Rate

3. Hati Seorang Melia.

Romance Series 15066

"Salma kau buat apa lagi tu? kau tak dengar ke budak ni tengah melalak? kau pekak ke? kau memang ibu yang tak guna la Salma.. cepatlah ambil budak ni bagi susu! kau langsung tak boleh diharap!" jerit Razak dari dalam bilik tidurnya kerana anaknya yang sedang tidur tiba-tiba saja terjaga kerana lapar ataupun mencari ibunya yang tiada disebelahnya.

"kejap, saya nak siapkan ayam goreng ni, abang jaga la kejap.. nanti saya ambil Aina tu" balas Salma kembali kerana lagi beberapa minit masakkannya akan siap dan siap untuk dihidangkan.

"kau cakap apa tadi? aku jaga? kau siapa nak arah-arah aku? kat dalam rumah ni semua aku yang belikan.. makan pakai kau dengan anak sial kau tu pun aku yang sediakan.. kau jangan nak tunjuk hebat dengan aku ye Salma, cepat ambil anak kau ni. memekak je dari tadi.." jerit Razak yang mula kepanasan kerana berani Salma mengarahnya untuk menjaga anak mereka, walaupun Aina tu adalah darah dagingnya sendiri.. tapi dia tak akan sesekali menyusahkan dirinya untuk menjaga anaknya walaupun dia cukup sayang dengan anak perempuannya yang satu-satunya dia ada.

"ye.. kejap.." jerit Salma dengan lajunya dan berlari masuk kedalam bilik untuk mengambil anaknya Aina yang sudah menangis tidak berhenti dari mula anaknya bangun sehinggalah dia ambil dan memberinya susu.

"kau memang bebalkan, sekali je aku panggil apa salahnya kau terus datang? aku dah la penat kerja seharian, balik rumah malam-malam macam ni tengok kau dengan anak kau pun dah cukup meluat aku rasa, ditambah dengan budak ni yang suka melalak tak tentu fasal!" marah Razak dengan menolak kepala Salma yang sedang menyusukan anaknya dihujung katil.

"saya minta maaf, saya cuma nak siapkan masak ayam goreng tu sekejap je.. lepas tu abang dah boleh makan.." ucap Salma kerana tak ingin memanjangkan pergaduhan antara mereka, silap pergaduhan yang dimulai oleh suaminya Razak!.

"itu je kau tahu, kenapa kau tak suruh je anak kau yang macam puteri tu buat kerja dapur? dia bukan puteri ye kat dalam rumah ni, jangan hanya tahu makan tidur je kat dalam rumah aku ni.. sanalah kau duduk.. kau tak payah nak semak kat atas katil ni, kalau aku nak guna kau baru kau naik kat atas katil ni, kalau tak jangan harap kau nak duduk kat atas katil ni!" herdik Razak lagi dengan menolak belakang Salma dengan kakinya sehingga Salma jatuh terduduk diatas lantai yang tengah menyusukan anaknya.

"aduh! sakitlah abang, abang ni rumah saya.. rumah arwah suami saya.. abang tu yang yang masuk kat sini macam raja.. semua dah tersedia.." ucap Salma geram kerana sakit hatinya bila Razak menganggap dia dan Melia seperti menumpang hidupnya, sambil menahan rasa sakit pinggang yang jatuh terhentak kelantai.

"kau cakap apa? rumah kau dengan bekas suami kau yang dah mampus tu punya? hahaha.. kau memang bodohkan.. kalau kau ada rumah sekali pun, siapa yang belikan makanan kat dalam rumah ni kalau bukan aku? hah siapa? kau? anak kau yang bodoh tu? tak kan? aku yang beli semua ni.. jadi akulah raja kat dalam rumah ni dan bukan kau dengan anak bodoh kau tu!" bentak Razak lagi dengan menolak kepala Salma berulang- ulang kali.

"sakitlah abang.. saya tengah menyusukan Aina ni.. janganlah.." rayu Salma kepada Razak agar tidak memukul kepalanya.

"kau memang jantan tak guna Razak! aku harap suatu hari nanti kau akan mampus kena langgar macam yang kau buat kat ayah aku dulu, cuma ibu aku je bodoh tak percaya cakap anak dia sendiri, yang jantan tak guna ni lah yang upah orang langgar ayah dulu.." marah Melia didalam bilik tidurnya.

"kau hidangkan aku makanan sekarang, aku lapar.. tengok muka kau bukan boleh buat aku kenyang pun.. meluat lagi ada la.." herdik Razak lagi dengan berjalan keluar dari biliknya menuju kedapur.

"saya tengah menyusukan anak ni, kejap lagi saya tolong hidangkan untuk abang.." jawab Salma takut-takut kerana baru sekejap tadi dia diherdik dan kepalanya dipukul oleh Razak berkali-kali.

"kau bodoh ke? kau boleh je kan letak budak tu dulu atas katil? lepas tu kau hidangkan makanan untuk aku.. otak kau ni satu sen pun tak berguna la.. baik kau mampus jelah.. menyusahkan aku je nak bela orang macam kau ni.." marah Razak lagi dengan berdiri tegak didepan pintu biliknya selepas dia terdengar jawapan Salma sebentar tadi.

"erm, saya risau nanti jatuh lagi.. nanti abang marahkan saya.." jawab Salma tergagap ketakutan.

"ibu biar Lia buat.. ibu susukan je Aina.." celah Melia dengan berjalan selamba didepan Razak tanpa pedulikan pandangan tajam Razak padanya.

"Lia.." panggil Salma lembut, risau jika anaknya Melia akan diapa-apakan oleh Razak semasa mereka berdua didapur.

"bagus.. bagus sepatutnya dari dulu lagi kau buat macam ni, kau patut layan orang bagi kau makan pakai semua ni macam raja, dan kau tu hanya layak duduk dikaki aku je.. eh kenapa aku tengok kau ni semakin sama dengan ayah kau yang dah mampus tu ye? sama-sama bodoh.. hahaha.." gelak Razak dengan senang hati tanpa pedulikan riak muka Melia yang sedang menahan marahnya.

'kau memang syaitan Razak!' bisik hati kecil Melia.

"baik tuanku, saya akan hidangkan tuanku makan malam ni.." perli Melia dengan berjalan selamba menuju kearah dapur.

"kurang ajar kau.. dasar manusia yang tak reti diuntung.." marah Razak kerana sindiran Melia tadi cukup menusuk ke hatinya.

"tapikan.. kau sekarang semakin cantik.. badan kau pun semakin.. erm, sedap kalau dapat.. tapi tula, ibu kau bodoh kalau dia biarkan kau layan aku, aku tak akan pukul kau lagi lepas ni, dan ibu kau pun akan selamat.. yang penting kau layan je kehendak aku.. hahahaha.." gelak Razak dengan melihat badan Melia yang cukup cantik dan sangat sesuai dengan umurnya yang sudah 18 tahun.

"apa layan kau? layan apa? layan ni?" soal Melia dengan pandangan tajamnya, sementara ditangannya ada sebilah pisau pemotong daging dipegang kemas untuk disimpan.

"kau dah gila ke? kau keluar sekarang, hilang selera makan aku.. jahanam punya budak.. berani dia tunjukkan pisau pada aku, agaknya dia tak serik apa yang aku buat selama ni.. dah la pandai menjawab sekarang ni, kau tunggu, masa kau belum sampai lagi.. tak lama lagi aku akan hantar kau berjumpa dengan ayah kau.." marah Razak sambil menyuap makanan tanpa melihat kiri dan kanan lagi.

Lelahnya hatiku.

Share this novel

Ainun Mardhiah
2024-09-06 15:16:17 

best baca ni sampai nangis

Zahra haniffa
2024-08-16 09:09:47 

cam cerpen ..1 chapter..pdk sgt

Zahra haniffa
2024-08-16 09:07:32 

cam carpenter...1 chapter pdk Sgt...


NovelPlus Premium

The best ads free experience