19 Hak Milik Saya

Family Series 57531

Ianya mengambil masa tiga hari untuk Rhett uruskan semua dokumen berkaitan sebelum mulai bergerak awal subuh ketika embun masih begitu tebal dan keadaan sekeliling masih pekat hitamnya.

Dia nekad, apa jadi, jadilah! Dia sudah tak kisah. Rhett menukar kereta di rumah sahabat yang dipercayai, yang dia yakin tidak akan membocorkan rahsianya. Single cab berwarna putih itu dipandu laju menyusuri lebuh raya.

Oleh kerana ini bukan kali pertama dia menempuh pejalanan yang jauh sebegitu, Rhett sudah menyediakan segala kelengkapan. Menjelang petang, dia mencari tempat berehat berhampiran sungai. Oleh kerana dia tidak mahu terlalu keletihan apabila sampai destinasi yang dituju, Rhett bercadang mahu tidur semalaman di situ. Dia mandi, menunaikan kewajiban, mengisi perut dan tidur di dalam kereta.

Keesokan harinya, Rhett kembali menyambung perjalanan. Dengan tubuh segar, perut kenyang dan tenaga penuh… semangat Rhett begitu berkobar-kobar menuju ke destinasi. Rhett masuk ke simpang kampung dan melintas di depan sebuah kedai runcit di mana sebuah kancil berwarna pink terang terparkir di tepi kedai manakala di sebelah kereta kancil itu kelihatan sebuah motorsikal Yamaha EZ115 berwarna hitam.

Rhett meneruskan perjalanan. Tiada niat mahu berhenti dan pergi bertegur sapa dengan pemilik kedai runcit berkenaan. Dia perlu berurusan dengan opah dahulu. Kenderaan yang dinaiki akhirnya memasuki halaman rumah opah. Rhett mematikan enjin lalu melihat jam di tangan. Waktu-waktu sebegini opah pasti tiada di rumah.

Rhett keluar dari perut kereta dan terus melangkah menuju ke rumah nenek Jiah. Rhett cuba mengintai dari celah-celah cermin keping bertingkat-tingkat itu. Opah dan nenek Jiah selalunya akan duduk berbual di ruang tamu atau dalam dapur rumah nenek Jiah. Setelah memastikan tiada orang di ruang tamu, Rhett berjalan menuju ke belakang rumah nenek Jiah.

“Kau yakin ke Del akan bahagia kawin dengan anak si Aman tu, Murni?” Langkah Rhett mati berhampiran pintu dapur yang terbuka luas saat dia dengar suara nenek Jiah. Rhett cepat-cepat menyandarkan tubuh di dinding kayu papan sambil gigih memasang telinga.

“Hanya budak tu yang saya yakin sudi meminang Del sekarang ni, Jiah. Gara-gara si Puteh datang dengan besi buruk boleh terbang tula, satu kampung kini dah tahu status cucu saya tu. Memang tak guna si Puteh tu, muncul-muncul susahkan hidup saya!”

“Tapi apa yang kau cakap dengan Puteh tu tak betul, Murni. Tak baik menipu. Del tu bukan cucu Puteh. Kau tak kasihan ke dengan Del tu?”

Suasana sepi buat seketika. Beberapa saat kemudian, kedengaran esakan halus opah.

“Saya bukan saja-saja mahu menipu Puteh tu, Jiah. Kau pun tahu kan, Del tu tidak punya siapa-siapa kecuali saya. Walau pun dia cuma anak angkat Dhiah dan Ahmad, tapi mereka tak pernah anggap macam tu. Malah, mereka sayangkan Del lebih dari segalanya. Saya pun dah anggap Del tu cucu kandung saya, Jiah. Saya cuma mahu yang terbaik untuk Del. Saya yakin Puteh dan Rhett tu pasti akan jaga Del dengan baik bila saya kata macam tu. Kalau saya tak buat begitu, bagaimana dengan Del nanti? Del anak yang baik, bijak dan cantik. Dia patut dapat yang terbaik. Cuma saya tak mampu, tapi Puteh tu kaya. Dia pasti akan berikan yang terbaik untuk Del.”

“Itu betul, Murni. Tapi saya tetap rasa semua ini tak betul. Bukankah Puteh harus diberitahu yang cucu sebenar dia tu dah meninggal?”

Tangisan opah semakin kuat kedengaran. Rhett yang sedang mencuri dengar turut merasa sebak. Hampir dia ikut menitiskan air mata.

“Kalau saya berterus terang, bukan Puteh yang terluka teruk, tapi Del, Jiah. Kau faham tak? Status Del akan terbongkar. Kenapa Dhiah sungguh-sungguh mahu tukar nama kepada Dhiah Maisarah… sebab itu nama ibu kandung Del, nama yang tertera dalam surat lahir Del. Dhiah juga mahu melindungi Del, Jiah. Anak saya sendiri cuba melindungi identiti Del kerana dia sangat sayangkan anak itu. Kau faham tak?”

Rhett tunduk merenung lantai. Air mata dikesat perlahan. Dia benar-benar terpukul dengan kebenaran yang baru dia dengar itu. Walau pun dia sudah tahu yang Deila bukan anak papa sebaik saja dia lihat tarikh lahir Deila di dalam borang temu duganya hari itu, dia juga hampir tidak dapat menerima apa yang dia dengar. Tak sangka, begitu berat ujian buat Deila.

Rhett duduk mencangkung, cuba mengeringkan air mata yang semakin lama semakin deras menuruni pipi. Ya Allah, dia tak sekuat Deila! Rhett menutup wajah dengan tapak tangan. Cuba menahan esakan meluncur keluar dari mulut. Teringat bagaimana Deila mati-mati pertahankan siapa bapa kandungnya. Jika perkara ini terbongkar, dan Deila dapat tahu yang Mardhiah bukan ibu kandungnya, bagaimana Deila menghadapinya?

Tanpa sedar, Rhett menangis teresak-esak. Dia tidak mampu lagi mengawal perasaan sedih mengenangkan Deila, gadis malang yang sangat dia cintai itu.

“Ya Allah, Rhett! Kau ke tu?!” Opah dan nenek Jiah tergamam di depan pintu dapur rumah nenek Jiah.

“Opah… maafkan Rhett opah! Maafkan Rhett!” Rhett bingkas bangun dan meluru lalu opah dipeluk bersama tangisan sayu menyayat hati. Opah turut menangis ketika membalas pelukan Rhett.

“Kau dah dengar semuanya?” Tanya opah dalam tangisan.

“Saya tahu semuanya opah. Saya janji saya akan jaga Del, sayang Del seumur hidup saya, opah.”

“Kau tetap akan anggap Del tu keluarga kau walau pun kau dah tahu siapa dia yang sebenarnya?” Opah tanya lagi. Dia tidak yakin dengan apa yang dia dengar dari mulut Rhett tadi.

“Ya, opah. Demi Allah saya janji, opah!”

“Syukurlah kalau macam tu. Jaga Del baik-baik bila opah dah tiada nanti.”

Selepas sesi nangis-nangis selesai, barulah Rhett terangkan tentang tujuan kedatangannya ke situ.

“Kalau macam tu, kau bawalah Del cepat-cepat jumpa si Puteh tu. Kau tunggu kejap. Biar opah kemaskan pakaian Del dan dokumen yang kau minta tu.”

Rhett dihimpit rasa bersalah kerana terpaksa menipu opah, tapi dengan cara ini saja dia dapat menghalang Deila dari kahwin dengan lelaki lain. Dia tidak rela! Dia takkan benarkan gadis pujaannya itu jatuh ke tangan lelaki lain. Dia akan buat apa saja termasuk buat jahat demi Deila Araferro.

“Nah, ini semua barangan Del dan dalam sampul ini ada semua dokumen yang kau nak tu.”

“Terima kasih, opah. Saya bawa Del pergi sekarang ya. Nanti bila semuanya selesai, saya akan hantar Del balik. Opah jangan risau.”

“Ya, opah tau. Jangan risaulah. Opah tahu jaga diri. Nanti opah suruh je Mirul atau budak Fuad tu temankan opah.”

“Terima kasih, opah.”

Sejurus selepas Rhett memasukkan beg pakaian Deila ke dalam kereta, sebuah kancil berwarna pink memasuki perkarangan rumah. Rhett menarik nafas sedalamnya, cuba untuk terlihat tenang walhal dada bagai dipalu dengan keras, bertubi-tubi.

Deila keluar dengan muka masam mencuka. Tak dipandang langsung Rhett yang terpacak di sebelah opah.

“Apasal lelaki ni datang, opah?” Deila bertanya dengan kasar.

“Del, jangan kurang ajar. Macam mana sekalipun, Rhett ni tetap darah daging kau. Kalau bukan kerana bapa dia, kau takkan wujud di dunia ni!” Deila terdiam bila opah bersuara dengan tegas.

“Rhett nak bawa kau ke bandar. Si Puteh tu tengah sakit dan minta untuk berjumpa dengan kau. Pergilah Del. Rhett janji tak lama, nanti dia hantar kau balik.”

“Saya tak nak!” Tegas Deila jawab.

“Deila! Si Puteh tu nenek kau juga!”

“Saya tiada keluarga lain selain opah, arwah ibu dan arwah bapa.”

Opah pegang dada dan mulai bernafas dengan keras. Deila keoanikan lalu berlari mendapatkan opah.

“Opah!”

“Sikap keras kepala kau ni akan buat opah mati lebih cepat, Deila!”

“Opah!”

“Kau pergi sekarang! Jauh perjalanan ke bandar tu. Opah akan minta Mirul atau Fuad datang temankan opah nanti. Pergi cepat sebelum opah diserang sakit jantung!”

“Opah! Jangan macam ni. Saya tak…”

“Apa yang susahnya tunaikan permintaan si Puteh tu, Del? Lepas jumpa dia kau baliklah. Tak susah kan? Kau tak kasihan ke dekat orang tua tu? Manalah tahu tiba-tiba dia pergi dulu dari opah, tak kasihankah kau tak tunaikan permintaan dia yang tak susah mana pun itu?”

Rhett terbatuk halus mendengar kata-kata opah. Ya Allah! Rasa bersalah menerpa sanubari. Ampunkan Rhett duhai nenda.

Deila terdiam. Bola mata berkaca saat menatap opah. Dia terluka dengan opah yang langsung tidak cuba memahami usaha dia yang sedang cuba sedaya upaya untuk menguburkan ingatan terhadap lelaki yang hanya diam di sebelah opah itu.

“Dah, pergilah sekarang. Nanti terlewat. Rhett, bawa Deila pergi.”

Rhett memandang Deila. Melihat wajah sedih Deila, dia semakin dihimpit rasa berdosa. Tapi untuk berundur, dia tidak rela! Menangislah sekarang Del, lepas ni dia akan bahagiakan gadis itu. Itu janji dia pada diri sendiri.

Sepanjang perjalanan Deila hanya tidur walau pun tak mengantuk. Dia mengiringkan tubuh membelakangi Rhett sambil berpura-pura tidur. Langsung tidak melayan bila Rhett cuba ajak berbual. Rhett memandu tanpa berhenti. Meredah kepekatan malam dengan tubuh yang mulai keletihan. Sewaktu siang tiba, dia cuba mengajak Deila berehat untuk mengisi perut tetapi Deila langsung tidak menjawab. Akhirnya, Rhett meneruskan perjalanan. Mereka tiba di bandar ketika matahari sudah terbenam.

“Del, bangun! Kita dah sampai.”

Terpisat-pisat Deila membuka mata. Dia pandang sekeliling sebelum kembali memandang Rhett dengan tajam.

“Kau dah gila ke Rhett? Kau kata nak bawa saya jumpa tok kan? Kenapa kita berada di depan sebuah hotel?”

Rhett kelihatan tenang walau pun dia kini sedang dipanah pandangan marak berapi Deila.

“Saya letih Del, beberapa kali kereta hampir terbabas tadi. Lagi pun hari dah malam, tok pasti tengah beristirehat. Esok saja saya bawa kau jumpa tok. Kita tidur hotel je malam ni.”

“Saya tak nak!” Deila bidas dengan laju.

“Habis tu kau nak tidur dalam kereta? Ini bandar Del, bukan kampung. Kang penagih ke orang jahat ke pecah masuk kereta dan culik kau, macam mana?” Deila teguk air ludah. Betul juga. Kelam kabut dia turun lalu mengekori Rhett.

“Kau tunggu sekejap, saya check ada kekosongan ke tak.” Deila mengangguk.

Tidak lama kemudian, Rhett kembali lalu mengajak Deila naik ke tingkat atas.

“Kita tidur di bilik berasingan kan?” Deila tanya ketika mereka berada di dalam lift. Rhett hanya diam sambil menguap. Sudah beberapa kali dia menguap. Badan benar-benar letih.

“Masuklah.” Pelawa Rhett sebaik sahaja membuka pintu bilik. Deila masih terpacak di luar.

“Mana bilik kau?” Deila tanya, tidak puas hati kerana sedari tadi Rhett tidak menjawab pertanyaan dia.

“Masuklah dulu, kau tak letih ke?” Rhett masih tidak mengendahkan pertanyaan Deila. Tubuh yang hampir kehabisan tenaga itu terus dibaringkan di atas tilam. Hanya ada sebuah katil bersaiz queen di dalam bilik itu, buat Deila semakin keresahan.

Deila melangkah masuk dengan dada berdentum-dentum bak kompang dipalu meraikan pengantin baru. Dia cuba yakinkan diri bersandarkan kepada dasar kebolehpercayaan pada pertalian darah kerana mereka berdua dari penyumbang benih yang sama.

“Hanya tinggal bilik ni yang kosong. Jadi kita terpaksalah berkongsi.” Terang Rhett dengan bersahaja.

“Saya tak nak!”

“Habis tu, saya nak tidur dekat mana, Del? Saya letih! Cuma satu malam, okay?”

“Tapi… kalau kita diserbu pegawai pencegah maksiat macam mana?”

“Anggap je jodoh kita kuat. Kahwinlah, apalagi!”

“Rhett!!!”

Rhett tergelak kecil. Dia bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Merenung Deila yang masih berdiri tidak jauh darinya sebelum membuka mulut.

“Kau pergilah mandi dulu. Saya turun sekejap untuk order makan malam kita.” Rhett bingkas berdiri usai berkata. Deila hanya diam. Sejujurnya, dia masih tidak bersetuju mahu berkongsi bilik dengan Rhett tetapi buat masa ini, dia tiada pilihan.

Selepas Rhett keluar, Deila bergegas masuk ke bilik mandi. Tidak lama kemudian, Rhett kembali membawa makanan. Tak banyak bicara, mereka menikmati makan malam tersebut dalam keadaan sunyi sepi. Masing-masing kepenatan atau memang tiada mood mahu berbual.

“Kau pergilah tidur dulu. Saya nak mandi.” Rhett bersuara usai makan malam. Dia ikut membantu Deila mengemaskan piring pakai buang sebelum bingkas berdiri dan melangkah menuju ke bilik air.

Deila memasukkan sampah bekas makanan ke dalam plastik sebelum dia buang ke dalam tong sampah. Ketika melangkah menuju ke katil, tiba-tiba kepalanya terasa berat. Pandangan berpinar-pinar. Deila duduk di bucu katil sambil pegang dahi. Suhu normal. Dia dah kenapa? Deila berbaring untuk menghilangkan rasa pening. Beberapa saat kemudian, dia hilang kesedaran.

Rhett keluar dari bilik air tidak lama selepas itu. Tubuh hanya berbalut sehelai tuala. Katil dihampiri. Rhett merenung tubuh Deila yang sudah terkulai tak sedarkan diri itu.

“Maafkan saya, Del, tapi kau harus jadi milik saya… kerana kau adalah hak milik saya.”

Rhett menjatuhkan tuala yang membalutt punggung lalu memanjat naik ke atas tubuh Deila. Satu persatu pakaian yang membaluti tubuh Deila ditanggalkan.

Rhett, Rhett... why did u do that? huhu. cam besa, next bab myusul lewat sikit ya. jgn mrh muaaah!

Share this novel

Hawani Hashim
2024-03-01 16:31:17 

Nnt Del lagi benci pd kamu rhett

Hawani Hashim
2024-03-01 16:30:47 

Siannya Del ngapa lah Rhett ni pendek tul akalnya

norsila
2024-03-01 15:11:09 

ya Allahhhh..huuuu rosak2 bdk ni..nekad tul..kesian amirul..mlopasss


NovelPlus Premium

The best ads free experience