Bab 8

Romance Series 10414

“Ajana, cepat siap. Kita pergi joging,” ajaknya. Sebenarnya sejak semalam lagi dia dah rancang nak mengajak Ajana pergi jogging pagi ni.

“Joging?” soal Ajana kembali.

“Ya, joging. Hujung-hujung minggu ni kita kena buat aktiviti yang berfaedah sikit. Jangan asyik nak tidur je.”

Ajana ketap bibir. “Saya tak nak. Awak pergilah joging sorang-sorang.”

“Cepatlah Ajana. Jangan malas. Awak nak ke badan awak jadi macam panda nanti?”

“Afka!” Kurang asam betul mamat ni. Ada ke patut dia samakan aku dengan panda?

“Cepatlah Ajana. Jogging sekejap je. Tak baik tidur lepas subuh.” Afka masih berusaha memujuk.

“Saya tak nak. Awak pergi je lah joging sendiri.”

“Ajana, awak tahu tak kalau badan kita ni fit, insya-ALLAH kita boleh hidup lama sikit. Jadi kalau nak hidup lama, kenalah amalkan gaya hidup yang sihat. Bukannya sambung tidur lepas subuh.”

Ajana garu kepalanya yang tidak gatal. Rimas bila Afka masih tak berhenti membebel!

“Awak hidup je lah lama sorang-sorang. Jangan ajak saya.” Ajana malas nak layan. Entah sejak bila Afka tukar profesion jadi menteri sukan pula ni.

“Mana boleh macam tu. Sunyilah hidup saya tak ada orang saya nak usik lagi. Jadi kita kena sama-sama sihat supaya saya boleh terus usik awak lagi.”

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

Selepas makan malam, Afnan memanggil Ajana duduk di gazebo. Katanya ada hal tentang kerja yang ingin dibincangkan. Manakala Afka duduk di ruang tamu berbual bersama orang tuanya.

“Ada apa?” soal Ajana canggung. Dia jarang berbual dengan Afnan. Bila tiba-tiba Afnan ajak dia berbual berdua macam ni, memang canggung jadinya.

“Macam ni, minggu depan dekat universiti abang ada hari terbuka. Jana nak tak buka booth tudung dekat sana? Ada dua tiga booth lagi yang kosong. Kalau Jana berminat, abang boleh tolong uruskan.”

“Boleh juga. Tapi Jana tak pernah buka booth dekat mana-mana lagi.” Ajana tertarik dengan tawaran Afnan. Mungkin ini salah satu peluang untuk dia kembangkan lagi perniagaannya.

“Tak apa. Abang boleh tolong nanti. Jana tak perlu risau.”

Ajana senyum segaris. “Terima kasih abang,” ucapnya. Tak sangka Afnan ambil berat juga tentang perniagaannya.

“Jana dengan Afka okey? Afka mesti selalu buli Jana lagi kan.” Afnan ketawa kecil di hujung ayatnya. Bukannya dia tak kenal perangai adiknya itu. Kuat menyakat!

“Kami okey je. Afka, biasalah... Memang suka menyakat Jana.”

“Abang tahu. Tapi Afka tu baik orangnya. Nampak je macam tak serius tapi abang yakin dia boleh jadi suami yang baik untuk Jana.”

Ajana mengangguk kecil. Ya, kadang-kadang Afka memang nampak macam tak serius tapi bila lelaki itu dah mula serius, Ajana rasa Afka macam orang yang berbeza pula.

Tanpa mereka berdua sedari, ada Afka yang cuba mencuri dengar perbualan mereka berdua. Tadi memang dia tengah rancang bersembang dengan orang tuanya tapi bila mengembangkan Ajana berdua-duaan dengan Afnan di luar buatkan hati Afka tak tenang.

Dia bersembunyi di sebalik pokok-pokok bunga Puan Embun sambil cuba mencuri dengar perbualan isteri dan abangnya. Tipulah kalau Afka cakap dia tak cemburu. Lagi-lagi abangnya itu cinta pertama isterinya.

Entah di mana silapnya, Afka terlanggar salah satu pasu bunga Puan Embun.

Prang!

“Bunyi apa tu?” soal Afnan sambil tercari-cari daripada mana datangnya bunyi itu.

Ajana ketap bibir bila terpandangkan Afka yang cuba bersembunyi di sebalik pokok-pokok bunga ibu mentuanya. Nak tergelak pun ada. Entah apalah yang Afka buat di situ.

“Kucing pun nak dengar juga kita berbual,” balas Ajana. Hujung matanya mencuri pandang ke arah Afka. Lelaki itu masih bersembunyi di situ.

“Kucing?” Afnan terpinga-pinga. Setahunya tiada kucing di kawasan kejiranan mereka.

“Haa kucing. Kucing jantan.” Ajana cuba untuk tahan ketawa.

“Ada-ada je lah Jana ni. Dah jomlah masuk. Banyak nyamuk,” ajak Afnan. Lagipun tak manis kalau dia terus berbual berdua-duaan dengan adik iparnya itu. Dia pun kenalah jaga hati Afka juga.

Ajana membiarkan Afnan masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Selepas itu dia berjalan ke arah Afka.

“Dah-dah lah tu menyorok. Saya nampak awak.”

Afka langsung bangun daripada situ. Buat penat je dia menyorok. Ajana nampak dia rupanya.

“Awak buat apa dekat situ? Curi-curi dengar perbualan saya dengan Abang Afnan?”

“Mana ada. Saya cuma nak pastikan yang awak tak kutuk saya dekat abang saya.” Afka memberi alasan. Takkan dia nak mengaku yang dia cemburu melihat Ajana dan abangnya berbual.

Ajana mencebikkan bibirnya. Dia perasan Afka asyik meniup-niup jarinya.

“Kenapa tu?” soal Ajana.

“Jari saya kena duri bunga ros.” Waktu nak angkat semula pasu bunga yang jatuh tadi, Afka tak sengaja terpegang duri pada bunga ros kesayangan Cik Embun.

“Abang awak ajak saya buka booth dekat universiti dia next week,” beritahu Ajana tanpa ditanya. Kalau boleh dia juga tidak mahu Afka salah faham. Jadi lebih baik dia berterus-terang saja dengan Afka agar lelaki itu tidak salah faham.

“Oh...” Afka mengangguk. Lega. Ingatkan apalah tadi yang mereka berdua bincangkan.

“Jomlah masuk. Saya letakkan ubat dekat luka awak tu,” ajak Ajana.

Hujung bibir Afka ternaik sedikit. Hatinya berbunga-bunga. Kalau macam ni, tak sia-sia jarinya tercucuk duri bunga ros.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience