BAB 5

Romance Completed 29760

“Akak wanna know something?”

“hurmm apa?” teruja aku ingin berbual setelah beberapa helai muka surat Iqraa’ telahpun dibaca lancar oleh Akram. Sudah empat hari aku menjadi guru solat part-time. Masuk hari ketiga Alhamdulillah, Akram sudah boleh menghafal semua bacaan dalam solat. Sesudah itu disuruhnya pula aku mengajar iqraa’ kepadanya. Akram berazam untuk menyertai kelas tambahan bacaan quran buka sekolah nanti. kalau asas Iqraa’nya sudah ada tidaklah Akram terlalu malu nanti, risau juga ditertawakan kawan-kawan lain.

“Semalam Akram jadi Imam and guess who is the makmum?” Menggeleng aku perlahan.

“Nashlaa percaya tak?”

“Nope! Takkanlah, and macam mana dia boleh setuju?”

“Kan Akak cerita berimam pahala 27 ganda so i begged him to bring me to surau tapi dia malas. Akram merajuk and marahla Nash. Last-last dia give up and volunteer jadi makmum.” Tersenyum aku mengangguk. Kalau aku pun tak sanggup nak mendengar mulut murai ni mengomel. Baik aku kenankan sahaja permintaanya. Tambahan pula ibu bapa mereka sibuk sedangkan Nash mempunyai bilik office sendirI di rumah dan bekerja sebagai freelance graphic designer. Sudah tentulah Nash yang perlu melayan perangai si kecil ni.

“Tonggang-tongek Nash semalam and dia main taram ikut je Akram. Padahal dia tak tahu nak baca apa-apapun. Funny isn’t it?”

“Isy tak baik tau riak. Tuhan tak suka.”

“Riak tu ape?”

“Talking big about yourself”

“Alaa dah berdosalaa ni. How to repent?” Gelabah Akram memandang aku. Takut sungguh budak ni dengan perkataan dosa neraka.

“Istighfarla banyak-banyak.”

“Astafirullahalazim” rancak kepala Akram digoyangkan bagai menurut watak komedi.

“isy overlah kau ni.” Tersengih Akram sendiri.“Entahnya, over sangat. Dah cepat kemas.

”Akram menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba ditolak kasar oleh Nash. Entah bila Nash datang pun aku tak sedar.

“Awal lagi ni .Baru sejam belajar. Sikit lagi tak boleh ke? Aku memujuk Nash lembut.

“Atuk datang hari ini. Nak kena singgah tesco belikan selimut dengan bantal. Jomlah sekali kita lunch kenny rogers’ nak?”

“Okeh.” laju aku bersetuju. Selama tiga hari aku berjaya menyembunyikan perasaan aneh aku terhadap Nash walaupun kadang-kadang pipiku agak membahang apabila diusik. Nash sudah tidak sombong seperti dulu. Cuma memang sudah azali dua beradik ini mulutnya kasar dan kurang beradab sopan. Almaklumlah keturunan orang bandar urban. Akram pernah berbisik kepadaku mengenai perangai Nash yang semakin baik denganku.

“Akak bukan prospek Gf dia. That’s why dia okay dengan akak. Tapi hakikatnya, he’s jerk. Akak tak payah nak baik sangatlah dengan dia” Aku terdiam mendengar penjelasan Akram. Sudah tentulah aku tidak berpeluang mencuri hati Nash. Apatah lagi Nash banyak teman wanita. Kehidupannya terlalu berbeza dengan aku yang telah di didik supaya tidak mudah jatuh cinta sembarangan.

“Nash, you jerk! apa yang you buat kat sini hah?”

“Serentak kami bertiga berpaling sedang tangan masing-masing sedang memilih buah epal untuk atuk. Kelihatan seorang gadis berambut perang berpakaian baby-T dan berseluar jeans ketat sedang bercekak pinggang dan menjegil mata ke arah kami.

“You cancel lunch dengan I tapi you keluar dengan permpuan lain. You ingat I macam jenny, ann, anis and semua betina yang you dah pernah date dulu ke? I can’t accept this.”

“Relakslah Hannah. Ni cikgu tusyen Akram. Kan Akram kan?” Pantas,kami berdua mengangguk

“I puasa harinilaa Hannah. Tak boleh lunch dengan you.’’

“You puasa apa?”

“Puasa…errr..err.puasa sunat!” Perlahan Nash menjawab.

“Tipulah. Mana ada orang puasa sunat hari jumaat.” Nash cepat-cepat memandang aku mencari kepastian. Aku mengangguk tanda setuju dengan kenyataan Hannah.

“Hannah janganlah marah. Malu tau dekat Akram. Tesco ni ramai orangla darling, please”

“Talk to my hand. We are done now.I hate you and I nak suruh my dad cancel deal bussines dengan you!” Hannah berlalu pergi meninggalkan kami.

Mengekek Akram ketawa sambil aku tersenyum memandang Nash yang kelu. Tidak disangka pengetahuan agama Hannah tidaklah begitu lekeh. Sepanjang membeli-belah dan di dalam kereta tak putus-putus Akram mengejek Nash dan disambut hilai ketawa oleh Nash. Riak kecewanya sudah lama hilang. Memang dasar playboy, tak terkesan lansung di hati walaupun baru berpisah dengan kekasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience