Chapter 22

Romance Series 4988

Perjalanan dua jam menaiki pesawat membuatkan Isha terlelap dan lena di sisi Iman. Iman membetulkan duduknya dan menyandarkan kepala Isha dibahunya. Dia mengusap lembut pipi isterinya. Iman menggenggam erat jari-jemari Isha dan dikucupnya perlahan. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Busan, mereka terus mendapatkan teksi dan menuju ke hotel yang telah ditempah. Mereka menghabiskan waktu malam itu dengan makan di restoran halal yang berdekatan. Kali ini mereka memesan jjambong, bibimbap dan nasi goreng kimchi serta makanan sampingan yang lain. Iman sekali lagi teruja apabila merasa mee jjambong tersebut. “Pandai You pilih makanan yang sedap-sedap!” Iman memuji. “Macam mana You tahu?” soalnya lagi. “I kan selalu tengok cerita korea! I tahulah. Dah lama nak makan macam ni, sekarang baru dapat!” katanya sambil tersenyum. “Kat KL kan banyak kedai makanan korea. Kenapa tak pergi?” Iman menyoal. “I nak rasa yang orang korea buat. Yang betul-betul asal dari sini!” Isha menjawab sambil mengelap mulutnya yang comot dengan tisu. “Demand!” usik Iman. Isha hanya menyambut kata-kata itu dengan ketawa kecil. Setelah mengisi perut, mereka pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan solat. Isha terus membuka telivisyen sejurus sahaja keluar dari bilik mandi. Dia mengalih siaran dan mencari drama korea yang diminatinya. Dia terus melabuhkan punggung di hadapan meja solek sambil mengeringkan rambut dengan pengering rambut yang disediakan. Setelah selesai, dia menuju ke arah Iman yang sedang duduk di sofa dan baring di riba suaminya sambil memegang remote tv. Mereka menonton drama tersebut dengan penuh minat. Isha akhirnya terlena sendiri. Iman mengangkat Isha dan meletakkan isterinya di atas katil. Dia kemudian menyelimutkan Isha dan mengelus rambutnya. Sebuah ciuman mesra dihadiahkan di pipi wanita itu. ‘Untunglah senang tidur!’ hatinya berbisik. Jam di telefon bimbitnya menunjukkan pukul 12 pagi. ‘Dah lewat. Memang patut pun dia tertidur! Aku je yang tak reti nak tidur!’ getus hatinya lagi.
Keesokannya, mereka menghabiskan masa dengan berjalan di sekitar bandaraya Busan. “Abang!” panggil Isha. Iman sedikit terkejut mendengar panggilan itu. “Ya!” dia menjawab selamba. “Is it okay I call You abang?” soal Isha. Iman tersenyum dan mencubit pipinya. “Actually memang tu pun panggilan yang I nak dengar! Tapi takut You tak selesa pulak. Ya? Ada apa sayang?” balasnya ceria setelah mendengar Isha memanggilnya begitu. “Isha ajak abang datang sini sebab Isha pernah tengok satu cerita korea ni. Dia kata kalau nak shopping, the best place to go is Busan! Tu yang Isha ajak abang datang sini!” Isha menjelaskan tujuannya mengajak Iman ke situ. Iman mengangguk. “Great then! So kat mana kita nak start shopping cikgu?” soal Iman mengusik. Isha ketawa mendengar panggilan itu. “I’m not your cikgu lah!” balas Isha sambil menarik hidung suaminya. Mereka masuk satu per satu kedai yang ada di situ. Isha tidak lupa untuk membeli souvenir buat keluarganya dan keluarga Iman. “Sayang! Sini kejap!” panggil Iman yang sedang berdiri di muka pintu bilik persalinan. Isha meluru mendapatkan suaminya. Iman pantas menarik Isha masuk ke bilik tersebut dan tersenyum nakal. Dia memegang kedua-dua belah tangan isterinya dan meletakkannya di dinding dan berlagak seperti seorang yang mempunyai niat jahat. “What are you trying to do?” soal Isha cemas. Iman ketawa. “Isha takut ke? I’m your husband. Bukan orang lain!” jawabnya sambil mendekati Isha untuk mencium isterinya. Isha cuba mengelak. “Iman Amar! Kita bukan kat rumah okay! Please behave! Let me go!” pintanya sambil mencuba untuk melepaskan diri. “Apa? Iman Amar? Isha nak kena cium eh?” Iman ‘mengugut’ isterinya. Belum sempat Isha membalas, satu ciuman hinggap di bibirnya. Iman tersenyum memandang Isha. “Apa yang Isha takut sangat? Orang mintak kiss je kan!” katanya sambil membetulkan rambut di hadapan cermin di dalam bilik persalinan itu. Muka Isha merah padam. Dia berpura-pura membetulkan tudungnya. Iman membuka pintu bilik persalinan itu sambil ketawa. “Kelakar lah sayang ni! Kena cium pun merah habis muka! Isha berjalan pantas meninggalkan Iman di belakang dan keluar dari kedai itu. Iman mengejarnya dari belakang.
Selesai membeli-belah beberapa helai pakaian di beberapa buah kedai, pasangan merpati dua sejoli itu menuju ke salah sebuah pantai yang berdekatan. Isha berjalan mendekati air laut. Dia cuba menyentuh air laut tersebut. “Sejuk!” katanya sambil menjerit dan memandang Iman. Iman tersenyum melihat isterinya. Isha mengukir namanya dan Iman di atas pasir pantai tersebut. “Macam orang jatuh cinta pulak main tulis-tulis nama macam ni!” kata Isha setelah mengukir nama mereka berdua di atas pasir. Iman memeluknya dari belakang sambil memerhatikan ombak pantai. “Sayang! Boleh janji satu benda tak dengan abang?” Iman menyoal. Isha hairan. “Janji apa?” soalnya ingin tahu. “I love you so much sayang! You know that well right?” soal Iman. Isha mengangguk. “Kalau ditakdirkan abang pergi jauh satu hari nanti, abang nak Isha ingat semua kenangan kita. Kalau boleh, Isha simpan semua kenangan kita sampai bila-bila. Abang taknak Isha cari pengganti abang!” pinta Iman sambil mendakap erat tubuh isterinya. Angin salju yang dingin menyapa pipi Isha. Hatinya tiba-tiba bertukar sayu setelah mendengar permintaan suaminya. “Kenapa abang tiba-tiba cakap macam ni? Abang nak pergi mana? Abang nak tinggal Isha ke? Abang dah janji takkan tinggalkan Isha!” Isha membalas sambil menggoncangkan tubuh sasa suaminya. Air mata Isha jatuh di pipi. Iman pantas memeluk isterinya. “Tak, tak! Abang tak pergi mana-mana! I’m stay with you forever sayang! Abang gurau je tadi! I’m sorry for making you cry sweetheart!” katanya sambil menyeka airmata di pipi isterinya dan mendakapya kembali. Isha kembali reda dan menolak suaminya. Dia berpaling dan berjalan seorang diri di tepi pantai tersebut. Iman mengekorinya dari belakang. “Sayang! I’m sorry!” kata Iman sambil berlari mengejar Isha dari belakang. Dia menarik tubuh Isha menghadapnya. Isha menundukkan kepalanya. “Sampai hati abang buat Isha macam ni! Isha takut tahu tak!” katanya sambil menyeka air mata di pipi. Iman memeluknya erat. “I’m sorry sayang! Abang takda niat nak buat Isha menangis. Abang cuma nak test Isha je. That’s all! Forgive me please sweetheart!” pinta Iman bersungguh. Dia sekali lagi menyeka sisa air mata di pipi Isha. Isha tersenyum tanda menerima maaf. Mereka pulang ke hotel setelah menyaksikan matahari terbenam. Seperti biasa, Isha mencari drama korea di setiap siaran televisyen yang ada. Kali ini mereka menonton televisyen bersama di atas katil. Isha akhirnya terlena dalam dakapan suaminya. Iman menutup suis lampu meja dan melelapkan matanya. Mengharapkan Isha turut menjadi sebahagian daripada mimpi indahnya malam itu.
Mereka keluar makan di restoran berdekatan hotel pagi itu. Isha menghabiskan masa dengan berbual kosong dan bergurau senda dengan suaminya di restoran itu. Mereka tidak bercadang untuk melakukan sebarang aktiviti memandangkan itu adalah hari terakhir mereka di Korea. “I’m so happy to be here!” kata Isha sambil menyisip minumannya yang masih panas. “Iman tersenyum mendengar kata-kata isterinya. “Me too! We created a good memories here!” balasnya sambil melemparkan pandangan ke jalan raya. Setelah mengemas barang, mereka bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Busan. Mereka terus melelapkan mata sejurus sahaja melabuhkan punggung di dalam pesawat tersebut tanpa sebarang suara. Bagi Isha, itu adalah memori terindah yang pernah dimilikinya. Begitu juga Iman. Isha terjaga apabila seorang pramugara datang menghampiri mereka. “Excuse me madam, sir! Do you need want any meals or drinks?” soalnya penuh sopan. Isha mengejut Iman di sebelahnya. “Abang nak apa-apa tak?” soal Isha. “Boleh jugak!” jawab Iman yang masih separuh sedar. “Give us two set of tuna sandwich, hotdog, coeslaw, fries and orange juice please!” pinta Isha kepada pramugara itu. Pramugara tinggi lampai itu mengangguk dan berlalu pergi. Iman menggosok matanya dan mengerling ke arah jam tangannya. “Lagi dua jam sampai la.” Katanya sambil membuka penutup botol air mineral di hadapannya. “Lena abang tidur! Siap sandar kepala kat Isha lagi. Dah lah berat!” Isha mengusik. “Eleh! Isha tu tidur berdengkur tau tak!” Iman membidas. Isha memandang orang sekelilingnya. Takut kalau-kalau ada penumpang yang mendengar. Isha pantas menekup mulut suaminya dengan tangan. “Shhh!! Perlahan sikit! Nanti orang dengar lah!” kata Isha sambil mencubit tangan suaminya. “Aduh!” Iman menjerit perlahan. Dia menggosok tangannya. Isha hanya ketawa melihat gelagat Iman. Dia membalas dengan mencubit pipi Isha. “Stop it!” pinta Isha. “No!” balas Iman yang tidak mahu mengalah. Gelagat mereka berdua tidak ubah seperti kanak-kanak. “Excuse me!” kata pramugara tersebut yang datang membawa makanaan dan minuman yang dipesan. Iman melepaskan pipi Isha. seperti yang dijangka, pipinya sudah merah padam. Iman menggosok kembali pipi isterinya. “Sorry sayang! Dah merah dah pipi Isha!” kata Iman seakan kesal dengan perbuatannya. Isha hanya ketawa. “Tahu pun takut!” balas Isha sambil menyuapkan fries ke mulut suaminya. Isha terus menelefon abangnya setelah mendarat di KLIA 2. “Hello abang! Kitorang dah sampai. Mintak Pak Mail ambikkan kitorang boleh tak?” Isha memulakan bicara. “Amboi! Salam tak apa tak, tiba-tiba suruh orang ambik! Kejap lagi abang cakap.” balas Aizal. Isha hanya ketawa dan mematikan telefonnya. Mereka terus memindahkan barang ke bonet kereta setelah Pak Mail sampai. “Banyak shopping!” tegur pemandu tersebut. “Taklah banyak mana! Tapi untuk Pak Mail pun ada tau!” kata Isha sambil tersenyum. Pak Mail hanya ketawa kecil melihat mendengar kata-katanya. “Nak balik rumah ibu ke rumah kamu ni?” soal Pak Mail ketika dalam perjalanan pulang. “Rumah Isha lah Pak Mail! Penat! Esok-esok baru kami balik rumah ibu.” Isha membalas.
Sampai sahaja di rumah mereka, Isha dan Iman membersihkan diri dan solat. Mereka mengeluarkan baju-baju kotor dari bagasi dan menyusun barang-barang yang dibeli di Korea. Iman menghulurkan sekotak hadiah kepada sterinya. “Apa ni?” soal Isha sambil menyambut hadiah tersebut. “Hadiah la. Apa lagi.” jawab Iman ringkas. Isha membuka kotak tersebut. Rantai silver dengan loket berbentuk love. “Cantiknya! Thank you honey bunny!” ucap Isha sambil menghadiakan kucupan mesra di pipi suaminya. Iman tersenyum lebar. “Pandai pun cium abang! Tak payah mintak pun dah tahu nak buat apa! Macam ni la baru betul!” kata Iman sambil mencuit hidung isterinya. Mereka akhirnya melelapkan mata setelah jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Keesokannya, Isha bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi. Isha ingin bercadang untuk membuat nasi goreng pada pagi itu. Dia hanya perasan beras di rumahnya sudah habis apabila membuka kabinet di dapur untuk memasak nasi. Dia mengambil keputusan untuk keluar sebentar mebeli beras sementara Iman masih tidur. Sampai sahaja di rumah, dia mengangkat beras sepuluh kilo itu sendiri dan meletakkannya di dapur. Kelihatan Iman sedang berjalan keluar dari bilik tidur mereka. “Kenapa tak kejut abang? Kenapa keluar sorang? Angkat beras ni sendiri pulak tu! Berat tau! Lain kali jangan buat macam ni! Benda-benda berat macam ni biar abang angkat!” kata Iman dengan nada yang agak serius. Isha hanya mengangguk dan tersenyum. Setelah meletakkan nasi di periuk elektrik, Isha duduk sebentar di meja makan. Terasa tegang di perutnya. Iman yang lalu di sebelahnya pantas mendekatinya. “Kenapa ni?” soalnya cemas. “Takda apa. Perut Isha sakit. Macam mencucuk-cucuk! Salah makan kot!” Isha menduga. Selang beberapa minit, dia mula mengerang kesakitan. Iman semakin cemas. “Kita pergi hospital jom!” arah Iman. “Taknak! Isha nak masuk bilik.” kata Isha sambil bangun dari kerusi dan cuba berjalan. Dia hampir terjatuh ke lantai tetapi sempat disambut oleh Iman. Rasa sakit tersebut semakin menjadi. Isha memegang perutnya. Mukanya merah menahan sakit. Kelihatan darah mengalir ke kakinya. Iman terkejut dan terus menelefon ambulans. Isha akhirnya dibawa ke hospital untuk rawatan. Iman menunggu di luar wad kecemasan dengan penuh bimbang. Doktor yang merawatnya akhirnya keluar. “Encik Iman Amar?” soal doktor tersebut. “Ya saya!” Iman pantas menjawab. “Saya doktor Farid. Alhamdulillah, baby and mommy okay. Nasib baik awak cepat. How can this happen? Isteri awak ada buat kerja berat ke?” soal doktor tersebut menduga. “She’s pregnant?” soal Iman terkejut. Doktor Farid mengangguk. “Awak tak tahu ke?” soalnya. “Saya tak tahu. Dia takda pulak morning sickness ke apa. Berapa minggu doktor?” soal Iman penuh minat. “Three weeks. Congratulation!” kata doktor Farid. Iman tersenyum lebar. “Pagi tadi dia keluar beli barang. Dia ada angkat beras sepuluh kilo!” sambungnya lagi. “Patutlah! Lepas ni jangan bagi dia buat kerja berat. It can be dangerous for the baby.” katanya sebelum berlalu pergi. Iman mengangguk dan meluru masuk ke wad isterinya. Isha tersenyum memandangnya. Iman menggenggam erat jari-jemari halus milik Isha. “Isha pregnant!” kata Iman sambil tersenyum. “Fortunately everything is okay! Never do that again okay! Isha duduk je kat rumah tu diam-diam! Biar abang yang settlekan semua kerja rumah tu!” arah Iman. “Doktor cakap apa lagi?” soalnya ingin tahu. “Doktor kata baby okay! Nasib baik kita cepat!” jelas Iman dan menghadiahkan kucupan di pipi isterinya. “Dah bagitahu ibu, ayah, mama dengan papa belum?” soal Isha. Iman mengangguk. “Diorang on the way!” balas Iman ringkas. Dia mengusap perlahan perut isterinya. “I’m waiting for you baby! Duduk diam-diam tau dalam perut ibu!” kata Iman sambil terus mengusap perut Isha. Isha hanya tersenyum. Dia tidak dapat menggambarkan perasaan gembiranya setelah apa yang ditunggu-tunggu oleh dia dan suaminya akhirnya menjadi kenyataan. Beberapa minit kemudian, ahli keluarga mereka sampai. Ketika mereka sampai, Isha sudah terlena di katil tersebut. Iman menceritakan apa yang terjadi. “Kamu kena tengok-tengokkan sikit Isha tu. Dia ni degil sikit! Susah nak dengar cakap orang!” nasihat Encik Faizul. “Aah! Kalau dia rasa nak buat, dia buat je!” tambah ibunya. Iman hanya tersenyum. Dia kemudian keluar ke koridor dan berbual dengan Aizal. “Jaga dia baik-baik. Isha tu nampak je hardcore tapi hati dia mudah terasa. Perhatikan sikit dia tu kalau dekat rumah. Dia tu suka buat kerja-kerja rumah ni.” Aizal menasihati Iman. “Terima kasih Abang Aizal! Isnyaallah, saya cuba yang terbaik!” balas Iman meyakinkan Aizal. “Apa-apa pun tahniah!” katanya sambil menepuk bahu adik iparnya.
“Kami balik dulu ya! Ayah dengan ibu nak ke Shah Alam ni. Nak jumpa Pak Long. Kalau ada apa-apa call terus!” pesan Encik Faizul sebelum beredar. Iman mengagguk tanda faham. Dia kembali mengambil posisi di kerusi sebelah katil isterinya. Iman menggenggam erat jari-jemari Isha. Isha tersedar daripada lenanya. “Mana ibu ayah semua?” soal Isha sambil mencari-cari kelibat mereka. “Diorang dah balik. Lama jugak diorang kat sini tadi. Tapi Isha tidur. Kami taknak kejutkan Isha. Mama dengan papa kirim salam!” kata Iman. Isha menjawab salam mereka. Dia mencuba untuk bangun tetapi perutnya masih terasa sakit. “Isha nak ke mana? Isha tak boleh bangun lagi! At least esok baru boleh berjalan.” jelas Iman. “Tolong tinggikan sikit katil ni boleh tak?” pintanya. Iman hanya menurut kata-kata isterinya. “Isha kena banyak rehat, tak boleh buat kerja berat, tak boleh stress, jalan kena slow-slow..” jelas Iman panjang lebar. Isha menekup mulutnya dengan tangan dan ketawa. “Abang ni macam doktor! Isha tahulah. Tapi Isha tak boleh nak duduk rumah je 24 jam. Isha pun ada kerjaya jugak!” balas Isha mengingatkan posisisnya sebagai staf di Annisa Corporation. Iman ketawa kecil. Mungkin sedar yang dirinya melebih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience