“Betul ke cafe yang aku pergi ni? Betul kut,” ujarnya pada diri sendiri. Setelah melihat alamat yang tertulis pada kertas kecil, dia meneruskan langkahnya masuk ke dalam cafe tersebut.
Dia mengambil tempat di sebuah sofa yang tersedia untuk para pelanggan menunggu pesanan. Dia melihat sekeliling cafe tersebut. Terpesona melihat keadaan cafe itu. Cantik. Warna yang di pilih oleh si pemilik kedai itu sungguh tidak membosankan. Di sebelah kiri, terdapat ruang untuk bermain komputer. Di hadapan ruang menunggu pula terdapat beberapa buah meja untuk pelanggan yang ingin minum dan makan di situ. Siapa agaknya pemilik cafe tersebut?
“Putri Hanis?” tegur seorang wanita yang hampir seusia dengan dirinya. Hanis segera mengangguk kecil.
“Saya Mariam. Mari, ikut saya. Tuan Jason dah tunggu dekat dalam.” Jelas wanita yang bernama Mariam itu. Dia telah di beritahu oleh majikannya bahawa hari ini ada kedatangan pekerja baru.
Hanis hanya akur tanpa banyak soal. Dia mulai mengekori jejak langkah wanita tersebut. Mariam memulas tombol pintu setelah mengetuknya. Dada Hanis yang tadinya tenang kini bagai tasik yang airnya berkocak-kocak. Dia sedikit gemuruh apabila pintu itu ternganga luas. Udara sejuk disebabkan penghawa dingin itu mula menyentuh kulit mulusnya.
“Silakan, Hanis. Er.. tuan, saya keluar dulu, ya.” ujar Mariam kepada majikannya setelah mempelawa Hanis masuk. Hanis membalas senyuman Mariam sebelum wanita itu melangkah keluar. Kini, tinggal Hanis saja berada di hadapan lelaki yang sedang menunduk itu. Sepertinya, lelaki itu sedang mencari sesuatu di bawah mejanya. Seram sejuk Hanis rasa.
“Duduklah....” pelawa Jason. Dingin saja nadanya. Hanis yang mendengar langsung saja duduk tanpa membalas sepatah kata. Hendak ucap terima kasih pun dia terlupa. Otaknya betul-betul kosong pada masa itu.
“Putri Hanis, right?” tanya Jason.
“Ya, sa...ya..” tiba-tiba Hanis gugup tatkala lelaki itu memperlihatkan wajahnya. Sebatang pen biru yang berada di tangan lelaki itu di letak di atas lalu dia memperkemaskan kedudukannya pada kerusi tersebut. Wajah Hanis di tatap beberapa saat.
Riak wajah Hanis serta merta berubah. Terasa darah di wajahnya panas membahang tatkala mata mereka bertembung seketika. Aduh, ini bukan lelaki yang menjengkelkan hari tu ke? Monolog Hanis.
“Welcome, Putri Hanis. Aku dah terima kau bekerja dengan aku. Dan, aku harap kau bekerja dengan sebaik yang mungkin.” ujarnya lagi. Wajah dan nadanya sama-sama mendatar. Tiada tanda ingin senyum biar sedikit pun.
“Te-terima kasih, tuan.” tergagap Hanis mengeluarkan suaranya.
“So, kau kenal Jayden?” terangkat wajah Hanis memandangnya saat soalan itu berkumandang. Hanis menggeleng perlahan. Ha? Jayden mana pula ni?
“Tak kenal? Then, macam mana kau tahu fasal benda ni?” soalnya tidak percaya. Mustahil pula wanita itu boleh mengetahui tanpa mengenali kembarnya, Jayden.
“Emmm... kawan saya yang bagitahu,”
“Kawan kau? Ooo... okay,” Jason terangguk-angguk tatkala memahami semuanya. Kawan yang dimaksudkan oleh Hanis merupakan setiausaha kepada Jayden. Dia pernah berjumpa dengan wanita itu. Jason dapat menyimpulkan bahawa Jayden meminta bantuan setiausahanya untuk mencari orang yang dapat bekerja. Cis, dia yang cari konon.
“Kalau boleh saya tahu, kerja saya apa ya tuan?” Hanis memberanikan diri untuk bertanya. Menurut Atiqah, pekerjaan yang di lamar ini hampir sama dengan pekerjaannya, sebagai setiausaha.
“Here...” Satu kertas kecil disorongkan kepada Hanis. Kertas itu kini bertukar tangan. Hanis membaca apa yang tercata di sana. 'List kemas rumah'. Ada enam perkara yang perlu dia lakukan. Hanis memandang Jason seolah-olah tidak percaya. Aku bekerja sebagai orang gaji ke?
“Ini kunci rumah aku. Alamat ada tertulis dekat belakang kertas tu. Lepas kau kemas, datang balik sini.” arah Jason.
“Be-betul ke ni? Tuan tak main-main kan?”
“Nampak muka aku ni macam sedang bermain-main ke? Kau nak kerja atau tak? Kalau tak, sila angkat kaki..” balas Jason dengan tenang. Namun, bebola matanya mencerlung tajam wanita di hadapannya.
“Nak, nak. Saya nak tanya satu soalan lagi, nama tuan apa ya?”
“Jason. Dah, pergi sana.”
“ba-baik, tuan.” jawab Hanis pasrah. Nak buat macam mana lagi? Dia sudah terlanjur menghantar surat berhenti kerja pada kedai di mana dia bekerja sebelumnya. Terbayang senyuman kemenangan wanita yang berlagak di kedai tersebut. Hanis melepaskan keluhan sebaik sahaja keluar dari bilik Jason. Huh, nasib, nasib..
Jason tersenyum senget. “Padan muka, kau...” ujarnya selepas pintu biliknya di tutup rapat oleh Hanis. Puas hatinya melihat wajah gadis itu.
***
Mata Hanis yang kuyu tiba-tiba sahaja membulat. Teperanjat dirinya melihat isi rumah itu sebaik sahaja pintu di kuak luas. Mana taknya, keadaan rumah itu seakan-akan di rompak. Semua barang-barang berselerak di mana-mana. Baik ruang tamu, mahupun bilik tidur. Ruang dapur, jangan cakaplah!
“Haih, lelaki ni! Saja kenakan aku, kan?” Dia menarik nafas dalam kemudian menghembusnya dengan kasar. Ada sedikit penyesalan yang terselit kerana menerima pujukan rakannya untuk menerima pekerjaan itu.
(Imbas kembali)
“Betul ke kau nak berhenti dari kedai tu?” tanya Atiqah serius. Dia memandang Hanis yang masih lagi ligat melayani perasaannya. Kemudian, Hanis mengangguk perlahan. Terdengar keluhan dilepaskan olehnya.
“Kalau ada kerja lain, aku memang nak berhenti. Sakit otak aku asyik berdepan dengan akak toxic tu. Boleh depress aku nanti,” bebel Hanis.
“Betul ni? aku nak daftar kau masuk kerja dengan majikan aku. Kerja dia hampir sama dengan kerja aku.” terang Atiqah sungguh-sungguh.
“Huh? maksud kau?”
“Ish... aku nak daftar kau untuk kerja dengan majikan aku. Majikan aku minta aku cari orang untuk bekerja. Kau kata kau dah penat hadap muka akak tu kan? so, macam mana?” tanya Atiqah sambil menjongketkan keningnya beberapa kali. Senyuman ditayangkan menampakkan baris giginya yang putih dan tersusun rapi itu.
“Tak naklah aku. Aku mana ada pengalaman. Susah!” Balas Hanis.
“Eh, kau ni. Cubalah dulu, susah belakang cerita. Belum cuba lagi dah kata susah. Lagipun, majikan aku tak ada pula sebut fasal pengalaman ni. Kau cuba, ya?” pujuk Atiqah dengan sungguh-sungguh. “Naklah...please..” rayunya lagi. Kali ini, badan Hanis jadi sasaran di tolak dan di tarik.
“Yalah, yalah. Demi kau, aku terima...” pasrah nada Hanis. Atiqah bersorak gembira. Tidaklah dia asyik kena soal dengan majikannya yang kacak itu. Senang kerjanya.
(End imbas kembali)
Hanis memungut barang-barang itu dengan kasar. Panas hatinya apabila teringat akan kata-kata Atiqah itu. Sama kerja dengan dia konon! Tengok sekarang, tak fasal-fasal aku kemas rumah orang! bebel Hanis dalam hati.
“Ini semua fasal pujuk rayu kau, Tiqah!” rungut Hanis. Sewaktu resume itu diberi kepada Atiqah, bermacam-macam rancangan yang mereka buat. Hendak makan samalah, balik bersamalah. Mana taknya, mereka ingat mereka akan sama tempat kerja. Namun, setelah resume itu dihantar, rupanya kembar majikan Atiqah yang mencari pekerja.
Rancangan yang di bina musnah begitu sahaja. Hanis mengeluh lagi. Namun, dia tetap mengemas satu per satu isi rumah itu. Tulang belakang terasa sakit kerana berdiri dan kadang membongkok memungut barang. Hari pertama sudah dapat nasib macam ni, bagaimana pula untuk hari seterusnya? Sudah! Jangan fikir. Jangan mengeluh! Mana tahu kerja macam ni, esok lusa boleh kaya, kan? Aamiin kan je lah...
****
Happy reading ><
Share this novel