Bab 24

Romance Series 39746

"You tahu eh, bahasa kalau orang tu nak suruh you tolong buatkan?"

"Tahu, sebab banyak kali orang buat macam tu dekat i untuk mintak tolong" jawab tania jujur selepas itu baru dia teringat akan lelaki yang selalu berbuat begitu kepadanya

*FLASHBACK*

"Awak ni kan mizan kan saya dah cakap, tak payahlah ambik bunga rose tu kalau pokok dia berduri. Tengok tu, kan dah calar-calar muka awak" kata tania sambil menarik tangan mizan untuk duduk di kerusi kayu berdekatan dengan kawasan kantin di universitinya

"Dah, saya nampak bunga tu cantik. Saya ambiklah untuk awak. Tak kan la itu pun salah" kata mizan menahan pedih dimukanya

Tania bangun dan pergi ke kantin membeli ais dan meletakkan ditisu sebelum dituamkan di atas luka itu

"Saya tak cakap salah, kan saya dah pesan berkali-kali. Kenapa awak ambik jugak? kalau betul awak nak bagi, baik awak beli. Senang kulit awak pun tak calar kena pokok dia" kata tania

"Hehehe, sorry lah kalau saya buat awak risau. Awak marah ke?"

"Saya tak marah, tapi saya geram. Sebab dah berkali-kali saya pesan. Ni last saya pesan, kalau awak tak nak dengar jugak saya buat tak tahu je lepasni kalau kulit awak calar lagi" kata tania sambil tangannya ligat meletakkan ubat pula di calar itu

"Aduh aduh aduh! sakitlah tania. Slow-slow sikit" kata mizan sambil cuba mengawal tangan tania yang menekan kuat lukanya ketika meletakkan ubat

"Tu la degil lagi, padan muka" kata tania pula

*END FLASHBACK*

"Heyyyyy, ms tania! you berangan ke?"

"Haaa??? haaaaa?? you panggil ke?"

"Iye la, tengoklah tangan you letak dekat mana sekarang?"

Tania baru perasan yang tangannya berada perhampiran dengan hidung talhah, habis basah disitu kerana ais sudah pun mula mencair

"Sorry, sorry encik talhah, i terberangan pulak. I betul-betul tak sengaja. I'm really sorry" kata tania lalu mengalihkan semula kain itu dan letakkan pada bengkak dan lap air yang ada

"Its okay, but....... you berangan apa sampai jauh betul tangan you sasar pergi?"

"Emm.......... tak, tak ada apa-apalah. Just benda lama je, tiber teringat pulak. Sorry" kata tania mengelak

Talhah ingin menahan tangan tania daripada pergi, tetapi tidak sempat menahan tania sudah pun bangun

"I pergi ambik ubat sekejap" pinta tania lalu pergi

Talhah angguk dan masih lagi hairan, apa yang diberangankan tu? sampai jauh perginya. Panggil berkali-kali pun tak dengar. Mesti ada sesuatu ni

"Kalau aku tanya, dia mesti jawab alaaa benda dah lama. Itu private la apa semua. Apasal dia macam simpan sangat eh?" kata talhah dalam hati

"Tapi kenapa aku nak sibuk eh? Cukup sekadar kawan dan majikan je la" kata talhah perlahan seketika itu tania pun datang membawa ubat untuk merawat luka ringannya itu

Tania pun merawat lukanya dan meletakkan ubat di pipi dan keningnya. Setelah siap, tania pun bangun tetapi kali ini sempat ditahan oleh talhah

"Tania wait" tahan talhah dengan memegang pergelangan tangan tania

"Yes" tania memusingkan badannya memandang talhah

"Emmm, nothing lah. I dah lupa nak tanya apa" kata talhah mengelak

"Okaylah, kalau macam tu i keluar dulu. I nak sambung buat kerja lagi sikit" kata tania lalu terus keluar lalu masuk ke biliknya semula dan memulakan kerjanya

Talhah pun melihat tania yang menyambungkan kerjanya. Dia yakin tania ada menyembunyikan sesuatu daripadanya tetapi kenapa tania tidak ingin berkongsi cerita padanya?

Talhah pun tiba dirumahnya, dilihat kereta daddynya telah pun tiba. Tapi kereta taufiq pun ada

"Awal pulak dia balik" kata talhah lalu terus masuk ke dalam rumah

Dilihat ada daddy dan mummynya sahaja. Abangnya itu? entahlah menghilang ke mana

"Daddy mummy baru sampai ke?" tanya talhah sambil menyalami mereka dan duduk di sofa

"Tak ada la, tengah hari tadi lagi kami dah sampai. Tapi kami tak nak ganggu kamu, sebab tu kami suruh along ambik dekat airport"

"Ouhh, patutlah. Along dekat mana?"

"Along ada dekat atas dalam bilik dia lah kott, ntahlah mummy pun tak tahu. Lepas along ambik kami along terus masuk bilik, tak keluar-keluar dah" kata mummynya

"Ouhh, takpelah kalau macam tu mummy. Talhah nak naik atas dulu nak mandi sekejap rasa panas la pulak" kata talhah lalu naik ke bilik

Talhah lalu di depan pintu bilik abangnya, diintai abangnya sedang berborak dengan seseorang di telefon

"Hello baby tu dekat mana?"

"I dekat rumahlah honey, dekat mana lagi?"

"Ouhh, i pergi rumah you boleh?"

"Eh, you jangan cari pasal. My parents ada dekat sini, dorang dah balik sini semula" kata taufiq ketakutan

"Ouhh, kalau macam tu. You datanglah rumah i. I tunggu"

"No, tak boleh jugak. Sebab my parents tak bagi i keluar malam"

"Laaaaaa, you dah besar panjang pun kena ikat dengan parents jugak ke? So boring"

"Tak, bukan macam tu. Dorang tak bagi i keluar bersebab tu je" kelentong taufiq sebenarnya betul taufiq

Kalau dah keluar malam memang balik lambat ataupun tak balik langsung. Itu yang daddy dan mummynya tidak membenarkan mereka keluar. Andainya kalau salah seorang daripada dorang keluar, duit bulanan akan disekat selama beberapa bulan ikut perjanjian. Kalau berjanji ingin pulang sebelum pukul 9. Kalau terlambat 10 minit, ia tetap akan ditolak untuk 10 bulan duit bulanan. Jadi sebab itulah mereka tidak mahu keluar pada waktu malam. Itulah syarat yang paling ditakutkan oleh taufiq dan talhah selama ini

"Wowwww, sampai ajak pergi rumah bagai. Lagi express" kata talhah sambil tersenyum senget dan menuju ke biliknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience