BAB 4

Other Completed 247

Sebelum kematian Amsyar.

“Syar betul ke kau tak nak join kita orang? Kenapa tetibe je kau tak nak
race?”

Rizal hairan dengan perubahan kawan baik dia.

“semua orang ada turning point zal,”

Amsyar senyum.

“alaaa, sampai masa kita berhenti lahrace, dah kahwin, ada anak bini
berhentilah, ni zaman enjoy lagi,”

Rizal tak nak mengalah memujuk.

Ringtone telefon Rizal memekak memecahkan suasana. Riak muka Rizal
ketara serious.

“Asal Zal?”

Laju Amsyar menyoal selepas Rizal meletakkan telefon dalam kocek seluar
jeans lusuhnya.

“Syafik weii, dia kena bantai dengan geng Topei. Jom cepat tolong dia,”

Rizal dah menyarungkan helmet merah di kepala. Dah ready nak
‘berjuang’. Geng-geng rempit dah macam adik-beradik. Sorang kena pukul
semua terasa.

“Masjid kat depan tu je, kita solat Isyak dulu, mati kang sia-sia,”

Amsyar dah ready atas motor EX5 merahnya.

“tapi weeeiii..”
Tak sempat Rizal menghabiskan ayat, Amsyar dah tenung Rizal dalam-dalam.
Rizal terpaksa akur.

Selepas solat, dia dan Amsyar pecut laju-laju, tak tahu berapa laju.
Yang pasti Amsyar lagi laju.

“Ammmmmsyyyaaaaaarrrrrr!!!”

Rizal spontan men jerit nama Amsyar selepas mendengar bunyi yang kuat.
Motor Amsyar dirempuh lori. Badan Rizal menggigil. Dia keliru. Sedih.
Marah. Geram. Semua terlalu pantas. Tak sampai 1 minit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience