BAB 14

Romance Completed 18280

Pejam celik pejam celik, harini genap dua bulan Hafiy dan Zahara menguruskan prosedur pernikahan mereka berdua. Lagi seminggu umat Islam nak menyambut Ramadhan Al mubarak. Hafiy dan Mariam Syuhada sudah bersedia dengan perjalanan hidup yang baru selepas ini.

Segala jenis borang yang diperlukan mahkamah telah pun diluluskan. Kini, tinggal mereka menunggu untuk diijab kabulkan.

Saban hari, Hafiy dan Mariam Syuhada semakin rapat. Semakin mereka mencintai satu sama lain. Sebolehnya Mariam Syuhada ingin melupakan seketika berkenaan prosedur poligami suaminya. Dia mahu menjalani hidup yang hanya dia sahaja merasa bahagia. Mariam Syuhada tak mahu terbawa dengan perasaan dan emosi yang tak menentu.

"Abang, lusa ni abang nikah kan?". Soalnya pada suatu petang. Mariam Syuhada duduk bersebalahan Hafiy yang sedang menonton tv. Ralit sungguh suaminya.

"Hurm.."

"Abang, ingat tak permintaan Syu dulu?".

Hafiy berkerut. Sekilas wajah isterinya ditatap.

"Yang mana?".

"Ala.. yang pasal bercuti tu?".

Hafiy terdiam. Remote ditangan segera diletak diatas meja. Dia beralih duduk menghadap Mariam Syuhada.

"Kenapa?".

"Er.. boleh tak Syu nak bercuti esok?".

"Esok?".

Mariam Syuhada mengangguk laju. Hatinya tak kuat nak menyaksikan pernikahan suami sendiri.

"Syu, nak lari dari abang ke?". Soal Hafiy suram. Wajah iserinya dipegang.

"Bukan macamtu! Syu.. er.. Syu cuma nak berehat. Syu nak tenangkan fikiran".

Hafiy kembali menoleh kearah tv.

"No!".

"Abang! Kenapa? Syu cuma nak berehat aje".

Terdengar keluhan berat dibibir Hafiy. Rambut yang tebal dikuak ke belakang.

"Syu nak berehat? Sebenarnya Syu taknak teman abang kan lusa nanti?". Hafiy menebak dan sangkaannya tepat bilamana Mariam Syuhada terlongo.

"Er.. ab.. bukan macamtu! Syu betul2 nak berehat. Abang, Syu tak pernah mintak apa2 dari abang. Sekali ni je.. please!".

Lengan Hafiy dipeluk. Mariam Syuhada menyembamkan wajahnya dibahu Hafiy. Berat rasanya nak meninggalkan Hafiy walau sehari, tapi hatinya masih rapuh.

"Sayang, jangan buat abang macamni, please?".

"Syu bukan nak buat abang sedih. Syu just mintak beberapa hari untuk bercuti. Nanti, bila dah ok, Syu balik la pada abang". Dia membuat muka manja. Pipi Mariam Syuhada dicubit.

"Abang tak boleh tidur nanti". Ujarnya sengaja menambah rajuk.

"Abang kan ada Ara nanti.."

"Syu!".

Mariam Syuhada terdiam. Dia bingkas membetulkan duduk. Wajah Hafiy yang agak sebal dipandang.

"Syu sorry! Abang jangan la macamni. Ok2, Syu lupa pesan abang dulu. Syu minta maaf, eh?". Jemari Hafiy dicapai. Dia kucup lama.

"Abang kan dah kata jangan sebut nama orang lain masa kita berdua. Syu isteri abang.."

"Dia pun akan jadi isteri abang. Tak salah apa yang Syu cakap sepatutnya. Abang, jangan macamni. Kita kan dah janji nak bertolak ansur? Abang izinkan, ye?".

Hafiy bersandar lemah di sofa. Otaknya tepu. Dia seakan hilang kata2 saat ini. Kenapa Mariam Syuhada seperti melarikan diri? Dia faham kalau isterinya tak boleh nak temani dia saat akad nikah, tapi dia tak boleh kalau Mariam Syuhada tak berada di sisinya selalu.

"Abang tak boleh".

Mariam Syuhada diam. Sedaya upaya dia cuba menerima keputusan suaminya dengan berat hati. Mariam Syuhada mengalih pandangan kearah tv.

"Syu marah abang?". Lengan isterinya dicuit.

"Tak".

Mariam Syuhada menghela nafas panjang. Segala keputusan suaminya, Mariam Syuhada wajib ikut. Dia terpaksa merelakan diri untuk menghadapi minggu yang sukar ini.

"Ok.. abang izinkan".

"Serius? Abang tak tipu?".

Baru nak feeling2 merajuk!

"Dengan syarat!".

"Ok! Syu sanggup ikut syarat abang. Apa aje!".

Hafiy menjongket2 keningnya.

"Call abang setiap malam. Setiap pukul 10 kena call abang. Kalau lambat, abang call Syu sampai pagi. Boleh ke?".

Mariam Syuhada berkerut. Permintaan yang agak mengarut. Tapi, demi bercuti, dia iyakan sahaja.

"Boleh! Syu janji".

Mereka membuat ikrar janji. Macam budak sekolah! Tak kisah lah janji Mariam Syuhada dapat bercuti!

"Terima kasih, abang! Sayang abang!". Dia mencium pipi Hafiy kuat2. Tergelak suaminya memandang.

"Pipi je? Lain? Abang dah izinkan kot".

"Er.. Syu haus la. Abang nak air? Syu ambilkan, eh?". Mariam Syuhada bingkas bangun sebelum sempat Hafiy menarik lengan isteri nya.

"Dosa tau kalau tak tunaikan!". Laung Hafiy seraya tersengih.

Mariam Syuhada tersenyum riang. Tak kisah lah! Itu malam nanti boleh uruskan. Sekarang, dia sudah tak sabar nak memberitahu Hafiza tentang berita gembira ini. Lama dia bercadang ingin bercuti di tempat kawannya itu.

Akhirnya, yeah, bercuti!!

Tengah sedap Mariam Syuhada bernyanyi kecil di dapur, entah mana silapnya dia terlanggar pasu bunga kesayangan Hafiy lalu tersadung jatuh ke lantai. Bunyi kaca berderai bergema seisi rumah. Hafiy bingkas bangun berlari mendekati isterinya. Berdegup kencang jantungnya saat ini.

Mariam Syuhada sudah terduduk sambil menahan sakit yang teramat. Serpihan kaca yang agak besar tertusuk dalam di bahagian kaki Mariam Syuhada. Darah menitik2 di lantai.

"Allah! Syuhada!".

Hafiy memeluk bahu isterinya yang sudah mengalirkan air mata. Dia melihat darah yang semakin banyak.

"Macamana boleh jadi macamni? Jangan gerak. Abang angkat Syu".

Dengan penuh berhati2 dan dengan gerak perlahan, Hafiy mencempung badan Mariam Syuhada yang sudah tak mampu nak berjalan. Serpihan kaca masih tertusuk di kaki isterinya. Dapat dia mendengar erangan Mariam Syuhada ditelinga.

"Sakit.."

"Ye, abang tau! Syu jangan gerakkan kaki tu. Kejap abang letak Syu dekat sofa".

Tubuh Mariam Syuhada dibaringkan di sofa. Perlahan2 kakinya diletakkan, bimbang membawa lebih mudarat. Seram Hafiy melihat.

"Abang ambil tudung Syu, kita pergi hospital!".

Hafiy lantas berlari menuju ke bilik. Mujur Mariam Syuhada biasa menggantung tudung harian di belakang pintu. Hafiy capai satu lalu mendapatkan kembali isterinya. Dengan pantas, dia menyarungkan tudung tersebut dikepala isterinya.

Dia berlari pula ke kereta, enjin dihidupkan dan membuka pintu kereta seluasnya. Hafiy mengangkat tubuh Mariam Syuhada lalu meletakkannya di kerusi. Erangan dan tangisan silih berganti. Mariam Syuhada tak mampu nak membuka mata.

"Sabar, Syu. Tahan sikit".

Dengan pantas, Hafiy memandu kereta laju. Habis dipotong segala kereta2 yang ada di jalan raya. Hatinya tak mampu nak melihat kesakitan isterinya. Sememangnya dia takutkan darah. Tapi, dalam keadaan sekarang, dia terpaksa lupakan seketika ketakutannya.

Hafiy tiba di hospital verdekatan dua puluh minit kemudian. Berkejar dia mendapatkan jururawat yang bertugas. Mariam Syuhada dibawa ke dalam bilik untuk mengeluarkan serpihan kaca dan membersihkan luka.

Hafiy setia disisi isterinya. Mujur mereka mendapat doktor wanita, jadi tidaklah Mariam Syuhada merasa malu aurat kakinya disinsing.

Setelah hampir sejam mencuci luka, kaki Mariam Syuhada dibalut dan diberikan ubat tahan sakit. Hafiy terduduk menghilangkan penat dan rasa terkejut.

"Isteri Encik dah boleh balik. Sila ambil ubat di kaunter, ye?". Ujar seorang jururawat India, lingkungan 20an. Hafiy mengangguk laju.

"Syu, jangan buat abang terkejut macamni lagi! Boleh arwah tau".

"Sorry, Syu tak perasaan". Ujarnya lemah. Berdenyut2 kakinya dirasakan. Wajah Hafiy sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

"Abang ambil ubat kejap. Syu tunggu sini".

Hafiy berlalu mengambil ubat di kaunter. Mariam Syuhada membelek kakinya yang dibalut kemas.

"Macamana lah boleh tak nampak pasu sikit punya besar kat situ! Tulah, over excited!". Marahnya pada diri sendiri. Bersalah pula melihat Hafiy yang bertungkus lumus membawa dia ke hospital.

"Dah, jom balik".

Hafiy memapah isterinya lalu mereka masuk ke dalam perut kereta. Dia memandu perlahan memandangkan jalan raya agak sesak malam ini.

"So, abang tarik balik izin abang tadi. Syu duduk je kat rumah!".

"Ha?? Ala.. abang dah janji tadi. Mana boleh!". Mariam Syuhada memuncung.

"Syu, kaki tu kan luka, tak baik lagi. Jangan la degil".

"Syu ok lah. Abang jangan la tarik balik. Syu tak apa2".

Baru nak merasa jalan2 macam anak dara. Dah punah harapanku!

"Abang kata, tak boleh.. jangan degil! Syu dengar cakap abang. Abang nak Syu sihat. Kalau dah kaki macamtu, mana nak berjalan nya?".

Wajah Mariam Syuhada dipandang sekilas. Geram betul dengan isterinya. Tak habis2 dengan bercuti nya itu. Dah luka, tu nama Allah sayang aku! Haha..

"Syu dah teringin sangat. Please la abang". Lengan baju Hafiy ditarik2. Hafiy mengeluh berat.

"Abang tengah drive. Jangan cakap". Hafiy sengaja mengelak.

"Jammed, kan?! Sengaja la tu". Semakin panjang muncung itik isterinya.

Yang ni la Hafiy selalu kalah! Syu, simpan muncung tu, boleh tak? Abang stres tengok.

"Syu".

Diam. Mariam Syuhada memandang luar tingkap.

"Marah abang ke?".

Mujur jammed, Hafiy menoleh pandang Mariam Syuhada yang masih merajuk. Haih la biniku.. kau buat aku dilema!

"Syu kan baru je keluar hospital, kaki tu baru aje nak baik. Dah kalau esok nak bercuti nya, mana nak baik? Abang cakap sebab abang taknak Syu tanggung sakit. Jangan la buat abang serba salah".

Masih diam. Mariam Syuhada sensitif sangat pulak malam ni. Entah kenapa dia nak merajuk hal kecil seperti ini. Uzur kah?

"Bagi abang fikir dulu". Hafiy meneruskan pemanduan.

"Takpelah.. tak payah". Hambar suaranya. Mariam Syuhada melelapkan mata.

Kenapa dia merajuk sangat ni?

Hafiy mengeluh. Tak pernah2 isterinya merajuk sebegini. Memang Mariam Syuhada tak pernah meminta apa2 dari Hafiy sebelum ini, tapi dengan keadaan isterinya seperti sekarang, Hafiy tak sampai hati nak melepaskan Mariam Syuhada bercuti jauh. Entah kenapa kali ini isterinya terlalu mengharap pula. Merajuk pula tu!

Sudahnya, Hafiy hanya diam dan terus memandu pulang ke rumah. Sampai sahaja di halaman rumah, Mariam Syuhada sudah pun terlena. Disebabkan tak mahu isterinya diganggu, Hafiy mencempung tubuh Mariam Syuhada masuk ke dalam.

Dia meletakkan isterinya di katil. Kaki yang masih berbalut diletak perlahan. Dia duduk di birai katil sambil mengusap wajah isterinya.

"Jangan macamni. Abang risau Syu. Stay dengan abang, ok". Hafiy berbisik perlahan seraya mengucup lembut dahi isterinya.

Hafiy bingkas bangun dan terus ke dapur. Memdangkan harini isterinya sakit, Hafiy tak mahu Mariam Syuhada banyak bergerak. Dia menyediakan makanan buat Mariam Syuhada dan diletakkan di dulang. Bolehlah isterinya makan di katil sahaja.

Dia sempat solat dan menonton tv sementara iserinya tidur. Setengah jam kemudian, Mariam Syuhada terjaga dari lena. Cepat2 dia berlari anak ke bilik.

"Syu nak solat".

"Abang ambilkan air je dalam baldi. Ke.. Syu nak ke toilet jugak?".

"Erm.. nak buang air kecil. Takpe, Syu boleh jalan sendiri".

"Eh.. tak payah mengada. Biar abang buat. Nanti kalau jatuh, lagi la teruk. Tak pasal je kang". Hafiy terus memapah Mariam Syuhada ke bilik air.

"Keluar la".

"Apasal pulak?".

"Eei.. nak kencing lah! Keluar la dulu".

"Kencing ajelah. Abang jaga Syu". Selamba dia menjawab.

Ok, laki aku dah kenapa?!

"Abang, Syu boleh la. Cepat la keluar!".

"Hish, yelah! Hati2. Kalau tak boleh, jerit aje". Sempat lagi dia membebel.

Haih, sejak bila laki aku tukar profesion ni?

Hampir lima belas minit lama nya, Hafiy mula mengetuk pintu. Tak habis2 bertanya.

"Abang, Syu luka secoet tu je. Tak payah la risau". Mariam Syuhada tergelak melihat keletah Hafiy. Macam orang sakit apa je.

Usai solat duduk, Hafiy segera membantu isterinya melipat tekekung. Wajah hairan isterinya langsung tak dilayan.

"Syu tetap nak bercuti".

"Laa.. tak habis lagi?".

Mariam Syuhada membetulkan duduk.

"Syu nak jumpa Hafiza. Lama dah tak borak dengan dia. Syu nak bercuti kat tempat dia. Boleh la, bang? Hafiza boleh tengok2 kan Syu".

Hafiy menggeleng kepala berulang kali. Dia mendekati isterinya.

"Syu, sekali ni je dengar cakap abang, boleh?".

"Sekali ni je Syu mintak, Syu janji tak mintak apa2 lepasni. Please.."

Sengaja dilunakkan suaranya. Mariam Syuhada melentok di dada suaminya sambil bermain dengan butang baju Hafiy.

"Ni nak goda abang ke apa?".

"Terpulang la kalau nak fikir macamtu".

Mariam Syuhada kembali bermain dengan butang baju suaminya. Sengaja dia membuka dua butang diatas. Hafiy menghela nafas berat.

"Stop, Syu! Abang tergoda kang, susah".

"Hurm..."

Hafiy memegang tangan isterinya cepat2. "Iyelah.. abang bagi! Janji dengan abang, Syu jaga diri elok2. Jangan nak melompat ke apa ke..! Degil betul isteri abang ni".

Pipi Mariam Syuhada dicubit kuat.

"Thank you! Sayang abang".

Hafiy hanya mampu tersengih. Sabar jelah!

***

"Ni barang semua dah bawak ke?".

"Dah! Syu dah double check. Abang tak payah risau la!".

"Fizah.. jaga isteri saya ni elok2. Kalau dia nakal, cubit aje!".

Hafiza tergelak kecil. Sejujurnya, dia sendiri pelik dengan permintaan Mariam Syuhada yang menyuruh mengambil dia di rumah. Memang dia pernah cakap nak bercuti, tapi tak tahu pulak waktu nya sekarang.

Beg roda sudah dimasukkan kedalam bonet. Beg tangan dan beg ubat juga sudah diletak di tempat duduk hadapan. Mariam Syuhada sudah tak sabar nak bercuti bersama Hafiza. Nasib kawannya tak banyak songeh bila diberitahu semalam.

"Abang, nanti sampai sana Syu call abang. Abang jangan risau, eh?".

Hafiy diam. Berat hatinya nak melepaskan Mariam Syuhada.

"Fizah, kejap eh!". Lantas ditarik lengan isterinya agar mengikutnya ke kamar.

"Kenapa ni?". Terkebil2 memandang wajah Hafiy.

"Syu betul taknak teman abang esok? Syu betul nak bercuti ni?".

Mariam Syuhada tersenyum manis. Kolar baju suaminya dirapikan. Mariam Syuhada mencium lembut pipi suaminya.

"Maaf, Syu tak bersedia".

Hafiy melepaskan keluhan. Dia sudah mengagak. Wajah isterinya dipegang erat.

"Kenapa Syu? Apa yang Syu dapat buat macamni?".

"Ketenangan. Biar Syu tenang dulu, nanti Syu balik. Abang, selamat bernikah. Syu sayang abang, tau". Dia memeluk erat suaminya.

Kali terakhir pelukan. Lepasni dah berbeza.

"Syu.. jangan macamni, sayang".

"Syu minta maaf. Syu dah siap gosok baju abang. Ada kat dalam tu. Nanti pakailah. Baju abang pun Syu dah masukkan dalam beg. Mana yang perlu. Cukup kan untuk lima hari?".

Hafiy mendengus. Bukan ini yang dia mahu.

"Oh ya! Syu belikan perfume baru buat abang. Pakailah malam lepas nikah nanti. Abang kena wangi2 dengan isteri abang. Er.. Syu gerak dulu".

Tangan Hafiy dipaut lalu disalami penuh mesra. Sebolehnya dia cuba menahan air mata daripada gugur. Lama dia menatap wajah suaminya.

"Syu sentiasa kat sini". Lalu diletakkan tangan di dada Hafiy.

"Maafkan abang.."

"Tak! Abang tak salah. Syu pergi tak lama. Nanti Syu balik. Assalamualaikum".

Mariam Syuhada melepaskan tangan di pegangan Hafiy. Dia terus meluru masuk kedalam kereta. Sempat dia melambai Hafiy dari tingkap. Mulutnya sempat membisikkan kata sayang. Biarlah Hafiy merasa tenang.

"Beb, kenapa sebenarnya ni?".

Soal Hafiza setelah meninggalkan perkarangan rumah. Mariam Syuhada tersengih.

"Erm.. boleh tak kau berhenti kat lorong rumah tu? Aku nak jumpa orang kejap".

Hafiza mengangguk. Pelik dengan sikap kawannya harini. Takde angin takde ribut, tiba2 nak bercuti!

Sampai sahaja di rumah yang ditunjukkan oleh Mariam Syuhada, wanita itu bergegas keluar kereta. Sempat dia menyuruh Hafiza agar menunggunya. Beg kertas yang berada di tempat duduk belakang diambil lalu dibawa sekali.

Salam diberi. Terpacul susuk tubuh Zahara dengan tuala yang menutupi rambutnya.

"Eh, Syuhada! Ada apa?".

"Boleh Syu masuk?".

"Er.. masuklah!".

Pagar dibuka. Zahara mempersilakan Mariam Syuhada masuk ke rumah.

"Boleh Syu masuk bilik Zahara?".

"Er.. kenapa? Bilik Ara bersepah".

"Takpe. Yang mana?".

Dengan penuh kehairanan, Zahara tunjuk juga bilik tidurnya. Biliknya serba putih dengan dihiasi perabot yang berwarna hitam. Mariam Syuhada terus mengeluarkan sesuatu dari dalam beg kertas.

"Syu takde benda nak hadiahkan. Ni je mampu". Sambil tangannya lincah mengganti cadar tilam Zahara.

Cadar yang berwarna putih susu dihiasi sulaman berwarna merah menjadi pengganti cadar yang lama. Dah lama Mariam Syuhada membelikan cadar ini. Hajatnya tercapai.

"Apa ni, Syu? Kenapa susah2 pulak?".

"Eh, apa pulak susah? Syu ikhlas nak hadiahkan. Hadiah perkahwinan Ara dengan abang Hafiy".

Zahara bingkas mendapatkan Mariam Syuhada. Tangannya dipegang erat.

"Jangan macamni, Syu. Ara serba salah!".

"Serba salah kenapa? Takde apa2 la. Ara kan nak nikah dengan Abang Hafiy, jadi kenalah bagi hadiah. Syu takde duit banyak nak beli barang mahal". Dia tergelak kecil. Tangannya masih memasang cadar bantal.

Zahara hanya mampu melihat. Cadar serba putih yang cantik ini terasa tak layak untuk dibuat hadiah untuknya. Mariam Syuhada sudah memberi keizinan, sudah cukup buat Zahara.

"Ok, siap! Nanti abang Hafiy mesti balik rumah Ara lepas kahwin. So, bolehlah rasmikan cadar ni malam pertama". Mariam Syuhada tersenyum manis.

"Syu! Tolong jangan macamni. Ara rasa bersalah. Syu, Ara tak mintak lebih, cukup dah keizinan yang Syu dah bagi".

"Apa cakap macamtu pulak. Erm.. Selamat pengantin baru tau. Jadi isteri solehah untuk abang Hafiy.". Dia memeluk erat Zahara.

"Oh ye, ni ada baju untuk Ara, pakailah masa nikah nanti. Syu yang pilih tau! Ok la, Syu dah lambat ni. Assalamualaikum!".

Mariam Syuhada bingkas keluar dari rumah Zahara. Sempat dia melambai kearah wanita itu.

"Hati2!".

Hanya itu yang mampu diungkapkan. Dia melambai hinggalah bayangan kereta Mariam Syuhada hilang dari pandangan.

"Moga kau bahagia, Syuhada! Terima kasih".

Hampir lima belas minit sudah perjalanan mereka, Hafiza mula mengorek rahsia yang masih menjadi teka teki dalam fikirannya.

"Kenapa tiba2 nak bercuti?".

"Saje!".

"Dengan kaki kau yang sakit macamtu, kau boleh cakap saja? Aku tak percaya!".

Mariam Syuhada mengunyah jajan super ring. Dia langsung tak menjawab.

"Aku bawak kucing ke apa? Syu, kau dengar tak??".

"Apa? Aku dengar la.."

"Dah tu? Jawablah!".

Eh, Syuhada ni. Ada yang makan brek kejap lagi ni!

"Abang Hafiy nak nikah esok".

"What?!!".

Hafiza terhenti mengejut. Mujur tiada kereta dijalan raya saat itu. Hafiza terjerit kecil.

"Kau gila?!!".

"Ish, apa kau ni? Drive la elok2!".

Kus semangat! Nasib tak terkeluar jantung aku! Kot ye pun jangan lah brek mengejut.

Hafiza tak puas hati. Kereta diberhentikan dibahu jalan. Hafiza menoleh kawannya meminta pengertian.

"Kau cakap dengan aku betul2, siapa yang nak kahwin?".

Mariam Syuhada memberhentikan suapan. Dia mengeluh seketika.

"Abang Hafiy". Mendatar suaranya. Hati kembali berkocak.

Duhai Iman, jangan kau menipis!

"Syu! Are you mad?! Seriously? Kenapa? Apa yang jadi??".

"Dah takdir aku, terima ajelah".

"Woah! Ni bukan kes takdir makdir.. ni kes kenapa boleh nak kahwin lain??".

Takdir makdir? Bahasa apa tu?

"Aku izinkan".

Sekali lagi Hafiza melopong. Susah otaknya nak menghadam setiap kata2 Mariam Syuhada. Aku dah bengap ke sekarang ni?

"Syu! Kau dah kenapa? He's your husband la!".

"Aku tau.."

"Dah tu??".

Mariam Syuhada mengeluh berat.

"Dia nak tolong wanita teraniaya".

"Oh really? Baik gila hati laki kau!". Sinis bunyinya.

"Lagipun, dari biar laki aku menaruh harapan macamtu, dosa la. Baik aku izinkan".

Hafiza menggeleng kepala berulang kali. Sepertinya dia memang blur!

"Ok, aku rasa aku macam bengap sekarang ni! Kawan aku jadi angel and si suami jadi apa pulak?".

"Hafiza, stop it!".

"Apa? Salah ke aku cakap? Yang kau nak baik hati sangat, kenapa? Apa? Nak dapat payung emas ke? Syu, there's no payung emas, ok! Wake up, la! Ini bukan drama hindustan".

"Aku ikhlas.."

"Go to hell la ikhlas kau tu! Hafiy tu laki kau and kau izinkan dia kahwin lain atas sebab nak lindungi another women? Congrate la!".

Hafiza tergelak kecil. Dia menyilang tangan di dada. Memang tak faham langsung!

"Fiza, aku tau kau mesti marah.."

"Memang aku marah! Dulu, kau yang pertama dan terakhir. Sekarang, dah jadi yang terakhir ke?! Kau sedar tak sekarang ni?".

Mariam Syuhada tertunduk sayu. Ada air mata jernih mengalir di pipi. Dia sebak.

"Aku redha. Aku redha. Dia suami aku dan aku nak dia bahagia. Aku faham niat dia. Aku tak mungkin hancurkan hati dia. Selama ni, dia jalankan tanggungjawab dia sebaiknya. Aku yakin dia mampu".

"Allahu Akbar! Apa masalah kau ni sebenarnya". Stereng dihentak kuat. Hafiza memicit dahi nya. Pening!

Lama mereka terdiam. Mariam Syuhada menangis semahunya. Bukan dia tak redha, cuma hatinya masih rapuh. Hafiza sendiri sudah buntu dengan apa yang terjadi. Jauh di dalam hati, dia merasa simpati. Tapi, amarah dan tidak puas hati lebih bermaharajalela.

"Aku tak mintak pun apa2. Cukup abang Hafiy bahagia". Hanya itu yang mampu diluahkan. Dia mengesat air mata.

"So, sekarang ni kau nak bercuti sebab tak sanggup la?".

"Abang Hafiy kahwin esok. Aku tak sanggup nak tengok".

"Esok?? Patutlah beriya nak bercuti sampai seminggu pulak tu. Kenapa? Tak sanggup pula Hafiy tu dengan perempuan lain?".

"Kau marah aku?".

Hafiza mengeluh. Dia kembali memandu keretanya. Soalan Mariam Syuhada dibiar tak berjawab. Kali ini, dia pula yang memerlukan ketenangan.

Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Tak banyak yang mereka bualkan di dalam kereta ekoran luahan tidak puas hati Hafiza. Sampai sahaja di homestay Hafiza, Mariam Syuhada segera menuju ke bilik yang disediakan.

"Ni bilik kau. Aku saja bagi yang dekat dengan air terjun ni. Aku nak ke kaunter depan kejap".

"Thanks, Fizah".

Hafiza mengangguk. Dia lantas meninggalkan Mariam Syuhada sendiri berehat.

Bilik yang dipenuhi katil bersaiz king dan sebuah almari tampak kemas. Dekorasi bilik ini berunsurkan gaya bali. Sangat tenang dan mendamaikan ditambah dengan bunyi air terjun dari luar bilik.

Mariam Syuhada menghenyakkan tubuhnya ke atas katil. Empuk sekali. Terasa hilang segala penat badannya. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, henset Mariam Syuhada berbunyi.

Dh smpi? Abg rndu Syu
~hafiy~

Sebuah senyuman menghiasi wajah Mariam Syuhada. Dia juga rindukan suaminya.

bru smpai. Syu pun rndu abg. Dh mkn ke?
~Syu~

Tak lalu nk mkn. Syu xd
~hafiy~

Mariam Syuhada tergelak kecil membaca mesej daripada suaminya. Dia dah boleh mengagak wajah cemberut suaminya itu.

Nnt syu blk ok? Abg jge mkn. Xmo tdo lwt. Syu syg abg
~syu~

Knok! Knok!

"Syu, jom makan! Lapar la".

Tersembul wajah Hafiza di muka pintu.

"Ok!".

Henset diletak tepi. Mariam Syugada bingkas bangun mengikuti langkah Hafiza. Mereka ke sebuah kafe yang terletak bersebelahan kaunter pertanyaan. Mariam Syuhada sangat sukakan suasana yang diilhamkan. Suasana makan ala kampung. Sangat kena dengan gaya dan ketenangan tempat itu.

"Cantik nya!".

"Ni mak ayah aku yang design. Aku pun berkenan jugak. Cantik, kan?".

Mariam Syuhada tersenyum. Sempat dia membelek satu sudut yang menempatkan hiasan barang2 zaman dahulu kala.

"Kau nak makan apa? Nampak gaya macam kampung, kan? Tapi sini, western food pun ada".

"Oh.. Yeke? Erm, aku teringin nak makan chicken chop la".

"Ok, chicken chop 1 nasi goreng usa 1". Hafiza memesan pada pelayan tersebut.

"Kau makan la banyak2, aku belanja".

"Kau dah tak marah aku ke?".

"Marah tetap marah! Belanja lain cerita".

Mariam Syuhada mencebik. Apa2 jelah Fiza oi!

"So, siapa bakal madu kau tu?".

"Erm.. nama dia Zahara. Dia bekas klien abang Hafiy".

Hafiza terdiam.

"Dah tu, apesal dia tak angkut klien lain kahwin sekali?".

"Fiza!".

Mariam Syuhada agak tak selesa dengan tutur ayat kawannya.

"Entahlah, beb! Aku geram! Geram bila dapat tau dia nak kahwin lain. Aku bukan tak boleh terima alasan tu, tapi banyak lagi cara lain. Ini kes bukan nak tolong, ni lebih kepada dah jatuh sayang. Kalau dia tak simpan perasaan tu, aku sure benda ni semua takkan jadi".

"Fiza, tak baik la. Ni semua dah takdir Allah".

"Kau ni berlembut sangat! Memang la takdir, tapi benda boleh ubah kalau kita ubah!".

Mariam Syuhada mengeluh. Dia termenung jauh memandang keluar.

"Dah tu, esok nak nikah?".

"Hurm.."

"Kau? Kat sini bawak hati".

"Aku tak bersedia la".

"Apesal pulak tak bersedia? Bukan kau ke yang izinkan?".

Mariam Syuhada mengeluh lagi. Memang dia izinkan, tapi hati wanitanya tetap rapuh untuk melihat suami yang selama ini miliknya seorang sudah dibahagi dua.

"Sebab tu aku kata, kau ni nak jadi malaikat ke? Dah hati kau tak rela, kau pergi izinkan kenapa? Sendiri yang tak boleh nak hadap, tak boleh nak tengok".

Hafizah membetulkan duduknya.

"Aku cuma tak boleh fikir macamana hidup abang hafiy dengan dia nanti. Kau faham kan?".

"Aku faham! Kau tu je yang baru nak faham sekarang. Susahnya hidup bermadu, kau tau tak? Yang boleh hidup bermadu tu, yang takde gaduh tu.. aku salute la! Mungkin hati diorang memang suci. Tapi, aku kenal kau. Kau bukannya sekuat mana pun. Hati kau tu lembut".

"Aku cuba.."

"Kau cuba! Tapi, at the end, macamnilah!".

Lurus telunjuk Hafiza menunjuk kearah Mariam Syuhada.

"Aku boleh bagi kau kata semangat, tapi beb.. kau sendiri kena kuat hadapi. Benda ni semua jangan kau asyik ingat takdir semata".

"Kau mesti pandang aku macam apa je, kan?".

Hafiza berkerut. "Macam apa?".

"Yelah, aku ni lembik la, tak kuat tapi ada hati nak acah2 kuat".

Hafiza mengekek ketawa. Lengan kawannya dipegang sekejap.

"Aku tak fikir pun macamtu".

"Eei.. kau ni!".

Mariam Syuhada memukul lengan kawannya itu. Hafiza tergelak kecil.

"Dah la.. makan jom! Perut aku dah berbunyi2 ni. Lepasni, aku bawak kau jalan2 area sini. Yang pasti air terjun sebelah bilik kau tu.. cenggini aku cakap!". Seraya menunjukkan thumbs up! Mariam Syuhada tergelak kecil.

"Iyelah! Boleh aje".

Mereka pun mula menjamu selera. Mariam Syuhada makan dengan penuh berselera. Dia ingin melupakan segala2 yang berlaku. Kehadirannya disini untuk bercuti.

Moga kau tabah, wahai hati!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience