BAB 27

Family Completed 4130

Tuan Izz, Ayden dan Muaz terkaku melihat suasana di hadapan mereka itu. Pegawai-pegawai yang lain termasuk Ustaz Kazim Elias laju menghampiri Maroz yang meraung sehingga menakutkan penuntut-penuntut yang lain.

Esha hanya mengalirkan air matanya diikuti dengan esakan kecil bila melihat keadaan Maroz yang dulunya seorang lelaki yang mempunyai ego yang paling tinggi sanggup melutut di hadapannya untuk meminta maaf dengan kisah lalu. Ya Allah kuatkan hatiku ya Allah.

"Saya sudah maafkan apa yang berlaku. Biarlah ia menjadi sejarah dan pengajaran untuk kita bersama Encik Maroz."

Maroz menggeleng-gelengkan kepalanya kuat. Baginya, dosanya itu tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa apatah lagi Esha yang mengalami kejadian itu.

Bila sudah melihat Maroz begitu, Ustaz Kazim Elias bertindak untuk menarik Maroz dari berlutut di situ lalu membawa dia ke tempat lain. Esha yang menangis teresak-esak di bawa juga ke dalam. Mungkin ingin menenangkan wanita itu.

Tuan Izz, Ayden dan Muaz hanya mampu melihat. Apa yang pasti, dunia ini terlalu kecil. Lari ke mana pun, kalau ada jodoh pasti akan berjumpa.

"Assalamualaikum."

Seorang lelaki tiba-tiba hadir ke meja mereka sambal bersalam dengan Tuan Izz, Ayden dan Muaz. Ketiga-tiga mereka menjawab salam itu dengan serentak.

"Saya Iqhwan."

Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada mereka semua. Dia sempat melihat kejadian lelaki meraung tadi. Ingin bertanya tapi dia segan kerana dia baru sahaja datang ke tempat itu.

Mereka berempat bercerita mengenai diri masing-masing. Dari situ mereka sepertinya bertemu satu penyelesaian. Mereka datang berjumpa dengan Ustaz Kazim Elias untuk mendidik mereka mendalami mengenai ajaran Islam.

Dari petang bawa ke malam, barulah masaalah diantara Maroz dan Esha selesai. Penyelesaiannya, kedua-duanya selamat diijab kabulkan di pusat pendidikan itu juga. Esha yang hidup sebatang kara mungkin memudahkan lagi acara pernikahan diantara mereka berdua. Walaupun Maroz masih dengan wajah yang sugul, namun cahaya kelegaan dan keinsafan terserlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience