PAGI itu, Natrah bersiap-sedia untuk ke majlis akikah Aiman. Dengan berbaju kurung berwarna ungu, dia padankan dengan tudung bawal lavender bercorak bunga. Dia tidak mengenakan sebarang solekan di wajah. Hanya gincu sebagai penutup bibirnya yang pucat.
Semalam, dia sudah mengajak Nabihah dan keluarganya namun kakaknya itu menolak kerana sudah ada janji dengan Azrul. Jadi dia terpaksa pergi seorang diri. Erman juga tak mahu mengikutnya. Katanya, dia lebih suka keluar dengan Nabihah kerana Fariq juga ada.
Natrah juga sudah mengajak Fatin tetapi gadis itu punya rencana lain. Mau tak mau, terpaksalah Natrah bergerak seorang diri. Jarak rumahnya dan rumah Hasma tidaklah jauh mana. Sekitar 45 minit sahaja.
Tak lama memandu, dia sudah tiba di perkarangan rumah agam milik Hasma. Atau lebih tepat, milik Ilham, suami Hasma. Itu yang Hasma ceritakan dalam group WhatsApp semalam.
Dia melangkah keluar dari kereta. Terpegun dengan keindahan dan panorama rumah tersebut, Natrah hampir hilang keseimbangan diri. Tak disangka, rumah itu terlalu indah untuk dilihat saja.
Tetamu pun belum banyak yang bertandang. Hanya beberapa buah kereta sudah mengisi ruang di parking lot.
"Assalamualaikum"
Natrah memberi salam ke arah sekumpulan geng makcik yang sedang berborak di halaman rumah.
"Waalaikummussalam"
Sahut salah seorang makcik tersebut.
"Hasma ada?"
"Ara!"
Natrah terkejut tika namanya diseru dari dalam. Hasma berlari-lari mendapatkannya.
Mereka berpelukan seketika. "Aku ingatkan kau tak datang"
"Apa pulak tak datang? Makan sedap kan?" usik Natrah lagi.
"Masuklah! Jap lagi, si minah utara tu datang"
Kedua mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Sekali lagi, Natrah terpegun dengan lanskap dan hiasan dalaman rumah tersebut. Sangat simple tetapi masih nampak elegen. Di tengah-tengah ruang, ada babycot yang dihias dengan cantik dan terdapat pelamin di tepinya.
"Cantiknya pelamin tu! Kau nak naik pelamin lagi ke?"
"Ehh ke situ pulak engkau! Tu idea suami aku. Nak letak pelamin. Nanti dah habis acara, bolehlah kita orang bergambar atas tu. Nanti kau pun samalah. Bergambar atas tu dengan Eirfan"
Hati Natrah berdebar saat nama itu diseru. Hasma dan Azizah masih belum mengetahui duduk perkara sebenar.
"Ehh lupa pulak aku! Eirfan mana? Tak datang ke?"
Natrah kelu. Bagaimana harus dia menjawab pertanyaan tersebut?
"Err dia..."
"What's up girls? Hello hello"
Azizah mendekati mereka. Melihat penampilan Natrah, Azizah jadi hilang bicara. Gadis itu tampak ayu dan tetap cantik.
Natrah menghela nafas lega. Kehadiran Azizah menyelamatkannya daripada soalan Hasma tadi.
"Ara!!" Azizah merengek lantas merangkul Natrah dalam pelukan. Dia terlalu merindui sahabatnya yang satu itu. Enam tahun dia menyepi. Tak hantar sebarang berita pada mereka.
"Hang pi mana? Awat hang buat aku lagu ni? Sedih cheq tau? Sampai hati hang"
"Alaa aku tak pergi mana-manalah! Ada je ni" Natrah memujuk Azizah. Dia lihat mata Azizah merah. Dia nangis ke?
"Kau nangis ke?" Hasma menegur.
"Awat? Mana ada aku teriak! Habuk masuk matalah!" nafi Azizah sambil mengesat air matanya.
"Eee tak malu! Dah besar panjang pun cengeng lagi!" kutuk Hasma. Sebuah cubitan hinggap di pipi Azizah.
"Awat hang ni?"
"Awat awat! Gawatttt!!" Hasma ajuk cara Azizah bercakap.
Perlakuan mereka membuatkan Natrah mengekek ketawa. Kedua mereka memang tahu cara menghibur hatinya tika itu.
"Alaa korang ni. Rindu tauuu?" Natrah peluk kedua mereka serentak.
"Tahu pun rindu. Yang hang pi enam tahun tak habaq-habaq, pasaipa?!" Nada suara Azizah berbaur merajuk.
"Alaa, aku bukan tak nak bagitau.."
"Laaa tak kira! Nanti hang kena cerita semua kat aku. Tak kisah apa pun, kalau hang tak habaq, aku merajuk"
"Yelah mak datin terhormat"
SELESAI majlis bacaan doa dan tepung tawar, semua tetamu dijamu dengan makanan. Hasma dan keluarga kecilnya sedang sibuk bergambar di atas pelamin.
Natrah dan Azizah duduk di satu sudut paling hujung. Jauh dari keriuhan orang ramai. Mereka duduk bersimpuh sambil menjamu selera dengan makanan yang diambil dari luar sebentar tadi.
"Sedaplah daging berlengas dia ni! Nanti aku nak belajaq cara masak ni"
"Kau tahu ke?"
"Deyy tambii.. Hang tak dengaq ka, aku habaq apa tadi? Aku nak belajaq cara masak ni"
Natrah tergelak. Sikap dan pertuturan Azizah langsung tak berubah. Walaupun jarak enam tahun memisahkan mereka, namun dia cepat selesa dengan Azizah dek kerana sikapnya itu.
"Hang tau tak.. aku terkejut tengok hang dah pakai tudung. Nampak macam wanita Melayu terakhir na? Sejak bila cahaya keinsafan menyuluh ke hati hang?"
"Sejak dulu lagi..aku je yang tak sempat nak berubah" Natrah tekankan ayat hujung itu. Perpisahannya dengan Eirfan banyak mengajarnya akan erti hidup. Dia jadi lebih matang dan lebih mampu mengawal diri sendiri.
"Baguihlah! Sejuk hati aku dengaq. Eirfan mana? Awat tak ikut hang sekali?"
Mendengar nama itu, membuatkan Natrah terbatuk-batuk sehingga Azizah terpaksa bangun untuk mengambil botol mineral di tepi pintu.
"Nah, minum ni!" Sebotol air mineral bertukar tangan. Belakang Natrah digosok berkali-kali.
"Hang ni pun. Gelojoh sangat pasaipa?"
"Dah. Thanks" Natrah menepis lembut tangan Azizah di bahunya.
"Aku tersedaklah!"
"Ya aku tau tu. Tersedak pasaipa?"
Natrah diam. Haruskah dia bercerita mengenai hubungannya dengan Eirfan? Atau merahsiakan dahulu sementara menunggu masa yang sesuai?
MELIHAT kelibat itu dari kejauhan, Ilham menguntum senyuman. Tetamu yang dinanti-nanti sudah tiba. Dari dulu apabila dijemput untuk ke majlis atau acara keluarga, sepupunya itu selalu punya alasan untuk menghindar. Tetapi hari itu, tiba-tiba saja dia lihat lelaki itu bertandang.
"Tetamu terhormat dah datang"
Ilham menyindir dalam tawa. Mereka sempat berpelukan.
"Sorry. Majlis dah start ke?"
"Tadi lagi dah start. Takpelah. Janji kau datang hari ni. Tu pun dah cukup bersyukur. Anak aku dah dua. Yang pertama tu dah lima tahun baru kau tunjuk muka"
Nada Ilham seakan merajuk saja. Bukan dia tak pernah jemput pun, tetapi memang si Aan tu malas nak datang!
"Alaa aku sibuklah!"
"Ahh banyaklah kau punya alasan!"
"Dah tua-tua pun nak merajuk kau ni!" Giliran Aan pula menyindir. Dah selalu sangat dia kena dengan sepupu yang satu itu, kini giliran dia pula.
"Tua tak tua! Dua dah anak aku tau?"
"Yelah-yelah!"
"Dah, jom! Masuk"
DUDUK termenung di tepi kolam itu membuatkan hatinya tenteram sedikit. Melihat jernihnya air kolam itu mampu membawa senyuman ke wajah cantik itu. Dalam tak sedar, dia mengeluh panjang. Sudah enam tahun berlalu namun tidak sedikit pun hati Eirfan terbuka untuknya.
Puas dirayu ,puas dipujuk namun keengganan Eirfan membuka ruang untuk dirinya meletakkan harga dirinya di detik paling kelam sekali. Mengapa harus sesukar ini menagih kasih dan cinta dari seseorang?
Dia bukannya tidak cantik. Bahkan terlalu banyak yang menggilainya di luar sana. Namun hatinya hanya terpandang akan pesona Eirfan. Beribu usaha sudah dilakukan untuk memikat hati lelaki itu, tetapi semuanya hanya dipandang enteng saja.
Dia sangkakan setelah Eirfan berpisah dengan Natrah, jalannya akan kembali mudah buat merebut lelaki itu. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali apabila Eirfan menegaskan tiada sekelumit pun perasaannya buat dirinya.
Jauh mengelamun fikiran Soraya sehinggakan deringan telefon bimbit di atas meja berdering beberapa kali tidak dipedulikan. Fikirannya masih memikirkan Eirfan. Teringat pula kisah beberapa tahun lalu. Waktu itu, Eirfan sudah empat tahun berpisah dari Natrah.
Fikirnya, Eirfan mudah beralih arah kepadanya. Namun hampa yang bertandang.
"Kenapa you tak nak terima I? I sanggup berubah untuk you kalau you nak"
"Baliklah Soraya. We have nothing to discuss anymore!" Eirfan menegaskan di balik suaranya yang garau itu.
"Of course we have something to talk about! It's about us. Us!!" Soraya menekankan ayat hujung itu. Dari berdiri, kini dia sudah berlutut di hadapan Eirfan yang sibuk menaip sesuatu di dashboard komputernya.
"You boleh tak bagi I peluang untuk buktikan perasaan I pada you? Lagipun you dah berpisah dengan Natrah. Four years already! Takkan you tak sunyi? I can make you happy"
Suara Soraya mengendur. Nadanya seakan merayu saja. Sekilas, wajahnya dipandang oleh Eirfan.
"I can't Soraya! I'm sorry..."
"You tak cuba lagi kan? You cuba dulu, lepas tu baru you bagitau keputusan you"
"I said it already! Don't make me repeat myself!" Wajah Eirfan sudah berubah riak.
Radangnya tak henti apabila Soraya berkali-kali menekannya. Tidakkah gadis itu faham kalau hatinya tidak mampu diisi oleh gadis lain? Pemiliknya masih Natrah dan selama-lamanya milik wanita itu!
"You jahat Fan!!"
Soraya sudah terduduk di atas lantai sambil tersedu-sedan. Perasaannya meruntun hiba tatkala cintanya tak disambut oleh lelaki itu. Dari dulu dia mengejar Eirfan, sebelum lelaki itu dimiliki oleh Natrah. Dan kini setelah mereka berpisah, peluang itu masih tertutup rapat.
Eirfan mengeluh panjang. Nafas dihela dalam-dalam lalu dihembus keluar. Dia pandang ke arah Soraya yang menangis di hadapannya.
"Soraya..."
Lantas Soraya menoleh.
"Come" Eirfan ajak Soraya duduk di kerusi. Mudah sikit untuk mereka berbicara.
Soraya akur. Dia mengambil tempat di hadapan Eirfan.
"I tahu, you're gonna be a good girl to that lucky man. But it's just not my luck to be! I nak you faham dan tahu kalau cinta dan perasaan tak boleh dipaksa. I know how you struggled for your feeling. Tapi I tak boleh nak balas. Kalau kita kawen, you rasa kita akan bahagia ke? Yes, maybe you akan bahagia. But what about me? Tadi you cakap nak bahagiakan I, tapi dengan perkahwinan kita nanti, you rasa I akan bahagia?"
Bicara Eirfan menambah perit di hati Soraya. Dia mampu untuk memahami kiasan lelaki itu. Cuma dia saja yang belum bersedia untuk menerimanya.
"You cantik. I tak boleh nak nafikan tu. But sorry, it's not that thing that matters! I pun tak tahu kenapa I tak boleh nak lepaskan Natrah even tho we are over now!"
Sedikit kesal dengan apa yang telah berlaku, Eirfan hanya mampu menelan kekecewaan itu sendiri. Tak semua orang bisa memahami perasaannya.
"Please have some respect on me. Kalau you betul nak I bahagia, just let me go"
AIRMATA Soraya berguguran lagi. Perit betul tatkala harus menerima kenyataan itu. Dia juga sudah lelah harus mengejar cinta seseorang yang takkan mungkin berpaling padanya. Kali ini, dia mengalah. Dia kibar bendera putih. Dia sudah tak larat nak mengejar cinta lelaki itu.
Soraya sudah berjanji untuk melupakan Eirfan dan kisah silam mereka. Dia harus mencari bahagianya sendiri walau bukan dengan Eirfan. Mungkin sudah tertulis, jodohnya bukan di sisi Eirfan. Dia redha!
"You nak bahagiakan Fan? Then I'll give you that!"
DARI tadi lagi, hatinya berdebar saja. Entah apa yang bakal menimpanya, dia juga runsing. Kenapa perasaannya lain macam saja?
Natrah urut dada sendiri sambil mengucap beberapa kali. Dia harus tenang dan santai saja. Tadi dia baru selesai menceritakan segala-galanya kepada Azizah. Tak disangka, gadis itu menangis saat mendengar kisahnya.
Setelah selesai sesi berkongsi rasa, Natrah izin untuk pamit. Lagipun, Erman juga mencarinya di rumah sana. Derap kakinya laju menuju ke kereta.
Tergopoh-gapah dia mengambil kunci kereta dari dalam begnya. Kekalutan itu menyebabkan dia tak sengaja menjatuhkan barang-barang dari dalam begnya.
Perlahan-lahan dia tunduk mengutip satu-persatu barangnya. Saat dia hendak mengutip kepingan gambarnya bersama Erman, saat itu juga ada sepasang kaki yang tak sengaja terpijak akan fotonya.
Belum sempat dia hendak mengutip gambar tersebut, tangan itu terlebih dahulu mengambilnya.
Natrah mendongak. Insan yang berdiri di hadapannya juga turut sama memandangnya dengan air mata yang sudah mulai mengalir.
Perlahan-lahan, Natrah berdiri dan mencuba untuk mengimbangi tubuhnya. Debaran di dada laju saja rentaknya.
Natrah!! Suara itu hanya kedengaran di hujung telinganya saja.
Demi melihat wajah itu, hati Natrah kembali tersayat. Dia hendak melarikan diri namun begnya ditarik oleh Eirfan.
Ya Allah, tolonglah! Jangan biarkan hati ini rapuh. Aku tak kuat Ya Allah! Aku lemah!!
"Ara..."
Degup jantung Natrah laju saja berdetak. Namanya meniti semula di bibir lelaki itu setelah enam tahun menyepi.
"Love..."
Suara Eirfan tenggelam timbul dengan esak tangisnya. Betapa dia rindukan wanita itu. Betapa dia cintakan wanita itu. Ya Allah, hati aku tak kuat!
Perubahan dan penampilan terkini Natrah cukup membuatkan dia kaget. Wajah itu tetap nampak comel meski sudah enam tahun berlalu.
Natrah menarik kembali begnya yang ditarik tadi. Dia bergegas menuju ke keretanya dan ingin cepat-cepat kabur dari situ. Dia belum siap buat ketemu lelaki itu.
"Ara"
"A..awak salah orang"
"Ara! Natrah!"
Namun langkah Natrah tak terhenti juga.
"Nur Natrah!!"
Namun langkah Natrah laju saja ke depan.
Eirfan tak mengejar, bahkan masih kekal di tempatnya. Dia kuatkan panggilannya.
"Love..."
Langkah Natrah terhenti. Degup jantung laju berdetak. Dan masa seakan berhenti secara tiba-tiba.
Eirfan senyum!
Share this novel
kesian nya dekat Eirfan.. kenapa Natrah buat mcm nie..
looove... akhirnya eirfan bertemu ara