Angel bangun dengan rambut kusut. Cahaya pagi tembus dari celah langsir baru, krim, bukan lagi yang koyak dan kelabu.
Dia duduk perlahan, pandang sekeliling. Tiada tompok air, tiada bau hapak. Dinding bersih. Tilam baru. Bantal pun wangi. "Ni mesti mimpi..."
Tapi di tepi katil, ubat jantung sebenar. Yang mahal. Siap dengan roti dan telur rebus.
"Mak…?" Tiada sahutan. Dia telan ubat, kunyah roti, dan bangun.
Dia terhenti. Jaket lusuh dia dah jadi macam baru. Warna terang, zip elok, cop nama kecil di dalam. Angel belek lama, lepas tu terus keluar ke dapur.
Rohana tengah kacau periuk. Bau sup semerbak.
"Mak."
"Hhmm?"
"Saya mimpi pelik. Ada benda putih, muka tak ada... tapi ada cahaya. Lepas tu jaket saya jadi baru. Gila, kan?"
Rohana diam, letak sudip perlahan. Pandang anaknya. "Bukan mimpi, Angel."
Angel tergelak kecil. "Mak gurau ke?"
Rohana geleng, mata sedikit berkaca. "Benda tu… memang ada dalam bilik kau."
Angel berdiri. Hati dia macam jatuh ke perut.
Dia masuk bilik semula, tutup pintu, dan tampar diri sendiri. PLAK. Sakit. Bukan mimpi.
Dia pandang keliling, semuanya baru, bersih, terang. Tak mewah, tapi selesa. "Okay... saya nak pengsan."
Lutut dia goyah, dan sebelum dia jatuh, ada sesuatu tangkap dari belakang. Tegap. Sejuk. Bukan tangan manusia. Kulit itu... halus, macam air batu yang bernafas.
Angel terkaku. Perlahan dia toleh.
Dia menjerit kecil dan terus berdiri tegas menjauhi makhluk itu.
Makhluk putih tinggi berdiri diam. Wajah tanpa muka, cuma jalur permata bercahaya dari dahi ke dagu. Tak menakutkan, tapi sangat asing.
"Angel," suara itu muncul dalam fikiran. Lembut, tanpa bibir.
Dia cuba bergelut, tapi makhluk itu hanya pegang sekejap, sebelum lepaskan.
Rohana muncul di pintu, senyum tenang. "Angel… inilah Zen."
"Zen? Macam… 'tenang' tu?"
Rohana angguk. "Entah nama sebenar dia apa. Tapi dia izinkan mak panggil dia Zen. Dan dia selamat, Angel."
Angel pandang Zen. Mata dia bergenang. "Tapi... dia bukan manusia."
Rohana melangkah masuk, usap bahu Angel perlahan. "Ya. Tapi malam tadi… dia yang buat semua ni."
Angel diam waktu ibunya mula bercerita. Suara Rohana perlahan, tapi penuh perasaan. Tentang malam tu. Tentang bagaimana Zen muncul. Tentang bagaimana dia tahu Angel sakit... dan bagaimana Rohana, dalam panik dan kasih sayang, merayu.
Rohana janji pada Zen, kalau dia selamatkan Angel, dia akan simpan rahsia. "Mak macam… guna dia." Angel akhirnya bersuara perlahan.
Nada dia berat, mata dia masih tak lepas dari makhluk putih tinggi lampai itu. "Dia... bukan ubat, mak. Dia... alien."
Zen hanya diam. Seolah faham, seolah tenang. Dia pandang Angel, dan geleng kepala perlahan. "Aku tidak menyembuhkan."
Suaranya... macam robot, tapi ada lapisan perasaan aneh yang sukar digambarkan. "Aku cuma memperbaharui. Menjadikan semuanya baru. Tapi menyelamatkan nyawa, itu mustahil."
Mustahil? Angel pandang ibunya. Rohana terus terduduk di lantai.
"Tolonglah... tolong, Zen." suara Rohana mula serak. Dia capai kaki makhluk itu, sejuk, tapi tak kejang. Dia peluk lutut Zen, menangis.
Angel tahan air mata. Dia nak marah, nak kata mak dia terlalu terdesak, tapi... dia pun takut. Dia pun nak hidup.
Zen hela nafas, ya, nafas tapi entah keluar dari mana. "Ada satu cara. Tapi jika kau ingin terus hidup... kau mesti bersama denganku."
Senyap. Krik krik. Angel kelip mata. Otak dia macam baru kena hentak dengan ensiklopedia alien.
"Apa maksud bersama tu?" Nada dia bukan marah… tapi hampir trauma.
Zen tunduk sedikit, suara dia masih masuk terus ke fikiran Angel—lembut, tenang, pelik.
"Di dunia kami... jika dua entiti sakit, mereka akan bersama. Bila kesakitan itu saling dipikul, maka keseimbangan akan lahir. Dan dari keseimbangan itu... datang kesembuhan."
Angel kerut dahi. "Tapi... kenapa kena bersama? Kenapa bukan ubat? Atau pembedahan? Atau... apa-apa yang lebih masuk akal?" Dia pandang Zen macam tengok kalkulator yang keluarkan lagu ET dari Katy Perry.
"Di bumi," sambung Angel lagi, "kami sakit, kami makan ubat. Atau jumpa doktor. Bukan... peluk alien glowing!"
Zen hanya tunduk. Pandangan dia perlahan-lahan beralih ke arah Rohana. "Aku... sendiri tak pasti kenapa aku di sini."
Angel ternganga. "Excuse me?"
Zen angkat wajah semula. Nada dia serius, tapi masih sejenis robotic peaceful macam meditasi 5 pagi. "Aku sedang menjalani upacara penyatuan."
Angel dan Rohana serentak: "Penyatuan?"
Zen angguk. "Aku... akan dikahwinkan dengan satu entiti dari kaumku. Lelaki sepertiku... berwarna biru putih. Pasangan perempuan dan dia sakit, biasanya berwarna kuning terang."
Angel angkat tangan. "Tunggu…kau lelaki?" Sudah garahu, cendana pula.
Zen sengetkan kepala sikit. "Mengikut konsep kalian... ya."
Angel menekup muka. "Oh Tuhan… teruskan je cerita tu."
Zen sambung. "Sebelum upacara itu berlangsung… ada cahaya. Cahaya dari bawah. Ia menarik aku… seolah-olah bumi memanggil. Dalam sekelip mata… aku di sini. Di tempat kamu."
Angel pandang dia lama. Mulut dia separuh terbuka. "Mak."
Rohana yang dari tadi diam, senyum separuh bersalah. "Mak cuma doa..."
Angel geleng perlahan, senyum tawar. "Mak... mak doa, mak dapat alien tengah majlis kahwin sebab nak sembuh."
Dia pegang dada. "Aku literally... jadi pengacau rumah tangga intergalaksi."
Zen tunduk hormat. "Kau tidak mengganggu. Aku... memilih untuk berada di sini."
Angel tak tahu nak gelak, nak pengsan, atau nak nyanyi lagu Katy Perry tadi.
"Aku akan beri kau masa tiga hari untuk buat keputusan." katanya dengan nada yang tenang, tapi jelas ada sesuatu yang mendalam dalam suaranya. "Jika kau masih ragu, aku akan pergi."
Angel, yang sedang meneguk air, terhenti. "Pergi mana?" tanyanya, sedikit keliru.
Zen hanya mendiamkan diri, pandangannya kosong, seperti ada sesuatu yang tak mahu dia ceritakan. Angel tak dapat tahan rasa ingin tahu, tapi memilih untuk diam.
*****
Dua hari berlalu, dan Zen masih tetap ada. Tapi tak ada siapa yang tahu. Angel semakin teruk. Sakitnya makin tak tertahan. Dada berdegup laju, kadang-kadang rasa macam nak tercabut. Kalau dia bengkokkan badan sikit pun, rasa macam jantung ni nak keluar dari dada. Tapi dia masih menahan diri, tak berani buat keputusan tentang ritual bersama Zen.
Malam itu, Rohana keluar pergi ke gereja. Angel duduk seorang diri di ruang tamu. Zen pula... Zen cuma ada di situ, diam, memerhatikan Angel yang tengah berperang dengan rasa sakitnya. Dia tak buat apa-apa, tak bantu pun. Cuma duduk diam, menunggu.
Angel pejam mata, cuba tarik nafas dalam-dalam. “Makk...”
Zen duduk di sebelah, tetap dengan penampilan asing dan misterinya. “Keputusan ada pada kau, Angel.”
Angel pandang Zen. Muka dia masam, sakit makin menggigit. "Aku... aku tak tahu kalau aku boleh buat benda tu. Ritual tu... kalau tak jadi, macam mana??"
Zen angkat bahu perlahan. "Itu yang kau perlu tentukan. Tapi masa bukan berpihak pada kau."
Angel geleng kepala. "Aku tak suka rasa macam ni. Tak tahu apa nak buat."
Zen tak jawab, cuma diam. Seolah-olah memberi ruang untuk Angel buat keputusan sendiri. Tapi semua tu semakin berat, dan sakit di dada makin teruk. Sesekali, dia rasa macam nak terjatuh. Perasaan takut tu makin menekan.
Tiba-tiba, Angel bersuara, suara lemah. “Okeylah... aku... aku setuju.”
“Angel…”
Suara Zen perlahan. Tapi bukan dari mulut, sebab dia masih tak ada mulut. Suara tu datang dari sekeliling, macam gema yang muncul terus dalam kepala Angel. Dia berdiri di depan Angel, tubuh bercahaya lembut, warna biru putih keperakan. Walaupun bilik kecil itu gelap, cahaya dari badan Zen cukup terang nak suluh segala sudut.
Angel telan air liur. Dia memejam mata. Nafas dia naik turun. Lampu bilik masih terbuka. Tak romantik langsung. Tapi kalau tutup, orang kampung boleh nampak kilauan pelik dari badan Zen.
“Nak aku tutup lampu ke?” Angel tersengih, cuba nak buang rasa kekok itu. Tapi Zen… Kaku macam biasa.
Zen hanya mendekat sedikit demi sedikit. Cahaya dari tubuhnya makin lembut, macam tahu Angel tengah rasa seram sejuk, bukan sebab romantik, tapi sebab, well, muka dia literally tak ada. Hanya jalur permata bercahaya yang melintang dari kiri ke kanan muka. Tak ada hidung, tak ada mulut, hanya satu permukaan rata yang licin, macam topeng kristal.
Zen angkat tangan perlahan-lahan, sentuh pipi Angel. Angel terkejut, tapi dia tak tarik diri. Tangannya sejuk. Macam ais. Tapi bukan rasa seram. Rasa... tenang.
Kemudian, Zen condongkan kepala ke depan.
Tanpa suara, tanpa kata. Angel pejam mata drngan dahi berkerut, perasaan bercampur baur.
Dia cium bibir Angel.
Angel tergamam.
Mula-mula, sejuk.
Tapi beberapa saat kemudian, rasa tu berubah. Ada kehangatan yang perlahan-lahan meresap dari bibir ke dada, terus ke hujung jari. Macam satu tenaga aneh mengalir masuk ke dalam tubuh. Angel masih pejam mata, tapi dia rasa dunia sekeliling bergerak perlahan. Nafas dia tertahan.
"…Eh, kenapa rasa... macam…"
Matanya terbuka luas.
Terbeliak.
“AHHHHHH!!!”
Angel menjerit sekuat hati sampai bulu mata bergetar.
Dia tolak dada Zen dengan kedua-dua tapak tangan, dan bukan dada bercahaya yang licin macam tadi, tapi dada manusia. Lelaki. Sasa. Tegap. Panas.
Zen… berubah.
Angel melangkah ke belakang dan tersandar pada dinding. Nafas dia pendek-pendek. “Mak!!!”
Pintu bilik terus diterjah. “ANGEL?!”
Rohana yang baru pulang dari luar, terus meluru masuk. Tapi langkah dia terhenti, mata terbeliak.
Seorang lelaki berdiri di tengah bilik. Tinggi, berotot, kulit seakan keemasan dalam cahaya lampu. Rambutnya hitam pekat, sedikit beralun, dan jatuh kemas ke dahi. Wajahnya... Tuhan. Macam artis drama pukul 7 campur hero filem Marvel. Tapi tanpa seurat benang. Nada “maskulin” dia tak main-main.
Rohana automatik tutup mata dengan tangan. “YA TUHAN!”
Angel pula dah terduduk, tangan tutup muka sambil bersuara serak, “Dia... dia... bertukar, Mak! Memang betul dia lelaki! Dan telanjang, MAK!”
Zen pula langsung tak sedar dia patut rasa malu.
Dia cuma pandang Angel dengan mata... oh ya, sekarang dia ada mata. Mata kelabu bercahaya, tenang macam tasik tak terusik. Semua tubuh badan dia kelihatan, termasuk bahagian bawah. Muka Angel merah padam.
Rohana toleh sedikit celah jari, dan suara dia menggigil, “Angel... dia ni siapa?!”
Angel masih terkejut. “Dia Zen... Mak... dia Zen... dan dia baru je... cium saya...”
Rohana pegang dinding. “Mak kena duduk. Mak rasa mak nak pitam.”
Angel pandang Zen semula.
Zen masih tenang. Tak bergerak.
Dan dalam hati Angel...
“Sumpah... dia... hot. Tapi kenapa tak ada baju?!”
Zen yang dah berubah menjadi 'alien' kepada manusia itu, menoleh ke tepi, melihat dirinya di cermin usang dengan dahi berkerut. Jelas dia pun seperti terkejut.
Share this novel