Series
3703
SEBAIK sahaja Maya tiba di rumah, dia terus mula mengemaskan pakaiannya. Esok, dia akan berpindah keluar dari rumah itu.
Apa yang dia buat hari ni bukan sahaja berani, tapi gila. Dia baru sahaja berkahwin dengan lelaki yang dia kenal kurang dari tempoh seminggu dan esok, dia akan mula tinggal sebumbung dengan lelaki itu.
Tapi Maya langsung tak menyesal. Yang patutnya menyesal adalah dua ekor beruk yang menikam dia dari belakang sekarang.
“Maya! Saya ni. Awak tengah buat apa dekat dalam tu? Buka pintu ni cepat!” suara Ray mengejutkan Maya dari luar pintu apartment.
Maya sebenarnya dah senyap-senyap tukar kunci rumah. ‘Dia dah tahu pasal aku dengan Kai ke?’ fikirnya dingin.
“Kenapa awak datang?” Maya akhirnya bertanya, cuba mengekalkan nada tenangnya. Dia belum ada hati nak bercakap lama dengan lelaki ini.
Ray memandang Maya lama, meneliti wajahnya. Tak ada yang pelik. Dia rasa mungkin Maya tak cukup tidur sahaja. Dia menghela satu keluhan dan bersuara, “Sophie cedera. Malam ni awak pergi audition untuk gantikan dia. Sampai hotel tu nanti, pakai topeng muka, pura-pura sakit sikti. Senang nak lepas audition.”
“Senang nak lepas audition?” Maya mengecilkan matanya. “Kalau Sophie masuk hospital, bukan ke sepatutnya pihak wartawan dah sepatutnya tahu pasal tu?”
Ray langsung tak sedar betapa menyedihkan permintaannya. Boleh pula lelaki itu suruh dia jadi stand-in untuk perempuan yang curang dengan dia?
“Saya dah uruskan semuanya. Manager Sophie akan tolong awak nanti. Lagipun, Sophie cedera teruk sekarang ni. Takkanlah awak sebagai kawan, sanggup biarkan dia lepaskan peluang ni?” soalnya tanpa segan silu.
Jijik betul dengar ayat begitu keluar dari mulut lelaki yang sepatutnya jadi suami dia dan dah tidur dengan kawan baiknya. Sekarang, barulah Maya faham betapa bodohnya dia dulu. Dia dah berulang kali kena tipu, berkorban masa, tenaga, dan perasaan. Rupa-rupanya Ray cuma memandang dirinya tak lebih daripada alat untuk dipergunakan sahaja.
“Okay,” Maya menjawab dengan tenang, menahan bara yang disimpan dalam hati. “Saya pergi malam ni.”
Kalau mereka yakin sangat yang dia akan tunduk, dia akan pastikan lakonan malam ini akan menjadi lakonan yang mereka akan ingat untuk sepanjang hidup mereka.
“Pastikan awak datang tepat pada masanya. Jangan buat pasal pulak!” pesan Ray sebelum berlalu pergi, tergesa-gesa untuk kembali ke sisi Sophie.
Maya memerhati belakang tubuh lelaki itu menghilang di koridor, kemudian berbisik perlahan, “Aku akan pastikan kau berdua tengok sendiri macam mana semua ni akan berakhir.”
Dia tutup pintu, duduk diam di lantai, dan menatap telefonnya. Tak lama kemudian, dia menghubungi pengurus lamanya, Lola, satu-satunya orang yang dia masih percayai sehingga ke hari ini.
“Apa?! Dia suruh kau, pelakon nombor satu negara, ganti tempat Sophie untuk audition? Otak dia dah kena jual dekat eBay ke?” Suara Lola menjerit dari hujung talian, kedengaran lebih marah berbanding Maya sendiri.
Maya mengangkat bingkai gambar di lantai, gambar lama dia dengan Ray, kemudian dia tersenyum nipis. “Aku dah setuju untuk pergi.”
“Kau serious nak pergi ke?” soal Lola, masih tak percaya. Dia kenal sangat dengan perangai Maya. Kalau wanita ini dah buat keputusan, buat macam mana pun dia tak boleh nak ubah.
Maya menolak perlahan kotak ke tepi dengan kaki dan wajahnya yang tenang terpantul di cermin. “Lola, aku tahu yang kau risaukan aku. Tapi ada benda yang aku kena uruskan sendiri. Tolong contact wartawan dari beberapa station TV. Cakap yang aku ada berita gempar nak bagitahu diorang.”
“Berita gempar?”
“Selama ni aku perbodohkan diri aku sebab aku cintakan Ray. Sekarang ni mata aku dah terbuka luas. Kalau diorang berani nak pergunakan aku lagi, aku akan pastikan diorang terima ‘bayaran’ yang setimpal.”
Di hujung talian, Lola senyap sebentar sebelum menghela nafas. “Fine, Maya. Aku akan sokong kau. Aku sentiasa ada untuk support belakang kau, okay? Tapi apa rancangan sebenar kau ni?”
Maya tersenyum kecil. “Kalau dia suruh aku audition untuk Sophie, mestilah dia yakin yang aku takkan expose identiti aku. Aku akan buat berlawanan dengan apa yang dia expect aku buat. Aku akan expose identiti aku atas pentas dan aku akan dedahkan kontrak berat sebelah yang aku dah tandatangan dengan StarPlus Entertainment.”
Lola ketawa kecil, puas. “Baguslah kau ada plan. Kita main je game diorang malam ni.”
Maya menghela nafas panjang. Dengan Lola di sisinya, dia dah lengkap memperjuangkan sebahagian daripada dendamnya.
“Sebenarnya, Sophie bukan semata nak aku audition untuk pihak dia. Dia dengan Ray memang dah lama rancang nak gunakan kedudukan Ray untuk bolot semua peluang lakonan syarikat tu. Ini bukan kali pertama diorang buat macam ni. Tapi kita kena ada bukti.”
Dia berhenti seketika, kemudian menyambung perlahan. “And… Sophie tengah mengandung. Anak dalam perut dia tu anak Ray.”
Maya terdengar satu hentakan kuat dari hujung talian. “Wah! Macam avocado dibelah dua! Sepadan sangat dua orang kaki maksiat tu untuk satu sama lain!”
Maya tersenyum tawar. “Kali ni, aku takkan jadi mangsa lagi. Sekali diorang sakitkan aku, aku akan balas dua kali ganda sakitnya.”
BEBERAPA jam kemudian, Maya muncul di Moon Rose Hotel, tempat ujibakat dijalankan. Dia memakai topi, topeng muka, dan solekan ringan yang membuatkan dia nampak sama gaya dengan Sophie.
Baru sahaja dia melangkah masuk ke lobi, seorang lelaki separuh umur menghampirinya — Chris, pengurus Sophie.
“Sophie! Kenapa nampak pucat sangat ni? Cepat, ikut I. Jangan buat director tunggu lama!” ujarnya kuat-kuat, sengaja menarik perhatian orang di sekeliling.
Maya faham permainan itu. Chris kononnya nak cakap dengan semua orang yang Sophie dah sampai dalam keadaan begitu.
‘Bagus. Biar mereka terus percaya.’
Dalam lif, Chris menatap Maya tajam. “Kau lambat. Kau ingat kau siapa? Dah lupa diri ke?”
Nada sombong itu mencucuk telinga Maya. Kalau dia masih aktif sebagai artis, lelaki macam ni takkan berani nak tatap matanya sekali pun. Tapi hari ni, mereka memandang rendah dia macam dia ni orang suruhan di sebalik layar sahaja. Cuma layanan mereka lebih teruk kepadanya.
Dia menunduk sedikit, menarik nafas panjang. “Ramai yang kenal dengan Sophie dalam production kali ni. Saya tak nak orang perasan yang saya bukan Sophie. So, saya kena prepare awal-awal.”
Chris mendengus kecil, tapi akhirnya mengangguk. “Fine. Nanti bila sampai bilik audition, kau cuma kena berpura-pura pengsan depan Director Jun. Senang.”
Maya menjeling sedikit. “Macam tu je?”
“Zaman sekarang semua benda boleh settle. Dah, cepat jalan.”
Maya menahan senyuman sinisnya. ‘Diorang ingat dengan duit je semua tu boleh dapat ke?’
Walaupun peranan yang Sophie mahukan hanyalah watak pembantu ketiga, jalan cerita filem itu berkisar tentang tragedi hidup watak yang dipilih, seorang wanita yang dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tak cintakannya sehingga akhirnya hilang kewarasan. Watak itu kecil sahaja, tapi pengaruh watak itu kuat. Kalau dimainkan dengan lakonan yang bagus, cukup untuk menghidupkan semula kerjaya pelakon yang dah ‘mati’ macam dia.
Ray memang pandai aturkan permainan, tapi yang akan menang permainan pada malam itu bukan si ‘game maker’.
“Ni tempat duduk Sophie. Kau duduk dulu,” ujar Chris sambil menuding ke satu sudut.
Maya mengangguk dan melangkah ke arah yang ditunjukkan, memastikan topi dan topeng muka menutup wajahnya.
DALAM pada masa yang sama, di dalam sebuah kereta hitam yang berhenti dua blok dari situ, Kai sedang membaca laporan daripada pembantunya.
“Tuan Kai,” sapa pembantu itu, “Kami baru dapat info yang Puan Maya menyamar sebagai Sophie untuk audition malam ni.”
Kening Kai terangkat sedikit. “Oh?”
Dia menyandarkan badannya ke kerusi. Senyuman kecil muncul pada bibirnya. “Menarik. Siap sedia. Aku nak tengok macam mana isteri aku berlakon dengan mata dan kepala aku sendiri.”
Share this novel