BAB 3

Drama Series 3979

SUASANA mulai canggung, Ryan masih tertanya-tanya bagaimana wanita itu berada di rumah keluarganya.

" kau buat apa dekat sini? '' soal Ryan.

" awak dah ingat saya ke? "balas Leia suaranya kedengaran teruja.

Puan Sri Maya yang sedang turun dari tangga itu menghentikan langkah kakinya itu apabila melihat Ryan dan Leia sedang bersembang.

" diorang dah kenal ke? " soalnya perlahan.

" awak ehh anak aunty Maya yang baru balik dari As?" Leia cuba beramah mesra.

" ermm.." jawabnya acuh tak acuh.

"ohh, best tak belajar dekat sana? saya pun teringin nak sambung belajar tapi tu lah.." Leia menghentikan ayatnya itu.

" tapi apa?" soal Ryan seperti ingin tahu walaupun wajahnya benar-benar malas ingin berbicara dengan wanita itu.

" tapi malas lah," sambung Leia sambil tertawa sendiri.

Ryan hanya menyangkan wajah selamba seperti tiada reaksi sahaja.

" err.. tak kelakar ke? "

Ryan hanya melepaskan keluhan sendiri, tangannya itu di silangkan. Leia hanya mengukir senyuman, namun senyumannya itu perlahan-lahan pudar apabila saat ini wanita itu melihat lelaki itu memakai cincin di jarinya.

" ehh cincin? di.. dia dah kahwin ke? " bisik hatinya sendiri.

" awak dah kahwin ke?" suara Leia kini serius tidak seperti tadi.

Belum sempat Ryan menjawab, Puan sri Maya terus menghampiri Ryan dan Leia tika ini.

" Ryan baru sampai?" soal Puan Sri Maya.

" hah.. er.. ermm " Ryan sedikit canggung kerana sudah terlalu lama tidak berhubung dengan Puan Sri Maya.

Leia sedikir hairan melihat kedua anak beranak seperti ada masalah di antara mereka.

" jom makan? Leia dah makan ke? " soal Puan Sri Maya dan memaut lengan wanita itu dan di bawa ke dapur.

" Awak.. jom lah makan" ujar Leia sambil memandang ke arah Ryan.

"pergilah dulu.." ujar lelaki itu.

ARYAN duduk di kerusi kayu di beranda rumahnya, pandangannya kosong ke arah langit yang sudah gelap. Wajahnya suram, matanya sedikit sayu, seperti tenggelam dalam fikirannya sendiri. Angin malam bertiup perlahan, menggerakkan helaian rambutnya yang jatuh ke dahi.

Leia muncul dari dalam rumah, membawa pinggan makanan di tangannya. Langkahnya perlahan tetapi penuh tekad. Dia berhenti di sisi Aryan, memandangnya dengan hairan.

" kenapa tak masuk makan?" soal Leia.

Aryan hanya diam, masih merenung ke hadapan tanpa reaksi. Leia menghela nafas, lalu meletakkan pinggan di atas meja kecil di sebelah kerusi Aryan. Bau makanan yang masih panas memenuhi udara, namun Aryan tidak berganjak.

Leia tidak berkata apa-apa lagi, tetapi dia duduk di sebelah Aryan, membiarkan kehadirannya berbicara lebih daripada kata-kata. Keheningan antara mereka bukanlah sepi, tetapi penuh dengan pemahaman.

Setelah beberapa saat, Aryan menghela nafas panjang sebelum perlahan-lahan menoleh ke arah Leia.

" kau buat apa dekat sini pergilah masuk" suaranya perlahan sahaja.

" alahai takkan duduk pun tak boleh, apa lah yang awak fikir sangat ni. Dari wajah awak tu saya tahu awak banyak pendam masalah kan?" ujar Leia sambil memandang tepat ke arah wajah lelaki itu.

Aryan mengalihkan pandangannya itu ke arah Leia, saat ini jantung Leia berdegup begitu kencang apabila anak mata lelaki itu tepat memandang ke arah anak matanya itu.

" kau dah lama kenal mama aku ke?" soal Aryan.

Senyap..

Aryan mengerutkan dahinya itu apabila wanita itu tidak memberikan sebarang reaksi.

" kau... dengar tak?"

" hah? er.. apa tadi ehe" Leia menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

Aryan mengeluh sendiri.

" kau dah lama kenal mama aku?"

" ohh, lama dah. Aunty Maya kawan dengan ibu saya. Tu yang saya boleh kenal aunty Maya, saya selalu datang sini jumpa aunty Maya atau Kak Raina" ujar Leia lagi.

" Saya tak tahu pulak aunty Maya ada anak lelaki"

" mama aku tak pernah cakap pasal anak lelaki dia?"

" err...tak"

Leia mula perasan wajah lelaki itu sedikit berubah.

" benarlah mama bencikan aku" bisik hatinya perlahan.

" er.. awak janganlah fikir sampai ke situ biasa lah anak lelaki kan. Ibu bapa kita kan suka fikir pasal anak perempuan" Leia cuba menenangkan lelaki itu.

Aryan hanya sekadar melepaskan keluhan sendiri.

" makanlah ni, nanti sejuk tak sedap.."

Aryan hanya sekadar mengangguk sahaja.

" Nama awak siapa ya? saya ada dengar Ryan je tadi" ujar Leia.

" Ryan" balasnya pendek.

" takkan Ryan je, nama panjang apa"

Aryan mengeluh sendiri.

" Aryan Ilhan, dah nak masuk" Aryan terus bangun dari kerusj yang sedang lelaki itu duduki itu.

" nama saya pulak leia Atisya! ingat tauu" ujarnya dengan suara yang sedikit kuat.

RYAN mengatur langkah kakinya ke arah Puan Sri Maya yang sedang duduk di kerusi sofa itu dengan perasaan ego yang rendah lelaki itu menghampiri Puan Sri Maya dan menundukkan badannya itu.

" mama maafkan Ryan, Mama bagitahu Ryan. Apa perlu Ryan buat untuk mama maafkan Ryan" ujar Ryan dengan nada suara yang perlahan.

" maa, hanya mama je yang Ryan boleh mintak tolong. Betul apa yang mama cakap, Ryan memang useless kalau mama tak der"

" Dah lama kamu kenal Leia?" soal Puan Sri Maya secara tiba-tiba.

"hah? er.. Leia?" Ryan bingung dengan soalan yang diajukan oleh Puan Sri Maya itu.

"ya.. Leia yang kamu bercakap dengan dia tadi" ujar Puan Sri Maya dengan wajah yang serius.

"err.. Ryan tak kenal sangat pun dia. Cuma kami ada lah terjumpa beberapa kali" jelas Aryan.

Puan Sri Maya mengukir senyuman sendiri, Aryan tidak faham.

" kamu nak mama maafkan kamu dan tolong perempuan tu?" soal Puan Sri Maya.

"mama sanggup tolong Naura ke?" wajah Aryan kelihatan teruja.

" mama boleh tolong kamu, tapi kamu kena tolong mama dulu"

" tolong? apa maksud mama? Tapi apa pun Aryan akan buat. Apa sahaja" ujar Ryan.

" apa sahaja?" ulangnya dengan suara yang mendatar.

Aryan mengangguk, saat ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya dia apabila mendapat tahu Puan Sri Maya akan menolongnya.

" kahwin dengan Leia Atisya" ujar Puan Sri Maya dengan suara yang tegas.

Kata-kata Puan Sri Maya itu benar-benar mengejutkan Aryan saat ini. Mengapa dia harus berkahwin dengan perempuan lain sedangkan dia sudah berkahwin.

" kahwin? mama tahu kan Ryan dah ada isteri. Naura tu isteri Ryan" ujar Aryan.

" Mama perlukan jawapan kamu, jawab ya atau tidak. Kalau tidak, jangan jejak lagi kaki kamu dekat sini" Puan Sri Maya terus bangun dari kerusi yang sedang wanita tua itu duduki dan naik ke atas meninggalkan Aryan yang masih bingung.

LEIA merebahkan badannya itu di katilnya yang empuk itu, bibirnya mengukir senyuman sendiri apabil wajah lelaki itu masih lagi terbayang-bayang dalam fikirannya itu. Walaupun lelaki itu kelihatan dingin tapi dia tahu lelaki itu lelaki yang baik.

" haihh, kecik betul dunia ni, anak aunty Maya rupanya" ujarnya sendiri.

Leia menepuk kedua belah pipinya saat ini, apabila sejak tadi lagi dia tidak berhenti mengukir senyuman.

" Aryan Ilhan, aku akan ingat nama tu!" bisik hatinya perlahan.

Krek....

Aryan melangkah perlahan ke dalam wad hospital, hatinya terasa berat. Bunyi mesin pernafasan yang berulang-ulang memenuhi ruang, seolah-olah mengiringi degupan jantungnya yang semakin laju. Di hadapannya, isterinya terbaring kaku di atas katil, tubuhnya di selimut putih, wayar-wayar berselirat di sekeliling.

"Naura..." suara Aryan bergetar, hampir tidak mampu keluar. Matanya meneliti wajah isterinya yang pucat, kelopak matanya tertutup rapat seolah-olah lena dalam dunia yang jauh daripada realiti.

Dia duduk di sisi katil, jemarinya menggenggam tangan isterinya yang sejuk.

"Nau.." bisiknya, namun tiada sebarang reaksi. Hanya bunyi monitor jantung yang masih stabil, memberi sedikit harapan bahawa isterinya masih bertahan.

Air mata yang ditahan akhirnya jatuh. Aryan menyentuh pipi Naura dengan penuh kasih, berdoa dalam hati agar isterinya kembali membuka mata, kembali tersenyum seperti dahulu.

Dalam keheningan wad, hanya cinta dan harapan yang masih setia menemani. Setiap hari Aryan di hantui dengan rasa rindu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

" Kahwin dengan Leia! itu pun kalau kamu nak isteri kamu selamat. Kamu tak der pilihan Aryan,"

" cukuplah kamu kecewakan mama dulu, cukuplah Ryan!" suara Puan Sri Maya masih tergiang-giang pada cuping telinganya itu.

"kamu memang tak sayangkan mama ke Aryan, kamu sanggup buang mama demi perempuan ni"

Aryan melepaskan keluhan perlahan.

" saya minta maaf Naura, saya nak awak tahu walau apa pun jadi saya sayangkan awak, tiada sesiapa boleh gantikan tempat awak dalam hati saya" ujarnya perlahan.

Cincin perkahwinan yang tersarung di jari Aryan di tanggalkan.

PUAN SRI MAYA yang sedang menyikat rambutnya itu terhenti apabila dia mendengar telefon bimbitnya berbunyi menandakan seseorang menghantar pesanan. Wanita itu mencapai dan melihat nama anak lelakinya itu yang tertera.

ARYAN : Ryan setuju, apa perlu Ryan buat.

Bibirnya mengukir senyuman membaca balasan mesej anaknya itu.

" Awak ingat kalau awak paksa dia kahwin, dia akan tinggalkan Naura ke?" suara Tan Sri Razak di belakang mengejutkan wanita itu.

" hey, saya kenal lah anak saya macam mana. Leia akan gantikan tempat wanita tak sedar diri tu."

" Leia tu seribu kali ganda lebih baik dari budak tak tahu asal usul tu " tegas Puan Sri Maya.

" Saya tahu Leia akan buat Ryan lupakan Naura"

" awak ingat Leia nak ke kahwin dengan Ryan if dia tahu Ryan dah kahwin "

Puan Sri Maya tertawa sinis.

" itu kalau dia tahu.. "

LEIA memperbetulkan rambutnya itu di cermin compact powder dan mengeluarkan pelembab bibir dan di letakkan di bibir perlahan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aunty Maya memberitahunya bahawa Ryan ingin bertemu dengannya.

TING

Bunyi lonceng dari pintu itu menyedarkan Leia, kelam-kabut wanita itu memasukkan bedaknya itu ke dalam tas tangannya itu dan saat itu dia melihat Ryan kini berada di pintu masuk dan memandang ke arah sekeliling pasti lelaki itu mencari dirinya.

" Aryan" panggil Leia sambil mengangkat tangan kanannya itu. Mendengar suara itu secara refleks Ryan memandang ke arah suara itu.

Lelaki itu melepaskan keluhan berat, kakinya seakkan berat ingin mengatur langkah ke arah Leia. Dia tahu Leia memang wanita yang baik, dia layak mendapat lelaki yang baik.

Aryan melabuhkan duduknya itu di kerusi berhadapan dengan Leia, wanita itu mengukir senyuman memandang ke arah lelaki itu.

" aunty maya kata awak nak jumpa saya, ada hal penting ke?" soal Leia.

Aryan diam membisu, dia tidak tahu bagaimana ingin memulakan semua ini.

" Ryan" suara itu mengejutkan Aryan.

" ke awak nak sarapan dulu? awak dah makan belum"

" awak ada sesiapa sekarang ni?" soal Aryan sambil memandang ke arah Leia.

" err.. sesiapa? maksud awak apa" Leia hairan.

" saya.. saya suka kan awak, saya nak.. saya nak ajak awak kahwin" ujar lelaki itu serius.

Kata-kata Aryan saat itu benar-benar mengejutkan Leia ketika ini, dalam hati Aryan berharap wanita itu akan menolak kerana dia pasti jika Leia menolak ibunya tidak akan mampu melakukan apa-apa.

Dia turut tidak mahu menyakitkan Leia.

" saya faham kalau awak tak setuju, sebab masih terlalu awal kan? saya cuma luahkan apa yang saya rasa" ujarnya lagi.

Kotak cincin yang berada di dalam poketnya itu di bawa keluar dan di tunjukkan kepada Leia yang masih terkejut itu.

" saya setuju.." ujar Leia.

Jawapan dari Leia itu benar-benar mengejutkan Aryan ketika ini.

Dan di sini lah sebenarnya aku telah menyeksa diriku sendiri..Dia tipu.. Leia.

Thank you kpd yang sudi membaca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience