak ziarah Pak Ya. Saya dah lama tak jumpa dia. Mestilah saya teringin nak melawat dia. Abang tolonglah faham! Saya dahlah penat dengan kerja, tapi abang tak habis-habis tekan saya macam ni. Waktu makan pulak tu." Damia balas rasa berangnya. Nampak dia pulak yang terlebih emosional. 

"Sayang kenapa nak marah macam ni? Sepatutnya abang yang patut naik angin tau dengan sayang tu. Sabtu Ahad sepatutnya cuti, tapi sayang? Macam tak nak duduk rumah. Nak aje keluar dengan semua yang berkaitan VeoBay Group tu," bidas Syafiq semula.

Perbualan bertukar panas. Bahang yang menyambar suasana semakin bergejolak. Masing-masing tak nak kalah berbalah. 

Padahal mula-mula tadi, okey je bersembang. 

"Ikut suka abanglah. Saya malas nak cakap banyak-banyak. Pasal Pak Ya abang tengking saya macam ni. Saya pun penat nak bergaduh dengan abang." Damia tak memberi peluang, dia terus bangun dari duduknya. 

Pinggan di atas meja diangkat dan dibilas di singki. Usai membasuh apa yang patut, dia beredar masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan suaminya tu. Tak toleh langsung memandang walau sesaat wajah suaminya.

Marah dan merajuk. Dia nak bersendirian sekarang ni.

"Sayang ... sayang!" panggil Syafiq tapi seperti yang diduga, tiada balasan mahupun sahutan.

Keluhan berat dilepaskan. Syafiq menongkat kepalanya dan tangan kirinya merayap mengurut pelipis kepala.

Adui ... betullah tu. Dia sebagai suami, dia kenalah bertolak ansur juga. Tak  bolehlah nak marah-marah hanya disebabkan perkara sekecil tu. 

Allahuakbar ... rumit sungguh ujian rumah tangga ni. Masing-masing kena saling memahami. Kalau tidak, macam ni la jadinya.

Bergaduh dan bergaduh. Hujung-hujung, masing-masing tarik muka. 

Biarlah Damia tu bersendirian dulu. Kalau Syafiq memujuk tepat waktu sekarang, pasti operasi memujuknya tu takkan berjaya. Jadi, biarlah masa yang mampu tenangkan isterinya tu. Dan juga dirinya sendiri.

Bersambung...

Buat perangai lagi Damia ni. Btw sorry for late update. Terima kasih kpd yg masih setia menunggu update story ni (-‿◦)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience