bab10

Romance Series 14769

"Boleh i makan dengan korang?"
Tanya Feena yang berdiri di depan pintu bilik.

"Ehhh, boleh boleh Cik. Mari lah duduk sini".
Panggil Khairul.

Feena keluar dari bilik membawa makanannya bersama dan terus duduk dikerusi sebalah Naim, yang kerusinya tidak ada sesiapa duduk. Tersenyum Feena mamandang mereka semua.

"Thanks korang. Baru lah i rasa selesa sikit!"
kata Feena lagi.

Bila Feena duduk sahaja, Naim terus bangun dari tempatnya dan melangkah mencuci tangan dan terus keruang tamu dan duduk disofa. Feena pula, hanya memerhatikan Naim, sambil mencebikkan bibirnya.

"Jangan layan dia tu Feena"
Kata Fais, kepada Feena.

"Dia tu memang macam tu. Tapi dia baik", kata Fais lagi.
Feena hanya terseyum. Memandang Fais dan Khairul.

"U kita dekat mana ni?"
Tanya Feena.

"Kita jauh Cik.
Jauh dari KL" kata Khairul.

"Ohhh" balas Feena pendek.

"Boleh i tanya uolls?"
kata Feena lagi.

"Ye nak tanya apa awak?"
balas Fais.

"Kenapa? Dady i tak buat bayaran lagi ke? Bila i boleh balik?"
Tanya Feena.

Fais dan Khairul berpandangan.

"Hurmmm, saya pun tak tau lah awak. Tengahari sikit agaknya.
Sekarang ni dekat luar tu ada masaalah. Wabak penyakit Covid19 dah berluas luasa. Ramai juga yang sudah di jankiti. PM sudah keluarkan arahkan perintah pengawalan pegerakan. Tak boleh keluar rumah selama 2 minggu. Kecuali bersebab dan ada surat kebenaran dari polis".
kata Fais dengan panjang lebar, menerangkan kepada Feena.

"I kena duduk sini lagi dua minggu ke?" Tanya Feena dan mula berubah wajah sedih.

"Hurmmmm tak tau lah awak! Awak janganlah sedih. Nanti kita tunggu sampai petang ni. Apa apa nanti saya bagi tau awak ye?'
kata Fais, yang cuba memujuk dan menenangkan Feena.

"Thanks Fais. Thanks khairul. I nak mandi, tapi i dah tak selesalah. uollss faham kan, apa yang i tak selesa".
kata Feena sambil terseyumm.

"Jangan dia suruh aku beli pakaian dalam dia dah lah". kata Khairul dalam hati dan tersenyummm.

"Mati lahhh, siap nak pergi belikan. Hadaplah kau korang.
Nak sangat bersubahat culik anak orang kaya. Kan dah dia minta macam macam".
Bisik hati Khairul lagi.

"Hurmmm, kejap lagi Naim nak keluar? Apa kata u suruh Naim belikan".
Khairul dan Fais terseyumm.

"Mati lah kau Naimm hahahha. Kena beli pakian wanita". bisik hati Fais pula. Fais juga terseyum sendiri.

"Cuba Cik pergi tanya Naim! Kalau dia boleh pergi belikan".
kata Khairul.

Khairul dan Fais tak berani nak pergi bertanyakan kepada Naim. Masing masing takut kena maki dengan Naim nanti.

"Benda benda macam ni, baiklah awak yang tanya!" kata Fais kepada Feena.

"I yang sebenarnya takut dengan dia. Dia tak marah ke? kalau i tanya".
kata Feena.

"Hurmmmm paling tidak pun, kau yang kena marah. Bukan kami". Bisik hati Khairul sambil terseyum.

"Kalau awak yang tanya, dia tak marah kot...Awakkan perempuan.Awak cakap je lembut lembut dengan dia, Pasti dia tak akan marah". kata Fais, yang sedikit agak berbisik dan terseyumm...

"Seramnya saya Hahahhaha". kata Feena Yang turut ketawa bersama dengan Fais dan Khairul.

Feena mula banggun dari tempat duduknya.

"Hisss takut lah"
Feena duduk semula.

"Alahhhhh pergi je, you can do it".
kata Fais sambil terhibur dengan tingkah laku Feena yang agak kelakar.

"Cik boleh! cik boleh!"
kata Khairul yang agak berlagu.
Memberi sokongan kepada Feena, seperti Feena nak berlawan dengan seseorang yang agak membahayakan. Ketawa mereka bertiga yang duduk didapur. Tak tahan dengan lawak masing masing. Feena juga mula terhibur dengan Khairul dan Fais. Feena berdiri semua.Berdebar hari Feena, untuk ke depan.

"Kalau aku tak buat macam ni
Berminggulah aku pakai, pakian dalam yang sama. Setakat baju tak jadi masaalah baginya.Bedal aje tshirt mamat mamat ni.
bisik hati Feena...

"Jomlah sekali, duduk di depan?" Ajak Feena kepada Fais dan Khairul.

"Ehhh tak pe! cik je pergi". kata Khairul.

"Saya nak mandi dulu". Khairul bangun dan terus kebilik dengan senyuman dibibir. Sambil memandang Fais.

"Hahahha selamat aku! Kau hadap lah Is oiii".

"Fais, jom temankan saya duduk dekat depan?" Ajak Feena lagi.

"Ehhh, saya lupa lahh. Bilik saya belum kemas. Tak baik pula, biarkan bersepah"...
Kata Fais dan juga lantas bangun masuk kebiliknya

"Hrmmmmm"

Feena berjalan keruang tamu,sambil diperhatikan oleh Fais dan Khairul dari daun pintu bilik masing masing.
Feena menoleh, memandang Fais dan Khairul. Lekas lekas mereka masuk kedalam bilik masing masing. Terseyum Feena melihat gelagat mereka berdua.

"Haiii Naim. Boleh saya duduk sebelah awak?"
Tanya Feena.

"Hurmmm duduklah".
kata Naim, sambil mengalihkan gitarnya.

Feena terus duduk dan berpusing badanya memandang ke Naim.

"Naimmmmmmm, Boleh tolong i tak? Kejap lagi u nak keluarkan?"
Tanya Feena lagi

"Ahaaa kejap lagi aku nak keluar?
kau nak kirim apa? Kirim salam dekat mamak yang aku nak pergi beli makan tu nanti ke?"
Tanya Naim terseyumm.

"Hisss kesitu pula u ni. Bukan itu lahh. I nak suruh u belikan i barang i. boleh ke?"

"Hurmmmm ye lah barang apa? cuba terus terang. Ehhhhhh kau datang bulan ke? Kau nak suruh aku beli, benda tu ke?"

"Hissss kesitu pula dia! Dia ni, suka sangat fikir benda yang bukan bukan. Aku lempang muka kau baru kau tau".
Bisik hati Feena.

"Ehhh tak lah! Apalah u ni. I nak minta tolong u belikan i pakaian dalam i boleh ke?"
Feena terseyum.

"Apaaaa? Kau dah gila ke? kau nak suruh aku masuk bahagian barang dalam wanita, untuk beli barang kau. hurmmmm jangan haraplah, aku nak belikan. Nanti mereka ingat, aku nak beli untuk diri aku. Tak pasal pasal orang tengok aku atas bawah. Hisss aku tak nak lah!"
kata Naim.

"Kalau macam tu i ikut u?"
kata Feena.

"Kau ni jangan nak melapau pula.Kau nak orang semua tau aku culik kau ke?" Suara Naim mula meninggi.

Bila mendengar suara Naim kuat, Lekas lekas Fais dan Khairul menjenguk didaun pintu bilik, sambil berpandangan dan ketawa.

"Hurmmmm tak apalah. Kalau macam tu!"
Feena berpusing memandang ketempat yang lain. Seakan akan merajuk. Terselak baju Feena, bila dia berpusing ketepi hingga menampakkan pehanya yang putih gebu. Naim tak sengaja memandang peha Feena. Dan Naim mengerutkan dahinya.

"Geramnya aku tengok perempuan ni. Dia tak ada perasaan malu ke? Dia ni tak reti takut ke? bila pakai pakaian macam ni. Dah terbisa agaknya. Macam tunjuk tunjuk peha itu, perkara biasa untuk orang orang macam dia ni. Aku yang tengok ni boleh jadi bernafsu. Apatah lagi orang lain. Kalaulah dua minggu diduduk sini, Dengan berbaju tshirt sahaja, tanpa seluar. Aku yang Penculik ni pun, boleh bertukar jadi perogol hahahhahhaha".
Bisik hati Naim, sambil ketawa di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience