6

Family Completed 11588

Pipinya yang lebam dan bengkak itu dipegang tengku adi. Walaupun sudah seminggu selepas kejadian dia kena ‘cop mohor’ aisyah terus dia berehat di rumah. Malu dirasakan kalau berjalan dengan muka yang sudah separuh ‘cacat’ ini. Dalam diam dia masih mengucapkan syukur kerana aisyah sekadar menumbuk pipinya dan tidak mengerjakan dia cukup-cukup sampai lunyai.

“adi, kenapa tak pergi kolej lagi? Dah seminggu dekat rumah.” Tegur tengku asimah sambil duduk di birai katil anak bujangnya itu. Tengku adi berganjak sedikit untuk meemberi ruang.

“malu lah mummy. Muka hensem adi dah tercemar.” Balas tengku adi malas. Dia mengusap-ngusap pipinya yang bengkak itu. Nasib kau lah adi, siapa suruh kacau orang keluh tengku adi di dalam hati.

“banyak songeh betul kamu ni kan? Ada je alasan nak bagi. Muka je pun. Bukannya seluruh tubuh badan kamu ni dah hilang keupayaan. Kamu ni, dah allah beri peluang untuk belajar tu belajarlah elok-elok. Dekat luar sana tu punyalah beratus-ratus manusia yang nak sambung belajar tapi tak mampu. Jangan sia-siakan peluang yang ada ni, adi. Mummy tak suka.” Nasihat tengku asimah tegas. Sedari kecil, tengku adi sudah rasakan ketegasan mummynya itu. Namun dalam diam,, terselit perasaan kasih sayang yang dipamerkan wanita tersebut.

“kamu dengar tak cakap mummy ni?” tegur tengku asimah sementelah anaknya berdiam diri.

“dengar. Adi diam sebab nak hadam semua pesanan mummy tu.” Ujar tengku adi selamba.

“ouh, lupa pula mummy nak tanya. Siapa yang buat pipi kamu macam tu? Tak sempat nak tanya sejak mummy jadi pengerusi kelab mummy tu.” Tengku adi mencebik. Kelab kecil-kecilan pun nak ada pengerusi ke?, kutuk tengku adi di dalam hati. Apabila terasa telinganya dipiat, dia segera mengaduh.

“berangan lagi waktu mummy tanya. Rasakan, padan muka.” Tengku adi merapatkan kedua telapak tangannya.

“ampun mummy, tak nak buat dah. Lepas telinga adi, mummy. Nanti capang sebelah. Lagi tak hensem abak mummy dibuatmya.” Rayu tengku adi. Setelah berpuas hati barulag tengku asimah melepaskan telinga anaknya. Dia berdehem beberapa kali.

“siapa?” soalnya lagi sedikit tegas.

“perempuan. Dia mengganas bila adi tak jawab persoalan dia. Lepastu, adi pula saja nak main-main. Adi jerkah dia, masa tu lah dia layang penumbuk dia. Mendaratlah dekat pipi adi ni.”cerita tengku adi penuh gaya. Tangannya bergerak-bergerak melakonkan kembali adegan cemas yang dilaluinya.

“kamu ni pun, mengacau anak dara orang kenapa?” tengk uasimah mengetuk lembut kepala anaknya itu. Aku yang kena ke? Menyesal pula cerita dekat mummy.

“mummy, kenapa adi yang kena balik? Patutnya aisyah la kena.” Tengku adi terus menekup mulutnya. Alamak, terlepas cakap pula kesal tengku adi.

“aisyah? Yang nak ajar mummy chicken chop tu ke?” soal tengk uasimah sedikit tidak percaya. Mahu tidak mahu tengku adi mengangguk. Matanya dipejamkan tidak mahu melihat mummynya menjadi incredible hulk.

1...2...3

“alhamdulillah ya allah. Kau dah temuka jodoh paling baik buat anakku.” Terbeliak mata tengku adi melihat mummynya sedang berdoa. Bukannya mummynya tidak pernah berdoa tetapi doa mummynya kedengaran janggal. Jodoh? Anak? Aku ke? Tak nak aisyah. Mummy tak mahu lah aisyah laung tengku adi dalam hati. Mahu patah riuk tulangnya kalau sebumbung dengan aisyah tiara itu. Minta simpanglah.

“mummy nak jumpa dengan daddy kamu. Pergi dulu.” Tengku asimah meninggalkan tengku adi terkebil-kebil sendiri. Tengku adi menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat perangai mummynya yang macam-macam. Pening kepala dibuatnya.

Aisyah melipat pakaiannya untuk dibawa ke kampung halamannya esok. Rasa mahu saja dia melompat dan menjerit kerana terlalu gembira dapat bertemu dengan nenek dan atuknya. Lagipun suasana kampungnya yang damai amatlah disukainya.

“aisyah, dah sedia nak balik kampung?” soal encik kamal melanglah masuk ke dalam bilik anaknya. Aisyah mengangguk teruja. Dia memandang ayahnya teruja.

“ayah tak balik sekali lah dengan aisyah. Tak apa kan? Ayah dah ganti tempat ayah dengan seseorang. Mesti aisyah suka.” Senyuman di bibir aisyah terus pudar. Aisyah mengangguk bungkam.

“aisyah, ayah minta maaf. Ayah ada hal sikit yang kena uruskan. Ayah dah carikan aisyah peneman. Jadi, tak adalah aisyah bosan.” Pujuk encik kamal. Dia berasa bersalah kerana telah menghancurkan kegembiraan aisyah di waktu akhir.

“tak apa. Siapa peneman aisyah tu?” soal aisyah sekadar ingin tahu. Bolehllahdia search di fac ataupun ig untuk melihat wajah penemannya itu.

“what?! No way. Adi tak nak pergi sana. Terseksa tau.” Tolak tengku adi bersungguh-sungguh.

“aisyah lagi terseksa lah kalau pergi dengan dia. Baik tak payah balik kampung kalau dengan dia sekali aisyah kena angkut.” Ujar aisyah. Buat berat kepala aku jelah dia ni nak ikut pula getus hati aisyah benci.

“tolonglah temankan aisyah, adi. Ayah dia patutnya teman dia tapi ada hal pula. Tu yaang daddy suruh kamu temankan dia. Bukannya susah pun, kan?” soal tengku muzafar. Cermib matanya ditanggalkan dan meraup mukanya.

“mummy, tolomg adi?” tengku adi meminta pertolongan mummynya keluar dari bencana hidupnya.

“opss, mummy ada kerja dekat dapur. Tata” ternganga tengku adi dibuatnya mummynya berlalu begitu saja. Rambutnya ditarik perlahan. Muka daddynya dipanjang lama. Dia menghela nafas berat.

“yelah, adi temankan dia.” Tengku muzafar dan tengku asimah tersenyum gembira. Langkah pertama berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience