"Heyy.. Candy." bisik Bahr. Anya terpisat-pisat bangun dan menggosokkan matanya. Terkedu Anya apabila dekat muka Bahr hanya selang beberapa inci dari wajahnya..
"Welcome To France, my Candy.." kata Bahr. Monyok terus wajah Anya. Dia tidak tahu apakah yang ada dalam kepala Bahr sekarang..
Bahr hanya tersenyum melihat isterinya, "I hope you still remember how to speak France? Right Candy? " kata Bahr.
***
Zahin hanya diam memandang Misha, ni lagi satu bala.. Misha ni sangat bahaya di antara semua.. Silap langkah, mungkin dia boleh jadi gunting dalam lipatan.
"Awak.. nak makan apa ? " soal Becky, terpaksa dimaniskan wajahnya.. "Baby nak makan apa? Apa baby nak makan, saya makan.. " kata Zahin. Misha hanya diam memerhati pasangan sejoli ini.
"So, Misha.. masih tak boleh move on ke dengan Bahr? " soal Becky ketika makanan mereka sudah sampai.. Misha hanya mengembuskan nafasnya, "Becky.. sebenarnya I dah insaf .. Kalau dah tu jodoh Bahr, I boleh buat apa kan ? " soal Misha. Becky hanya menganggukkan kepalanya. "So, kenapa datang jumpa kami ni? " soal Becky.
"Boleh tak pujuk Anya, saya berminat nak kerja dekat butik. " kata Misha. Zahin terdiam, Becky hanya meneruskan suapan. "Kenapa aku rasa, macam ada udang di sebalik batu.. Kenapa tiba-tiba kau nak kerja sana? " soal Becky. Zahin melihat Becky, memang gadis ini sangat tajam.. Misha terdiam.
"Salahkah kalau saya nak berubah? Lagipun, saya dah boleh terima keadaan sekarang ni. I promise you... Aku janji dengan kau Becky, sekiranya jadi apa-apa dekat Anya.. Aku adalah orang pertama bantu dia.. " kata Misha.
Becky pula yang diam. Zahin tertanya-tanya.. Apa yang merubah Misha.. Bukankah dia, Idlan, dan Zayhar merancang sesuatu.
"Baby.. why not? Bagi peluang dengan Misha? " soal Zahin. "Nanti aku fikirkan.. Dan biar aku bincang dengan Bahr. Susah nak pujuk kalau Sherry tu, nama je bos. Tapi, sepatah apa pun tak tahu. " kata Becky..
"Maksud ? Kenapa kena tanya Bahr? " Soal Misha. "Sebab butik Anya sekarang milik Bahr. " senafas kata-kata Becky.
***
Idlan masih merenung dirinya di hadapan tingkap. Memang rumit untuk menyelesaikan masalah ini. Dia berharap ada orang yang dapat dia percaya..
Telefonnya sekarang kedengaran suara Zayhar dan Sherry sedang bertengkar mencari di mana Bahr dan Anya. Itu boleh menarik nafas lega bagi Idlan. Sekurang-kurangnya Anya selamat. Sekarang ini, biarlah dia membayar segala perbuatannya kepada Anya, Becky, dan Bahr. "Kalau aku masuk penjara sekali lagi.. Aku sanggup, asalkan semua benda yang berlaku aku cuba perbetulkan."
***
Sekarang dia dan Bahr sedang berjalan-jalan di taman. Bunga Tulip sedang berkembang mekar. Anya menyentuhnya.. " Click.. " kedengaran dari bunyi kamera yang dipegang oleh Bahr.
"Candy looks so beautiful.." puji Bahr. Anya menayangkan muka basinya. "Berapa hari kita dekat sini? " soal Anya. "Lama lah kut.." kata Bahr. "Sebab apa lama? Abang nak tengok Sherry tu mengamuk.. " bidas Anya..
"Dia mengamuk, abang tak kisah. Anya merajuk yang Abang kisah.. " kata Bahr. "Boleh tak jangan main-main? " kata Anya terus jalan melimpasi Bahr, malas dia ingin melayan karenah Bahr.
"Apa salahnya kita honeymoon Candy? " soal Bahr terus menangkap tangan Anya dan menggosoknya lalu meletakkan tangan Anya dalam kot bajunya.
"Honeymoon untuk apa? Nanti Abang honeymoon dengan Sherry tak rasa dah tau kemanisan honeymoon tu.. " kata Anya.
Bahr berhentikan Anya dan menarik badan Anya berhadapan dengan dirinya.
"Anya tanya honeymoon untuk apa kan?" soal Bahr mendekatkan kepalanya kepada Anya.. Anya menganggukkan kepalanya menandakan dia perlukan jawapan.
"Making someone where his or her name end with my name. And I need to borrow your body for that. " kata Bahr. Terbeliak mata Anya namun tak sempat membalas kata-kata Bahr. Mulut sekali lagi ditutup rapat oleh mulut Bahr.
***
"You promise me? Promise me that if I willing to do this, you promise me my freedom?" bisik Anya apabila Anya berada di bawah Bahr.
Bahr hanya diam.. Terus menyambung langkah mereka yang terhenti.. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang berlaku di Perancis sepanjang dua minggu mereka di sana.
***
Anya diam memotong kain, apa yang berlaku di Perancis ditinggalkan di sana. Sekarang mereka menjadi seperti sedia kala.. Di mana Bahr bersama Sherry dan Anya di butik mengerjakan kerjanya..
Tak dilupa Misha yang secara rasminya menjadi pekerja di sana. "Akak.. Ni kain cantik kan? " soal Misha. Anya hanya tersenyum melihat Misha, begitu juga Becky. Ya, sekarang Misha sudah berubah. Nampaknya janji itu betul.
"Cantik, sesuai dipadankan dengan warna kulit Puan Sherry. " kata Anya. Becky mengelap air matanya.. Hampir mereka terlupa, perkhawinan Sherry dan Bahr akan berlangsung hujung minggu ini. Dan, Anya pun sudah memberitahu kepadanya..
"Becky.. itulah jodoh Bahr, siapa kita menidakkannnya.. Kalau Anya boleh terima, kenapa Becky tak boleh.. " itulah kata-kata Anya kepadanya. Harap Bahr tidak melupakan Anya sekiranya Bahr dan Sherry sudah berkahwin. Becky tahu Bahr menyayangi Anya. Tahu persis.. Cuma, dia kurang pasti apa yang berlaku kepada mereka di Paris tiga minggu yang lalu.
"Misha sayang akak.. " kata Misha, jujur.. Becky juga turut memeluk Anya. "My bestie.." Mereka tiga-tiga menangis dan terus ketawa..
"Apa bising-bising ni? Korang curi tulang erk? " soal Sherry, dan sudah semestinya Bahr berada di situ. "Maaf Puan. Dah jom buat kerja.." senyum Anya.
"Anya, fitting baju Bahr.. Aku lebih rela kau fitting baju Bahr berbanding betina garit tu. " kata Sherry, jelas perkataan itu ditujukan kepada Misha. Berkat pujukan Becky, Misha dapat berkerja di sini.
Becky ingin menjawab kata-kata Sherry namun ditangkas oleh Misha.
Anya berdehem, "mari Encik Bahr. " senyum Anya, sambil membawa baju dan pita pengukur untuk ke bilik sebelah.
***
"How are you today? " soal Bahr sambil Anya mengemaskan baju kot berwarna krim champagne di badan Bahr. "Okay.. " kata Anya..
"I miss you.. " bisik Bahr, sambil memegang pinggul Anya. "Me too... " senyum ceria Anya.. "I can't do this.. " kata Bahr. Anya tersenyum, "you promise me, did you? After all, siapa orang pertama yang nak kahwin dengan Sherry, kalau bukan awak Bahr.. Dulu awak pernah cakap saya ni apa Bahr.. Betina yang tak layak dengan awak." kata Anya..
"Tu sebelum abang tahu kebenarannya.. Ada orang nak perangkap Candy. " jerit Bahr, nasib bilik fitting ini kedap bunyi dan memang telah dikunci dari dalam.
"Kalaupun saya diperangkap, simple.. kenapa tak percaya saya? Kenapa tak percaya saya, abang? " soal Anya..
"Shit!" bisik Bahr, mengambil fail di tangan Anya dan menolak Anya ke sofa sambil dia melepaskan segala yang terbuku di hatinya sekarang. Dengan sekali rentap, baju Anya sudah terlucut.
Dendam, cinta, rindu, menyesal semuanya berkumpul.. Biar Anya menangis.. Biar mereka sama-sama menangis..
***
"Syukur.. rancangan aku berjalan lancar.. " kata Idlan.. Sedikit lagi.. Sikit lagi...
Semuanya sedang dalam tekanan... sedih.. ?
Share this novel