Rate

HFM 65 | | Lamaran Diterima

Romance Series 110280

Zane menarik sengih meleret sinis tatkala melihat reaksi bingung di wajah cantik milik Dihya. Semakin ditatap semakin bergebu rasa mahunya pada Dihya.

Memangnya Dihya fikir gadis ini akan lepas dari dia macam tu aje ke? Ya, tak mungkin la! Sampai bila-bila dia tak akan biarkan Dihya berpisah dengan dia. Sekalipun dia terpaksa penjarakan Dihya, akan dia lakukan sekiranya itu dapat buatkan Dihya tidak meninggalkan dia. Untuk itu, dia perlukan alasan yang kukuh untuk mengikat Dihya buat selamanya.

Selama berhari-hari lamanya dia sibuk menguruskan urusan mahkamah untuk penceraiannya. Sampaikan tiada masa dan kurang bersama dengan Dihya. Siang dan malamnya hanya diisi dengan hal kerja dan proceedings mahkamah.

Semua itu kerana satu perkara. Cepat dia bercerai dengan Astrid, secepat mungkin dia dapat berkahwin!


"I want you to be my wife Dihya."aju Zane perlahan-lahan mendekat ke wajah tercengang Dihya." I want you to be mine. I want you are the one at my side day and night."dengan lembut bibir Dihya di pagut.

Kelu tidak terkata, Dihya membuntang mata disaat Zane mengucupnya. Nafas tertahan tanpa sedar. Ucapan Zane itu seakan angin lalu yang menyapa lembut segenap tubuhnya.

Isteri? Dihya kejung di situ dengan mata kaku tertancap pada Zane.


"I will make you the most happiest woman in the world. So marry me." tambah Zane lagi saat berbisik di depan bibir Dihya dengan dahinya bersandar pada dahi Dihya.

Seakan sedang bermimpi, Dihya benar-benar terkedu kerananya. Mana boleh tiba-tiba aje melamar dia dalam keadaan tak bersedia macam ni! Zane sengaja ke apa ni? Pada masa dia minta terminate contract mereka, pada masa itu juga Zane beritahu semua ni?

Air mata mula bergenangan di kelopak mata dek berasa terlalu sebak dan tersentuh dengan lamaran mengejut dari Zane itu. Bibir Dihya menggeletar menahan diri dari meraung di situ.


"Maafkan saya...." Dihya menolak Zane menjauh darinya. "Saya tak boleh."

Zane bungkam.

Bersama linangan air mata turun ke pipi, Dihya pandang sebak ke tatapan kecewa Zane.

Semua ini terlalu tiba-tiba. Dan dia tidak tahu hendak beri jawapan apa pada Zane. Memang benar dia mencintai Zane, tapi dia juga sedar dirinya siapa. Hendak dibandingkan siapa Zane, lelaki ini mempunyai nama dan imej yang berpengaruh. Ramai orang pandang tinggi pada Zane. Jika dia menjadi pasangan Zane, maka nama dan imej Zane bakal tercemar. Dia enggan menyusahkan hidup Zane untuk seseorang seperti dirinya ini. Lelaki ini terlalu sempurna untuk dirinya yang bukan sesiapa-siapa ini.


"Maafkan saya tuan. Saya tak boleh terima lamaran ni. Dan saya taknak tuan bercerai kerana perempuan simpanan seperti saya ni...."sedu Dihya dengan kuat. Air mata makin deras membasahi wajahnya.


"Tapi kamu cintakan saya Dihya."ujar Zane dengan nada terkilan.


"Ya. Memang saya cintakan tuan. Tapi tu tak bermakna tuan perlu kahwini saya selepas menceraikan isteri tuan. Ianya kejam tuan tahu? Sepatutnya saya yang pergi dari hidup tuan bukan tuan buang isteri tuan macam tu aje..."

Tergamam Zane. Kata-kata Dihya itu langsung tidak boleh diterima.


"Saya bercerai dengan Astrid sebab saya nak hentikan semua konflik di antara kami berdua. Bukan kerana kamu. Dan kamu bukan perempuan simpanan saya sekiranya bukan disebabkan saya yang paksa kamu."Zane begitu devastated dengan reaksi Dihya. Hatinya bagai di cabik-cabik kerana jawapan Dihya tadi. Dia fikirkan yang Dihya akan gembira dengan lamarannya. Bukan sebaliknya! "Kamu terima saya seadanya. Menerima kekurangan saya dan kamu memahami saya lebih dari sesiapa. Saya pun begitu. Jadi kenapa saya tak boleh kahwini kamu?"


"Tuan-"


"I did everything you ask me to. And why you won't marry me?" tanya Zane begitu terkedu.

Dihya cuba memegang tangan Zane. Tetapi belum sempat hendak dipegang Zane sudahpun berdiri.


"Beritahu saya Dihya. Beritahu saya kenapa kamu tolak lamaran saya ni?"


"Tuan tahu kan saya ni siapa? Takkan tuan nak cemar kan imej tuan kerana perempuan lorong belakang seperti saya ni? Apa kata orang tentang hubungan kita ni? Kalau betul tuan ceraikan isteri tuan, tak ke nanti dia akan salahkan saya kerana penceraian tuan ni?"luah Dihya bersungguh.


"Ini hidup saya. Bukan mereka. Peduli la apa mereka nak kata!Yang berkahwin dengan kamu adalah saya. Bukan mereka. Buat apa fikir apa kata orang!"


"Ianya akan buat saya serba salah tuan..."lafaz Dihya kegeraman.

Zane mencekak pinggang. Lelaki itu tunduk memandang Dihya yang sedang duduk dihadapannya. Geram! Kenapa susah sangat Dihya ni? Kalau perempuan lain dah tak fikir dua kali untuk mengahwininya. Tapi kenapa Dihya nak complicated kan keadaan?


"Answer me, do you love me?"


Dihya mengangguk.


"Do you want to be with me?"


Dihya mengangguk lagi.


"Then what's the problem?"Zane berkerut kening.


"Saya takut tuan. Macam mana kalau saya terima lamaran tuan dan pasang harapan tinggi dalam hubungan kita tapi end up berakhir di tengah jalan?" luah Dihya menahan sebak yang bertandang. Sumpah! Dia benar-benar takut dengan Lamaran ini. Dia takut sekiranya dia tidak dapat berhenti lagi. Kalau hal tu terjadi, sekiranya mereka berpisah mungkin dia akan bunuh dirinya sendiri!

Zane melutut di hadapan kaki Dihya. Memegang kedua belah tangan itu dengan erat. Matanya memandang penuh berharap pada Dihya. Dia akan lakukan segalanya demi pertahankan hubungan mereka. Oleh kerana dia tahu hubungan mereka ini hubungan terlarang, dah pasti la dia tahu akan ada halangannya. Tapi tak bermakna dia akan berhenti di tengah jalan macam tu aje.


"Dihya, please. Saya perlukan kamu. Selama ni hidup saya diselubungi kegelapan yang tiada penghujungnya. Lena saya tak pernah panjang. Hati saya tak pernah nak tenang. Tapi sejak kamu hadir dalam hidup saya, semua tu berubah...I fall for at the first sight. There's no turn back...I can't stop it."matanya mulai berkaca.

Dihya membalas tatapan itu dengan linangan air mata turun ke pipi. Macam mana ni? Dia mahu bersama Zane jugak. Lamaran ini umpama mimpi. Dia tak percaya bahawa Zane akan mengahwini dirinya yang tidak seberapa ni.


"Tuan takkan menyesal dengan keputusan tuan ni?" Dihya pandang risau. Sebab dia benar-benar risau jika keputusan ini hanya berita buruk untuknya suatu hari nanti.


"Tak."Zane meramas erat jari jemari Dihya." Saya takkan menyesal. Jadi terima la lamaran saya ni..."

Lantas Dihya tunduk memandang tangan Zane di atas riba tika itu. Betul ke keputusannya ini? Adakah dia akan menjadi punca hidup Zane musnah kalau hal tak berjalan lancar? Bagaimana kalau identiti dan latar belakangnya menconteng arang ke muka Zane ? Macam mana kalau keputusannya jadi punca Zane kehilangan peluang untuk menjadi pewaris utama keluarga Samsoong nanti? Sebolehnya dia enggan hidup Zane menderita lagi. Cukup la dengan apa yang Zane telah lalui selama ni! Menyakiti Zane adalah perkara terakhir yang dia nak lakukan.


"Saya takut tuan...macam mana kalau tuan tinggalkan saya?"


"Kenapa saya lakukan hal tu? Saya yang mahu kamu terima lamaran saya...Dihya. Saya janji tak kira apapun yang berlaku, saya akan pastikan tiada siapa yang menganggu hubungan kita ni."


Untuk seketika Dihya mendiam. Matanya bergerak kanan dan kiri mendapatkan kepastian dari tatapan Zane. Dia betul-betul tak tahu nak apakan lagi. "Baiklah. Saya terima lamaran tuan."angguk Dihya tidak lama kemudian dengan titisan air mata jatuh ke atas tangan mereka.

Sambil tersenyum lega, Zane terus menarik Dihya ke dalam pelukan sebelum menyembah wajahnya ke ceruk leher itu.


"Terima kasih Dihya. Saya janji, saya takkan sia-siakan hubungan kita ni."lafaz Zane dengan nekad.

Sorry kalau cringe. Tinta try hard untuk buat jalan cerita mature still I didn't know how to make that story fun and enjoy to read Kalau genre tu mature. Bab ni yang terakhir untuk minggu ni ya. Update seterusnya. Tergantung pada kelapangan tinta untuk Update. Terima. Kasih sudi baca.

Share this novel

Nurul Dee
2025-01-19 13:32:48 

Semoga ada kebahagian buat zane dan dihya.


NovelPlus Premium

The best ads free experience