bacdh 'Yes Mommy'

Drama Series 49696

May Rose melangkah cepat-cepat. Dari melangkah bertukar pula berlari anak apabila perasan Yusoff sudah semakin mendekat. Kemudian terus berlari laju apabila melepasi pintu lobi utama hospital.

Yusoff tiba-tiba berhenti tidak mengejar lagi. Ketika May Rose masuk ke dalam kereta tiada lagi kelibat Yusoff. May Rose duduk menyandar di bangku pemandu kemudian memejam mata rapat-rapat.

Apa yang dia nampak tadi? Hari ini pula jadinya. Kenapa sekarang?. Saat dia mahu memberitahu Yusoff tentang Mommy dan tuduhannya.

Apa harus dia buat?. Dia berharap jika boleh di undur masa dia tidak melalui lorong itu untuk ke wad Khalisya supaya dia tidak nampak babak tadi.

May Rose tidak boleh kehilangan Yusoff. Dia tidak sanggup menghadapinya. Membayangkan perkara seperti itu juga dia tidak mahu.

Selama ini walau dia diumpat, disindir atau dikutuk berhadapan sekalipun kerana bersuamikan Yusoff yang muda dan tampan dia tidak kisah.

Dia tidak peduli kerana dia kenal sosok Yusoff bagaimana orangnya. Selama dua tahun ini dia sangat bahagia memiliki Yusoff sebagai teman mesranya.

May Rose hidupkan enjin kereta kemudian memandu meninggalkan kawasan pakir hospital.

Yusoff tidak mengejarnya?.
Tiada sekelumitkah rasa sayang dalam hati Yusoff pada dia?

Jangan tanya hati dia kerana dia sudah awal lagi terpesong dari perjanjian asal mereka iaitu bersama kerana mahu saling menyokong jangan rebah.

Dia sudah jadi tamak mahu memunya Yusoff yang kacak, budiman, baik budi bahasa dan sifat ihsannya itu. Dia suka karekter Yusoff yang sinis dan tidak melayan atau memandang perempuan lain di hadapannya.

May Rose pakir kereta di tepi sebuah tasik, turun dan memilih untuk duduk di sebuah bangku yang terlindung dari panas matahari dengan bebayang pohon berdekatan.

Pandangannya lurus ke hadapan hingga menyeberang tasik. Lebih kepada merenung perjalanan kisah diri sebenarnya.

"I dah agak you kat sini."

Terhinggut sedikit bahunya kerana tersentak mendengar suara yang tiba-tiba tapi kekal dia matikan diri tidak menyahut.

"I'm sorry May. I'm really sorry."

Yusoff ambil tempat di sebelahnya. Duduk di bangku batu menghadap air tasik yang tenang.

"You ingat tak... I cakap I minta you kahwin dengan I... I tolong you elakkan Zaril kacau hidup you and... you tolong I kekal fokus pada matlamat hidup I?".

Ya, May Rose ingat saat itu. Saat dia menangis ketakutan di kejar Zaril sehingga ke Paris. Sudahlah sebelum itu dia melalui episod yang panjang dan sadis untuk melepaskan diri dari perkahwinan dengan Zaril.

Perceraian yang hanya jadi miliknya selepas Zaril mematahkan tangannya dan menumbuk hancur pipi dan bibirnya. Mengingatinya sahaja sudah mengecutkan perut May Rose.

Kemudian menghadapi pula fitnah dan pembohongan dari mulut Zaril kepada orang sekeliling sebab musabab berlaku perceraian.

Jangan tanya kenapa dia kekal mahu merahsiakan kekurangan dirinya yang hidup tanpa rahim dari semua orang. Dia ada rasa rendah dirinya sendiri. Itu digunakan Zaril sepenuhnya untuk memfitnah dia dan dia terpaksa kekal berdiam diri.

"You tak nak tanya ke May apa matlamat hidup I?".

Yusoff di sebelah menoleh ke wajahnya dan dia tetap merenung ke hadapan. Mujur dia memakai kaca mata hitam.

"I nak berjaya, I nak kaya, I want to be someone who owns something big with my own efforts! tujuannya... I nak tunjuk pada seseorang supaya dia menyesal tolak I dari hidup dia!"
"You know what May?..."
"Semua tu dah tak guna hari ni..."
"Sebab I salah faham. I pergi bukan sebab I boleh lawan perasaan kecewa tu dan mencabar diri I untuk jadi success... tapi I pergi sebab ada yang beralah dan sengsara sorang-sorang."
"Siti Khaleeda my wife and Siti Khalisya my daughter."

@@@@@@@

May Rose tarik nafas panjang, bertahan dan lepas perlahan-lahan.

"Dua tahun lebih kita kahwin... you tau tak you tidur mengigau?".

Yusoff menoleh sekali lagi merenung wajah cantik isterinya May Rose. Wajah campuran yang tiada rupa melayunya.

Kadang-kadang dia pelik dengan sikap May Rose yang tidak sepandan dengan penampilannya yang nampak berpendidikan tinggi, matang dan sentiasa terlihat cantik dan kemas. May Rose terlalu baik hati, lembut dan sangat menjaga tutur kata.

"Setiap malam you akan berbual dengan seseorang and you will cry..."
"Then deep down i know you hurt so much."
"First time I jumpa Di I tak perasan dia. Balik... I think I've seen her... but I don't know where"
"You ingat I beritahu you I jatuh?..."
"I jatuh sebab I nampak dia sekali lagi dan I betul-betul perasan I pernah tau dia from somewhere!."
"I sakit pun I akalkan jugak nak kenal dengan dia."
"I ambil dia kerja... sampai dia cakap jangan panggil dia Khaleeda sebab it's too long, just call her Di..."
"Same name you always called every night."
"But... I still hope it's just coincidence".

Yusoff teruskan mendengar. Memberi perhatian kepada cerita May Rose.

"One day I balik rumah. Kereta you ada depan rumah."
"I tau you tau Di ada kat rumah hari tu and you balik rumah."
"I tak nak tanya. I takut nak tau apa yang I fikir selama ni betul."

Selama ini Yusoff fikir dia licik kerana May Rose tidak dapat mengesan dia yang selalu pulang ke rumah selepas May Rose keluar bekerja rupanya dia silap.

"You ingat first time kita jumpa? I tolong bawa you pergi hospital masa winter?. I nak cari ID you and I jumpa kad nikah dalam your wallet."
"Terlalu sepontan, I lupa terus mulanya. Sampai I nampak kereta you ada kat rumah waktu bekerja..."
"I cari lagi sekali kad nikah tu dalam wallet you tak ada tapi... I jumpa dalam wallet Khaleeda."

May Rose tertunduk sedih. Terlalu sedih hingga Yusoff tidak tahu mahu memujuk bagaimana.

"You tau tak dekat rumah tu I dah pasang CCTV?".

Sekali lagi Yusoff terkedu. Dia hilang suara untuk berkata-kata. Apa dia dah buat?. Dia bukan sahaja sakitkan hati Khaleeda, dia juga lukakan hati May.

"I cintakan You Yusoff tapi I sedar diri I tak sempurna."
"You muda, full energy, good looking and I'm afraid you will leave me."
"I gunakan Di. I dah jumpa kad nikah tu I tau she's your wife. Dia halal untuk you. You cintakan dia but..."
"I tak nak you dan Di tau yang I tau!"
"You wanna know why?"

Yusoff hanya mampu merenung wajah May Rose yang sangat sedih dan kasihan. Merah sudah wajah putih melepak itu kerana menangis sedih.

"Sebab I nak you dan Di tak akan bermesra di hadapan I... I tak sanggup nak hadap semua tu! especially because of my Mom."
"I tak nak dia kata apa dia cakap betul! I tak nak terangkan apa-apa pada sesiapa. I tak nak berbincang panjang hal rumah tangga I dengan orang lain."
"I tak nak lalui lagi membincangkan cerita rumah tangga lagi dan lagi macam dalam mahkamah."
"I serik I trauma!".
"I cuma nak you ada dengan I! I tak nak you tinggalkan I..."
"Kenapa I kena nampak you dengan Di hari ni!?".
"You tau tak my Mom kata Di anak pengedar dadah and someone bawak cerita kata you and Di rancang nak kenakan I!".

Allahuakbar!.
Kenapa dia harus tersepit dengan masalah perasaan seperti ini.? Tujuan asal kedua perkahwinan yang dia miliki sekarang ini dengan niat menolong. Tapi sekarang dia tersepit dengan Khaleeda yang terlalu dia cintai dan May Rose yang dia terlalu sayang.

Keduanya perempuan baik-baik dengan hati emas dan semangat waja. Tapi dia ada sejarah cinta yang panjang dengan Khaleeda.

"May... I'm sorry. I akan bertanggungjawab. I akan jumpa your Mom and terangkan semua cerita sebenar. And I promise I won't leave you. I sayangkan you May."

Ya, dia tidak tipu. Dia sayangkan May Rose sebagai teman rapat, teman tapi mesra. Jujur perasaan dia pada May Rose berlainan dengan rasa cinta pada Khaleeda tapi jika di suruh memilih pasti dia akan terbelah dua kemurungan.

Tolong jangan bagi dia memilih, dia tidak sanggup kehilangan keduanya. Dia bukan tamak, tapi dia terpilih untuk takdir yang begini. Dia tidak pernah berniat untuk melukai sesiapa, baik Khaleeda atau May Rose.

"But... I cuma harap you jangan suruh I memilih. I tak akan boleh kehilangan salah seorang dari you berdua."

Dia sudah tidak peduli menangis di tempat awam begini. Beberapa orang yang mula ramai di waktu hampir petang sudah menjauhkan diri dari tempat mereka berbincang. Dia sangat berterima kasih untuk itu.

"I tau hari ini akan sampai. Dari I tau Di is your wife I tau semua ni akan berlaku. Cuma I tak sanggup nak lalui masa ni. Kalau I setuju belum tentu Di setuju."

"I akan pujuk Di. Please bagi I masa. I baru tau cerita sebenar hidup Di. Dia lagi kesian hidupnya sepanjang tujuh tahun ni. Kalau kita semua tak boleh hidup di sini dengan cerita ni... kita semua move out from this place."

"But my Mom?. I tak boleh tinggalkan dia. She's alone."

"Kita bincang dulu. I, you and Di... let's talk. Please."

@@@@@@@

Malam.
Khalisya sudah tidur. Katil bersebelahan kosong. Allah sebaik-baik pemberi pertolongan. Yusoff imamkan solat Isyak dua isterinya pada awal waktu. Ada perbincangan panjang untuk mereka bertiga selepas ini.

"Terlebih dahulu... Abang minta maaf. Abang minta maaf dari Di sebab salah faham dengan Di sepanjang tujuh tahun ni. I minta maaf dengan you May kerana berahsia hubungan I dengan Di."

Jeda seketika. Khaleeda di tebing katil Khalisya mengelus perlahan jari-jemari anak kecil itu. May Rose sekadar menundukkan wajah, merenung lantai yang dipijak.

"Abang tak akan bercerita satu-satu atau mengupas halus apa-apa perkara."
"Apa yang jadi memang sudah terjadi. Tiada apa yang boleh diubah semula."
"Abang harap kita semua ambil semuanya sebagai pengajaran dan pengalaman hidup."
"Abang yakin tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Cuma kita terpilih untuk takdir seperti ini."
"Hari ini dengan rasa rendah diri Abang mohon pada May dan Di untuk kita bersama hidup dalam sebuah keluarga."

Keduanya diam membisu kekal dengan kedudukan mereka sebelumnya.

"May?".

May Rose angkat wajah memandang wajahnya. Masih sembab matanya kerana menangis sepanjang petang.

"I setuju... I harap Di boleh terima I dalam hidup dia. I sayang You, I sayang Sya and I sayang Di."
"I do hope we can manage all this"

Yusoff lepas nafas lega. Dia alih pandangan kepada Khaleeda di tebing katil Khalisya.

"Di?".

Khaleeda kekal mengelus jemari Khalisya. Menundukkan wajah begitu sahaja sedari tadi.

"Di?".

Yusoff ulang panggilannya. Khaleeda berdiri dan mengambil telefon bimbitnya di atas meja berdekatan lalu mengambil sesuatu di dalam sebuah beg pula.

"Di tak boleh. Di tarik diri."

Yusoff dan May Rose serentak menoleh kepada Khaleeda yang berdiri di antara mereka.

"Di dengan Miss May adik-beradik."

Kenyataan yang keluar dari mulut Khaleeda memeranjatkan Yusoff. Khaleeda hulur telefon bimbitnya dan sekeping kertas berlamina, sijil kelahiran Khaleeda.

Yusoff meneliti skrin telefon dan sijil kelahiran Khaleeda bersama May Rose. Belum hilang rasa terkejut telefon bimbit May Rose tiba-tiba berbunyi.

"Yes Mommy".

"..."

May Rose masukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan dan segera bangun sambil merenung wajah Yusoff.

"Mommy nak I dengan You pergi rumah dia sekarang."

Sy sokong poligami asalkan bkn suami Sy huhu. gurau2 ye jgn mrah. Allah Maha baik. jika kerana tkut urusan rezeki sb menolak poligami sgt la bahaya sb rezeki bkn urusan kita. diingatkn sekali lagi ini hanya cerita. tidak siapa mahu ujian sebegini. begitu juga dgn may Rose dan kekurangannya. terima kasih kpd yg msih ikut rapat cerita ini. Terima kasih banyak2. syg uoll

Share this novel

cikainlah
2024-10-06 11:10:57 

aikkkk Dari madu jd adik bradik...


NovelPlus Premium

The best ads free experience