DENGAR sahaja bunyi pintu terbuka, Dihya terus bangun dari sofa lalu bergegas ke laluan pintu masuk. Bila dia jengah leher ke arah itu, kelihatan Zane sedang tunduk menanggalkan kasut.
Seperti biasa penampilan Zane itu sering buatkan jantung Dihya berdebar rancak.
"Selamat pulang."sapa Dihya begitu teruja melihat kepulangan Zane. Kata Zane akan balik lewat namun belum sampai jam 7 malam lelaki itu sudahpun tiba di kediaman.
Sambil menyarung selipar dalam Zane perhatikan langkah riang Dihya. Tidak seperti kebiasaannya, Dihya kelihatan ceria dari biasa. Gadis itu mengambil brief case dan kot dari tangannya tanpa disuruh.
"Hai?" balas Zane kehairanan.
"Jalan tak jammed ke hari ni?Awal tuan balik."tanya Dihya. "Nasib baik saya dah siap masak sebelum tuan balik."
"Kerja habis awal dekat ofis."Zane tarik Dihya ke dalam pelukan sebelum mengucup dahi itu untuk beberapa saat. Namun apabila dia menghidu Dihya, ada bau asing yang menyapa derianya. Serta.merta ianya buatkan dia berasa awas. "Why you smell diffrent today?" dia kemudiannya tunduk menghidu leher dan sekitar pakaian Dihya inginkan kepastian. Memang betul. Ada bau wangian yang bukan milik Dihya.
Dihya bungkam di balik pelukan itu. Bau? Bau apa pulak? Takkan la bau Sarah tadi masih melekat pada dia? Cik tu dah pergi lama sejak tadi kut.
"Kenapa? Saya bau busuk ke? Sorry. Saya ingat nak mandi lambat sikit tadi. Tak tahu pulak tuan balik awal."Dihya berdalih. Dia cuba menghidu dirinya sendiri. Lain sangat ke baunya?
Kening Zane berkerut. Dia macam kenal tau bau ni tapi tak ingat dekat mana. Sekali lagi dia cuba menghidu Dihya. Hatinya berasa tidak tenang bila bau Dihya dicemari dengan bau lain. "Kamu guna perfume lain ke?"
Dihya menggeleng.
"Tak. Saya guna perfume yang tuan sediakan aje."
"Dah tu kenapa ada bau perfume lain dekat kamu?" renungan Zane menjadi gelap.
Dihya yang lihat sudah tidak tenang. Kalau dia gelabah makin jelas la ada sesuatu yang telah berlaku pada dirinya siang tadi. Nanti tak semena pelbagai soalan diajukan. Kan bergaduh pula Zane dan Sarah kerana dirinya.
"Iya ke? Saya tak perasan pulak."lengan Zane terus dirangkul dengan Dihya sewaktu dia menarik lelaki itu berjalan. "Tuan nak makan terus atau mandi dulu? "lekas-lekas Dihya melarikan topik perbualan mereka itu. Baru aje beberapa hari mereka berbaik. Kalau dipanjangkan lagi perbualan ni bertengkar pula mereka nanti.
Zane masih belum berpuas hati, kalau ikutkan hati memang dia akan soal sehingga ke akhirnya. Namun dia kawal dirinya juga daripada mendesak Dihya waktu itu. Oleh kerana enggan menyakiti Dihya lagi, Zane ambil keputusan untuk tidak bertanya lebih lagi.
"Kamu masak apa hari ni?"
"Saya dengar tuan suka manisan? Saya sediakan pudding hari ni. Set meal dari chef dah sampai awal tadi. Tak sempat pulak nak check lauk apa. Kalau tuan nak makan sekarang, saya panaskan dulu. Kalau tuan nak mandi kemudian makan, saya tunggu."Dihya melepaskan nafas lega dalam diam apabila Zane tidak lagi memanjangkan soalannya tadi.
Mereka berdua berjalan menyusuri hallway itu sehingga tiba di hadapan anak tangga untuk ke tingkat dua. Lalu berhenti di situ untuk menunggu respon Zane.
"It's okay. Saya makan terus kalau macam tu."beritahu Zane sambil melingkar tangan ke sekeliling rusuk Dihya, sekali tanpa sengaja dia terpegang bahagian rusuk Dihya yang sakit. Yang mana buatkan Dihya melompat sedikit akibat terkejut. "Kenapa?"pandanganya ke tepi kehairanan.
Kekok sendiri di situ Dihya menggeleng. Sakit betul, terperanjat dia!"Tak ada apa-apa. Tangan tuan macam ada eletriknya. Itu yang rasa macam kena renjat tu." guraunya untuk tidak tunjukkan yang tangan Zane sedang menyakitkan dia memandangkan dia tak boleh alihkannya.
"Ada-ada aje la kamu ni."geleng Zane yang kemudiannya tidak lagi memikirkan hal itu. Dia bawa Dihya bersama ke arah dapur.
*FILTER MATURE CONTENT*
THIS CHAPTER CONTAINS SCENES
THAT MAY BE DISTURBING
OR UPSETTING TO READER.
JAM DIGITAL ATAS NIGHT STAND menunjuk waktu baru masuk 11 malam. Tetapi suasana penthouse itu sudahpun lengang setelah penghuninya masuk tidur awal.
Di atas katil, dalam keadaan mengiring sambil memeluk Dihya, Zane diam termenung memandang jendela balkoni yang tidak ditutup. Perhatiannya terarah pada kain langsir yang bergerak-gerak setiap kali angin malam menghembus lembut.
Walaupun suasana sepi dan tenang, ianya tidak cukup untuk menenangkan Zane.
Begini situasi yang Zane hadapi setiap kali hendak tidur. Semenjak datuknya meninggal dunia, tidur Zane sekalipun tidak pernah dapat lena dengan nyenyak. Dia sering terkejut-kejut setiap kali sudah hendak terlena. Kalau terlena pun hanya sejam dua kemudian terjaga semula. Nak tidur semula tu ambil masa dua ke tiga jam. Ada masanya sampai tak tertidur keesokannya pun ada.
Bersama keluhan berat, dia buka mata. Dihya yang ada dalam pelukannya ketika itu di pandang seketika. Anak rambut yang menutupi wajah lena itu di selak ke belakang telinga sebelum di kucup.
Mata terpejam itu buatkan perasaan Zane berasa risau. Walaupun Dihya ada di sampingnya, entah kenapa perasaan takut berlegar dalam dada sepanjang masa.
Fikiran Zane menerawang pada perbualannya bersama Dihya semasa mereka mandi tadi, buatkan perasaannya tidak beres. Ada yang tidak kena. Seperti ada yang disembunyikan oleh Dihya daripadanya. Tapi dia tidak berani hendak bertanya lebih kerana risau akan menyakiti perasaan Dihya. Jadi sampai kesudahannya dia tidak tahu apa-apa.
"Macam mana kamu dapat lebam ni Dihya?" tenungnya pada kesan keunguan di tepi tulang rusuk kanan itu. Jarinya mengusap perlahan lebam itu. Dan setiap kali dia menekan sedikit lebam itu, Dihya tersentak. Rasanya tak ada pula dia berkasar dengan Dihya sewaktu bersama. Tapi bagaimana boleh ada lebam pula?
"Mana?"
"Kat sini... Sebab itu ke kamu terkejut masa saya peluk kamu?sebab lebam ni?"Dengan riak bingung Dihya tunduk memandang ke tepi rusuk. "Di mana kamu dapat lebam ni?"pancuran air dimatikan Zane. Dia ingin lihat lebih jelas. Ianya benar-benar lebam. Seakan Dihya terlanggar pada sesuatu.
"Oh ini. Tadi siang saya kemas dapur, tengah sibuk mengemop tu entah macam mana saya tersandung hujung mop tu dekat sini..." bersahaja Dihya menjawab.
Zane memincing mata curiga. Nada Dihya kendengaran meyakinkan tapi entah kenapa dia masih tak percaya.
"Mop? Sekuat tu sampai boleh berlebam?"
"Biasa la tu, badan saya ni kan mudah berlebam. Sikit aje ni. Tuan lama lagi ke? Saya nak keluar dulu la ya. Sejuk!"Dihya memeluk badannya yang basah.
"Ke ada something yang berlaku masa saya tak ada?"
"Mana ada."
"Betul ni?"
"Betul."
ZANE MENARIK selimut naik menutupi badan Dihya yang tidak beralas itu sebelum mengucup pipi Dihya sebelum turun dari katil. Lalu jubah tidur di sarung ke badan sebelum dia berjalan keluar dari bilik tidur.
Langkahnya di atur ke ruang tamu. Telefon yang terbiar atas meja kopi sejak petang tadi dicapai sebelum dia ambil tempat di sofa. Duduk sahaja dia di situ barulah Zane tunduk menaip sesuatu di skrin telefon. Dia ingin menghantar pesanan pada anak buah yang telah di upah uruskan sesuatu buat dia untuk dapatkan perkembangan tugasan itu. Memandangkan awal petamg tadi dia sibuk.
Tiba-tiba sebelum sempat Zane menghantar pesannya itu, telefonnya berdering. Buatkan niat Zane tadi hendak hantar pesanan turut terhenti. Saru panggilan masuk. Tertera nama Kyren di situ.
Ini kalau Kyren dah hubungi dia itu bermakna kegiatannya sudahpun ketahuan dengan lelaki itu.
"Hello?"
"Betul ke apa yang saya dengar tuan?"nada serius Kyren terus menyapa dalam panggilan tu. Tiada lagi formaliti.
"Apa tiba-tiba ni? Kau tahu sekarang jam berapa?"
"Saya tahu tuan sendiri tak tidur lagi. Jangan nak alihkan topik. Saya dengar dari budak-budak. Mereka beritahu yang tuan arahkan mereka lakukan sesuatu yang tak sepatutnya orang seperti tuan lakukan!" semakin tegas suara Kyren.
"Aku buat apa?"
"Zane!" Kyren marah. "Saya bercakap selaku kawan dan seorang abang. Bukan sebagai seorang pekerja sebagai majikan. Apa yang kamu fikirkan dengan lakukan hal tu? Kamu suruh saya jejak keberadaan ayah Cik Dihya hanya untuk culik lelaki tu dan sakiti dia?"Kyren kedengaran tidak percaya dalam panggilan tu. "Apa yang kamu fikir cuba nak lakukan ni? Kalau orang lain tahu tentang hal ni kedudukan kamu dalam syarikat boleh terjejas tahu tu. Dan Tuan Hayes adalah orang pertama yang akan sambut hal ni dengan gembira sebab dia boleh gunakan ia sebagai kelemahan kamu!"
Hah~~
Hela nafas dilepaskan panjang. Zane menyandar ke belakang sofa itu. Pandanganya terarah pada siling di atas. Leteran Kyren itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Kenapa pulak tak boleh?"
Untuk beberapa saat panggilan itu senyap. Mungkin Kyren terkedu dengan respon bersahaja Zane itu. "Kenapa tak boleh? Serius tuan tanya saya kenapa? Tuan sedar tak yang tuan telah menculik seseorang kemudian mengurungnya sebelum dibelasah separuh nyawa?Ianya adalah tindakan jenayah. Kalau bukan kerana ada yang terlepas cakap tentang rancangan tuan ni, mungkin saya takkan tahu tentang hal ni sampai bila-bila."nada Kyren kedengaran kesal di telinga Zane ketika itu.
Namun riak di wajah Zane langsung tidak berubah. Dia sedikit pun tidak berasa serba salah atau terkutik dengan kenyataan itu.
"I did it for her actually."gumam Zane. "Sebagai hadiah untuk Dihya. Aku rasa dia akan gembira dengan kejutan aku ni."barulah Zane memejamkan mata. Zane sudah membayangkan reaksi Dihya lepas dapat tahu tentang hal ni. Gadis itu pasti akan menyanjung dan menyukai dia lebih daripada yang sekarang. Dan paling penting Dihya akan semakin bergantung harap pada dia. Yang mana buatkan gadis itu tidak akan tinggalkan dia.
"Apa yang tuan katakan ni?Hadiah? Jadi pada tuan semua ini adalah cara tuan berbudi bahasa pada Cik Dihya?"
"Yeah, of course. What else does it look like?"
"Tuan tak rasa ke semua ni tak normal?"
"Kenapa pulak?"
"This make you looks like a sociopath." keluh Kyren begitu mengalah hendak menghadap sikap Zane itu. " Kalau tuan nak berikan hadiah, tuan boleh berikan jam tangan, barang perhiasan atau apa saja. Bukan dengan menggunakan cara ni."
Perlahan-lahan Zane membuka mata semasa bibirnya melebar sedikit demi sedikit.
"That's what make me do this. She didn't like either of luxury or gift. What else I can do to make her happy?" hati Zane senang kerana mengetahui sikap Dihya yang bukan tidak mata duitan atau seorang yang materialistik. Terbit rasa bangga dalam dada Zane setiap kali dia memikirkannya. Memang tak salah orang dia jadikan Dihya sebagai mistressnya.
Kyren melepaskan keluhan. Mungkin sudah mengalah untuk berdebat dengan Zane. "Apa yang buat tuan yakin Cik Dihya akan gembira dengan tindakan tuan ni? Tak, lebih dari tu kenapa tuan lakukan semua ni pada Cik Dihya?"
Imej Dihya tersenyum dan gembira terbayang dalam kepalanya. Seumur hidup Zane, tidak pernah ada seorang pun yang menghargai dirinya. Tidak pernah ada seorang pun mengucapkan terima kasih apalagi memahami dirinya. Jadi bila Dihya yang lakukan semua tu, ianya buatkan Zane mahukan lebih dan berterusan. Untuk pastikan Dihya terus menerus ucapkan terima kasih terhadapnya, dia akan lakukan apa saja sekalipun hal itu salah.
"Because she's say she love me."lafaz Zane bernada termenung melihat siling di atasnya.
Patutnya tengah bari tinta dah update. Tapi ada insiden dah berlaku masa lepas Tinta balik kerja. My veterant that i raise since 2009 cat get bitten by dog. And dead. Ngl... I cry all day till fall asleep in the evening. Lepas asar baru bangun.lepas tu jammed sekejap. Sbb mcm tk percaya aje... Kucing yg kita dah tatang bagai minyak yg penuh mati gara2 anjing belaan org kaya yg dowg lepaskan tak berjaga. Itu yang take time sikit nak update. Kebetulan pulak time setting untuk chapter hari ni malam. Jadi tinta plan untuk publish malam biar sampai feel dia. Beside chapter ni tinta kena filter leklok biar still ada vibe dark romance tu. Harap-harap menjadi la. Dan tak kekok. Sebab tinta teragak-agak jugak sebenarnya nak update chapter ni sampai berulang kali betulkan dan delete add content dalam chapter ni. Apapun terima kasih sebab sudi tunggu. Jumpa minggu depan.
Share this novel