Sambil berdiri di atas platform, Dihya tunduk memandang tali leher biru gelap yang sedang diikat dalam tangannya. Tekun sejak tadi sebab tidak terbiasa semasa Zane berdiri di situ bermain dengan rambut panjang miliknya.
Oleh kerana kekok pertama kali mengikat tali leher, Dihya perlahan dalam pergerakkannya dimana kalau orang lain mungkin akan jengkel sebab pekerjaannya dilakukan lambat. Namun tidak Zane. Lelaki itu sedikit pun tidak complaint.
"Saya taknak kamu potong rambut kamu..." beritahu Zane memecah kesunyian antara mereka sejak tadi sambil memintal hujung rambut Dihya dengan jari telunjuknya.
"Kenapa? Saya baru aje berniat nak potong rambut sebab rambut saya asyik gugur aje."pandang Dihya sekejap ke wajah Zane sebelum kembali memandang tali leher.
Kenapa Dihya tanya? Mata Zane melirik sepanjang anak rambut yang menutupi sebahagian dahi kening Dihya semasa jarinya menyelak anak rambut itu ke belakang telinga. Sebab rambut ini yang menarik perhatian dia semasa kali pertama mereka bersua muka. Mesti la dia mahu Dihya menjaga rambut ini. Kalau dipotong, rasanya dia mungkin akan sedih.
"Sebab saya sukakan rambut kamu."mendatar saja Zane beritahu. Dia bermain lagi dengan rambut itu.
"Dekat rambut aje? Dekat tuan badannya tak suka ke? "sakat Dihya seusai mengikat tali leher. Lalu dia tuck in tali leher itu ke dalam vest hitam Zane.
Hujung bibir Zane terjungkit kecil. Tak mungkin dia akan lafazkan perkataan itu secara langsung. Lelaki itu memandang Dihya dengan renungan dalam sebelum mengocek poket belakang. "Saya mungkin akan balik lewat.Tak perlu tunggu saya."lalu skrin telefon di sentuh itu dan ini sebelum Zane membaca butiran pesanan yang baru sahaja masuk.
"Baik tuan."sambut Dihya sambil memerhatikan Zane ketika itu. Entah siapa aje yang menghantar pesanan kepada Zane tu? Bukan isteri lelaki tu kan? Terdetik hati Dihya dengan perasaan iri bila memikirkan kalau Zane balik lewat kerana luangkan masa dengan isteri lelaki itu.
Zane telah menerima pesanan dari pengawalnya. Pesanan itu memberitahu bahawa bagasi yang dia suruh untuk bawa ke atas sudahpun berada di hadapan pintu rumah. Sepertinya pelan dia untuk membuat kejutan pada Dihya sudah tiba!
Ketika itu Dihya sudahpun bergerak ke dapur. Meninggalkan Zane berdiri sendirian di hadapan laluan di antara dapur dan ruang tamu di situ.
"Dihya?"
"Mm." sambut Dihya. Teko dari mesin kopi dicapai lalu isinya dituang ke dalam cangkir mahal Zane.
Sambil menyarung blazer ke badan, Zane menghadapkan badan ke arah dapur dimana Dihya sedang berdiri. Dia tenung belakang kepala itu dengan perasaan berdebar. Apa agaknya reaksi Dihya nanti? "Pernah tak kamu terfikir untuk membalas dendam?Maksud saya terhadap ayah kamu?" jantung di dalam tulang rusuk berdegup kuat. Zane begitu gemuruh membayangkan reaksi Dihya nanti
Dihya berpaling menghadap Zane sambil memegang cangkir berisi kopi dengan riak hairan. Keningnya terangkat sebelah kerana tertanya-tanya. Dah kenapa tanya macam tu?
"Apa kata kamu kalau tiba-tiba ada orang datang kemudian dia bawa ayah kamu ke depan mata kamu?"Zane semakin berdebar. Perasaan teruja dan tidak sabar bercampur baur. Adakah Dihya akan gembira?Gadis itu akan tersenyum pada dia ke?" Adakah kamu suka kalau seseorang bawa ayah kamu berjumpa dengan kamu semula?"
Mencerlung tajam kening Dihya setelah itu. Riaknya menjadi gelap. Jelas kelihatan di wajahnya perasaan tidak senang dengan soalan Zane tadi. "Sudah tentu la saya tak suka. Dah kenapa mereka nak buat macam tu pulak?"
Tersentap Zane. Dia yang dengar terus bungkam di situ. Perasaannya seolah-olah kecewa kerana jawapan Dihya tadi. Bukan ini reaksi yang dia expect dari Dihya!
SEUMPAMA AWAN GELAP menyelubungi mereka, keadaan dalam bilik meeting begitu tegang dan suram. Sehinggakan tiada siapa yang berani hendak bergerak apalagi menguap setelah melihat lelaki di kepala meja meeting di situ.
Sepanjang meeting berlangsung, habis semua pegawai atas dileteri dan dimarahi. Ada saja yang kurang ada saja yang tidak kena. Setiap butiran turut diungkit oleh Zane Hayes. Sampaikan ramai yang pecah peluh sejum dalam ruang berpenghawa dingin kerana gementar.
Kesudahnnya setiap laporan dan juga kerja yang telah diselesaikan oleh para pekerja terpaksa di betul ulang semula dari awal.
"Kenapa dengan Tuan Zane hari ni?"
"Entah dia tu... Menakutkan aku betul dalam bilik meeting tadi."
"Aku hampir-hampir aje nak terkucil dalam meeting tadi..."
"Bukan itu la.... Kau tak nampak ke muka dia tadi. Memang la dia marah tapi kau tak perasan ke muka dia macam tengah sedih aje tadi?"
"Siapa? Tuan Zane sedih? Iya iya la kau..."
"Lelaki ais batu tu sedih? Nak kiamat agaknya."
"Betul la. Dalam lama-lama aku bekerja dengan dia, tak pernah aku tengok muka dia macam tu."
Perbualan para staf di laluan koridor itu sayup-sayup kedengaran seperti bisikan.
"Kalau macam tu, ada something berlaku dekat rumah dia ke?"
"Nak kata bergaduh dengan Puan Astrid, takkan sesedih tu..."
"Chief Kyren... chief tahu kenapa dengan Tuan Zane hari ni?"
Dengan serentak kesemua kepala di situ berpaling ke arah Kyren di hadapan almari fail disitu. Masing-masing pandang Kyren dengan reaksi tidak sabar.
"Hah?"
"Kan chief selalu dengan tuan, mesti chief tahu apa puncanya tuan bad mood hari ni?"
Kyren sendiri terkejut sebenarnya. Sebab ini pun pertama kali untuk dia melihat Zane kelihatan depress seperti ini. Jadi dia sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Sebab lebih daripada marah, Zane sebenarnya tengah merajuk. Sebab rancangan lelaki tu nak buat kejutan spoilt. Sebab tu moody aje. Tapi takkan la dia nak cakap macam tu depan karyawan dekan sini. Malu la Zane nanti.
"Dia cuma tengah frust aje sekarang ni. Dah la. Jom kita sambung kerja. Silap masa habis dipecatnya kita semua ni hah..."
KELUHAN DEMI KELUHAN berat lepas dari bibir Zane. Dari tadi dia tidak dapat berhenti dari memikirkan perbualannya bersama Dihya tadi di rumah. Sampaikan dia tidak dapat beri perhatian dalam meeting sebentar tadi. Kepalanya hanya dipenuhi tentang Dihya.
Kenapa boleh jadi macam ni?
Dengan kesal Zane bersandar pada kerusi dengan mata terpejam dan kening berkerut susah hati.
"Kenapa pulak kamu tak suka? Bukan ke ayah kamu yang buatkan hidup kamu susah?"
Dihya mengambil blazer dari kerusi makan di situ lalu berdiri di belakang Zane.
"Memang betul ayah saya punca hidup saya susah macam ni. Dan saya mengaku yang saya bencikan dia. Tapi tak adalah sampai ke tahap saya nak balas dendam dekat dia."
Kerongkongnya terasa kesat tiba-tiba. Hendak menelan liur pun payah aje rasanya. Zane merasakan dadanya ketat semacam apabila Dihya cakap macam tu. Sedangkan dia sudahpun menculik ayah Dihya dengan niat hendak buat kejutan pada gadis ini. Dengan harapan Dihya akan gembira yang dia sudahpun menemui lelaki yang selama ini telah menyakiti Dihya. Tapi tak, harapannya punah selepas dapat tahu apa perasaan sebenar Dihya mengenai rancangannya itu.
"Lagipun saya dah beritahu awal hari tu pada tuan kan. Yang saya tak ada niat nak susahkan hidup saya yang sedia susah ni. Ayah saya dah hilang dan dia tak ganggu hidup saya. Jadi tak ada apa-apa yang saya perlukan lagi."beritahunya semasa mengenakan blazer di badan Zane.
Mata Zane tidak berkedip sekalipun semasa termenung memandang ke depan kerana begitu terkejut.
"Kalau betul ada orang yang bawa ayah saya berjumpa dengan saya sekarang, saya tak rasa yang saya boleh lepas dari ambil kisah tentang ayah saya tu lagi."Dihya peluk Zane dari belakang dan bersandar di belakang badan itu." Sebab in the end saya yang akan mengalah dengan ayah saya dan menurut apa yang dia mintak."
Gulp! Zane mengerling ke arah pintu keluar dengan gugup. Kalau macam tu Dihya tak boleh tahu apa yang dia telah lakukan pada ayah Dihya. Sekiranya Dihya tahu, Dihya pasti akan membencikan dia. Dan paling parah, Dihya akan memilih orang tua tak guna itu dari dirinya. Itu bukan yang dia mahukan!
DING!
DONG!
Dihya tersentak. Dia pandang ke arah pintu sejurus melepaskan pelukan dari Zane.
"Itu mesti Kyren..." ujarnya sambil menoleh ke arah pintu.
Tanpa berlengah lekas-lekas Zane mengatur langkahnya. Tetapi Dihya malah mengekori langkahnya di belakang.
"Kamu nak ke mana?" soal Zane sewaktu menoleh ke arah Dihya.
Dengan riak terkebil-kebil Dihya tunding jari ke arah pintu pula.
"Hantar tuan pergi la."
"Tak perlu. Saya boleh pergi sendiri."tegah Zane sebelum menuju ke arah pintu rumah. Dia perlu menyuruh mereka supaya bawa bagasi tersebut jauh dari sini dengan segera. Kalau Dihya tahu mengenai hal ni, dia dalam masalah besar!
Buka sahaja pintu itu, Kyren sudahpun berdiri bersama dua orang pengawal keselamatan yang lain. Easton dan Ryan sedang berdiri di tepi mereka. Masing-masing memandang Zane yang seperti lelaki dalam masalah besar.
"Tuan ini-"
"Bawa bagasi ni pergi dari sini. Buang aje di mana-mana." gesa Zane menolak bagasi itu jauh dari pintu.
"Tapi tuan-"
"Lekas!"Zane menjegil mata dengan tegas pada mereka di situ.
ZANE HAYES, 34 TAHUN. YANG mana untuk pertama kali dalam hidupnya telah melakukan sesuatu yang dungu dan berkelakuan seperti kanak-kanak merajuk!
"What a dumb ass.... "keluh Zane perlahan semasa mendongak kepala ke atas dengan mata terbuka kesal. Kenapa dia lakukan semua ni? Beria sungguh dia buat semua ni tapi end up dengan result yang memalukan.Tak guna betul! "Ugh! "dengan kesal dia mengerang geram. Penyakit dungu dia ni memang tiada ubatnya mungkin.
DING!
Satu bubble notifikasi naik dari skrin komputer. Bunyi dari notifkasi itu menyentak lamun Zane serta merta.
Dengan renungan jengkel, Zane kerling ke skrin komputer. Dia melihat ada pesanan masuk. Memberitahu bahawa mereka sudahpun membuang bagasi tadi dan dihapuskan semua bukti.
Membaca pesanan itu memburukkan lagi mood dia!
"F***!"keluhnya malas-malas kembali duduk tegak di situ. Tetikus sebelah keyboard dipegang tiada semangat. Kenapa susah sangat nak puaskan hati seorang perempuan? Tak boleh ke terima aje apa yang dia berikan tanpa rungutan?
Oleh kerana kejutan yang satunya ini gagal, Zane terpaksa tukar pelan dia. Entah hadiah apa yang dia perlu sediakan untuk menggantikan pelannya yang tidak menjadi.
Termenung punya termenung akhirnya satu idea pun terlintas dalam fikirannya. Lalu Zane mula menaip satu laman web pembelian online. Section makanan di check. Banyak makanan mewah dan berkualiti tinggi tersenarai di situ. Tapi bila difikirkan semula kalau dia belikan Dihya makanan, gadis itu takkan dapat rasa apa-apa.
Nak tak nak, Zane end up membuat pembelian daging berkualiti tinggi. Dia menempatkan pesanan di situ lalu membuat pembayaran. Dia sudah tiada pilihan lain memandangkan Dihya tidak suka barang mewah.
Knock!
Knock!
Pintu terbuka. Kyren tiba-tiba masuk dalam keadaan kelam kabut. "Tuan-"tidak sempat dia hendak menghabiskan kata-katanya tubuh Kyren kemudiannya ditolak ke tepi dengan kasar sebelum seseorang masuk ke dalam ruang itu.
"Hello! Big brother! "laung Sarah sambil mendepakan tangan dimana beg tangan dan jambangan bunga berada.
"Apa yang berlaku ni? "cemberut Zane masih belum reda lagi dari rajuknya. Melihat Sarah di situ buatkan Zane semakin kerimasan. Entah apa lagi perempuan ni mahukan?
"Saya cuba nak halang dia... "keluh Kyren ikut letih dengan sikap persistent Sarah ini. Gadis ini selalu menganggu Zane gara-gara mahukan wang.
Dengan riang Sarah mendekati meja Zane. Langsung tidak menghiraukan renungan tajam dari Zane ketika itu.
"Hehehe... Did I came at the bad time?" sengih Sarah tidak bersalah melirik akan wajah keruh Zane.
Pfftt.... Hahahaha.... Merajuk la pulak Tuan Zane ni hah
Share this novel