Rate

Prolog

Family Series 3707

Puan Alia melahirkan anak kembarnya tanpa bantuan sesiapa, dia harus bertahan demi anaknya yang lain juga. Selepas suaminya meninggal dunia kerana kemalangan tragis yang berlaku pada tahun lepas, suaminya meninggal selepas mereka 10 tahun mendapat sepasang anak kembar, Ketika itu, dia sedang berada di rumah bersama dua orang anak kembarnya, Emir Azam dan Emyra Azira, tiba-tiba, dia mendapat panggilan kecemasan tentang suaminya, yang meninggal dunia yang menyebabkan kereta suaminya terbabas sehingga jatuh gaung. Dia berasa amat terkejut dengan kejadian itu, segera ke hospital. Tetapi suaminya sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Dia sangat rindukan suaminya itu. Selepas beberapa jam di wad bersalin, dia dihantar ke wad biasa, anak kembar Alia datang melihat ibu mereka dan adik-adik baharu mereka Amir Iman dan Amyra Imani. Sekarang Emir dan Emyra sudah berusia 10 tahun. Mereka gembira melihat ibu mereka selamat melahirkan adik-adik mereka. Mereka sekeluarga sudah hilang tempat bergantung. Ibu mereka terpaksa berhenti bekerja, demi menjaga adik-adik baharu mereka. Walaupun Emir dan Emyra masih bersekolah, mereka mengambil upah untuk membantu jiran-jiran mereka yang memerlukan.Walaupun sudah dilarang oleh ibu mereka. Mereka berkeras untuk membantu ibu mereka. Mereka sudah tiada siapa. Datuk-datuk dan nenek-nenek mereka sudah lama meninggalkan mereka sejak mereka belum lahir lagi. Kata ibunya, mereka pergi secara bergilir-gilir akibat sakit jantung dan kanser. Lagipun, kedua-dua ibu dan arwah ayah mereka tiada adik-beradik. Masing-masing anak tunggal. Ayah mereka seorang yang kurang mampu, tetapi ibu mereka seorang yang agak kaya kerana mempunyai 4 geran tanah, hasil daripada datuk mereka sebelah ibu. Selepas beberapa hari, di hospital, ibu mereka dibenarkan pulang ke rumah teres 1 tingkat, milik keluarga kecil mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience