BAB 30

Humor Completed 26062

LAMA juga Intan dalam dewan bersalin.Habis semua orang di marahnya.Azab nak bersalin memang begitu,lebih-lebih lagi yang kali pertama.Rasa nak patah pinggang,tulang semua ada.Bila doktor lakukan pemeriksaan akhir,kedudukan bayi menjadi songsang pula.Sebelum ini tak ada apa maaalah pun.

"Sakit you tahu tak!"marahnya pada Harith.Harith terkulat malu pada jururawat yang turut berada di situ.

"I tahu..Banyak mengucap Intan.Bayakkan selawat.Ingat doa Nabi Yunus yang I ajar hari tu."pujuk Harith mahu menenangkan Intan.

"You mana tahu I yang sakit!You ingat I tak reti mengucap!?"marahnya sambil mengerang kesakitan.

Harith terdiam.Cakap macam mana pun dia tetap salah.Intan memang keras kepala.Mama pun tak dapat nak pujuk dia.

"Intan kena minta ampun pada Harith.Baru cepat proses bersalin."kata Auntie June.Kesian dia tengok Harith telah banyak bersabar dengan karenah anaknya,Intan selama mereka berkahwin.

"Intan,sakit bersalin bukannya nak mati!"


Ke situ pula!


Auntie June sudah masak dengan perangai anak tunggalnya.Bukan boleh ditegur,asyik dia saja yang betul.Nasib anak sendiri kalau orang lain dah lama dia angkat kaki tinggal.Biar Intan tanggung sakit seorang diri.

Macam mana lah Harith boleh sabar dengan Intan.

Saat melahirkan anak adalah azab paling sakit yang ditanggung wanita.Ibarat nyawa di hujung tanduk.Ada juga wanita yang meninggal saat melahirkan.Dan dikenali sebagai mati syahid.Sebab tu kena minta ampun dan maaf lebih-lebih lagi pada suai sendiri.Intan ada ker nak percaya.Haram dia buat tak tahu.

Kesudahannya Intan terpaksa ditolak masuk ke dewan bedah.Sudah tidak tahan menanggung kesakitan.Rasa nak picit keluar saja anak dalam kandungan.Kalau lah dia tahu dari awal azab melahirkan sangat perit,elok dia gugurkan saja kandungan.Betul menyusahkan!

Sudahlah bentuk badan berubah mendadak ditambah pula dengan jerawat yang menghiasi muka. Rasa macam tak berbaloi pula mengandung.Sumpah!ini kali terakhir dia mengandung.Lepas ni kalau Harith paksa dia mengandung lagj,dia nak gugurkan saja.Tak pun ikat terus peranakan.

Dalam sakit-sakit sempat lagi Intan merancang.Kesian nasib si anak dari dalam kandungan lagi dirinya tidak di alukan.

Beberapa jam kemudian....

"Kenapa anak Intan tak menangis macam anak orang lain?"soalnya pelik.Tidak pula dia dengar bayi perempuannya menangis.

Harith berpandangan pada Puan Yasmin dan mama mertuanya,Auntie June.Puan Yasmin membisu di sudut tepi.Dia seakan tidak percaya apa yang telah terjadi.Tak mungkin dan tak akan.

Macam mana nak bagitahu Intan.Mesti dia tak dapat terima kenyataan.

Auntie June melangkah menghampiri Intan yang sedang mengendong bayi berbungkus merah jambu di atas katil.Tadi jururawat masuk membawa bayi mereka.Dan doktor juga ikut serta.Masa tu Intan masih tidur kepenatan akibat ubat bius.

"Mama,anak Intan comel kan.Tapi kenapa diam saja?"soalnya pelik.Mimik muka bayi itu seperti menangis tetapi suara antar dengatmr dan tidak sahaja.Hanya mulutnya saja yang terbuka.

Harith segera menghampiri Intan yang masih kebingungan melihat bayi sendiri seperti tidak mengeluarkan sebarang bunyi.Yang keluar pun bunyi perlahan dan agak pelik didengar.Selalunya selepas beberapa jam akan menangis.Lain pula dengan anak mereka.

"Kenapa dengan anak kita,Harith!?"

"Intan..sebenarnya..anak kita.."Harith berasa ragu nak bagitahu Intan perkara sebenar.

"Kenapa dengan anak kita?"tanya Intan kurang sabar.Melihat mama sendiri dan mama mertuanya hanya diam.

"I harap you dapat bersabar..anak kita tak normal macam bayi lain..anak kita bisu.."kata Harith satu persatu.Takut Intan tak dapat terima.

Terus Intan tolak bayi yang dikendongnya.Nasib Harith cepat sambut.Kalau tidak mahu tergolek jatuh ke lantai.


Intan terkejut bukan kepalang.Mesti Harith sengaja menguji dia,sangkal Intan di dalam hati.

"Intan.."panggil Harith.Intan dah jadi tak keruan.
Gelisah semacam dengan apa yang dia dengar dari mulut Harith.

"Tak mungkin Harith..you tipu I kan?Mama cakap dengan Intan apa yang Harith cakap ni tak benar?"Intan berpaling pada Auntie June yang sedang mengusap bahunya.


Auntie June hanya mengangguk kecil dengan muka redup.

"Betul Intan..doktor dah sah kan tadi.Bayi Intan lahir bisu.Apa pun yang terjadi dia tetap anak Intan dengan Harith."pujuk Auntie June.

Intan menggelengkan kepala seperti sukar menerima kenyataan.

"Intan tak nak anak ni!'katanya kuat.Sakit bersalin tadi memang kuat.Tapi kenyataan yang satu ini lagi menyakitkan hati Intan.

"Intan,apa pun yang terjadi semua ni atas kehendak Allah."kata Harith.

"I tak boleh terima anak cacat macam ni!"Inran mula meracau.

"Tak baik Intan cakap macam tu.Kesian anak Intan.Dia lapar tu.Intan susu kan dia ya.."pujuk Auntie June lagi.Dah berapa jam lahirkan sudah tentu bayi itu lapar.

"Intan..tak..nak!Mama bawa dia keluar dari sini.Intan tak nak tengok muka dia!"suara yang tadi perlahan bertukar kuat.Airmata yang menuruni pipi diseka kasar.

Dia tak dapat terima kenyataan yang anaknya kurang upaya.Macam mana boleh jadi begitu,sedangkan dia dan Harith sempurna.Tiada sebarang cacat cela.

Puan Yasmin dari doktor samoaikan berita mengenai keadaan cucunya sampailah sekarang hanya mampu mendiamkan diri.Tiada pujukan untuk Intan.Dia sendiri pun masih belum boleh menerima kenyataan apatah lagi Intan.Kenapa cucu nya pula yang cacat?

"Intan..anak kita nak susu ni.Kesian dia.You susu kan lah dia dulu.."pujuk Harith yang memangku bayi mereka.

Ternganga mulut bayi mencari susu tapi hampa si ibu tak ingin memberi.Malah tak ingin memandang apa ntah lagi memeluknya.Tadi dapat pelukan sekejap dari si ibu tu pun dikira bertuah.Tak sempat nak rasa belaian dari seorang ibu.Si ibu sudah tidak mahu menyentuhnya lagi.

"Kan I dah cakap bawa dia keluar!you tak faham ker!Tu bukan anak I!"jeritnya kuat bercampur perasaan marah.

Harith terperanjat dengan jeritan Intan.Tak sangka Intan belum dapat menerima kenyataan sebenar.Harith kecewa akan penerimaan Intan pada bayi mereka.Tanpa menunggu lama,terus di bawa bayi mereka kepada jururawat.

Tak tahu nak pujuk Intan macam mana lagi.Mungkin Intan perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan anak mereka.Harith cuba bersikap tenang.Dengan keadaan Intan yang baru lepas jalani pembedahan sudah tentu lah dia masih terperanjat.

Harith biarkan Intan berehat semula selepas doktor memberi ubat pada nya.Badan Intan masih lemah.Biar dia berehat secukupnya baru Harith akan berbincang balik mengenai keadaan anak mereka.

Pada mulanya,Harith jua ikut terkejut akan keadaan bayi mereka.Macam mana pun dia akur akan kehendak takdir.Walaupun anak mereka tidak sempurna dia tetap darah daging Harith dan Intan.

Sebelum menyerahkan anak mereka pada jururawat,sempat Harith cium ubun-ubun bayi comel itu.Wangi sangat.Harith rasa tenang dan damai.Tak sabar nak bawa balik bayi mereka ke rumah.Segala persiapan semuanya telah di uruskan.Siapa lagi kalau bukan Puan Yasmin dan Intan.Ketika itu semua masih teruja menunggu hari kelahiran bayi mereka.

Auntie June juga seperti Harith.Redha dengan takdir.Puan Yasmin pula sama macam Intan masih belum dapat terima kenyataan.Cuma bezanya Puan Yasmin tidak menjerit meraung macam Intan.Dari dalam hospital sampailah pulang ke rumah dia hanya diam seribu bahasa!Dunianya seakan sedang berputar dengan laju.Selaju degupan jantungnya....

kesian pula dengan baby Intan... maaf lambat updated..satu family kurang sihat... Sakura Leo 2/7/2022

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience