BAB 4

Spiritual Completed 1351

“Ada orang meminang Dahlia, ibu?” tanya aku kepada ibu dengan nada terkejut. Aku tak sangka, ada orang yang aku tak pernah kenali masuk meminang aku. Siapa pulalah dia ni?

“Haah, Lia. Ibu pun terkejut tadi. Ayah kamu tak tahu lagi ni. Esok pagi mereka akan datang semula. Ibu nampak lelaki itu beria-ria nak meminang kamu. Pakaiannya ibu lihat seperti seorang ustaz.” Lidahku terkelu. Ustaz? Ustaz nak meminang aku? Ya Allah jauh sekali taraf aku dengannya. Aku tidak layak untuk menjadi pasangan kepada seorang ustaz. Aku masih lagi belum menjadi hamba Allah yang solehah. Aku masih lagi merangkak untuk mendalami ilmu agama Islam.

“Takpelah ibu. Lia cuba buat solat istikharah. Lia tak nak tersalah pilih. Lagipun... Lia belum bersedia nak jadi seorang isteri.” Gumam aku perlahan. Ibu mengangguk faham.

“Ibu faham. Kamu baru sahaja genap 20 tahun. Tak apalah, mungkin jodoh kamu sudah sampai. Lia cuba buat solat sunat supaya Allah memberi petunjuk kepada kamu.” Aku mengangguk lalu meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Pekerjaan aku sebagai novelis memang agak padat jadualku. Sudah beberapa karyaku sudah dijual di kedai buku mahupun di aplikasi telefon bimbit. Menjadi seorang novelis memang banyak kerja perlu dilakukan. Idea mesti sentiasa ada. Kalau hilang memang alamatnya, lambatlah nak siap novel tu.

Keesokannya, rumahku didatangi oleh sebuah keluarga. Mungkin keluarga inikah yang masuk meminang aku semalam? Mujur aku sudah menutup auratku setelah mereka masuk ke dalam rumah, disambut oleh ibu dan ayah. Aku membancuh air di dapur untuk tetamu yang bertandang. Aku menatang dulang yang terletaknya teko dan beberapa biji cawan ke ruang tamu. Aku bersalam dengan seorang wanita dan seorang gadis.

“Puan Sri, inilah anak perempuan saya. Arianna Dahlia.” Aku hanya mengukirkan senyuman nipis namun kepalaku masih tertunduk kerana aku malu untuk memandang seoranglelaki yang sedang duduk berhadapan dengan aku.
“Tak usahlah panggil saya Puan Sri. Panggil sahaja saya Rahmah. Ini suami saya, Hafiz. Ini anak teruna saya, Khaiyi dan ini anak dara saya, Aisyah.” Mulalah sesi berkenalan di antara ibu dan ayah bersama keluarga itu. Aku perasan lelaki bernama Khaiyi itu masih memandang aku lama. Aku mula tidak senang duduk. Tiba-tiba aku mendengar Puan Sri Rahmah memanggil namaku dengan lembut.

“Dahlia. Kamu tahukan hajat kami datang ini untuk masuk meminang kamu untuk anak teruna saya, Muhammad Khaiyi Ali.” Aku membatu. “Jadi kamu terimakah pinangan ini ataupun kamu perlukan masa?” tanya Puan Sri lagi. Aku meminta kekuatan kepada Allah. Apa yang aku harus jawab?

“Umm.. sa-saya... boleh tak Puan Sri sekeluarga beri saya masa dalam seminggu untuk saya berikan jawapan tersebut?” tuturku lembut supaya aku tidak mengecewakan mereka.

“Baiklah. Kami akan berikan kamu masa.”

Dua jam kemudian, mereka bersurai. Khaiyi sempat meminta nombor telefonku untuk cuba mengenali aku sebelum aku memberi jawapan tersebut. Setelah selesai menolong ibu menguruskan kerja di dapur, aku meminta diri untuk masuk ke dalam bilik dan beristirehat. Aku mencapai telefon bimbit jenama Samsung lalu membuka aplikasi wechat dan whatsapp. Aku membalas kesemua mesej yang dihantar oleh teman-temanku. Tiba-tiba telefonku bergetar menandakan mesej whatsapp baru diterima.

013310XXXXX

‘Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh..’

Aku terkejut apabila ternampak nombor yang tidak kukenali menghantar mesej kepadaku. Aku membalas salamnya.

‘Waalaikumussalam warrahmatullah hiwabarokatuh...’

‘Dahlia, ini saya Khaiyi. Maaf menganggu awak yang mungkin sedang berehat. Awak marahkan saya ke tentang pekara tadi? Saya tahu aku mesti terkejut dengan peminangan awak untuk saya.’
‘Oh awak, Khaiyi. Tidak mengapa. Marah? Saya tak marahkan awak cuma agak terkejut sikit kerana secara tiba-tiba. Saya tak pernah mengenali awak. Bagaimana awak mengenali saya?’

‘Oh lega saya bila awak cakap macam tu. Saya selalu nampak kelibat awak di masjid. Awak rajin solat berjemaah di masjid. Kadang-kala saya ternampak awak di kedai buku yang selalu awak datang dan awak ni novelis kan?’

‘Oh. Barulah saya tahu. Awak imam masjid, ya? Patutlah saya macam pernah nampak wajah awak. Ya, saya seorang novelis tetapi tidaklah sepopular novelis yang lain.’

‘Ya, saya imam masjid. Alhamdullilah. Karya awak sangat bermanfaat. Semua karya awak sudah saya beli.’

Aku tergamam. Dia dah beli semua karya aku?

‘Terima kasih kerana membeli karya saya.’

Itu sahaja yang mampu aku balas. Sebenarnya aku masih malu dengannya. Aku tidak percaya, dia seorang imam masjid datang meminang aku? Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Adakah aku patut menerima pinangannya?

Tting tting..

Mesej baru yang dihantar oleh Khaiyi aku baca.

‘Dahlia, awak datang ke masjid tak malam ni? Hari ini ada ceramah dari Ustaz Kazim Elias.’

Aku tersenyum. Boleh pula aku terlupa malam ni Ustaz Kazim akan menghadiri ke masjid untuk memberi ceramah. Aku membalas dengan mengucapkan terima kasih kepada Khaiyi dan terus bangkit membersihkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience