Tok Teh melabuhkan punggung di salah sebuah sofa di ruang tamu rumah agam. Sambil tenang mencicip air teh kosong dalam cawan, sesekali bebola mata Tok Teh melirik ke arah anak tangga menuju ke tingkat atas.
Hampir sebulan berlalu selepas pertembungan Rhett dan Deila dalam majlis amal itu. Seperti yang tok jangka, sikap Rhett berubah seratus peratus. Semakin pendiam, semakin gila kerja! Sesuatu perlu dilakukan sebelum cucunya semakin parah dan kesihatan teruk terjejas.
Tidak lama kemudian, kelihatan Rhett menuruni satu persatu anak tangga. Segak bergaya, namun wajah tampan itu tiada seri, suram dilitupi awam hitam.
“Rhett, ke mari sekejap. Tok ada hal nak bincang dengan kau.” Segera Tok Teh panggil. Rhett angguk lemah lalu mengubah arah langkah kaki.
Tok Teh dihampiri lalu Rhett henyak punggung di sofa bertentangan dengan tok.
“Ada apa, tok? Saya kejar masa ni.” Keluh Rhett dengan suara rendah. Tok Teh hanya menggeleng. Cawan kosong digapai lalu tok isi dengan air teh yang masih berwap dalam teko.
“Minum dulu.” Ajak Tok Teh dengan nada memujuk. Rhett akur. Cawan diambil lalu dibawa ke bibir.
“Ni…” Tok Teh meletakkan sekeping kad di atas meja sofa. “perasmian bangunan baru Rumah Anak Yatim Semarak Harapan. Kau kena hadir, Rhett.”
“Saya sibuk, tok.” Tolak Rhett tanpa fikir panjang.
“No excuse! Syarikat kita adalah penyumbang terbesar. At least tunjukkan diri sekejap sebagai tanda sokongan. Kehadiran kau mungkin mampu beri harapan kepada anak-anak di situ.”
Rhett menarik nafas panjang. Dia tidak berminat mahu berbicara tentang hal yang tak penting untuk dia tetapi oleh kerana yang dia kena hadap itu ialah tok, terpaksa dia bertabah. Silap cakap alamat kena dengar bebelan berjela.
“Why not tok je pergi sebagai wakil?” Usul Rhett dengan nada bosan. Tok mendengus.
“Muka tok dah basi! Asyik-asyik muka tok dorang nampak. Yang dorang nak tengok tuan CEO ni hah, bukan tok!” Jawab Tok Teh dengan nada tinggi.
“Saya takde masa tok. Dahlah, saya kena pergi sekarang.” Rhett bingkas angkat punggung usai berkata.
“Hadir atau tok hantar orang tok untuk heret kau datang! Muktamad, Rhett Raffendy!!!”
Langkah Rhett mati mendadak. Penumbuk dikepal erat. Menarik nafas sedalamnya sebelum langkah diteruskan tanpa sepatah kata.
“Tuan, Tok Teh pesan clearkan semua appointment tuan pada pukul dua petang ni. Tuan kena hadir ke majlis perasmian bangunan baru rumah anak yatim ni.”
Muncul je di pejabat Rhett pada waktu lewat tengah hari, Dafi berkata seraya menunjukkan kad jemputan di depan Rhett.
Kad tersebut dipandang sekilas sebelum sebuah keluhan dilepaskan. Tok! Tak habis-habis nak libatkan dia dalam aktiviti tok tu!
“Kau pergi je, Dafi.” Usul Rhett tak berminat. Dafi tercengang.
“Tak boleh, tuan. Tok pesan…”
“Abaikan pesan tok.” Pantas Rhett cantas kata-kata Dafi.
“T-Tapi tuan…”
“Kau boleh keluar!”
Dafi terus kunci anak tekak. Menonong dia pergi bila lihat wajah tegang Rhett.
Tepat pukul dua petang, Dafi muncul semula di pejabat Rhett dengan wajah panik. Rhett memandang hairan. Belum sempat Rhett buka mulut untuk bertanya, masuk dua orang lelaki bertubuh sasa, memakai uniform askar. Tercengang Rhett memandang.
“Maaf Encik Rhett, encik kena ikut kami sekarang.”
Apa-apaan ini?
Rhett pandang Dafi dan dua lelaki itu silih berganti. Wajah kebingungan!
“Who are you?” Rhett bingkas berdiri, melempar renungan tajam ke arah dua lelaki itu.
“It doesn’t matter who we are, Sir Rhett. Kami diarahkan untuk bawa encik ke satu tempat, sekarang!”
Rhett kelam kabut berundur bila dua lelaki itu mara menghampirinya.
“Ke mana? Saya tak nak!”
“Maaf, encik kena ikut kami sekarang.”
Kedua-dua lengan Rhett ditangkap lalu dikunci di belakangnya.
“Hey! Lepaslah! Saya boleh je jalan sendiri. Tak perlu buat saya seperti penjenayah!” Rhett bertempik, geram diperlakukan seperti itu.
“Baik, saya lepaskan. Jangan cuba buat apa-apa. Sekelip mata, tempat ni akan dikepung kalau encik bertindak sembarangan.” Ugut salah seorang lelaki itu.
Rhett mendengus. Tangan yang sedikit kebas diurut perlahan. Diiringi oleh dua lelaki itu, Rhett memaksa diri mengheret kaki. Dafi yang masih terkejut memandang Rhett dengan wajah bersimpati. Rhett jeling tajam. Seolah tahu siapa punya angkara.
Tok Teh!
Mulut Dafi terbuka, menyebut sebaris nama itu tanpa suara. Rhett ketap rahang. Tok Teh sungguh-sungguh mahu dia hadir sampai hantar sebuah helikopter siap diiringi oleh beberapa orang askar? Gila!
Rhett keluar dari perut kenderaan udara itu dengan wajah kelat. Secebis senyum pun tidak terlihat di wajah. Kemunculan Rhett disambut meriah oleh berbelas kanak-kanak yang berbaris di depan pintu masuk. Berjalan di atas karpet merah, diiringi simbahan cebisan kertas confetti berwarna warni. Semua dipandang sepi. Namun, sebaik sahaja Rhett lihat wajah ceria dan sinar pengharapan yang terpancar di setiap pasang mata anak-anak kecil yang sedang memandangnya, tanpa sedar Rhett ukir senyum. Ikhlas dari hati.
Masuk saja ke perut bangunan sederhana besarnya itu, rongga hidung ditusuk sesuatu. Aroma yang menggamit kenangan lalu. Rhett mematikan langkah, menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. Dafi yang berada di belakang hampir menabrak Rhett.
“Tuan, maaf!” Cepat-cepat Dafi meminta maaf. Rhett menoleh.
“Dafi… kau ada terhidu sesuatu tak?” Tanya Rhett, risau dia cuba terlebih berimaginasi lantaran terlalu rindu.
“This sweet smell? Of course. Pasti sweet treats, macam hari tu. Biskut Pepero, I guess?”
Rhett menutup mata, kembali menghirup wangian yang meruntun jiwa itu. Dia akui kata-kata Dafi. Pepero! Miss Pepero… so, she’s here! Lalu, apa tujuan tok sebenarnya? Nak tambah luka yang sedia ada dan sukar untuk disembuhkan?
“Tuan Rhett, jemput duduk.”
Suara seseorang mempelawa buat Rhett kembali membuka mata. Ah, dia tidak boleh terbuai dengan perasaan. Deila sudah bahagia. Dia kena lupakan semuanya walau pun terlalu sakit melakukannya.
Rhett duduk di barisan paling hadapan, bersama beberapa ahli korporat yang turut menyumbang kepada rumah anak yatim tersebut.
“Mum… my!” Suara comel seorang kanak-kanak menerpa pendengaran Rhett. Segera dia paling wajah ke sisi. Sebaris dengannya, berada hanya selang beberapa kerusi, kelihatan Amirul sedang memangku seorang kanak-kanak lelaki tembam. Rhett terkesima. Di sebelah Amirul, duduk sepasang suami isteri yang sudah nampak berusia, mungkin muda hanya beberapa tahun dari tok. Agaknya itulah orang tua Amirul. Tebak batin Rhett. Tidak dapat Rhett alihkan mata dari merenung wajah anak kecil di pangkuan Amirul. Anak Deila! Batin merintih… semua salah dia! Kalaulah dia tahu niat jahat ibu Zara, pasti dia mampu menghalang semuanya. Anak dia pasti masih hidup dan mungkin seusia anak kecil itu.
“Mum… my!” Seru si kecil itu lagi. Kelihatan Amirul cuba menenangkan si kecil.
“Mummy kena kerja sayang. Tunggu sekejap ya.” Pujuk Amirul.
Rhett pandang sekeliling. Deila tidak kelihatan di mana-mana. Rhett kembali memaku pandangan ke arah Amirul dan anak kecil itu. Amirul terlalu leka melayan si kecil, tak sedar langsung tentang kehadiran Rhett di situ.
“Mari dekat nenek, Deqa.” Wanita berusia di sebelah Amirul hulur tangan, mahu mengambil si kecil dari pangkuan Amirul.
“No… mum… my…” Anak kecil itu merenggek. Wanita itu cuba memujuk. Akhirnya si kecil akur dan berpindah tempat. Dari dukungan Amirul ke dalam dukungan wanita itu.
“Kau kena bataskan hubungan Deqa dengan Del kalau Del masih tak mahu jadi isteri kau, Mirul. Tak kesian ke dekat Deqa? Selama ini dia ingat Del tu ibu kandung dia.”
Semua jelas di pendengaran Rhett. Suara bebelan wanita yang sedang memangku anak kecil itu. Bingkas dia berdiri, memandang Amirul dengan mata berkaca. Laju juga tangan Dafi menarik hujung kot Rhett, menyuruh dia duduk semula kerana majlis akan dimulakan sekejap lagi.
“Saya ingin mempersilakan wakil dari Rumah Anak Yatim Semarak Harapan untuk memberi ucapan. Dipersilakan Cik Deila Araferro!”
Rhett tergamam. Laju kepala dipusing ke arah pentas. Mata terus terbelalak!
Di atas pentas, kelihatan Deila melangkah anggun menuju ke arah mikrofon. Baju kebaya ketat warna peach tersarung di tubuh, menampakkan bentuk tubuh bak guitar, punggung padat terliuk ke kiri ke kanan buat biji mata Rhett hampir terjojol keluar dari tempatnya.
Deila Araferro, kau memang sengaja cari nahas ke?!
Laju Rhett pandang sekeliling. Rata-rata mata kumbang-kumbang yang memenuhi dewan terpaku ke arah Deila, memandang tak berkelip. Semua tayang wajah terpesona, termasuk Amirul!
Kurang asam!
Rhett genggam penumbuk. Diri tiba-tiba dikuasai amarah. Rhett terpegun saat bebola mata dipaut oleh sepasang mata Deila.
“Tuan, duduk tuan. Semua orang tengah tengok tuan.” Dafi pantas menarik tangan Rhett.
Rhett akur, melabuhkan punggung tanpa mengalihkan tatapan dari wajah Deila.
“Rileks, tuan. Saya tahu tuan excited jumpa ex-wife tuan.” Dafi cuba tenangkan Rhett yang nampak tidak keruan. Rhett jeling geram.
“Jangan berani kau tengok dia, Dafi!” Ugut Rhett dengan nada kasar. Dafi tercengang. Siapa yang tengok penuh terpesona sekarang ni? Dia ke bos? Monolog Dafi dalam batin.
Rhett langsung tak mengalihkan mata sehinggalah selesai Deila berucap di hadapan. Satu patah pun dia tak dengar kerana tumpuan bukan kepada kata-kata Deila sebaiknya wajah ayu gadis pujaannya itu. Melayang-layang fikiran ke masa lampau, sewaktu hubungan dia dan Deila masih hangat membara.
Rhett dikejutkan oleh Dafi ketika namanya dipanggil untuk berucap selaku penderma terbesar sekaligus merasmikan bangunan tersebut. Setelah selesai acara memotong reben, Rhett diiringi turun untuk bersalaman dengan warga rumah anak yatim tersebut. Rhett terpempan bila dia dikelilingi oleh anak-anak yatim yang membawa biskut jejari pelbagai perisa. Tidak mahu mengecewakan anak-anak tersebut, Rhett ambil sebatang.
“Hmmm… sedap. Siapa buat?” Sengaja Rhett tanya kuat-kuat sambil jeling Deila yang berdiri tidak jauh darinya. Deila, sedari awal buat-buat tak perasan kehadiran Rhett di situ.
“Miss Pepero.” Hampir serentak kanak-kanak itu jawab sambil memandang Deila. Rhett tersenyum simpul. Bebola mata melirik ke arah Deila. Cis! Dia langsung tak dipandang pun.
Rhett ketap rahang bila lihat ada beberapa jejaka mendatangi Deila. Bukan dia tak nampak mata-mata nakal itu menjelajah seluruh tubuh Deila. Tambah terbakar dada bila lihat Deila melayan jejaka-jejaka itu berbual dengan mesra.
Rhett mendengus seraya membuka butang baju kot yang dipakai.
“Tuan!” Dafi memanggil panik apabila dia lihat Rhett buka langkah besar-besar menuju ke arah Deila sambil menanggalkan kot dari tubuh.
Rhett tak peduli. Langkah diteruskan. Tatapan tajam dilempar kepada Deila.
Serius Del?! Sengaja buat tak nampak dia sedang menghampiri dengan wajah dipenuhi api cemburu?
Rhett ketap rahang dengan kuat. Bergeser gigi geraham menahan berang.
“Deila!” Seraya menjerit lantang, pergelangan tangan Deila direntap kasar lalu Rhett tarik pergi dari situ. Deila terkejut beruk. Meronta cuba melepaskan cengkaman Rhett tetapi tidak berjaya.
“Rhett, lepaslah!” Deila berkata dengan suara tertahan-tahan. Malu kalau suara meninggi, mereka bakal jadi perhatian di situ. Rhett buat tak dengar, terusan mengheret Deila menuju ke ruang yang lebih lengang.
“Apa masalah kau, hah?!” Deila bertempik nyaring setelah mereka berada jauh dari orang ramai. Sekali rentap, tangannya terlepas dari genggaman Rhett.
“What’s wrong with me? Kau patut tanya soalan tu pada diri kau, Del! I mean, look at you! Are you out of your mind?”
Deila tercengang bila Rhett bentak balik, tak kurang lantangnya. Segera bebola mata dijatuhkan, merenung diri sendiri.
“Tengok pakaian kau, Del! Ketat nak mampus! Semua terjojol. Kau nak semua lelaki kat sini berdarah hidung tengok kau ke hah?!”
Deila pandang kebaya yang tersarung di tubuh. Dah memang fesyen kebaya macam tu. Lagi pun, taklah ketat sangat. Dia masih boleh bergerak dengan selesa. Rhett ni je yang melebih.
“Kau dah kenapa? Habis ke duit kau, beras kau kat rumah bila saya tampil macam ni? Suka hati sayalah. Kau siapa nak melarang bagai?” Deila balas sinis. Bergerak tulang rahang Rhett mendengar jawapan Deila.
“Saya tak suka!”
“So what?!” Deila soal balik, lalu cekak pinggang sambil membeliakkan mata di depan Rhett.
Spontan terkelu lidah bila Rhett sarungkan kotnya di tubuh Deila. Wajah dirapatkan ke telinga Deila yang masih tercengang kaku kerana terkejut.
“Saya lebih suka lihat kau tampil dengan hanya pakai baju tee dan seluar jeans.”
Deila terpegun. Tumpul lidah tajamnya mahu membalas. Berada serapat itu, pukulan di dada lain macam rentaknya. Deila tunduk, merenung hujung kasut tumit tingginya.
“Del… I am so sorry…”
Terketar tempurung lutut Deila dengar suara sebak Rhett berbisik di telinga. Ya, Allah… dia tidak kuat, sungguh dia tidak kuat saat itu.
“Dua tahun saya simpan kata-kata tu untuk kau. Saban hari, saya berharap saya mampu hadap kau dan luah semuanya. Maafkan saya, Del… semua salah saya. Maafkan saya kerana tiada di sisi kau saat kau bertarung nyawa, saat kau kehilangan. Saya lelaki tak guna, tak layak pun untuk dapat kemaafan dari kau.”
Deila diam mematung, langsung tidak mengangkat wajah untuk memandang Rhett.
“Maafkan saya kerana tidak mampu melindungi kau.” Rhett hampir tidak mampu meneruskan kata bila air mata mulai berguguran. Rhett cuba bertenang dan tarik nafas panjang.
“I still… love you, Del. You are still the one. Tiada pengganti.”
Pantas Deila menengadah. Menyorot ganas mata merenung Rhett.
“Are you kidding me?!”
“Urgh! Del!” Spontan terbongkok tubuh Rhett apabila buku lima Deila terbenam di perut.
“You rejected me to be with her! Now kau cakap masih cinta? Tiada pengganti?!”
“Del!”
Tak cukup hentakan buku lima, segumpal rambut Rhett ditarik, macam burung belatuk kepala Rhett naik turun dengan lajunya akibat perbuatan Deila.
“Now what, Rhett? Maaf? Mudahnya kau lafaz maaf dan harap semuanya akan kembali seperti sediakala! I may forgive, but I won’t forget, Rhett Raffendy! Jantan tak guna! Berani kau muncul dan berlagak macam tiada apa yang berlaku?”
“Aduh, Del!”
Lantaran dikuasai rasa marah, hampir Deila terlupa yang dia sedang memakai kain sarung ketat. Mujur tak koyak kain ketika tempurung lutut menusuk tulang rusuk Rhett. Masih tak puas hati, beg tangan kulitnya pula dijadikan senjata. Habis belakang tubuh Rhett dipukul guna beg tangan.
“Del!” Rhett bingkas menegakkan badan dan cuba menangkap pergelangan tangan Deila.
PANG!
Wajah Rhett jadi santapan beg kulit bertali besi Deila. Pukulan yang tersasar sebenarnya. Deila mahu hentam tubuh Rhett, yang Rhett tetiba tayang muka depannya dah kenapa? Bukan salah dia.
“Aduh!”
Deila tergamam bila lihat darah merah pekat menitis di lantai. Pipi serta bibir Rhett tercalar, mungkin terkena tangkai beg tangan Deila.
“Del… sakit…”
Deila tersenyum sinis. Tanpa belas kasihan, badan diputar lalu bergegas dia pergi dari situ.
Rasakan, Rhett Raffendy!
“Del! Beginikah akhir kisah kita?! Inikah yang kau nak? Deila!!!”
The End?
Share this novel
Mandakz.. Cite ni tamat camni je ye...
bila nk update lagi
Akak nantikan seterusnya dengan be soba be hihihi