Bab 8 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Be like a flower, survive the rain but use it to grow.~

Taska Permata Budi Maryam.

Eshal Maisarah membacanya papan tanda itu dalam hati tatakala kaki sudah sampai di hadapan pagar premis berkenaan. Sedikit tercunggap-cunggap nafasnya disebalik niqab yang dipakai. Jauh dia berjalan, kita-kira 2 kilometer dari jalan utama di hujung sana menapak masuk ke taman perumahan elit ini.

Eshal menstabilkan nafasnya, pejam mata seketika lalu beg sandang tepinya diperkemaskan kedudukannya di atas bahu. Ya, dia perlu teruskan. Dia perlu pekerjaan baru untuk memulakan hidup baru. Dia tidak mahu lagi susahkan ibu dan abangnya. Sekarang adik abangnya sudah balik dari studi di Indonesia. Maka keluarga mereka bertambah besar. Lagipun dia sudah matang, dia perlu berdikari sendiri.

Pintu kecil disebelah pintu pagar ditolak perlahan. Eshal melangkah masuk dengan lafaz bismillah. Kakinya diatur berhati-hati dan kini dia sudah berada dihadapan pintu masuk ke Taska Permata Budi Maryam.

"Assalamualaikum." Eshal memberi salam terlebih dahulu. Kepalanya di toleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat manusia yang mungkin keluar tatklala medengar salam darinya sebentar tadi.

Lima minit begitu, tiada tanda-tanda pintu terbuka dari dalam walaupun kasut penuh bersusun dengan begitu kemas dan teratur di tempatnya. Eshal sabarkan hati, sekali lagi dia memberi salam.

"Waalaikummusalam." Akhirnya salam dijawab dan pintu dikuak dari dalam. Terjengul seorang wanita berbaju kurung pesak dengan tudung berbilit kemas di kepalanya. Berbadan sedikit berisi. Anggaran umur mungkin sudah menghampiri angka 40-an.

"Ya?" tanyanya. Masih berdiri elok di ambang pintu.

Eshal kemam bibir. Berdebar mengingatkan sebentar lagi dia bakal ditemuduga.

"Maaf menganggu... Saya Eshal Maisarah. Semalam saya ada call untuk..." Tersekat Eshal nak menjawab. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa kurang berkeyakinan setelah melihat wajah terpinga-pinga wanita itu seperti ada yang terlupakan sesuatu.

"Oh, yang datang nak interview tu ya?"

"Ya-ya." Eshal segera menjawab.

"Maaf-maaf akak lupa, sibuk sangat dekat dalam. Meh la masuklah dulu." Wanita itu menguak dedaun pintu dengan lebih luas lalu mempersilakan Eshal masuk ke dalamnya.

Eshal mengangguk lalu membuntuti wanita yang masih tidak tahu nama itu masuk ke dalam. Eshal dibawa ke tingkat dua dimana terletaknya bilik pengurus. Kedengaran bunyi-bunyi suara tenaga pengajar sedang mengajar di sebalik bilik yang terkatup rapat itu dari tingkat bawah.

Di tingkat atas pula ada beberapa bilik lagi yang dijadikan sebagai tempat mesyuarat, perpustakaan mini dan bilik guru. Ada set sofa di tengah-tengah ruang itu. Sungguh cantik dekorasi yang di pilih, sesuai dengan tema untuk mendidik jiwa anak muda yang bermula dari peringkat akar umbi. Eshal diminta duduk disitu terlebih dahulu.

"Cik tunggu sini dulu ya? Sekejap lagi Cik Nafla akan sampai. Kebetulan hari ini jadual dia datang round Taska kami. Jadi alang-alang dia datang sini, saya minta dia interview cik terus," ujarnya ramah.

"Err.. Saya Eshal Maisarah. Panggil saya Eshal je. Tak perlu panggil saya Cik."

"Eshal?"

"Ya, Eshal."

"Cantik namanya. Okaylah Eshal... Akak, Zahnita. Panggil saja Kak Ita. Akak pengurus dekat sini tapi akak bukannya owner tempat ni. Owner tempat ni sekejap lagi sampai. Eshal tunggu sini ya, akak turun bawah. Nak tengok anak-anak sekejap."

"Baik Kak Ita."

Zahnita berpusing tubuh, menapak ke arah anak-anak tangga. Belum pun kakinya menyentuh anak tangga pertama, ada suara muncul dari bawah, dari anak tangga yang paling bawah.

"Kak Ita... Sorry, I'm late!"

Eshal angkat tubuh sedikit, turut pandang ke arah kemunculan suara itu. Lambat-lambat menjelma wajah seorang wanita sedang mendaki anak tangga satu persatu. Eshal perhatikan lagi, sangat bergayanya dia. Jauh sekali beza dengannya. Wanita itu kemudiannya memeluk tubuh berisi Kak Ita seolah-olah sudah lama mereka tidak bersua. Ada aura kemesraan terjalin disitu.

"Kak Ita apa khabar?" soal wanita itu sesudah pelukan mereka terlerai.

"Alhamdulillah akak sihat. Cik Nafla?" soal Zahnita pula.

"Apa Kak Ita ni. Cik-cik pula. Nafla sudah lah. Alhamdulillah saya sihat. Umi saya kirim salam dekat akak. Sorry tau saya lambat."

"Tak apa. Akak pun tak ada buat apa-apa dah sekarang. Tadi je sibuk sekejap, biasalah pagi-pagi kan... Tunggu Nafla je dari tadi. Datang sorang ke ni?"

"Ha'a datang sorang. Nafla datang naik grab tadi kak."

"Hah? Dah kenapa Nafla datang naik garb?"

"Kereta buat hal. Pancit."

"Kenapa tak call? Biar akak ambil Nafla."

"Nafla tak nak susahkan akak. Nak tinggal anak-anak lagi. Nanti petang saya call Han minta ambilkan saya. So, orang yang akak cakap nak datang interview tu dah sampai ke belum? Kita janji jam 11 kan?"

"Han datang sini? Elok la tu... Akak pun dah lama tak jumpa budak handsome tu. Eh, lupa pulak akak. Dah-dah, baru je dia sampai. Sini akak bawakan Nafla."

Tengku Nafla Maryam dan Zahnita beriringan mendekati Eshal yang sudah berdiri di tempatnya bagi menghormati kedatangan Cik Nafla itu. Tengku Nafla Maryam merapati seorang perempuan yang sudah tegak berdiri di sofa sana. Sejuk mata memandang tatkala singgah pada sepasang anak mata cantik itu. Hanya mata semata-mata kerana anggota muka yang lainnya berselindung di sebalik niqab yang dipakai. Pipi gadis itu sedikit menaik menandakan si dia sedang menguntum sebuah senyuman di sebalik niqab. Nafla membalasnya, lagipun dia bukannya seorang majikan yang garang. Dia suka beramah mesra dengan pekerjanya tanpa menggira siapa dan apa tugas mereka di Taska dan Tadika miliknya.

"Eshal, akak kenalkan ini Tengku Nafla Maryam dan Cik Nafla, ini Eshal. Eshal Maisarah."

Semerta itu senyuman lebar Tengku Nafla mati saat mendengarkan nama itu. Seakan-akan nama seseorang yang selama ini dia cari tapi betulkah dia orangnya? Nafla tidak berkelip melihat sepasang anak mata cantik itu. Kemudian dia meniik batang tubuh yang sedang berdiri di hadapannya. Dari bawah naik ke atas, kemudian turun ke bawah semula.

"Eshal Maisarah? Sarah?"

Eshal melebarkan lagi senyumannya bila namanya disebut walaupun tidak terlihat oleh Tengku Nafla. Lagipun dengan cara itu, dia dapat sembunyikan rasa gentar dengan panahan mata bakal majikannya. Kenapa mata itu memandangnya seperti mahu telan dia saja? Dia ada buat salah ke?

"Sarah?" Tengku Nafla menyoal lagi, mahukan kepastian.

Eshal kerut kening, pelik dengan soalan Tengku Nafla. Tiba-tiba suasana berubah menjadi sedikit canggung.

"Sarah?" Sekali lagi Tengku Nafla bertanya.

Eshal tergamam. Matanya turut membalas panahan anak mata milik bakal majikannya. Soalan itu sepertinya Tengku Nafla mahu bertanyakan, samada memanggilnya Sarah atau mungkin Tengku Nafla sangkakan dia ini 'Sarah', seseorang yang dia kenali. Kan?

"Tak-tak. Bukan Sarah. Eshal," gugup dia memperbetulkan soalan bakal majikannya itu.

Nafla melepas keluh. Mukanya berubah sedikit kesal tapi segera dimaniskan semula supaya tiada siapa yang dapat mengesannya.

"Ohh Eshal... Cantik nama tu. Okay, jom lah kita masuk ke bilik," ujar Nafla lalu mengamit Eshal ke biliknya. Nafla sebenarnya masih tidak puas hati. Dia perlu dapatkan maklumat lengkap tentang Eshal. Mungkinkah Eshal ini 'Sarah' adiknya tapi kenapa maklumat tentang 'Sarah' Eshan itu terkubur begitu saja? Banyak maklumat yang diperolehi tapi berlompang-lompang. Tapi entah kenapa bila melihat Eshal, hatinya berbisik sesuatu... tapi apakah dia?

* * *

Eshan Maisur dan Adham Sulaiman saling berpandangan. Jari-jemari Eshan mengetuk meja. Riak muka tidak berpuas hati. Eshan tidak puas hati dengan Adham kerana kecuaian lelaki itu melaksanakan tugasnya sebagai PA dia. Sepatutnya Adham terlebih dahulu menerangkan kepadanya tentang 'orang-orang' di sekelilingnya supaya mudah untuk dia bertindak tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Adham pula marahkan Ehsan sebab Eshan menghalau dia dari sertai miting dalam bilik Eshan tadi. Sepatutnya Eshan tidak setuju dengan permintaan Tengku Emran untuk tidak membenarkan dia menyertai mereka. Nasib baik ada Tengku Eqmal sudi datang membantu. Kalau tak, entah apa nasib Ehsan berdepan dengan bapa saudara yang licik itu. Masing-masing membisu, menanti kedatangan Tengku Eqmal yang sedang menjawab panggilan di luar cafe yang agak tertutup, tempat untuk mereka lunch hari ini.

''Sekarang ni, kau bagitahu aku apa patut aku buat? Kenapa kau tak bagitahu aku dulu segala maklumat pasal diorang?" Tidak betah membisu, akhirnya Eshan membuka mulut. Mendengus.

"Saya minta maaf boss. Saya ingatkan Tengku Nafla dah bagitahu boss sebelum ni."

"Jadi kau nk salahkan orang lain? Bukan ke itu job kau?"

"Saya tak salahkan Tengku Nafla boss, tapi betul saya tak tahu pun yang boss masih lagi tak tahu pasal semua tu. It's okay, lepas ni saya akan tolong boss kenal dengan diorang, one by one."

"Han, Ham, dah order ke belum ni?" Sekonyong-konyong itu Tengku Eqmal muncul di antara mereka. Mematikan ayat yang baru sahaja Tengku Eshan ingin lontarkan untuk membalas kata-kata Adham Sulaiman sebentar tadi.

"Belum lagi pak lang. Kami tunggu pak lang dulu," jawab Tengku Eshan sebelum melirikkan matanya kepada Adham yang duduk dihadapannya.

''Kenapa tak order terus? Han okay ke?" Tengku Eqmal menunduk sedikit, menilik muka anak saudaranya.

"Han okay pak lang, jangan risau."

Tengku Eqmal mengangguk sebelum mengangkat tangan, memanggil waiters.

"Han ingat pak lang lagi? Tapi kenapa tak ingat pak long dan pak su?" soal Tengku Eqmal setelah selesai membuat pesanan makanan.

"Masa mula-mula sedar dulu, along ada tunjukkan gambar family kitorang. Dia cakap, walid ada kembar. Kembar seiras. Jadi bila pak lang muncul tadi, terus saya ingat apa yang along bagitahu tu. Pak long dengan pak su memang saya tak tahu kewujudan diorang. Umi dengan acik tak pernah pulak sebut pasal diorang." Beritahu Eshan.

Tengku Eqmal mengangguk.

"Jadi Han tak ingat apa yang jadi pada korang dulu?"

"Apa yang jadi? Saya dengan pak long dan pak su pernah ada sejarah yang tidak baik ke?" tanya Eshan sambil pandang pak alangnya sebelum pandang Adham secara bergilir-gilir.

"Macam yang pernah saya bagitahu sebelum ni boss. Diorang tu musuh dalam selimut arwah walid boss."

"Apa yang jadi?" Tanpa di tahan-tahan lagi Eshan menyoal. Mahu tahu biar jelas. Baru dia boleh fikir apa yang betul.

Adham tidak segera menjawab sebaliknya dia pandang Eqmal, tanya pendapat lelaki itu. Anggukkan kecil dari lelaki itu sebagai jawapan kepada soalan Adham.

"Kalau saya bagitahu, boleh ke boss terima?" Itu yang ditakutkan oleh semua orang. Takut kalau Eshan tidak boleh terima apa yang terjadi sebenarnya berpunca dari dirinya sendiri.

"Just tell me. Mungkin dengan cara tu, aku kembali ingat apa yang sepatutnya aku kena ingat." Makin tidak sabar Eshan mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi.

"Boss ingat Sarah?"

Mendengarkan sebaris nama itu, Eshan tergemap. Langsung dadanya berdebar. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan.

"Boss tahu kan siapa Sarah?"

Soalan Adham kali kedua semerta buat Eshan terbayang raut wajah gadis itu. Tapi Eshan pelik, apa kaitan Sarah dengan pak long dan pak su?

"Ke... Kenapa dengan Sarah? Apa kaitan Sarah dengan diorang?"

Adham mengeluh dengan soalan Tengku Eshan, begitu juga dengan Tengku Eqmal.

"I'm not sure boss ingat ke tak, Sarah punca boss bermusuhan dengan Tengku Eqram dan Tengku Emran. Dan kesannya EN hampir-hampir lingkup."

Ternganga Eshan. Apakah maksudnya ni?

"Sebenarnya kisah antara boss dengan Sarah ramai yang tahu. Termasuk Tengku Eqbal. Itu belum termasuk lagi dengan kisah antara Sarah dan Waeez."

Lagi sekali dahi Ehsan berlapis. Sungguh dia tidak faham, jalan cerita apa ni?

"Waeez? Siapa pula Waeez tu?"

Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran waiters menghantar makanan pesanan mereka. Sambil-sambil makan, Adham sambung cerita selepas beberapa kali digesa oleh Eshan. Tengku Eqmal mengangkat bahu, biarkan saja Eshan tahu

"Sebenarnya macam ni boss, Sarah tu kekasih Waeez."

Dum! Bagaikan ada sesuatu menghempap kepala Eshan. Sarah kekasih Waeez? Kekasih Waeez? Berulang-ulang soalan itu berdengung dalam benak Eshan. Sungguh dia tidak meyangka yang selama ini dia memuja kekasih orang.

"Jadi apa yang berlaku?" Perlahan Eshan menyoal, dia perlu tahu. Dia perlu cari tahu kenapa kerap sangat bayangan Sarah muncul dalam benaknya selama ini. Doktor Dzharif pernah memberitahu, seseorang yang selalu muncul selepas kejadian itu mungkin orang yang paling dekat dengan hati Eshan. Jadi tidak mustahil kisah mereka hanya setakat itu saja.

"Tapi Waeez tu bukannya orang biasa boss. Dia anak orang berpengaruh. Anak ketua kongsi gelap. Hubungan diorang mendapat tentangan dari family Waeez dan Sarah selalu kena kacau. Pernah satu hari Sarah hampir kena culik, diorang nak bawa Sarah ke Thailand."

Menyirap darah Eshan mendengarnya. Jantung dipalu makin kencang.

"Orang yang gagalkan rancangan diorang tu adalah boss. Sejak dari situ ayah Waeez berdendam dengan boss."

"Sarah pulak macam mana? Apa yang jadi dengan Sarah selepas tu?"

"Sarah... Dia lari dengan Waeez. Mereka kahwin lari."

Hati Eshan bagaikan dihiris. Eshan pejam mata, tiba-tiba terbayang di matanya seorang lelaki sedang menangis pilu melayan kekecewaan diceruk katil dengan kaca berteraburan di lantai bilik. Eshan buka mata, adakah itu dia?

''Jadi apa kaitan Sarah dengan Pak Long dan Pak Su?"

"Tengku Eqram dan Tengku Emran berkerjasama dengan ayah Waeez untuk kenakan boss. Apa yang jadi di Turki tu bukannya kemalangan semata-mata. Semuanya sudah dirancangkan boss."

* * *

Eshan Maisur berdiri di sebelah kereta BMWnya, bersandar sambil berpeluk tubuh. Adham menunggu di dalam bersama Munir. Dari EN Holdings mereka terus datang ke Taska Tengku Nafla cawangan Hulu Langat ini untuk menjemput Tengku Nafla pulang.

"Han..." tegur Zahnita sambil menyarung kasutnya. Eshan menegakkan badan bila terdengar ada yang memanggil namanya. Seperti biasa, tangan disemat ke poket seluar kerjanya.

"Han apa khabar? Sihat?" Zahnita bertanya setelah berdiri dihadapan Eshan.

"Alhamdulillah saya sihat. Ini Kak Ita, kan?" teka Eshan.

"Iya ini akak, Kak Ita. Makin handsome Han sekarang. Lama kan kita tak jumpa?"

Eshan senyum segaris. Sebelum ke mari, Nafla ada bagitahu Kak Ita mahu berjumpa dengannya. Kata Nafla, Kak Ita ini salah seorang kenalan keluarga mereka. Jadi Kak Ita agak rapat juga dengan Eshan dulu.

"Balqis!"

Eshan terngadah mendengarkan seseorang menjerit nama Balqis itu dari dalam Taska Permata Budi Maryam. Suara itu! Seperti pernah muncul dalam mimpinya.

"Balqis jangan lari! Bahaya!" Sekali lagi jeritan itu kedengaran makin mendekat dengan muka pintu.

Eshan turut berpaling ke arah yang sama. Seorang budak perempuan sedang berlari laju menerpa ke arah Eshan dan di belakangnya ada seorang perempuan berniqab sedang mengejar langkah anak kecil itu.

Bila melihat Balqis dalam pelukan seorang lelaki, Eshal berhenti mengejar Balqis. Tercunggap-cunggap nafasnya, mengah. Laju betul budak kecil ni berlari. Makin di tegah, makin laju kaki kecil itu melangkah. Eshal angkat muka pandang lelaki yang begitu utuh membalas pelukan anak kecil itu. Sedetik, mereka saling berbalas pandangan sebelum Eshal kembali menunduk.

Kisah Eshal Maisarah pula. Kisah Her Voice berbelit2 sikit. Clue utk lebih faham jln cerita, alert part berdasarkan tahun dan tempat. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience